Bab 40

Romance Completed 30624

Aina terus mengunci pintu biliknya yang sudah setahun lama di tinggal itu. Dia tersandar di balik pintu dengan perasaan yang sangat berkecamuk.

"Kenapa baru sekarang kau nak anggap aku ni isteri kau ? kenapa?!!!". Tanya Aina sendiri ibarat Yazid mendengar persoalannya itu.

Sekian lama dia bertatihkan hatinya untuk kuat dari penolakkan cinta lelaki bernama suami, kenapa baru sekarang Yazid datang untuk meminta perhatian darinya. Apakah hatinya ini mainan?

"Tapi betul juga apa yang dia cakap tu Na. Walau macam mana pun kau masih isteri dia. Masih ada batas and tanggungjawabnya kau pada dia".

Kata-kata Syamin terimbau kembali. Perlukah dia melupakan segalanya dan meneruskan kewajipan sebagai seorang isteri? atau tidak?. Tiba-tiba dia rasa berdosa mengenangkan tanggungjawabnya dia yang diabaikan dan juga keinginan Wahida.

"Gosh, I'm stuck !." Aina menyembamkan wajahnya pada kedua lutut yang dipeluk itu.

********

Aina bersiap-siap untuk pergi ke kerja. Mujur masih ada baju yang di tinggalkan di bilik itu. Sengaja dia berlambat-lambat untuk tidak terserempak dengan Yazid. Di harap lelaki itu sudah berangkat awal pergi kerja.

Aina meninjau ke luar bilik setelah dia dengar pintu bilik Yazid tertutup menandakan Yazid sudah keluar selepas 10 minit dari itu.

Dia berjalan menuruni tangga dan mencapai kasut di rak.

"Aku hantar kau pergi kerja hari ni".

Aina membatu di situ.

'Alamak, ingatkan dah blah dah tadi. Ada lagi rupanya.' kata hati Aina yang kebimbangan.

Aina pusing perlahan-lahan ke belakang, rupanya Yazid ada di balik dinding laluan ke bilik kosong di tingkat bawah itu.

"Tak payah la. Kereta saya ada dekat sini kan? biarlah saya drive sendiri." bantah Aina.

Yazid jalan mendekatinya beberapa tapak dan berhenti menatap Aina.

"Aku cakap sekali je. Makna kata kau kena ikut apa yang aku nak buat". Balas Yazid tegas.

Aina menelan air liur mendongak memandang Yazid yang agak tinggi darinya itu.

Kemudian Aina mengalah dan mengikuti langkah Yazid ke arah kereta lelaki itu.

sesampainya di hadapan Ambangan Holdings, Aina dengan segera ingin keluar tetapi tangan kanannya di raih oleh Yazid laju.

"Kau dah lupa rutin harian kau dulu?". Tanya Yazid.

Aina mengecilkan matanya memandang Yazid.
"Itu dulu. Sekarang tak !".

"Selagi aku tak lafaz cerai, kau tetap milik aku. Jadi aku nak kau sedar yang kau ada tanggungjawab untuk jaga hati suami kau". Terang Yazid tegas kepada Aina.

Pandangan mata Aina mengendur bila melihat pandangan mata Yazid yang galak ke arahnya itu.

'ish nak guna tanggungjawabnya bagai la, pffft!' Aina mengomel di dalam hati.

Namun dalam sebal rasa itu tangannya tetap juga di hulurkan pada Yazid.

Yazid menyambut tangan itu dan Aina mencium tangan suaminya sopan. Setelah kepalanya di angkat dia terkesima bila pipi kirinya menerima ciuman dari Yazid.

'oii ! demam agaknya mamat ni?'.

"Dah, pergi masuk cepat. Aku dah lambat ni. Balik nanti aku jemput. Jangan nak gatal-gatal balik sendiri, Tahu la nasib kau nanti". Yazid memberi amaran kepada Aina agar dia patuh akan arahan itu.

Aina hanya menjeling kemudian terus dia membuka pintu kereta.

Yazid pula tersenyum sumbing. Seronok agaknya bila melihat raut wajah Aina yang memerah itu. Malu konon !

Sambil Aina berjalan menuju ke pintu masuk Ambangan Holdings, dia menepuk-nepuk perlahan dadanya. Sungguh bergetar rasa hatinya saat itu. Pergh gila punya penangan ciuman Yazid itu. Dari semalam jantungnya berdegup laju kalau berhadapan dengan lelaki itu.

