Bab 50

Romance Completed 31014

"Ya Allah..macam mana boleh jadi macam ni? Allahuakbar!!".
Laung Hajah Wati mendapatkan seseorang yang sedang terbaring layu di jalan betul-betul berhadapan dengan rumah mereka itu.

"Bang, kenapa abang? boleh dengar suara saya lagi tak?".
Yazid cuba menyedarkan lelaki itu dengan menepuk-nepuk pipinya agar sedar kerana keadaan lelaki itu sudah lali ingin menutup matanya.

"Tolong saya, sakit". Lelaki itu bersuara perlahan.

Yazid dengan segera membantu lelaki itu. Kelihatan dua ke tiga orang masjid yang lalu lalang di jalan itu juga datang menolong lelaki yang berlumuran darah itu dan motorsikalnya parah dengan kerosakan yang timbul.

Setelah 10 minit Aina tersangatlah tidak keruan menunggu Yazid dan Hajah Wati untuk datang semula mengabarkan apa yang berlaku. Tidak menunggu lagi dia melangkah naik untuk keluar.

"Mak tunggu sini kejap. Azid pergi ambil kunci kereta". Yazid bergegas naik ke atas rumah dan berselisihan dengan Aina yang berjalan menuju ke Hajah Wati itu.

"Abang kenapa tu?". Tanya Aina panik.

"Kemalangan kat depan. Abang nak cepat ni hantar orang tu ke hospital. Kejap ye sayang." Balas Yazid yang jelas kelihatan kelam kabut.

"Umi..". Panggil Aina. Dia ketakutan melihat keadaan lelaki yang terbaring itu. Namun syukur di hati kerana bukanlah Wardah di situ. Dadanya bagai nak pecah terbayang yang bukan-bukan.

"Umi nak pergi hospital dengan Yazid tau. Aina duduk rumah ye nak .. takut Wada balik dia tak bawak kunci rumah." Hajah Wati memaklumkan pada Aina.

"Baiklah Umi. Cakap pada abang hati-hati bawak kereta". Balas Aina.

"Yelah". Hajah Wati mengganguk.

Jam menunjukkan pukul 9 malam. Aina jadi tidak senang duduk bersendirian di rumah itu. Sudah hampir satu jam tiada siapa lagi antara ahli keluarganya yang pulang ke rumah. Hatinya di pagut rasa 'overthinking'. Moga perjalanan suami dan ibunya selamat pergi dan balik dari hospital. Memikirkan pula Wardah yang keluar dan masih belum pulang tambahan pula keluar tanpa membawa telefon bimbit. Naik senak otaknya berfikir.

Tukkk....tukkk...tukk

Bunyi pintu rumah di ketuk. Aina bergegas bangun dan pergi ke arah pintu. Pasti Wardah sudah pulang. Hatinya sedikit lega.

Bila pintu di buka, alangkah terkejutnya dia melihat susuk tubuh seorang lelaki yang berbadan tegap serta penuh dengan ukiran tatu di lengannya. Ini bukan Wardah !

"Ye cari siapa?". Tanya Aina pada lelaki itu.

Lelaki itu hanya tersenyum sinis sambil memerhatikan Aina dari atas hingga ke bawah berulang-ulang kali hingga mengundang rasa gerun pada Aina.

"Aku cari kau la sayang". Balas lelaki itu sinis.

Aina mula berundur ke belakang dan ingin merapatkan sedikit pintu.

"Saya tak kenal awak. Kenapa cari saya?".

Pintu rumah di tahan oleh lelaki itu dari tertutup.

"Tapi aku kenal kau". Katanya lagi dengan senyuman sinis.

Aina terus bergelut untuk menutup pintu rumah yang di halang oleh lelaki itu sehingga dia kehabisan tenaga dan berlari masuk ke dalam bilik dan di kejar oleh lelaki tadi.

sementara itu di rumah Noni...

"Kau ni aku cakap bendul kang marah pulak. Laptop kau bukan rosak apa pun, kau punya extension ni je yang rosak.".
Wardah mula meleteri Noni.

"Yeke? Aku baru beli aje extension ni. Mana aku tau dia nak rosak. Aku ingat laptop yang rosak tak boleh nyala."
Akui Noni termalu sendiri.

Plug suis utama extension di alihkan
dan di ganti oleh plug suis laptop pada suis utama di dinding. Butang penghidup pada laptop di tekan dan skrin paparan mula bernyala menunjukkan logo acer.

"See! You waste my time girl.. aku dah la lapar tau tadi tak sempat makan. Datang-datang hal remeh ni je ? halahhhh". Wardah berkata lagi.

"Erk, mana aku tau benda kecik je jadi. Aku pun satu tak cek bagi habis apa yang tak kena baru panggil kau. Ala sorry la.. nanty aku belanja kau". Noni serba salah terhadap Wardah.

Kening Wardah terangkat sebelah. "Janji?".

"Ye, janji". Balas Noni beserta anggukan.

"Dah la aku nak balik.. lapar ni. jom hantar aku." Pinta Wardah.

Noni jadi gelisah..
" haaa.. kau lapar kan? jom turun makan. Kat dapur aku ada makanan".

"Eh, tak nak laa.. aku masak dah tadi kat rumah tau. Baik aku balik makan kt rumah aku je". Balas Wardah.

"Err..alaa... kejap la tak payah balik lagi. Lepak dulu"..Pinta Noni.

"Lepak tengkorak kau...Dah pukul 10 ni. Umi membebel karang. Esok-esok siang la lepak". Balas Wardah.

Noni mengerling telefon bimbitnya dan dia terasa panas punggung.

"Yelah, jom". Kata Noni yang mula bangun dan menggapai kunci motorsikalnya dan di ikuti oleh Wardah.

