Bab 52

Romance Completed 30624

Terkejut dua beranak itu bila si emak yang menepuk tangan ke atas meja kopi di ruang tamu.

"Apa?? !! berkhalwat ?!". Tanya Ustazah Zainab terkejut bila mendengarkan khabar yang terjadi pada Aina.

"Uminya pun kot ye nak terkejut jangan la sampai di hentak meja kopi tu. Nasib baik tak luruh jantung saya." Kata Haji Deraman kepada Ustazah Zainab.

Kelihatan Akhtar sedang mengutip biskut yang jatuh ke lantai akibat tercampak dari tangannya terperanjat dek suara tepukan di meja oleh ibunya itu. Kus semangat di buat oleh Ustazah Zainab seorang ini.

"Ye umi, secara kasar nampak macam itu la. tapi Akhtar cerita tak banyak la. Aib pula nanti."

Ustazah Zainab menegakkan badannya yang sedang duduk di atas sofa itu dan jari telunjuknya tepat pada Akhtar.

"Kamu jangan buat cerita Akhtar. Takkan la Aina sejahil itu. Kamu ni kalau buat cerita baik kamu tanggal aje kopiah atas kepala kamu tu". Ustazah Zainab memberi amaran pada anaknya itu.

Terus terbit ketawa Haji Deraman bila mendengarkan amaran isterinya kepada Akhtar. Lucu juga isterinya ini kadang-kadang.

"Ish, apa umi ni. Buat cerita apa pulak. Akhtar pun tak percaya masalahnya sekarang ni. Akhtar cuma cerita sebab umi kan baik dengan Aina. Akhtar pun risau". Balas Akhtar menggaru-garu kepalanya bila ibunya membidas dia seperti itu.

"Ish, parah jugak macam ni. Susah umi nak percaya. Yang si lelaki tu siapa? kamu kenal ke?". Tanya Ustazah Zainab lagi jiwanya di pagut rasa risau memikirkan Aina.

Akhtar menggosok janggut ciput di bawah dagunya berfikir sejenak kembali mengingati wajah lelaki semalam itu.

"Tak kenal umi, tak pernah nampak pun kat kampung ni. Tengok dari cara dia macam orang bandar aje tu". Akhtar yakin dengan jawapan itu.

"Habis tu macam mana sekarang dengan Aina?". Ustazah Zainab terus menyoal.

"Itu yang Akhtar risau ni. Wardah cakap semalam Aina pergi dari rumah, Acik Wati halau dia. Lepas tu Akhtar tanya balik Yusma kot-kot Aina balik ke situ tapi Yusma pun terkejut. Diorang lagi la tak tahu apa-apa pasal semalam. Yazid pun lesap tak balik rumah mak dia." Jelas Akhtar.

Ustazah Zainab mengurut dadanya.

"Ya Allah.. Dekat mana la dia tidur malam tadi ni? Allahuakbar".

Akhtar hanya diam menghirup kopi. Doanya semoga Aina di beri kekuatan yang besar dalam menghadapi dugaan hebat ini.

"Kamu pergi lagi Akhtar pusing aje keliling kampung ni dengan kampung sebelah. Pergi cari Aina. Risau jugak dari semalam seorang diri. Dah la perempuan." Ujar Haji Deraman prihatin.

"Baik Abah.. Ada lagi satu yang Akhtar risaukan ni. Wardah cakap Aina tengah mengandung. Baru lagi tu usia kandungan dia".

Akhtar meluah apa yang di bualkan dengan Wardah pagi tadi semasa dia lalu di hadapan rumah Hajah Wati.

"Allahuakbar... ish, umi tak senang duduk la Akhtar. Jom la kita pergi cari." Ajak Ustazah Zainab.

*********

Sementara itu di Kuala Lumpur...

"Call lagi beb, sampai dia angkat." Kata Tisya kepada Syamin yang tidak putus-putus membuat panggilan masuk pada Aina.

Rakan-rakan Aina di sana gelisah. Mereka di khabarkan kejadian yang menimpa Aina oleh Wardah semalam. Wardah hanya menagis macam ibu kehilangan anak. Sayang sangat dia pada Aina.

"Ya Allah Aina....mana kau pergi ni...call tak nak angkat."
Gumam Syamin sendiri.

"Kalau aku tau sapa punya kerja ni...aku tamatkan aje riwayat dia kat situ jugak. Jangan sampai jumpa depan aku!".

Syamin terus berkata sendiri. Kesal dengan sikap manusia pendengki.

"Betul beb, aku tak percaya yang Aina sanggup buat kerja macam tu." Tisya juga menyokong kata-kata Syamin.

Sementara itu Azra masih cuba untuk mengesan kedudukan Aina melalui gps yang terpasang oleh apps Zenly. Moga saja Aina tidak cerdik untuk mematikan butang gps yang terpasang di telephone bimbitnya.

"Aha !!!". Suara teruja Azra menarik perhatian kedua-dua mereka.

"Ha? jumpa ke?". Tanya Tisya dan Syamin seretak.

Azra hanya tersenyum lega.

**********

Masjid Mustofa kampung Kikir...

Aina semalaman tidur di situ. Mujur sahaja ada tempat untuk dia menumpang sekejap. Ada Penjaga masjid yang baik hati membenarkannya tumpang di situ.

Sudah berapa kali dia naik turun ke tempat wuduk untuk memuntahkan isi di dalam perutnya. Mual berpanjangan. Badan terasa lemah akibat banyak kali dia muntah. Sudah kosong perutnya. Mujur semalam semasa dia rebah sewaktu mengejar kereta Yazid, di tahan tangannya dari terjatuh menghempap tanah secara terus. Dia masih memikirkan nyawa yang ada di dalam perutnya itu. Itu pemberian cinta dari Yazid untuknya. Kalau pun Yazid tak mahukannya lagi..sekurang-kurangnya ada zuriat yang menemani hidupnya nanti.

