Yazid merebut kunci kereta dari tangan Aina lalu di masukkan ke poket seluarnya.
Aina yang terkejut dengan tindakan itu terus meraba poket seluar Yazid. Namun tindakannya itu di halang dan Yazid merentap pergelangan tangan isterinya itu.
"Ish, awak ni kenapa ha?"
Marah Aina kepada Yazid sambil cuba melepaskan tangannya dari pegangan tangan Yazid yang kemas itu.
"Seronok keluar dengan jantan lain?". Pedas soalan yang keluar dari mulut Yazid itu.
" Jaga sikit mulut awak tu. Saya nak keluar dengan siapapun, itu bukan masalah awak !".
Bidas Aina .
"Bukan masalah aku? kau lupa ke yang kau tu masih isteri aku?". Terbeliak mata Yazid memandang Aina.
Aina yang mendengarkan ucapan Yazid itu ketawa sinis.
"Isteri pada nama saja kan?, so itu bukan pun masalah pada awak". Aina memerli kata Yazid yang pernah di ucapkan padanya setahun yang lalu.
Yazid terdiam, kata-kata itu ibarat tertampar diri sendiri. matanya masih melekat pada pandangan mata sang isteri.
Melihatkan Yazid yang diam kaku tiada balasan, Aina merentap kembali tangannya dari pegangan Yazid dan terus menyeluk poket seluar lelaki itu untuk mengambil semula kunci kereta yang di rampas Yazid.
Yazid hanya membiarkan kereta Aina yang mengundur keluar dari kawasan parking itu. Tangannya di gengam menahan rasa amarah di hati.
Mahu di katakan apa lagi. memang benar apa yang di luahkan oleh Aina itu.
********
"Aku baru nak merasa tenang kenapa kau datang balik?". Aina meraup rambut panjangnya yang ikal itu.
matanya di halakan ke muka pintu. Pandangannya kosong. Kenapa Yazid muncul di hadapannya tadi? lelaki itu mengekori dia kah? Bukankah selama ini lelaki itu tidak perduli akan dirinya? kenapa tiba-tiba??
Terlalu banyak persoalan yang berlegar-legar di mindanya.
''Kau kena kuat Aina, kau tak boleh lemah macam dulu. Hati kau tak boleh terima untuk terluka lagi". Aina memberi semangat kepada dirinya.
*****
Bunyi telefon pintarnya yang beberapa kali itu menggangu fokus Aina terhadap penerangan projek dari rakan sepejabatnya.
"Lis, kejap eh aku angkat call dulu sorry."
"Tak apa. aku ok je" balas Lis.
Telefon berbunyi semula, terpapar panggil video dari Aizuddin. Aina keluar sedikit dari kawasan itu untuk menjawab panggil dari Aizuddin.
"Ya Encik Aizuddin, ada apa yang beria sangat call ni?". Tanya Aina bila terpampang wajah Aizuddin yang memenuhi skrin telefon.
"Awak, saya kacau ke?". Tanya Aizuddin pula.
"Ye, saya tengah ada discussion tadi". Jawab Aina jujur.
tiba-tiba Aizuddin rasa bersalah.
"Sorry la, Saya tak boleh buat kerja ni". Aizuddin mengadu.
Terlihat kerutan di wajah Aina.
"Kenapa pulak?. Awak tak sihat ke?".
"Bukan, saya asyik teringat kat awak".
Balas Aizuddin sambil menggosok belakang tegkuknya.
"Hah? awak ni...." Aina menjeling. Risau dia akan lelaki itu ingatkan ada apa rupanya......hmm.
"Habis saya nak buat apa?". Tanya Aina buntu.
Aizuddin memerhati sekeliling.
"Senyum sikit." Pinta Aizuddin.
Aina tertawa mendengar permintaan Aizuddin.
lantas dia senyum. senyuman yang selebar-lebarnya !
"Haa siap ketawa lagi awak bagi eh, nice.. macam ni baru ada semangat nak sambung kerja. Thank you". Aizuddin tersenyum suka.
"Dah la saya busy ni. Nanti kita sembang lagi". Balas Aina lalu memutuskan panggilan video tersebut.
Yazid yang bersembunyi di balik dinding laluan kaki lima itu hanya perhatikan Aizuddin yang berlalu untuk masuk ke dalam bilik mesyuarat.
Laju dia membuat reaksi menyampah dengan memutarkan bola matanya ke atas kemudian dia menggeleng.
Bukan dia tak tahu apa yang di bualkan oleh mereka. Dia dengar dengan jelas ! lalu dia juga beransur masuk ke bilik mesyuarat itu.
Yazid sesekali mencuri pandang ke arah Aizuddin yang ada di bucu sebelah kanan hadapan ketika mensyuarat berlangsung. Panahan matanya ke arah Aizuddin itu mengundang seribu amarah.
Tersentak dirinya bila di siku oleh Sarjan Syafiq yang berada di sebelah dan berbisik.
"Oi, turn kau pergi bentang laporan, Mejar dah panggil tu."
Dengan segera Yazid bangun menuju ke skrin Led yang ada di hadapan semua anggota yang ada di dalam bilik mesyuarat itu.