Dalam perjalanan mereka di laluan itu Wardah menepuk bahu Noni kerana dia berasa hairan melihat laluan yang di lalui mereka ni bukan Jalan biasa yang di gunakan semasa datang tadi.

"Weh, apasal kau guna jalan belakang ni. Jauh la".

Noni berpaling sedikit kepalanya ke tepi untuk mendengarkan suara Wardah yang samar dek bunyi bising enjin motorsikal.

"Hah, apa?!" Laung Noni. Nampaknya dia tak mendengar.

"Aku cakap....apasal kau guna jalan belakang... jauh..."
Wardah mengulang semula persoalannya tadi.

"hah, apa?!! aku tak dengarlah". Balas Noni lagi.

Wardah naik jemu. "Tak ada apa lah!!".

"Haaa okay-okay". Balas Noni.

Aik, dengar pulak?

Ketika ini Aina terus bergelut dengan lelaki itu. Dia berharap ada ahli keluarganya yang pulang saat genting ini. Hanya pada Tuhan jiwanya merintih merayu.

"Apa kau nak ha?!". Marah Aina.

"Aku nak kau layan aku kejap je". Balas lelaki itu.

"Kau ingat aku ni bohsia ke nak layan kau? aku ada suami lah!!!". Terus di ludah muka lelaki keparat itu.

Pergelutan mereka terhenti dan lelaki itu mengelap mukanya yang basah akibat di ludah tadi. Aina tidak dapat lepaskan diri, rambutnya di cengkam kuat oleh lelaki itu.

"Sial kau pompuan!!". Terus di tampar pipi Aina.

Terasa berpijar mukanya bila di tampar oleh tangan yang sasa itu. Tiba-tiba kepalanya terasa pening dan pandangan matanya gelap.

Bunyi motorsikal Noni masuk ke perkarangan rumah Hajah Wati.

"Thank you Noni. Jumpa nanti". Ucap Wardah kepada Noni dan mula turun dari motorsikal itu.

Noni hanya menggangguk.

Seketika ternampak cahaya dan bunyi enjin kereta Yazid masuk ke perkarangan rumah.

"Uish, bila masa diorang keluar ni". kata Wardah sendiri.

Di lihat Abang ipar dan uminya yang keluar dari kereta dan di sapa Wardah.
"Eh, berdua aje? pergi mana?"

"Pergi hospital kejap tadi hantar orang accident depan ni". Kata Hajah Wati.

"Ha, siapa accident? kenapa pulak umi dengan Abang Yazid pulak yang pergi hantar?" Tanya Wardah lagi.

"Tadi ha, ada orang accident elak benda melintas lepastu terlanggar tiang lampu depan rumah kita ni. Patah tangan jugak la sorang-sorang dia. Itu yang kami hantarkan je orang tu". Balas Yazid.

Wardah baru berpusing ke belakang dan ingin berkata sesuatu kepada Noni dan di lihat Noni mula mengundurkan motorsikalnya dan ingin pergi.

"Aik lajunya nak balik?. Tadi bukan main relaks". kata Wardah sambil menggeleng melihat sikap Noni yang agak pelik itu.

"Assalamualaikum".

Suara Akhtar mematikan langkah mereka untuk masuk ke dalam rumah.

Yazid jadi tak keruan sedikit bila melihat Ustaz Akhtar itu. Dia masih cemburu dengan apa sahaja yang ada kaitan dengan masa lalu Aina.

"Waalaikumsalam, Eh Ustaz dari mana?". Balas Hajah Wati.

Akhtar tersenyum manis dan bersalaman dengan Yazid di situ.

"Saya dari masjid tadi. Ni ada lauk lebih kenduri orang buat dekat masjid lepas isyak tadi tu yang singgah nak bagi."

"Lahh, susah-susah je ustaz ni. Terima kasih."

Arghhhh !!!

Bunyi jeritan Wardah dari dalam rumah menggamit pandangan semua yang masih ada di luar rumah. Yazid dengan pantas berlari masuk ke dalam dan di ikuti Akhtar bila di suruh oleh Hajah Wati.

Bila masuk ke dalam rumah, terlihat Wardah yang sudah terperosok jatuh di tepi sofa rotan di ruang tamu itu.

"Wada kenapa ni?." Tanya Yazid cemas.

Wardah tidak berkata, hanya tangannya ke atas menunding jari ke arah lelaki yang tidak di kenali itu. Sakit badannya di tolak kuat oleh manusia durjana itu. Lelaki yang bengis wajahnya dan berambut serabai sedang tersenyum sambil membutangkan bajunya satu persatu.

"Siapa kau? apa kau buat dalam rumah ni?!". Jerkah Yazid kepada lelaki itu.

Lelaki itu masih tersenyum sinis.

"Tanya la isteri kau". katanya sambil mulut di juih ke arah bilik tidur.

Akhtar dan Hajah Wati masih berdiri di muka pintu. Wardah bangun dan berlari ke arah Hajah Wati yang berselindung di sebalik Akhtar jelas dia menggigil ketakutan.

Berlari Yazid ke masuk ke dalam bilik. Alangkah terkejutnya bila melihat Aina yang terpisat-pisat matanya baru sedar di atas katil itu dalam keadaan berselimut tanpa pakaian.

"Aina!!!" Tengking Yazid.

Benarkah apa yang di lihatnya ini. Isterinya menduakannya. Curang di belakangnya.

Aina terkejut mendengarkan tengkingan dari Yazid dan terus tersedar bahawa dia sedang dalam keadaaan 'aib'.

"Abang...bukan..."

Gelabah Aina ingin menafikan keadaannya ketika ini. Ini semua bukan dari dirinya !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience