"Macam mana aku nak cari dia semula?". Aizuddin membelek-belek bungkusan coklat yang masih di simpan itu pada tangannya. Teringat akan gadis yang dia jumpa di tasik tempoh hari.
"I must do something." terus dia mencari contact nombor seseorang untuk di hubungi sesuai dengan apa yang Aizuddin fikirkan.
*******
Batu nisan di kuburan itu di sentuh.
"Assalamualaikum, ida... saya datang ni. Saya minta maaf sebab lama tak jenguk awak."
Ada senyuman di balik wajah yang suram itu.
"Saya nak minta maaf juga sebab tak dapat jadi isteri yang terbaik buat Yazid. mungkin kami tak sehaluan."
"Awak marah saya tak?". Aina ingin menangis.
"Saya dah cuba, tapi ... mungkin jodoh kami tak panjang."
Aina harus berfikir untuk bertindak ke peringkat seterusnya tentang rumah tangga dia dan Yazid yang di biar sepi sudah setahun.
"oh ya, umi dan Wardah kirim salam. mereka rindu sangat dekat awak."
tikar mengkuang di gulung.
"Saya singgah tak lama. Saya balik dulu ye. Nanti saya datang lagi, Assalamualaikum..."
Aina berlalu pergi dari kawasan perkuburan itu dengan hati yang berat.
Sejurus Aina berlalu... ada angin bertiup lembut pada pokok kecil yang tumbuh di kawasan perkuburan Wahida menghantar kepergian Aina dari situ.
*******
Seorang lelaki berjaket kulit, berkaca mata gelap serta bertopi hitam mengambil tempat di hadapan Aizuddin yang sedang menunggu di sebuah restoran.
Lelaki itu membuka kaca matanya. "Aku dah siasat latar belakang dia macam yang kau nak." kata Rizal seorang anggota perisik PDRM.
"Good. so apa details tentang dia?". Aizuddin menghirup kopi panas di hadapannya itu.
"Nama dia Aina Musfira binti Ibrahim. Kerja di Ambangan Holdings dekat cheras and...... she's married." kata lelaki itu.
Aizuddin terdiam.
"kau pasti?". Aizuddin bertanya semula.
"Yes, tapi aku pelik.. aku dah follow dia beberapa hari ni dan dia tak duduk sekali dengan suami dia. Dia duduk dengan kawan-kawan dia. Dalam rumah tu ada 4 orang penghuni".
Terus tegak badan Aizuddin. "Kau siasat tak siapa suami dia?"
"Of course la, the worse is ... suami dia pun polis sama dengan kita di Bukit Aman. Dia tu dalam unit traffik. Kau kenal kan Sarjan Yazid?".
Tanya lelaki itu kepada Aizuddin.
"Aku tak pasti, nanti aku akan cari balik dia yang mana". Balas Aizuddin kepada lelaki itu.
"Aku pun hairan sangat sejak bila Si Yazid ni Kahwin. Dulu ada heboh katanya tak jadi kahwin."
"Tak apa Rizal. Thanks tolong aku. Cukup aku nak tahu pasal perempuan itu je". kata Aizuddin.
*******
Hajah Wati yang sedang menyapu dedaun kering di laman itu terlihat besannya iaitu Puan Hasmah yang berjalan masuk ke halaman rumah menuju ke arahnya.
"Eh Mah, awal datang. ada apa?". Tegur Hajah Wati.
"Haah, memang niat Mah nak datang jumpa Hajah pun. Ni Mah nak tanya.. Aina tak balik ke bulan ni? lama Mah tak jumpa dia. Azid tu pun diam aje bila di tanya pasal bini dia." Kata Puan Hasmah.
Hajah Wati menggerakkan bola matanya melihat sekeliling sambil berfikir.
"Aina sibuk tu. Tak ada masa lagi katanya nak balik. Maklumlah la bos dia bagi projek besar suruh uruskan. kami anak beranak aje yang pergi ke KL untuk jenguk Aina tu sekali-sekala." balas Hajah Wati dengan riak resah.
Puan Hasmah kelihatan sedikit kecewa.
"Tak apa la ye. Mah ada dengar Hajah nak ke KL kan hujung minggu ni?. Mah ada bawak ni ha kuih loyang. Nak minta Hajah kirim pada Aina. Dia suka sangat kuih loyang yang Mah buat." balas Puan Hasmah tersenyum.
Hajah Wati megambil sebuah tin biskut yang berisi kuih loyang dari huluran Puan Hasmah.
"Haah boleh-boleh. Nanti akak kirimkan ye Mah".
Sejurus melihat Puan Hasmah beredar pulang, Hajah Wati menampar-nampar mulutnya perlahan. Rasa berdosa pula dia berbohong pada besannya itu. Ni semua demi permintaan Aina.
********
Aina yang sedang melintas jalan menuju ke arah keretanya hairan melihat seorang lelaki yang sedang bersandar pada keretanya.
"Err encik, ni kereta saya". Tegur Aina sambil menunjukkan keretanya kepada lelaki itu.
"Yup. I know." kata Aizuddin sambil menegakkan kembali badannya berdiri.
"Awak tak ingat saya Fira ?". Aizuddin bertanya kepada Aina setelah melihat Aina yang kebingungan.
Aina terpempam. 'Fira ? kenapa dia panggil aku Fira? ' Aina bertanya sendiri.
"Macam mana awak tahu nama saya ? dan kenapa awak panggil saya Fira? Awak ni siapa sebenarnya?". Aina seakan manahan marah.
"Whoa..relaks, I know your name actually. Musfira seems like a beautiful name". Aizuddin menyabarkan Aina yang jelas kelihatan marah.
"Semua orang panggil saya Aina. Fira itu hanya orang tertentu saja yang boleh panggil. Jadi saya harap awak alert tu". Jelas Aina.
Aizuddin kehairanan.
"Tak apa lah, awak kenal saya lagi tak? Kita pernah jumpa di Tasik Permaisuri last week?". Aizuddin Cuba mengalih topik.
"Coklat?". tambah Aizuddin lagi.
Kemudian kelihatan Aina yang berubah riak.
" Omg, Yaa saya baru ingat bila awak sebut coklat tu".
"Sorry saya emo sikit tadi, tak pernah-pernah stranger panggil saya fira". Balas Aina yang menggaru keningnya.
"It's okay fira. Saya Aizuddin". Aizuddin ingin menyakat.
"Awak ni degil kan?". Aina geram.
"Yup memang saya degil". Aizuddin saja memprovoke gadis itu. Comel sekali bila marah.
Aina rimas bila nama itu asyik kedengaran.
"Eii awak tepi lah saya nak balik ni". Marah Aina perlahan.
Namun Aizuddin masih tidak bergerak dan mengahalangi pintu kereta Aina.
"Nope. let's be friends first". Aizuddin membuat tawaran.
Aina berkerut memandang lelaki kacukan melayu siam berkumis nipis di hadapan ini. Badannya tegap sekali. Mengenakan T-shirt berkolar kemas bertigh in ke dalam seluar.
"Saya isteri orang." Kata Aina mematahkan harapan lelaki itu.
"Saya tahu. Kawan je tak apa kan?". Aizuddin menjongketkan keningnya.
Aina memandang sekeliling melihat beberapa orang yang lalu lalang tersenyum-senyum ke arah mereka. lebih-lebih lagi ke arah Aizuddin. mungkin tampang lelaki ini yang macho habis ! Segan jadinya.
"Nanti saya fikir dulu". kata Aina seraya ingin memegang pemegang pintu keretanya. Namun masih di tahan Aizuddin.
"Tak nak. Saya nak jawapan awak sekarang". Aizuddin masih berkeras.
"Eiiiii... ye...ye kita kawan". Balas Aina sebal.
Terpancar senyuman kemenangan di wajah Aizuddin. Boleh tahan !
Namun Aina hairan melihat Aizuddin yang masih tidak bergerak dari pintu keretanya.
"Kenapa, kita dah jadi kawan kan? so....." Aina bertanya.
"Macam mana saya nak contact awak?". Aizuddin bertanya.
Lalu Aina menyeluk beg tangannya dan di keluarkan sekeping kad. Di hulurkan pada Aizuddin.
"Ni business card saya."
Aizuddin gembira menerima huluran dari Aina dan bergerak sedikit bagi memberi laluan kepada Aina.
"Thanks". Kata Aizuddin.
Aina hanya menggangguk kepalanya sebagai kata balas.
*******
"Syafiq, kau ronda kawasan mana hari ni ?". Tanya Yazid yang berjalan masuk beriringan dengan sarjan Syafiq ketika mereka bertemu di kawasan letak kenderaan motosikal peronda.
"Aku tak ronda sangat pun. Jaga traffic light je dekat kawasan KLCC tu. Aduh jem terok ada kemalangan." Balas Syafiq seraya mengelap peluh di dahi.
"Kesian kau, jom aku belanja". Ajak Yazid kepada Syafiq.
"Serius la??....ehh jom jom. Teruja dia akan niat baik Yazid itu.
"serius la , aku belanja ..... kau bayar !!!" pecah ketawa Yazid.
"Eh kepala Bana kau ni". Balas sarjan Syafiq geram kena tipu dengan Yazid.
Aizuddin yang ada di hadapan pondok polis bantuan itu hanya memandang ke arah dua orang lelaki yang berlalu melintasi belakangnya.
Matanya Aizuddin hanya fokus pada Yazid yang rancak berbual sambil berjalan itu.
Share this novel