Bab 6

Romance Completed 30624

Aku menilik schedule yang diberikan oleh Julie tempoh hari setelah berada di bilik hotel di sengamat yang ditempah khas oleh syarikat.
Hari ini tak ada task pun cuma kena standby untuk esok pagi baru start meeting dengan client. Fuhh, letih terasa satu badan ni menghadap perjalan walaupun 2 jam je tpi kalau drive sorang memang rasa macam berjam-jam.

"krkkkk .. krkkkk" terus memegang perutku. Aishhh lapar pulak dah. aku dah la malas nak keluar ni. Apa pun tak beli masa on the way ke sini. Dah la bukan tempat sendiri pulak tu. Takut pun ada rasa nak keluar. ishhh tawwakal jela Aina oii. Aku terus menghidupkan enjin kereta mecari Mcd yang berdekatan dengan hotel.

****

Mak aih ramai eh orang kat Mcd ni. tadi aku tengok sikit je. Bila dah beratur masuk ni makin ramai pulak yang datang.

sampai giliran aku di kaunter "saya nak set ayam goreng spicy then air tukar kepada Ice chocolate blend eh and nak add on apple pie satu."
wanita di kaunter hanya mengangguk sambil mengambil pesananku.

"total semua sekali RM23.75" kata wanita di kaunter itu.

aku menyeluk tangan mencari dompet dalam beg tangan. what?! aku mencari tak ada. aku panik baru teringat dompet ada di hotel semasa aku kemaskan beg waktu mengasingkan resit-resit yang akan di claim kepada company nanti. aduhh buat hal la Aina, gulp.. melihat org ramai yang beratur di belakangku. Wanita di kaunter masih lagi tertunggu bayaran daripada aku.

"cik, kenapa ni?" sorang wanita menegurku dari belakang.

"err saya tertinggal dompet di hotel."
terus aku melihat wanita di cashier itu untuk membatalkan pesananku.

" maaf eh, saya nak cancel boleh?"
wanita di cashier itu mengangguk.

tiba-tiba .. "eh jangan, tak apa saya bayarkan" wanita di belakangku itu melarang wanita di cashier itu dari membatalkan pesananku. aku terkejut . wanita di cashier itu tersenyum.

"sekalikan dengan pesanan saya boleh?"
tanya wanita di yang baik hati itu kepada cashier tersebut.

aku menunggu wanita tadi di meja belakang. katanya banyak juga pesanan yang ingin di buat takut aku menunggu lama di kaunter itu.

seketika dia datang kepadaku, rasa macam eh kenal la wajah ni. Wanita itu juga terkejut melihatku dan mengecilkan matanya mungking cuba untuk mengingat. maklumlah di barisan tadi kalut sampai tak sempat nak pandang wajah masing-masing.

"eh awak ni yang saya terlanggar kat masjid itu hari kan?" wanita bertudung labuh itu tersenyum.

"yela, saya pun baru ingat bila awak kata macam tu. ingat muka awak tapi tak ingat kat mana kita terjumpa" aku ketawa atas kealpaan aku.

"awak tadi cakap tertinggal dompet di hotel kan, awak bukan orang sini ke ?"

" haah ye, saya ada kerja dekat sini". aku memberitahu.

"wah dah dua kali ni kita jumpa."

"haah tu la tak sangka pulak kat tempat lain berjumpa lagi by the way nama siapa?". aku bertanya.

"saya wahida" wanita itu berkata. kemudian menunjukkn ibu jarinya kepadaku

"Saya Aina." tersenyum memahami pertanyaan isyaratnya itu.

"eh saya nak borak lagi ni dengan awak. tapi saya kena hantar makanan ni dulu." wanita itu kesedihan.

"tak apa ada masa nanti kita borak lagi. awak boleh ambil number phone saya. lagipun saya berhutang budi ni awak tlg bayarkan." aku mencadangkan.

"oh ya, apa kata awak ikut saya balik nak? kita berbual kat rumah kelurga saya. Awak sudi tak?"
wanita ini bersungguh nampaknya.

aku jadi keberatan sangat ni. kenal pun baru je tadi. tengok dari penampilan org baik-baik ni. Insha Allah tak ada apa-apa kut. why not Aina, try makes a friends kan ? aku menyedapkan hati.

"tak susahkan awak ke kalau ke rumah family ni?" aku bertanya.

"tak lah . umi saya mesti suka terima tetamu." katanya dengan ceria.

baiknya dia ni ajak org baru kenal datang rumah. aku ikut wanita itu menaiki keretanya. keretaku di biarkan parking di hadapan Mcd segamat itu.

