Bab 19

Romance Completed 31014

"ouh, kau angkat geng? ingat aku takut ke hah? silap besar la perempuan...."

"Aku akan pastikan hidup kau takkan senang selagi aku tak dapat Akhtar ! kalau aku tak dapat Akhtar, kau pun sama !" gumam Fatimah bersendirian.

Fatimah mengepal penumbuknya. Jubah dan tudung labuh yang tergantung di sudut almari itu di pandang. Panas rasanya bila mengenangkan pengorbanannya yang asyik 24 jam pakai jubah, tudung labuh. Demi Akhtar dia sanggup berpura-pura menjadi Alim. bukan gayanya bertudung labuh. cukup hanya bertudung biasa. Namun demi cintanya yang ingin kelihatan sempurna memenuhi ciri-ciri lelaki beragama macam Akhtar itu, dia sanggup menjadi muslimah palsu ! semua ada dalam diri dia iaitu ilmu yang bermanfaat, rupa cantik tapi sayang sekali.... itu tidak menjadikan dia manusia yang redha akan sesuatu ketentuan.

Pada petang ini mereka bergotong-royong di rumah Hajah Wati. Sedang masing-masing sibuk, Kehadiran Ustaz Akhtar yang masuk ke perkarangan rumah Hajah Wati dengan menaiki motosikal itu hanya di pandang sepi oleh Aina.

Ustaz Akhtar membuka topi kaledar dan di gantikan dengan menyarung kopiah hitam di kepala. Melihat Hajah Wati mendekat, dia tersenyum manis.

"Assalamualaikum, Acik" Akhtar mula menegur.

"Waalaikumsalam, ha Akhtar... ada apa?"

Akhtar mengeluarkan plastik hitam dari raga motosikalnya lalu di berikan pada Hajah Wati.

"Daging yang Acik pesan suruh saya belikan haritu."

Hajah Wati baru teringatkan yang dia ada titipkan pesan untuk Akhtar membelikannya daging yang dijual oleh jiran kampung sebelah berdekatan dengan rumah mak ngah Akhtar. Daging di sana agak murah.

Akhtar sepantas kilat terpandangkan susuk tubuh yang berlalu masuk ke dalam rumah itu. Aina tak datang untuk menyapanya kali ini. Hairan dia berfikir. Gadis itu tak nampak dia ka? biasanya dia akan datang menegur. Akhtar sedikit terasa hampa.

Aina dari dalam rumah mengintai ustaz Akhtar itu. 'maaf ustaz, aku tak kuat nak berhadapan dengan kau'. Aina menggenggam kain tudungnya di bahagian dada yang tertutup itu menahan sakit di dada.

Hajah Wati hanya memandang tanpa berkata apa. Dia tahu akan perihal di masjid tempoh hari. Masalah anak muda.. biarkan jangan di pandai-pandai ikut campur. cukup sekadar memberi nasihat.

Setelah motorsikal Ustaz Akhtar hilang dari pandangan, sekelompok gadis yang ada di halaman itu hanya memandang.

"Kesian Ustaz, mesti dia kecil hati" Azra yang sedang menongkat dagunya melalui batang penyakar itu berkata.

"Ini semua salah si Timah tu!" Wardah menambah.

"Belajar sampai ke mesir. Ingat jadi orang, tapi hmmmmm .. adab tak ada ! orang macam ini la yang buat rosak imej wanita bertudung labuh." Tisya ikut serta.

Syamin dan Wahida? mereka malas ikut campur.

Amboi budak bertiga tu, seronok membawang !

Aina mempercepatkan langkahnya bila dia terdengar namanya di seru seseorang. Sudah pasti dia tahu gerangan siapa. Ustaz Akhtar!

"hish dia ni kenapa ikut aku plak." Aina membebel sendiri sambil laju berjalan dan mendakap plastik berisi nasi lemak yang dibeli banyak bungkus itu. karang di hayun laju, mahu berpeleseran di jalan nasi lemaknya itu.

Dan...tidak bernasib baik, kaki Aina terpeleot akibat selipar jepunnya itu tersalah pijak permukaan jalan tar di situ. itu lah, dia berjalan tu ketepi bahu jalan sangat....kan dah mendapat. Terbongkok-bongkok memegang kaki yang di rasakan sakit itu.

"Aina ! astagfirullah...kenapa jalan laju sangat ni ?. tengok tu dah jadi apa" risau Akhtar melihat keadaan gadis itu.

"Err tak ada apa la ustaz, sikit aje ni". Aina membalas tanpa memandang.

Akhtar sedikit terasa dengan riaksi Aina saat ini.

"kenapa dua tiga hari ni awak lari dari saya ? WhatsApp saya pun awak tak balas. saya ada buat salah ke?".

Aina kelu ... 'adoii apa aku nak jawab ni?'

"saya sibuk sikit ustaz, maaf saya terlepas pandang pesanan WhatsApp ustaz"

"boleh jalan tak tu?" Akhtar risau, ya dia sangat risau akan gadis ini tanpa berselindung lagi.

Aina hanya mengangguk.

"Kalau tak saya hantar awak baaa...." ucapannya terhenti.

"Akhtar!" laung Fatimah.

' Ish, dia ni lagi '... Akhtar mengeluh dalam hati. tidak di hiraukan Fatimah, dia memandang semula ke arah Aina dan...... di lihat Aina sudah berada jauh berjalan ke hadapan. Hmm, kena ingnore lagi. Sabar la Akhtar, mungkin dugaan buat kau.

Aina berasa lega bila dia sampai ke halaman rumah. Nasib baik ini hari last dia berada di kampung. Esok dia akan pulang ke KL . tidak betah lama-lama di sini bila hati mula resah tentang Fatimah dan Akhtar itu. biarlah dia berputus asa dari awal ini... mungkin bukan jodohnya.

"Ustaz !!"

terhenti lamunan Akhtar bila tegur oleh seorang anak muridnya.

"Ya Saiful, kenapa?" fokus matanya kini kepada seorang murid lelaki di hadapannya.

"Ayat ni nak tukar macam mana?" di tanya perihal mata pelajaran itu.

Akhtar sedikit sebanyak terganggu bila teringatkan sikap Aina yang mula dingin terhadapnya. Apa silap dia? Akhtar berteka-teki sendiri.

"Wah cantiknya gubahan ni.. exclusive gitu". tegur Wardah kepada kakaknya merujuk kepada 6 buah dulang gubahan hantaran yang hampir siap itu yang di susun cantik di tepi dinding atas lantai ruang tamu rumah.

Wahida tersenyum simpul "tengok la siapa yang buat"

"Eleh, nak puji diri sendiri la tu". Wardah mencebikkan bibir.

lega hati Wahida melihatkan semua persiapkan perkahwinannya yang hampir 90% siap itu. Dia akan melangsungkan perkahwinan lagi 2 minggu.

Ustazah Zainab menghampiri anak bujangnya yang duduk sendiri di meja makan itu.

Keluhan Akhtar itu terdengar oleh Ustazah Zainab tanpa dia sedar.

"Apa yang di risaukan tu?" Ustazah Zainab mengambil tempat duduk di hadapan Akhtar.

" Aina, umi"

Akhtar sememangnya anak yang manja. Tidak betah hidup bila berahsia dengan ibunya.

"Kenapa dengan Aina?" ustazah Zainab menongkat dagu memandang anaknya itu.

"Dia macam nak menjauh dari Akhtar". mendengarkan jawapan itu Ustazah Zainab tersenyum.

"Bukan ke bagus kalau menjaga batas?" sahaja ingin di pancing perasaan anaknya itu.

"Iye bagus bila jaga, tapi...ni macam jauh tak nak kawan la macam tu". Akhtar kelihatan comel dengan cara mengadu kepada ibunya.

Ustazah Zainab menceritakan apa yang dia dengar pada malam buka puasa di masjid beberapa hari yang lepas. Riaksi Akhtar semestinya tidak senang duduk bila ini semua berpunca dari Fatimah. Nampaknya memang ada salah faham dari pihak Aina.

"Umi, boleh tolong Akhtar tak?"

Ustazah Zainab menjongketkan kening tanda tanya.

"please....." Akhtar sudah nekad kali ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience