Bab 26

Romance Completed 31014

Terdapat beberapa bingkai gambar di atas almari meja yang terdapat di laluan menuju ke ruang tamu itu di dilihat satu-persatu. Aina tersenyum melihat gambar Yazid pada salah satu bingkai gambar bewarna kelabu itu semasa masih kanak-kanak. Seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan sedang berada di atas buaian.

“Comelnya…” Aina berkata perlahan.

“Yang perempuan itu Yusma, kakak ipar Aina la tu.” Puan Hasmah menyentuh lembut bahu menantunya yang sedang leka menatap gambar keluarga itu.

Terkejut Aina di sapa oleh ibu mertuanya.

‘Yazid ada kakak? Ingatkan anak tunggal.’ Monolog Aina sendiri.

“Tapi masa nikah hari tu tak nampak pun kak Yusma ?”

“Yusma tu bekerja kat Sabah, jadi susah sikit nak dapat cuti. Ni esok dia balik la. Itu pun cuti dia meleset ke tarikh lain. Tak apa lah, janji boleh balik walaupun lambat sikit dari kenduri pun.” Tersenyum Puan Hasmah.

Setelah itu terlintas kelibat Yazid di belakang mereka yang ingin menuju ke dapur tanpa bertegur sapa melihat Aina pulang ke rumah itu. Puan Hasmah dan Aina berpandangan sesama sendiri.

“Pergilah teman suami makan, ambik hati dia perlahan-lahan”.

Tanpa membantah, Aina membuka langkah untuk turun ke dapur dan kemudian dia berhenti sejenak sambil memandang ibu mertuanya. Pandangan tidak berani mungkin.

“Tak apa, pergi je”. Puan Hasmah memberikan isyarat anggukan kepada menantunya itu.

Aina pasrah, dia perlahan-lahan mendekati Yazid yang berada di meja makan yang baru meninjau lauk-pauk sambil memegang tudung saji.

“Awak nak makan ? kejap eh saya sediakan”. Tegur Aina pada Yazid yang berdiri meneku lauk-pauk di atas meja itu.

Yazid hanya diam dan akur mengambil tempat duduk di meja makan. Tanpa suara hanya tangan Aina yang lincah sendukkan nasi dan ambilkan lauk kepada Yazid.

Di meja makan itu hanya mereka berdua. Terlalu sepi, kalau ada bunyi pun hanya bunyi bising pinggan plastic yang jatuh dari atas singki akibat daripada langgar lari oleh Pumok iaitu kucing hitam berbulu kembang belaan Puan Hasmah.

Aina hanya memerhati tampang wajah Yazid di hadapannya itu. Dia ralit memerhati wajah kecinaan tapi tak berapa nak cina sebab macam ada mix ye si Yazid itu. Segaknya !.
Tapi ustaz lagi manis…, apakan daya bukan jodohnya...

‘Ish lupakan Aina, kau tu dah ada suami !”. Aina mengetuk-ngetuk kepalanya sendiri.

Yazid dari tadi hanya diam dan leka menjamah makanan. Aina yang ada di hadapannya itu ibarat tunggul.

“ Err, awak nak tambah lagi nasi tu?”. Aina bertanya takut –takut melihat nasi di dalam pinggan yang hampir kosong itu.

Yazid hanya menggelengkan kepala tanda tak mahu.

Aina hanya mengganguk faham.

‘Mak aih bisu ke dia ni? Dari tadi angguk geleng.’ Frust Aina jadinya.

“Hujung minggu ni kita balik KL”. Yazid bersuara.

Dagu yang ditongkat itu hampir tercium meja makan bila mendengar Yazid bersuara kali pertama sepanjang beberapa hari mereka sah menjadi suami isteri.

‘Ouh ada suara rupanya. Ingatkan kotak suara tu dah expired.’
Aina hanya mengganguk faham.

Kotak suara pun ada expired date ke? Aina..Ainaa.

Aina yang sedang menggulung getah paip itu ditegur Puan Hasmah yang melihat menantunya itu macam lipas kudung buat kerja menyiram pokok tadi.
“Aina, kenapa tergesa-gesa ni?”.

“Aina nak balik mak, dah senja dah ni takut umi cari tak balik-balik lagi”.

Puan Hasmah hanya tergeleng kepala sambil ketawa perlahan mendengarkan alasan Aina itu. Bukan dia tak tahu!

“Apa pulak nak balik? tido la sini. Ni kan dah jadi rumah Aina jugak. Umi mesti faham punya anaknya ni dah bersuami.” Pipi Aina dicubit perlahan.

Aina masih gugup jika berhadapan dengan Yazid. Kalau dia tidur di rumah ibu mertuanya malam ini….

“tapi Aina tak bawak baju la mak”. Moga alasan ini di terima. Fuhhh….

“Apalah, baju Yusma kan ada?. Dah pergi naik atas, dah nak magrib dah ni”.

Dilihat si ibu mertua yang berlalu masuk ke dalam rumah. Haih…nasib kau la Aina. Kalau datang awal pagi tadi, petang dah boleh cabut balik.

Jangan harap……

Sehelai kain batik dan Baju t-shirt lengan panjang di letakkan di atas riba. Aina merenung Puan Hasmah meminta simpati. Macam mana dia nak hadap Yazid sepanjang malam ni?? 5 minit pun da mati akal ini kan 1 malam. Entah-entah 2 ke 3 malam lagi. Itu pun kalau Puan Hasmah bagi dia balik rumah umi awal. Omg….