***

"Assalamualaikum umi, wardah. " laung wahida di muka pintu.

sampai di rumah keluarga Wahida. aku hanya berdiri di tangga memerhati rumah banglo kampungnya yang cantik. halaman juga luas. tenang je rasa.

seketika muncul dua orang wanita di muka pintu. di samping umi wahida ada seorang wanita muda. mungkin adik beradiknya Wahida. Aku tersenyum sambil menghulurkan salam kepada wanita berumur itu dahulu. Aku pelik melihat huluran tanganku tidak di sambut. kemudian aku menganggat muka memandang umi wahida itu. kelihatan mata uminya berkaca. Aikk aku salah apa? kenapa umi Wahida ini macam nak menangis?

Lantas aku dipeluk oleh wanita tua itu. Aku terkaku. Wanita itu teresak-esak. Wahida hanya tersenyum sambil menggosok lengan uminya cuba untuk tenangkan wanita tua itu. aku makin kehairanan. aku terpandang juga wanita muda itu terkaku di muka pintu sambil memandang kami seperti itu. lebih-lebih lagi dia menatap lama wajahku.

"umi .. sudahla tu. ni bukan kak Wardina."
kata Wahida cuba untuk mengurangkan suasana pelik bagi aku di situ. Jejak kasih kah?

Wanita tua itu melepaskan aku dari pelukkannya dan dipegang wajahku dengan kedua belah tapak tangannya. "maafkan umi ya, umi tak boleh control."

"Aina, ni umi saya, dan yang kat pintu ni adik saya wardah". wahida memperkenalkan ahli keluarganya kepadaku . Wardah datang mendekat dan bersalaman denganku.

"nanti saya ceritakan dekat awak eh. jom masuk" wahida seperti memahami riak wajahku saat ini.

bersama di ruang tamu kami berempat bersembang. sungguh ramah keluarganya melayan aku.

"ceritanya macam ni, masa kat masjid haritu saya sebenarnya memang dah nampak awak lalu depan saya Aina, tapi saya jadi terkejut bila ternampak awak yang seiras dengan Arwah kakak saya. Saya terlalu ralit perhatikan awak sampai saya terlanggar awak. saya tak nak awak pikir bukan-bukan itu yang saya cipta alasan masa terlanggar awak haritu. saya minta maaf eh?" wahida memulakan cerita.

" ouh muka saya seiras sangat ke dengan kakak awak?". aku inginkan kepastian.

"yes, memang sebijik saya tak nafikan, sampai umi pun terus peluk awak tadi buktinya. kejap eh saya ambilkan album."

Wahida bangun lalu ke almari untuk mengambil sebuah album keluarganya. Kelihatan seorang gadis yang memeluk dua org gadis lain itu. wajahnya .. Ya, sangat sama dengan aku. Tak dinafikan.

"maaf tanya, kakak awak ni meninggal sebab apa?" aku memandang Wahida.

"Ditikam kerana bergelut dengan peragut sewaktu di pekan 5 tahun lepas". Muram wajah gadis itu menceritakan.

Allahurabbi, kesiannya nasib kakak kepada Wahida itu. moga rohnya tenang di sana.

"sebab tu masa terjumpa awak tadi saya terus nak buat something yang boleh hubungkan kita. saya memang nak sangat jumpa awak lagi selepas kita terlanggar kat masjid tempoh hari." Wahida memandang aku bersilih ganti kepada uminya dan wardah.

"Aina ni tinggal kat mana? Anak siapa ni?" . Umi Wahida bertanya.

"Saya tinggal dekat Cheras sewa dengan kawan-kawan. Saya dah tak ada keluarga, membesar di rumah anak yatim sejak umur 10 tahun. kawan-kawan itu lah keluarga saya, kami membesar sama-sama semasa di rumah Darul Izzah."

"Darul Izzah kat kuala selangor ke ?". tanya Wahida, mereka bertiga berpandangan sesama sendiri.

"Ya, kenapa?". aku bertanya kembali.

"Masya Allah. Umi ni seorang pemberi dana kat sana sejak beberapa tahun lepas masa Darul Izzah ada masalah kewangan." kata umi Wahida.

Allah, kecilnya dunia ni.

"Aina, jadi anak umi nak?". Umi menyatakan hasratnya secara tiba-tiba.

aku terdiam, kaku .. kuih yang nak masuk ke dalam mulut pun keras kat tangan. melihat Wahida yang terkejut dan Wardah yang tenang tersenyum bersilih ganti.

Tidak sampai hati aku nak tolak permintaan umi Wahida dan Wardah ini. Mungkin takdir Tuhan nak bagi aku sebuah keluarga semula?.

"boleh umi". aku tersenyum bersetuju.

Datang Wardah terus memaut lengan kananku dengan ceria.

"seronoknya ada kakak baru!"

Wahida memaut lenganku di sebelah kiri pula.

" welcome to the family " wahida girang.

Umi tersenyum bahagia sambil melihat potret kelurga...

'bang, anak kita dah balik'. sambil mengesat air mata kegembiraan.

Apa pun aturan Mu, aku percaya Ya Allah...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience