Sebulan kemudian,
"Hello, ibu? Kenapa call ye? Ainnur tengah drive ni"..Jawabku sambil memakai earfon di telinga..walaupun agak sukar untuk memasangnya tapi aku paksakan jugak kerana aku masih lagi memandu..
"Ouh yeke..takde apa..ibu nak cakap hujung minggu ni boleh tak balik kampung? .. sebabnya nanti ada rombongan meminang nak datang ..Ibu harap Ainnur dapat balik"..Kata ibuku lembut..
Aku yang mendengar tadi terus terkejut beruk..hehe..'siapa pulak yang nak masuk meminang aku ni..aduh serabut!'..rungutku dalam hati..
"Ouh yeke? Ibu kenal ke siapa yang hantar rombongan tu?". Tanyaku lagi meminta kepastian..
"Yelah..fikir ibu main-main ke soal ni..kalau kamu nak tahu siapa..balik kampung hujung minggu ni tau"..jawab ibuku laju..
Aku menepuk dahi..'Aduh ibu ni sejak bila pandai berahsia pulak ni?..Parah kalau macam ni..terpaksalah aku balik!'..bebelku lagi..tapi dalam hati..
"Ainnur! Dengar tak ibu cakap apa tadi? Hujung minggu ni balik tau..ibu tak mahu dengar banyak alasan!".. Haa sudah 'mem' besar dah bagi arahan..kau boleh buat apa..
"Yee ibuu..Ainnur dengar la..yelah-yelah Ainnur balik..ibu takyah la marah.."..kataku seakan merajuk..
"Haa bagus..ibu tak marah..ibu bagitahu jela..dah-dah tak payah nak merajuk sangat..hujung minggu ni ibu tunggu kamu balik okay?"..suara itu kembali lembut dan kendur ..
"Okay ibuu..tapi ibuu bagitahulah siapa yang hantar rombongan tu..Ainnur nak tahu"..rayuku lembut..sambil membuat suara manja ..gituu
"Nanti Ainnur tahulah..yang pasti lelaki tu baik budi pekertinya..ibu ayah setuju dan 'dia' sangat sesuai dengan kamu ..Dah-dah nanti kita sembang lagi..ibu nak masak tengahari untuk ayah kamu..Hati-hati balik nanti..Assalamualaikum.."Â ujar ibuku lagi .
"Hmm, takpelah kalau macam tu..okay ibu..waalaikummussalam..kirim salam dekat ayah ye ibu..byee"..kataku lagi..setelah itu, aku menamatkan perbualan dengan ibu dengan menekan button merah...
'jadi, lepasni tak boleh dah minat Tuan Kamal..hmm'. Sayu hatiku..Aku termenung seketika ketika memandu.
Aku tiba-tiba terimbau kembali kisah lama..Selepas saja aku boleh keluar dari hospital dulu..Sejak dari itu, aku tidak lagi berjumpa dengan Tuan Kamal sehinggalah sekarang..Tipulah kalau tak rindu..Ada jugak hantar chat dekat WhatsApp..tapi dia hanya tinggal bluetick saja dekat aku..Sedih weyh!..
Ya, aku terus saja balik ke rumah sewaku dengan Qis selepas 'discharge' dari hospital..
Dalam termenung, tiba-tiba saja keretaku seakan semput dan ingin mati..aku jadi gelabah, lalu aku cepat-cepat memberi signal kiri dan berhenti di bahu jalan..Nasib baiklah jalan tidak sesak..Sebaik sahaja aku berhenti, terus saja keretaku mati enjin..
Aku mengeluh..
'Kenapa pulak kereta aku ni..rasanya minyak ada lagi tadi sebab baru isi...aduh dah janji dengan Qis nak jumpa dekat Mall..' Mati aku!..Gumamku perlahan..
Aku mencari nama adikku yang kebetulan sudah bekerja di KL kawasan berdekatan denganku..lalu aku menekan button hijau..
Tapi tak dapat..Rupanya telefonku mati..gelap.. ' Eh tadi nyala ,lepastu terus gelap..sudah! Bateri kong..arggh..Charger dah la lupa nak bawak..gawat ni..siapa pulak aku nak minta tolong ni?!'..Rungutku lagi..
Setelah beberapa minit aku kepanasan, aku keluar dari kereta lalu menyandar di tepi pintu..Aku menoleh kiri kanan untuk melambai minta tolong..tapi satu kereta pun tak de yang berhenti..
Kebetulan aku ternampak kereta polis lalu di situ...mungkin sedang buat rondaan?..terus saja aku melambai ke arah kereta polis itu di tepi jalan.. Kereta polis itu memberi signal ke kiri lalu berhenti di hadapan keretaku..
