BAB 12

Romance Completed 30624

Akhtar merenung lukisan kaligrafi jawi yang hampir separuh siap itu. Di pikirannya, gadis yang di lihat tempoh hari di rumah Hajah Wati malam itu masih menjadi igauan dia setiap hari. Gadis yang sama muncul dan selalu membuat hatinya berasa sesuatu. Dia berdoa moga itu jodohnya.

Haji Deraman yang kebetulan mengintai di bilik anak lelakinya itu tersenyum sendiri melihat tingkah anak bujangnya yang termenung jauh dan ada bait senyuman di wajah yang putih berseri itu. Dia sudah tau!

Masuk ke bilik, Haji Deraman ketawa kecil.

"Ish, apa yang di seronokkan sangat tu ayahnya?" Ustazah Zainab hairan melihat suaminya itu.

"Anak bujang awak tu tengah angau nampak gayanya".

"Ye ke bang? gaya macam mana?" tersenyum Ustazah Zainab.

" Mana taknya, tengah melukis lepas itu sengih-sengih...macam la lukisan itu tengah acan dia."

"Parah ni bang. tak pernah si Akhtar macam itu kalau tengah buat kerja"

kedua-dua mereka ketawa. Harap ada berita untuk dapat menantu nanti bakal menyusul..

Melihat Wahida yang menunggu di meja hujung dalam restoran kfc itu aku tersengih. Rindunya kat minah sorang ni!

Wahida juga sanggup datang ke KL semata-mata dia juga rindu kepada 2 insan yang berada di sana.

"Sorry awak, jalan jem tadi." terus aku megambil tempat duduk di hadapan Wahida itu.

Wahida yang teruja melihat.."Tak apa saya yang awal."

"kenapa Wada tak ikut?" rindu juga aku pada budak nakal itu.

"Dia ada group discussion untuk final project. so memang tak la dia nak ikut". kata wahida yang lincah tangannya membuka set family bucket yang dia telah pesan tadi.
Aku mengangguk faham..

"Eh awak, nak tahu tak.. tempoh hari Ustaz Akhtar datang ke rumah. Hantarkan lauk". Wahida yang seakan seronok bercerita.

"ok.. and then?" aku pelik dengan topik yang tiba-tiba diutarakan olehnya.

"Point is...kelakuan dia tempoh hari. macam cari someone tahu tak?".

"someone?" aku masih blur.

Wahida menepuk dahinya.

"Of course Ustaz Akhtar tu cari bunga yang satu ni" sambil mencuit hidungku.

Aku terpana.. Ustaz itu cari aku? takkan kot...

"ish merepek la. siapalah saya yang dia nak cari tu"..

"tak apa pelan-pelan ok nanti kita tengok". terangkat-angkat kening Wahida itu.

Sudahku duga maksud di sebalik kata-kata Wahida itu. Kalau ustaz itu suka aku ..... aku lagi lah suka oi !!

Melihat ada sos di tubir bibir gadis di hadapannya itu, Wahida mengambil tisu dan mengelap mulut itu.

"ish...ishhh comotnya awak makan..anak siapalah ni" Wahida tersengih

"Anak Hajah Wati la ni" aku berseloroh.

Kami ketawa bahagia. Rapatnya hubungan ini macam aur dan tebing walau bukan darah daging, aku sangat selesa dan terasa betul-betul di sayangi.

"Awak nak pergi mana lepas ni?" tanyaku perihal rancangan kedatangan Wahida ini kerana aku akan masuk semula kerja. Risau hendak tinggalkan dia sendiri.

"Hah saya tunggu abang Khalish datang. Ada hal sikit nak bincang. "

"kalau macam itu saya balik office dulu. Awak take care ye. apa-apa hal call tau". Aku mengingatkannya.

"iyer awak" Wahida memberi senyuman manis kepada saudara angkatnya itu.

Bila aku bangun untuk beredar dari situ.. aku berselisihan dengan seseorang. seseorang yang.... aku macam nak kenal.

Yazid juga memerhati gerangan gadis yang bangun dan beredar dari meja tunangnya itu. Gadis yang tempoh hari dia selamatkan. tapi.. apa hubungan gadis itu dengan tunangnya?

Dalam kereta aku masih berfikir siapa lelaki itu.
Sah! itu polis trafik yang selamatkan aku tempoh hari. tapi...itu jugak ke tunang Wahida? tak mengapalah. Nanti di kenduri bakal tau jugak sama ada betul atau tidak perkara ini. Malas ambil pusing perkara ini.

"Ida lama ke kat sini?" Yazid memerhati tunangnya itu.

"Tak lama pun, lepas jumpa abang ni Ida balik la".

"Persiapan kahwin macam mana? lagi 3 bulan ni".

Wahida tersenyum manis memandang Yazid. "Dah 50% siap abang".

Lega hati si teruna mendengar...

"Abang nak tanya sikit, siapa perempuan tadi tu?"
Yazid teringat kembali persoalan yang dia tak mahu tangguh itu.

"Ouh, itulah Aina, anak angkat Umi yang Ida ceritakan kat abang dulu tu. Ingat tak?"

Yazid hanya mengangguk faham dan mereka meneruskan perbualan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience