"kau apahal?!" jerit Tisya
"kau tu yang apahal?" jerkah Syamin
Pintu rumah dibuka, tersentak aku bila dengar jeritan dua orang yang bergaduh ni Tisya dan Syamin. wehh, aku baru baru tinggal rumah 3 hari dah kucar kacir. Aku melihat ke arah Azra yang sedang kaku memegang PlayStation 4 menjongketkan bahu ke arahku membuat isyarat tidak tahu tentang apa yang di gaduhkan oleh dua orang ini.
"kau tahu kan aku suka kat dia? yang kau gatal-gatal keluar dengan dia kenapa?!" Tisya menghamburkan amarahnya.
"weh kitaorang keluar sebagai member je kot, dah memang satu office. kau aspect apa doh?" Syamin menepis juga dengan marah.
"hoii ! apa masalah ni ?." aku pulak naik angin marah mereka. Boleh naik pekak telinga aku kalau mereka ni terus memekak gaduh macam ni.
"korang ni ribut lah, bila bising-bising macam ni takut jiran complain plak. Sudah diam! aku nak main ps ni. shuutttt !". Sampuk Azra sambil meletakkan jari telunjuk di bibir .
Azra dibaling bantal oleh Tisya dan Syamin serentak. Aku menahan ketawa.
" tak sekarang ni korang pandang aku!." aku memberi arahan kepada dua orang yang macam kucing dengan anjing saat ni.
saat kedua-dua orang yang muka macam cekodok ni pandang aku. maka aku akan mulakan tazkirah ..
"korang gaduh pasal jantan?."
Syamin memandang ke arah lain..
Tisya memberi pandangan kurang senang ke arah Syamin.
"Eh malu lah member-member gaduh pasal jantan. tak professional siot". aku menekan lagi.
kedua-dua mereka memutar bola mata ke atas.
korek kang biji mata tu baru tau. huh!
"apa susah, berlambak la laki lain. kalau nak aku boleh tolong. tak payah nak gaduh-gaduh pasal sorang jantan tu. Apa handsome sangat ke hah?"
serentak mereka memandang aku. gulp ! woah marah ni nampaknya aku memperlekehkan lelaki pujaan diorang. kedua-dua belah tanganku diangkat tanda untuk tenangkan mereka.
mereka berdua masih berdiam. aku lantas mengeluarkan handphone dan acah mencari contact kenalan .
Tisya hairan melihat "Kau nak call sapa tu?".
"Agensi cari jodoh." aku memberitahu.
pantas mereka membelasah aku di situ. manja-manja je belasah member hehe.
"siot kau ni. eii tak boleh blah. ambik kau!" syamin menepuk dahi aku dengan kuat.
Gelak ketawa memenuhi ruang tamu rumah itu.
Yazid memandang gambar polaroid yang di tampal di sudut kanan cermin. Gambar pertunangan yang terpapar indah di sudut itu membuatkan dia senyum. sudah satu tahun bertunang dengan wanita pujaannya Wahida. tempoh pertunangan yang agak lama di atas permintaan Wahida yang ingin fokus pada perniagaan Arwah ayahnya. Umi wahida ada perniagaan sendiri jadi dengan tidak ingin membebankan bakal mertuanya, Yazid akur menunggu.
handphonenya bergetar tanda notifikasi whatsapp diterima.
Wahida : Abang Khalish, nanti singgah kedai eh ambil barang bagi mak abang :)
Yazid : balik kerja abang singgah kedai. Ida tutup lambat sikit ye.
Wahida : Baik :)
Wahida menyusun kuih segera yang di buatnya untuk dikirim ke bakal mertua ke dalam plastik. Bakal mertuanya sangat suka kuih buatan tangan Wahida itu. Sapa je tak sayang bakal menantu yang serba serbi lengkap ni.
***
Petang itu kelihatan sebuah kereta yang sangat Wahida kenali parking di perkarangan kedai Kainnya itu. Dari kejauhan dia tersenyum memandang tunangannya yang segak bergaya memakai uniform pengawai trafik itu.
Mata-mata yang lain memandang kagum, bertuah bos mereka dapat tunang kacak macam tu! yelah sama cantik sama pandan.
"Maaf la abang Khalish, Ida tak sempat nak hantar sendiri ke rumah mak abang. Pembekal kain ni datang hantar barang lambat. Jadi nak kena susun stok lama dalam store tu dulu". Wahida berasa bersalah
"tak apa lah, abang okay je nak datang ambil. lagipun abang sambung cuti ni balik kampung. lama dah tak tengok bakal isteri abang ni". Yazid menunduk sedikit mengusik tunangannya itu.
Wahida yang agak rendah berbanding Yazid itu menunduk malu. Bahagia mereka yang sedang berkira-kira waktu tersisa untuk mendirikan rumah tangga.
Share this novel