Keluar seorang polis sedang bergerak keluar lalu menuju ke arahku..Dari situ, aku dapat lihat pakaiannya kemas, smart dengan gaya rambut dan spek mata hitam yang di pakai..Badannya sado ..Sempat lagi aku menggatal ye..Terus aku segan lalu menunduk tak nak kantoi..
"Hmm, kenapa dengan kereta awak?"..Tegur lelaki itu..Suara yang selama ini aku rindu menyapa di telingaku..Terus aku mendongakkan kepala memandang wajah itu..'Tuan Kamal ke?'..Bisik hatiku.. 'Tak -tak ..mungkin suara sama tapi bukan dia'..kata suara lain..
"Err, sebenarnya, kereta saya tiba-tiba saja mati..tak tahulah sebab apa?" Kataku perlahan..Aku tidak berani memandang wajah itu lagi..terus saja aku menunduk merenung rumput di tepi jalan itu .
"Awak dah call sesiapa ke minta tolong?"..Tanyanya lagi..Dapatku perasan tangan di angkat untuk mencabut spek hitam ..Macam mana aku tahu? Sebab tangannya itu tadi sudah berada sisi dengan memegang spek hitam ..
"Err, telefon saya mati Tuan, jadi, saya keluar kereta minta tolong ..Hmm, kalau Tuan tak keberatan boleh saya pinjam telefon Tuan sekejap?"..Kataku sambil mengangkat wajah memandang wajah itu..
Aku terpaku sebentar melihat wajah itu, Ya Tuan Kamal!..Wajah yang selalu aku rindu dan yang aku selalu nantikan..
"Ehem, Nah".. Tuan Kamal berdehem selepas melihat aku jadi seperti patung melihat wajahnya itu ..
Aku terus tersedar lalu menyambut huluran itu..terus saja aku menekan nombor adikku Afiq.. Dalam beberapa saat..panggilan itu di sambut ...
"Hello Assalamualaikum, siapa ni ye?"..Suara adikku memulakan perbualan..
"Waalaikummussalam, Afiq ni akak ni..Afiq dekat mana? Afiq boleh tolong akak tak?"..Soalku laju..Aku memandang sekilas ke Tuan Kamal..Dia masih lagi tegak berdiri di situ sambil memandangku..
"Adik dekat ofis lagi, kejap lagi keluar rehat..kenapa kak? Tolong apa tu?"..Tanya adikku lagi..Aku lega mendapat tahu adikku di pejabat.
"Akak nak minta tolong ni, kereta akak mati dekat tepi jalan..Adik boleh datang sini tak? Tapi tolong akak call lori 'tunda' dulu boleh? Nanti akak hantar location ye"..Kataku laju..Aku dah berpeluh ni sebab terdedah dengan cahaya matahari..
"Okay, kak.. afiq call sekarang..akak hantar location sekarang ok..Afiq gerak keluar ni..bye kak".. laju saja suara itu berkata.
"Okay bye..jap akak hantar location"..terusku menekan button merah lalu menghantar mesej kepada adikku..Setelah selesai, aku menghulur kembali telefon bimbit itu kepadanya..
"Terima kasih Tuan". Ucapku dalam nada gugup..Hatiku masih lagi berdebar ketika berada dengannya..Dia hanya sekadar mengangguk..
Selepas saja Tuan Kamal menyambut huluran itu..Aku terus mengelap dahiku dengan hujung baju blouseku..
"Awak tak panas ke?" Masuklah kereta saya dulu..Mari"..katanya sambil membuka langkah menuju ke kereta polis itu..
Tak sempat aku nak berjawab..terus saja aku mengikut langkah itu..dan masuk di sebelah pemandu..Keadaan dalam kereta hanya sunyi sepi..
"Ehem ehem..hmm, Mira macam mana sekarang? Okay?"..Tuan Kamal bersuara bertanya keadaanku sekarang..
Aku mendongak merenung sebentar wajah itu..lalu menjawab..
"Alhamdulillah, keadaan sekarang bertambah baik..okay je"..kataku sambil tersenyum manis kepadanya..
"Ouh..baguslah kalau macam tu.."..katanya sambil memandang ke depan..
Suasana sepi kembali..tiba-tiba saja aku teringat peristiwa malam itu di hospital..aku tidak sempat nak ucapkan terima kasih kepadanya kerana aku masih lemah..'Sekarang aku rasa inilah masanya!'..bisik hatiku..
"Err, Tuan.. sayaa nak cakap sikit boleh?" Soalku sambil memandang ke arahnya..
Dia berpaling wajah membalas renunganku lalu dia mengangguk kecil..
"Err, pertama sekali saya nak minta maaf sangat ..sepanjang kes saya dan Aiman banyak merumitkan keadaan dan menyusahkan Tuan..Kedua, saya sangat berterima kasih dengan Tuan kerana sudah datang menyelamatkan saya..Kalau tuan takde waktu itu..mungkin saya tak dapat bernafas lagi keesokan harinya..Saya sangat terhutang budi dengan Tuan..Jadi, saya tak tahu macam mana saya nak balas budi baik Tuan..Saya pun tak sempat berterima kasih dengan family Tuan sebab bagi saya tumpang berteduh di sana.." Kataku perlahan sambil menunduk..
"Tak mengapa, semua ini dah tertulis macam tu takdir awak, jadi awak kena terimalah..saya pun terima dengan hati terbuka ..mungkin ada sebab kenapa ''DIA" temukan saya dengan awak dalam keadaan begini..jadi, awak tak perlu lah berterima kasih sangat dengan saya dan keluarga saya..mungkin ini takdir awak..ataupun jodoh awak?..ucapnya seperti Ustaz dengan senyum manis..Aku terpana melihat wajah itu tersenyum..
'Jodoh?' huhuhu..Alahai cair dah aku..Pandai pulak Tuan bermadah yee..Sabar hati sabar'..gumamku perlahan..
Aku hanya menunduk malu..selang beberapa minit ..aku mendengar bunyi 'hon' ..aku tersentak lalu memandang ke cermin belakang.. aku perasan satu kereta Vios hitam berhenti di sebelah keretaku..Lalu, pantas aku keluar kereta..
Terlihat adikku, Afiq keluar dari situ..Aku jadi teruja lalu memeluk erat badan Afiq..
"Err, Kak tak malu ke dengan encik polis tu, dia pandang kita ni!".. katanya berbisik di telingaku..Lalu aku melepaskan pelukan itu, dan memperkenalkan Afiq ke Tuan Kamal..Aku menarik Afiq supaya datang lebih dekat dengannya..
"Err..hehe Tuan ,kenalkan adik saya, Afiq Iskandar..Afiq ni Tuan Kamal yang akak pernah cerita dulu tu"..Kataku sambil segan..
Mereka berjabat tangan sambil tersenyum..
"Ouhh ye..Inilah Tuan Kamal yang handle kes akak saya kan? Terima kasih banyak tuan sebab dah selamatkan nyawa akak saya"..kata adikku kepadanya..
"Ye betul saya, tak mengapa..memang tanggungjawab saya waktu itu".. Tuan Kamal menjawab sambil tersenyum..
Terserlah riak wajahnya yang manis..mungkin senang berkenalan dengan adikku..
"Eh, akak tu..Tu lori 'tunda' dah datang..nanti dia hantar dekat bengkel kawan afiq..apa-apa nanti afiq call akak ye kalau kereta dah okay.."..ujarnya lagi sambil kembali memandangku..
Setelah selesai keretaku di tarik,
"Err akak , afiq kena masuk kerja dah ni..sebab afiq ade lunch meeting..lupa pulak..Sorry akak.." Katanya lagi..
"Ouh yeke, takpelah kalau macam tu..akak pergi naik grab jelah ".. jawabku..
"Ehemm, biar saya hantar awak ..tak perlu naik grab.." Sampuk satu suara..Aku ter'jeda' sekejap..'Takpe ke?'..gumamku..
"Ouhh yela..better akak ikut je Tuan..Sebab dekat sini takde orang lalu .." adikku seperti menyokong suara itu..
"Hmm baiklah, saya tak menyusahkan Tuan kan?" Soalku risau..
"Takde..mari"..katanya lalu menghampiri adikku untuk bersalam..
"Afiq gerak dulu okay..byee akak..assalamualaikum akak ,Tuan"..katanya sambil menyambut salam yang dihulur oleh Tuan Kamal..Lalu dengan pantas kereta adikku bergerak meninggalkan kami..
"Jom saya hantar awak"..Katanya sambil bergerak..Aku hanya terdiam..' Aduhh, bertambah lagi rasa serba salah kalau macam ni!..huarghh"..
Suasana hanya sepi..kereta di pandu ke Mall selepas aku berkata tujuan sebenar aku tadi..Aku hanya termenung..dalam hati berdoa juga supaya Qistina masih lagi berada di sana..Dan berharap dia tak bising kalau aku lambat macam ni..huhu
******
Bilakah hari bahagia akan hadir dalam hidup Ainnur Amira?
#stay tuned okayy
Share this novel