********

Aizuddin yang melihat dari jauh semasa Aina keluar dari kereta Yazid itu mengeluh berat. Dia gembira jika rancangannya untuk selalu memprovoke Yazid itu berjaya. Tetapi dia juga risau jika Aina dan dia tidak lagi rapat seperti dahulu. Sudah pastilah hidupnya rindu akan nak mengusik Aina itu. Yazid juga boleh tahan kuat cemburu gayanya. Apapun moga semua sangkaannya itu meleset.

"Hai la cik coklat, moga ada bahagia buat awak".
Keluh Aizuddin sendiri dan berlalu dari situ.

"Aina, ni ada orang tinggalkan bungkusan ni untuk kau kat bawah tadi". Kata Melly yang bekerja sebagai setiausaha yang tempatnya berada di meja reception.

Aina hairan sambil menggapai huluran dari Melly.
"Thanks Melly".

Bungkusan kotak kecil di buka. Terus tersenyum mekar di wajah Aina bila melihatkan 6 kepingan coklat dan setangkai bunga ros di dalam kotak itu. Terdapat juga kad ucapan di dalamnya.

Kad itu di buka dan di ia tertulis...

"Happy Working cik coklat. Saya topupkan stok coklat untuk awak. Moga senyuman awak sentiasa semanis coklat".

-Aizuddin-

Aina tertawa kecil sambil melipat kad ucapan itu.

"Ada-ada je lah orang tua ni kalau nak buat orang suka. Tahu aje dia".

Kata Aina sambil terkenangkan Aizuddin. Kenapa dia panggil Aizuddin orang tua? gaya keperihatinan dan kerisauan Aizuddin padanya sama macam orang tua-tua yang over tahap pemikiran.

"Hmm, rindu pulak dekat Aizura dan papanya". Gumam Aina sendiri.

******

Yazid memasuki bilik Aina dan melihat Aina sedang menyisir rambutnya di hadapan cermin. Cantik sekali rambut milik Aina itu lurus dan panjang.

"Mulai sekarang kau kena tidur bilik aku. Pindah barang-barang kau masuk dalam bilik aku".

Terhenti kerja menyisir rambut Aina itu. Dia melihat Yazid melalui pantulan cermin.

"Tak nak la, saya tamak. Saya tak suka kongsi bilik dengan orang lain".

"Kau jangan nak banyak bunyi eh, aku cakap tidur bilik aku !". Ulang Yazid lagi.

"Apa kena awak ni? dulu tak nak kongsi, Sekarang boleh pulak paksa-paksa orang". Kata Aina.

Yazid terus mendukung Aina dan di bawa lari masuk ke biliknya.

Terkejut Aina dengan tindakan spontan Yazid itu.

'Makkk tolong !!!' jerit Aina dalam hati.

Setelah sampai ke bilik, Aina di lemparkan ke atas katil king size milik Yazid. Belum sempat pun Aina nak bangun, badannya di hempap oleh tubuh Yazid yang tegap dan sasa itu.
Terpenyek Aina jadinya.

"Ergh, awak bagunlah ! berat laa awak ni". Marah Aina pada Yazid yang berada atas tubuhnya kini.

"Kau ni degil sangat, susah aku nak cakap lembut-lembut. Ni je cara dia". Kata Yazid sambil tersenyum senget merenung Aina itu.

"Eiii bagunlah. Kalau tak saya tak nak lagi datang sini". Ugut Aina.

Yazid berubah mukanya. Terus dia bangun dan duduk bersila di atas katil itu. Takut dia akan ugutan Aina itu. Pertama kali dia takut bila perkataan 'tak nak datang sini lagi'. Dia takut lagi untuk kehilangan.

Aina menjadi hairan dengan response pantas Yazid itu. Dia terasa ke? kemudian Aina juga bangun dan duduk bersila di hadapan Yazid.

Dilihat wajah Yazid yang seakan gelisah itu.

"Awak kenapa ni?" Tanya Aina.

Yazid terus meletakkan kepalanya di atas paha Aina sambil tidur mengiring. "Jangan tinggalkan aku lagi."

Aina terkedu. Hatinya bagai ada larian arus di situ. Kenapa lelaki ini berubah? Dia pantas teringat yang di juga pernah baring di atas paha Wahida seperti Yazid ini. Rindu itu lebat mengalir.

Lalu di tepuk perlahan-lahan bahu Yazid itu untuk menyenangkan dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience