Aina tergopoh gapah pagi ni kerana dia terlajak tidur selepas subuh. ‘Itulah lain kali jangan tidur lepas subuh. Konon nak letak kepala je sekali tertidur. Kegusaran melanda bila melihat rumah yang telah kosong bila semua penghuni masing-masing sudah berangkat ke tempat kerja. Bukan tak di kejut bagun oleh tisya. Tapi dia yang tido tak ingat apa. Pantang letak kepala sikit di bantal senang je dia tidur.
Dalam kalut-kalut dia memandu kereta dia tidak peduli berapa kelajuan dia bawa tapi masih berhati-hati di jalan raya sehingga dia melanggar lampu merah yang disangkanya sempat mintas jalan ketika lampu kuning di jalan tadi. Kemudian dia melihat sebuah motorsikal polis trafik menahan memintas keretanya dan membuat isyarat berhenti pada kenderaan milik Aina.
“Aduh, apahal pulak kantoi ni. Habis aku”
kegusaran melanda hatinya dalam pelahan-lahan menurunkan tingkap di sisi pemandu bila kelihatan seorang anggota polis mendekati arah keretanya.
“cik tahu apa salah cik pagi-pagi macam ni?” Tanya anggota polis trafik itu
“emm, heheh saya tahu, saya dah langgar lampu isyarat tadi kan?”
Aina resah melihat ke arah anggota polis tersebut yang kelihatan tenang itu namun segak pada pandangan Aina yang gusar melarikan pandangan dari tenungan anggota polis trafik yang memakai cermin mata hitam itu.
“tahu pun, kenapa tak perlahankan kenderaan masa lampu kuning tadi?”
Tanya pengawai polis trafik itu yang memakai tanda nama “Yazid”.
“ saya betul-betul tak sengaja sebab saya nak cepat tadi. Saya dah lambat sangat. Saya mintak maaf encik” Aina merayu
“cik tahu kan tindakan cik tu tadi boleh membahayakan nyawa orang ramai”
“ye saya tahu. Tapi betul-betul nak cepat encik. Boleh tak consider?. Saya janji tak buat lagi”
Pegawai itu menggeleng dan mula mengeluarkan buku saman. Aina yang melihat itu membulatkan matanya. Habislah kali ni duit dia kelihatan seakan melayang-layang di pandangan matanya. Tanpa menunggu Aina terus keluar dari tempat pemandu dan menuju ke arah pengawai polis trafik yang berada di hadapan kereta produa bezza miliknya itu untuk mencatit number plat dia surat saman.
“encik.. tunggu kejap, tolong la encik jangan saman saya, saya kering sangat bulan ni encik. Please….” Aina cuba merayu lagi.
Pengawai trafik itu melihat Aina dari ekor matanya memuji dalam hati tentang penampilan gadis itu yang kelihatan penampilannya rugged memakai t-shirt bersarungkan kemeja lengan panjang yang tidak dibutangkan baju serta memakai seluar slack yang longgar beserta snikers tetapi masih terlihat sopan. Muka gadis bertudung bawal itu tanpa makeup tebal tetapi kelihatan cantik itu terus merayu kepadanya.
“ Dah buat salah tu terima lah ye”.
Terus Yazid menghulurkan surat saman itu kepada Aina tetapi Aina buat-buat tak nampak surat itu dan terus merayu kepada Yazid. Yazid yang rimas itu terus menampalkan surat itu di dahi Aina kerana dia juga tak ada masa melayan orang-orang yang taknak terima saman ats kesalahan mereka. Yazid terus pergi bersama motor perondanya.
Aina terpempam, dia menyumpah lelaki tadi seorang diri dia tepi jalan raya yang sibuk itu.
“eiii kurang ajar punya polis, di tempeknya (tampal) surat ni kat dahi aku. Dia ingat aku notice board nak tempek-tempek kat sini. Urghhh dasar polis annoying!.”
Aina akhirnya akur terima hadiah (surat saman) itu dan berlalu pergi dengan hati yang berat ke pejabatnya sambil pasrah akan dirinya yang sah-sah akan di dileteri oleh ketua kumpulannya di pejabat nanti kerana lewat.
Share this novel