Aizuddin yang dari tadi sedar akan pandangan Yazid terhadapnya itu menyembunyikan senyum dengan mengosok kumis nipis atas bibirnya. Marah sungguh lelaki itu padanya.
*****
Notifikasi dari aplikasi WhatsApp masuk dan memintas fokus Aina pada perkerjaannya itu sebentar.
Aizuddin : Jom keluar lunch?
typing....
Aina : Jom, kat mana ?
Aizuddin : Tempat biasa ;)
typing...
Aina : Saya drive sendiri ok?
Aina tidak selesa bila dia di jemput oleh Aizuddin pada waktu kerja. elak gossip !
Aizuddin : alaaaa ..... ok :(
Aina tersenyum melihat rajuk Aizuddin.
Aina : see ya !
Ketika selesai Aina melintas jalan, butang kawalan buka kunci kereta di tekan. Dengan tidak semena-menanya kunci kereta itu di rampas kasar dari tangannya.
Terkejut bukan kepalang Aina melihat Yazid di hadapannya kini. Beruniform kerjanya, dan Aina memandang sekeliling untuk mencari moto besar yang selalu di bawa Yazid itu, tiada !
Kemudian Yazid menekan semula butang untuk mengunci kereta Aina.
"Awak ni memang suka duk rampas-rampas barang orang ke ?!". Tanya Aina marah.
Kunci kereta Aina di sembunyikan di belakang badannya . Yazid memandang Aina
"Lagi elok dari orang lain yang nak rampas kau daripada aku". Dengan tenang Yazid berkata.
Dahi Aina berkerut memandang Yazid.
"Apa yang awak cakap ni?". keliru Aina jadinya bila jawapan dari mulut Yazid sedikit mengelirukan.
Yazid diam tidak membalas terus di tarik lengan isterinya itu. "Dah jangan banyak cakap, ikut aku".
Aina merentap kembali tangannya.
" Tak nak ! saya ada hal la . Dah janji dengan orang". Aina berkeras.
"Aku tahu kau ada lunch dengan Aizuddin kan?. Aku tak kira kau cancelkan je. Ikut aku".
Tangan Aina ingin di raih semula tetapi Aina pantas berundur ke belakang.
Yazid mengecilkan matanya melihat Aina dan dia berjalan semula mendekati Aina yang sedang berundur rapat ke pintu keretanya itu.
Aina terus jadi seram melihat tingkah Yazid itu.
"Kau nak ikut aku, atau nak aku dukung kau ? kau pilih." Yazid memaksa Aina untuk memilih.
Aina yang resah dengan ugutan Yazid itu terus menolak badan Yazid yang terlalu dekat dengannya.
"fine ! saya ikut." balas Aina mengalah.
Yazid tersenyum kemenangan. mereka berjalan ke arah kereta Yazid.
Aina terpaksa menelefon Aizuddin untuk membatalkan janji makan tengah hari bersama.
Sesampainya mereka di restoran, Hanya Yazid yang membuat pesanan makananan dan minuman. tetapi Aina tidak. Seleranya terus mati bila di paksa mengikuti Yazid.
Yazid hanya membiarkan, dia tidak bertanya.
'Dah la paksa orang ikut dia. lepas tu buat taktau aje aku kat sini. Masalah dia ni !'.
Bebelan Aina dilepaskan dalam hatinya sambil matanya geram melihat Yazid di sebelahnya itu.
Setelah pesanan makananan itu sampai.. Yazid menolak makananan yang ada di dalam pinggan itu ke hadapan Aina.
Melihatkan itu Aina terus bertanya "Ni
makananan awak kan? kenapa bagi saya pulak?".
"Makanlah." kata Yazid.
"Habis awak? nak makan apa?". Tanya Aina lagi.
"Aku makan yang tu jugak. Kau kena suap aku. kita share". Balas Yazid selamba.
mendengarkan itu, Aina membesarkan matanya ke arah Yazid.
"Apahal pulak, tak nak la !". Tegas Aina.
Yazid memusing badannya ke arah Aina, sebelah Tangan memegang kerusi yang di duduki Aina dan sebelah lagi memegang meja makan itu. Aina dalam keadaan terperangkap kedudukanmya.
"Aku tak peduli. Kau kena jugak suap aku."
Aina ingin sekali membantah semula. Namun dia teringat akan pesan Wahida dahulu ...
'Abang Khalish tu ada gastrik tau. Awak kena jaga timing makan dia ye'.
Zap ! Jari Yazid di petik di hadapan Aina yang dilihat mengelamun jauh tu.
Aina jadi kalah bila teringatkan segalanya tentang Wahida. Kemudian Aina segera mengambil sudu lalu ingin di suap makananan itu pada Yazid.
Yazid mengelak. Aina pula jadi hairan.
"Aku nak pakai tangan. Tak nak pakai sudu". Kata Yazid.
'Ish, mengadanya lah dia ni'. Aina lantas bangun menuju ke singki untuk membersihkan tangannya.
Sepanjang makan, pandangan mata Yazid hanya melekat pada isterinya.
Aina yang sedar akan pandangan lama Yazid padanya itu membiarkan. Lagi cepat dia suap, lagi cepat dia boleh lepas dari lelaki ini. Saat ini sungguh dia merasakan sangat rimas dengan perlakuan Yazid yang semakin aneh !
Share this novel