“Mak tahu Aina tak selesa dengan Azid, tapi Aina kena ingat mesti ada sebab kenapa takdir satukan kamu berdua.”

Azid? comelnya nama gelaran oleh keluarganya itu.

Mata redup Puan Hasmah di pandang sayu.
“Boleh ke Yazid terima Aina, mak?”.

Bahu kanannya dipegang oleh Puan Hasmah. “Azid tu terkesan sangat dengan pemergian Wahida. Aina kuatkan semangat dia ok? perlahan-lahan kamu berdua mengenal hati budi masing-masing. ”

Aina kematian kata. Akhirnya harus akur dengan perjalanan takdir ini. Seribu rahmat juga dia bersyukur kerana dikurniakan keluarga mertua yang menerimanya dengan baik.

Pukul 2 pagi, jam di telefon bimbit yang berada di meja kecil di sebelah katil di intai. Aina terjaga dari tidur dan merasakan pundi kencing yang mahu meledak sudah penuh dan menunggu untuk membuang. Dia tak tahan !
Perlahan-lahan turun dari katil dan berjalan ke muka pintu agar tidak ada bunyi yang membangunkan Yazid yang dilihat sedang nyenyak tidur atas sofa kayu di sudut bilik tidur itu.

“Apa masalah kau ni? Lewat-lewat malam buta macam ni kau nak terkencing pulak. Tunggulah esok pagi! Ish…” terkepit-kepit Aina menahan kencing sambil berjalan menuju ke tandas.

Tandas yang gelap itu di pandang seram, sudah la tandas ni ada kat luar. adoii ... dia mencari di mana suis lampu tandas, tetapi tiada di situ.

Kemudian Aina keluar semula teringatkan kotak suis yang banyak di ruangan dapur. Mungkin ada di situ.

Setapak dia berundur dan berpusing untuk ke ruangan dapur tiba-tiba…
“Makcik hang!!” latahnya terkeluar bila terlanggar susuk tubuh yang tegap itu.

Aina mendongak ke atas sedikit untuk melihat siapa yang di langgarnya.

Mata mereka bertemu....

Aina terpaku melihat Yazid yang merenungnya.

Lupa sudah niatnya yang tadi nak terkencing sangat tu.
Yazid yang masih merenung Aina itu menaikkan tangan kanannya memetik suis lampu yang ada di balik pintu dapur itu.

‘Minah ni malam-malam macam ni pun nak pakai tudung lagi ke dalam rumah sendiri?’. Yazid pelik benar melihat Aina yang tidak langsung menanggalkan tudungnya dari siang hari tadi.

Aina secara terus respond akan bunyi petikan lampu yang di sentuh Yazid itu.

‘Lahh, ada kat belakang pintu rupanya’ buta kau ni!’. Aina mengutuk dirinya sendiri.

Sekilas di pandang semula ke arah Yazid yang sudah pun berlalu naik semula ke bilik. Terkejut dia bila terlanggar sesuatu pada waktu-waktu begini.

“Suka sangat muncul secara tiba-tiba dia ni !.”

Aina yang dari tadi tidak sedar dia ketiduran seketika selepas menolong Puan Hasmah di kebun. Letih juga buat kerja merumput ni kat kebun.

Setelah dia buka mata, terkejut melihat susuk tubuh seseorang di hadapan yang sedang asyik merenungnya.

"Hello!!" Kata wanita itu.

Aina hairan, setelah itu dengan pantas otaknya dapat meneka siapa yang di hadapannya ini.

"Kak Yusma kan?" Aina bertanya sambil bangun dari pembaringan.

"You got it right my sister in law" tersenyum ceria Yusma ke arah adik iparnya itu.

mereka bersalaman dan berpelukkan .

"Finally akak ada geng nak kacau Azid". kata Yusma.

"Why?". Aina tersengih pelik.

"Azid life is so boring.. dia tu macam tak berdunia dengan orang je. serious memanjang." Yusma meluah perasaan mengutuk adik sendiri.

ketawa kecil Aina melihat telatah kakak iparnya itu.

ada 5 mata yang sedang berhadapan di meja makan itu. Suasana hanya riuh dengan telatah Yusma yang kuat berceloteh macam-macam perkara.

"Yusma habiskan makanan tu dulu. pot pet aje mulut tu dari tadi." Encik Saifullah berkata kepada anak perempuannya itu.

"Ala, sambil-sambil la ayah. kakak excited ni nak cerita macam-macam kat Aina." muncung sedepa wanita itu sambil berkata.

Yazid sedari tadi sama macam itu juga . diam dalam dunia sendiri.

"Eee best kan Azid da kahwin ni. boleh culik bini dia nanti buat teman jalan-jalan. Tak gitu Azid?"
pertanyaan di arahkan kepada sang adik.

Yazid hanya mengangkat bahu. Dia tidak kisah.

"tak lama lepas tu ...culik anak buah kakak pulak".

Tersedak Aina, terus dia menggapai gelas minuman di hadapannya itu.
tersenyum-senyum Yusma mengusik di ikuti oleh kedua mertuanya Aina.

Dia melihat ke arah Yazid masih begitu. tiada riak.

Tak ada sense humor betul dia ni eh !

"hehe tersedak pun cantik ye Aina ni. Untung Azid kan". Puji Yusma

Yazid hanya memerhati Aina dari ekor matanya. Betul apa yang di kata oleh Yusma itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience