Hilang terus lamunan Wahida terdegarkan ketukan di pintu.
"Ye... masuk-masuk" arahan Wahida terarah ke muka pintu.
Kelihatan kepala Aina yg tertimbul di muka pintu sambil memeluk bantal figura kartun stitch yang berwarna biru itu.
"Meh duduk sini". Wahida menepuk atas permukaan katil.
"Tak nak duduk je, nak tidur sekali". Aina menayang muka comel.
Tersenyum Wahida sambil mengganguk. Dia tahu akan kepergian Yazid sebentar tadi.
Aina terus baring di sisi Wahida sambil menatap ke arahnya.
"Apa rasanya dah jadi isteri orang?" tanya Wahida pada Aina.
"Entah la. tak ada rasa apa-apa pun" Aina menjongketkan bahunya.
"Aina, saya nak minta awak sabar ye dengan Abang Khalish tu. Bagi dia masa untuk terima awak."
Pipi Aina di usap sayang oleh Wahida.
Aina memerhati sepasang mata itu... Wahida ini seorang wanita yang begitu kuat. Tidak ada rasa sikit pun ke melihat bekas tunang berkahwin dengan orang lain?
"Awak nampak tak kisah pun Bakal suami awak kahwin dengn orang lain. Awak tak ada rasa cemburu ke?"
Wahida tersenyum lagi .. "Saya akan cemburu kalau orang lain yang ganti tempat saya tu bukan awak."
Haih, memang la susah nak buat Wahida ni berkecil hati.
Kemudian, Wahida mengeluarkan dua pucuk surat dan di serahkan pada Aina.
"Surat untuk siapa ni?" Aina hairan bertanya pemikirannya yang seiring dengan zaman teknologi masih perlu ke surat-surat macam ni?
"Satu awak punya dan satu lagi awak tolong serahkan pada Abang Khalish ye?".
Aina terdiam.
"bila saya boleh baca ni?". tanya Aina perlahan.
"Selepas saya tak ada nanti." Mata Wahida berkaca.
Aina terus menggapai tangan Wahida.
"Jangan cakap macam tu please. Awak akan sihat balik nanti. kita usaha sama-sama okay? tak kisah la lambat atau cepat". Air matanya mengalir laju.
"Janji dengan saya ye yang awak akan bahagiakan Abang Khalish?".
Aina masih diam.
"Baiklah". Aina bersetuju.
"tapi kalau..."
Aina ingin menyambung kata-kata dan di pintas wahida
"Tak apa Aina, banyakkan berdoa moga lembut hati Abang Khalish untuk terima awak. Andai suatu saat nanti Abang Khalish masih tak boleh terima awak. Saya faham. awak layak untuk cari kebahagiaan awak sendiri."
Mereka berbual banyak perkara sehingga larut malam, sampaikan masing-masing di buai mimpi.
*****
Yazid berdiri di beranda rumah merenung ke langit yang gelap dalam pekat malam memikirkan tindakannya yang meninggalkan rumah mertuanya itu.
Tidak sepatutnya dia lari balik dan tidak bersama isterinya. Tapi apa boleh buat, jangan di paksa hatinya. Ini lah yang akan terjadi. Langsung tidak di fikirkan Aina yang terasa hati atau tidak. dia tidak peduli.
Dalam bayangan mata hanya merindui Wahida. Walaupun sedikit marah kepada wanita itu. dia tetap tunaikan permintaan Wahida. Rasa kesian teramat sangat dan juga cinta setinggi langit menjadi alasan dia sanggup tunaikan permintaan itu walaupun pada saat akhir dia memunculkan diri pada upacara akad nikah tadi.
Yazid kelewatan kerana dia berperang dengan perasaan sendiri. Begitu sukar untuk dia buat keputusan. Siapa wanita itu, dari mana datang dia tidak tahu. Yang dia tahu wanita itu pada nama dan rupa sahaja. Bolehkah rumah tangga ini bertahan?
*****
Bunyi penggera dia telefon membangunkan Aina pada jam 6 pagi. Di capai telefon itu dan dimatikan bunyi penggera kerana terlalu bising.
Di tatap Wajah Wahida yang sedang tidur itu. Wajah lembut yang manis itu tidur dengan lena sekali. Aina menggoyangkan bahu Wahida agar bangun. Mereka akan solat subuh berjemaah.
Wahida tidak respon. Aina menggoyangkan lagi bahu Aina dengan sedikit keras. Tubuh itu masih kaku...lalu dia menghulurkan jari telunjuknya ke arah bawah hidung Wahida untuk rasakan nafas.......
Tiada hembusan nafas !!
Aina menjadi takut dan kalut.. "Umi ! ...." Aina menjerit memanggil Hajah Wati.
Dia yang menangis itu terus menggoncang tubuh Wahida dengan keras.
"Ida bangun !! bagun ... jom la solat subuh !!!" Air matanya laju mengalir.
Hajah Wati yang berada di dapur itu kalut bila terdengarkan suara Aina yang memanggilnya.
"Eh, kenapa nak ??" laung Hajah Wati sambil tergopoh-gapah melangkah naik ke ruang tamu dan seterusnya berlari ke bilik Wahida itu.
Wardah, Tisya, Azra dan Syamin juga bingkas terbangun bila terdengarkan jeritan dari Aina tadi. Mereka juga berlari keluar dari bilik.
Di bilik itu mereka melihat Aina yang tersedu-sedu menangis di sisi Wahida.
Melihatkan Hajah Wati masuk, Aina menarik-narik tangan Uminya dan berkata. "Umi tengok Wahida ni, dia tak nak bangun ! Aina dah kejut banyak kali dah!!"
Hajah Wati terpempam melihat keadaan Wahida yang masih terbaring di katil. Sudah sampai masa ke? Matanya redup memandang dan mendekat dengan Wahida. Di periksa nadi anaknya itu...
Tiada ! tiada denyutan lagi dirasakan.
"Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un" Hajah Wati menekup mulutnya dari meraung saat itu.
Wardah yang dari tadi berada di muka pintu bilik itu berjalan perlahan ke katil dan rebah melutut di sisi katil. Menatap Wajah kakak kesayangannya yang sudah tiada rohnya dalam tubuh. Dia menangis..
Tisya, Azra dan Syamin terus tersandar di balik dinding. Tidak percaya dengan lafaz yang keluar dari mulut Hajah Wati itu.
Wahida telah tiada. Dia pergi dalam keadaan tidur. Semua yang ada di situ menangis semahu-mahunya.
Aina tidak dapat menahan kesakitan di dada akibat terlalu kuat tangisan sendunya hingga dia pengsan tidak sedarkan diri.
terjerit yang lain terkejut melihat keadaan Aina yang jatuh pengsan itu.
*****
"Sebelum saya tutup muka jenazah ini, ada tak saudara-mara yang nak datang cium jenazah buat kali terakhir?"
Pengucapan Mak Teh terarah kepada semua yang ada ruangan tamu itu menggelilingi jenazah yang kaku di lantai berlapikkan tikar mengkuang itu.
Aina bangun dan mendekati tubuh Wahida yang berbalut dengan kain kafan itu. Dia melutut perlahan di sebelah kepala Wahida dan di tatap wajah itu buat kali terakhir.
Dicium dahi itu lama... kemudian jatuh ke kedua belah pipinya Wahida. Air matanya tidak berhenti dari mengalir. Di usap perlahan pipi itu
'rehatlah kesayanganku. Syurga menantimu'
Mereka yang masing-masing masih menangis pasrah melihat wajah Wahida yang di tutup perlahan-lahan dengan kain kafan sekemas-kemasnya.
Harus relakan wanita itu pergi. Dia terlalu sakit menanggung penderitaan penyakitnya itu. Rehatlah dari dunia yang fana ini..
Dari jauh Akhtar melihat Aina yang duduk termenung di pangkin sambil bersandar pada bahu Wardah . Wanita yang manis berbaju kurung hitam dan berselendang merah jambu itu di pandang sayu.
Jatuh kasihan melihat keadaannya yang begitu. Termenung dan tidak mempedulikan orang yang lalu dan bersalaman dengan mereka yang ada di pangkin itu. Fikirannya hanya pada Arwah Wahida. Mujurlah tetamu memahami.
Yazid masih lagi berada di kawasan perkuburan walau yang lain telah pulang ke rumah Hajah Wati untuk memberi ucapan takziah atas pemergian Wahida.
Yazid memandang kubur Wahida itu dengan pandangan yang lara. Air matanya jatuh dan diseka perlahan. Dia harus merelakan. Wanita itu mencipta pelbagai kenangan bersamanya.
Bahu Aina di sentuh lembut oleh sesorang.
"Nak Aina.." kata mak cik itu.
Aina mendongak perlahan ke arah wanita tua itu. dia tersenyum kelat. Yang di hadapannya itu adalah ibu mertuanya Puan Hasmah.
"Kuat ye sayang.Nanti ada masa balik rumah mak pulak ye. Mak tunggu". kata Puan Hasmah kepada menantunya yang kelihatan sangat berduka itu.
Aina hanya mengganguk perlahan..Badannya terasa lemah. Sedari tadi dia tidak makan atau minum. Seleranya mati.
Aina melihat keadaan sekeliling halaman rumah itu. Dia terbayang dirinya bersama Wahida bergaduh bila Wahida menyuruhnya turun dari pokok jambu itu. Risau Aina jatuh, apatah lagi anak dara bukan elok sangat panjat-panjat pokok.
tiada lagi suara Wahida yang memarahinya memanjat pokok.
Tebayang pelbagai situasi yang mereka lakukan di situ. Dia menangis semula.
'Aku akan rindu semua ni. Semua ni sakit bagi aku untuk aku kenang." Aina memukul dadanya perlahan. Dia menangis hiba.
Wardah yang melihat Aina sebegitu terus memegang pipi kakaknya itu lembut.
"Kak Aina, jangan macam ni, nanti Kakak Ida sedih tengok Kak Aina macam ni. Tak tenang dia kat sana". Wardah berkata dengan tabah walau hatinya juga runtuh. Di dekatkan kepalanya bersandar pada kepala Aina.
Tisya, Azra dan Syamin berpandangan sesama sendiri. Sedih mereka melihat keadaannya dua beradik itu.
satu persatu kehilangan yang melanda hidupnya...
Share this novel