"Maafkan ibu sayang..ibu buat ayah sedih. Buat Nenek marah... Ayah tinggalkan ibu."

Bicara Aina sendiri pada anak dalam perut itu. Meskipun belum kelihatan..Tetap dia anggap seperti ada yang mendengarkan apa yang dia katakan.

Hatinya runtun bila terkenangkan hal semalam semasa di usir keluar oleh Hajah Wati. Dia juga kesal..dirinya yang kotor di sentuh lelaki durjana semalam. Dia tidak rela !!!.
Tidak dia menyangka ibu angkatnya itu berubah sedrastik itu hanya kerana termakan fitnah yang terlontar dari orang luar. Dia tidak tahu angkara siapa. Tapi dia ingin sekali tahu apa silapnya pada insan yang menaburkan fitnah ini. Sesungguhnya insan itu telah berjaya. Hebat juga taktiknya..Tapi dia kena ingat bahawa Allah itu ADA !!

"Assalamualaikum...adik bagun dik".

Terpisat-pisat mata Aina cuba untuk melihat gerangan yang mengejutkan dia bangun.

"Ye kenapa?" Tanya Aina pada seorang wanita di hadapannya kini.

"Mari kita makan adik. Kakak ada bawakan makanan. Pucat sangat ni muka." Kata wanita itu.

"Akak ni siapa ? akak kenal saya ke?". Tanya Aina dia kehairanan ada insan yang datang secara tiba-tiba mengajaknya makan.

Wanita itu tersenyum. Hatinya di paut rasa kesian terhadap Aina. Apakah malang yang menimpa wanita ini. Kenapa pakaiannya terkoyak dan dia kelihatan tidak bermaya.

"Nama kakak Juriah. Suami akak yang bertugas jaga masjid kampung ni. Dia suruh kakak tolong adik, itu yang kakak masak tadi. Adik dari mana ni?". Juriah menjelaskan untuk mengusir rasa sangsi Aina terhadapnya.

"Tak apa akak. Jangan kesiankan saya. Saya cuma tumpang kejap aje kat sini." Balas Aina.

"Kakak cuma nak tolong adik. Jangan takut ye. Kakak ikhlas". Kata Juriah.

Aina hanya mengganguk setuju. Biarlah dia isi perut dahulu demi anaknya. Malu di ketepikan dahulu. Dia membuka bekal makanan berbentuk mangkuk tingkat dan di lihat lauk di dalam bekal satu persatu. Masak lemak cili api ayam, nasi putih dan sayur kobis goreng kunyit membangkitkan seleranya.

Sedang dalam menjamah makanan itu.. dia mendongak melihat Juriah yang leka menatap Aina ketika makan dengan berselera. Berkaca matanya Aina melihat Juriah. Tatkala insan dia sayang telah membuangnya dari hidup mereka..namun Allah hantarkan insan lain untuk membantunya yang dalam kesusahan itu.

"Terima kasih Akak..Akak baik sangat..saya malu yang akak nampak keadaan saya macam ni".
Kata Aina.

"Tak apa lah. Kakak faham kamu sedang susah sekarang ni dan Kakak tolong. Kamu anggap jelah ni cara kita berkenalan ye?". Balas Juriah meredakan perasaan Aina yang rawan itu.

Sementara itu tiga lagi Sahabatnya sedang dalam perjalanan kemari..

"Yazid ni pun satu hal. Belah macam itu aje. Dia tak kesian kat Aina ke apa?". Bentak Azra.

"Yazid tu pun termakan fitnah jugak sama macam Umi." Balas Syamin.

"Aku pun kesian juga kat Wardah ni. Tadi dia ada video call aku mata dia bengkak menangis. Tapi aku tak sangka la umi sampai hati halau Aina keluar tengah-tengah malam macam tu. Bukan dia tak tahu Aina tu pregnant". Celah Tisya.

Azra terus tegak badannya melihat paparan di skrin telefon pintarnya.

"Geng, location dah tukar...Aduh !!!". Kata Azra automatik menyebabkan Syamin memusing sterengnya dan membuat pusingan U mengejut.
Berterabur lagi dua orang penumpang itu mengikut rentak Syamin yang secara mengejut.

"Oiiii,aku nak hidup lama lagi.. bawak kereta bersopan santun sikit. Jalan raya tau ni bukan litar Sepang !." Jerit Azra kepada Syamin.

"Ahh, tak ada masa !!."

Syamin menekan pedal minyak sehabisnya lagak pemandu kereta lumba professional.

Sementara itu.....

Uyaina dalam kegelisahan bila Akhtar dan Ustazah Zainab baru beredar dari rumahnya. Ada apa mereka kemari. Tengok dari raut wajah kedua-duanya sangat tegang. Lalu dia mehanan ibunya yang melalui hadapan biliknya.

"Mak..mak..kenapa mak long datang tadi?". Tanya Uyaina.

"Ouhh ha, mak long tanya ada nampak Aina tak menantu si Hasmah tu. Sebab dari semalam tak balik rumah". Kata Makcik Kalsom.

"Aik, kenapa pulak tak balik? lepastu kenapa mak long pulak yang sibuk mencari Aina tu?".
Tanya Uyaina hatinya di landa getaran yang kencang namun masih di kawal.

"Ada bergaduh salah faham sikit tu masa kat rumah Wati. Lepastu lari pergi mana tak tahu la". Kata Makcik Kalsom lagi.

"Salah faham apa mak?". Uyaina berterusan mengorek cerita.

"Ish, kamu ni banyak tanya. Mana mak tahu sangat. Sampai situ aje mak long kamu cerita. Yang kamu kepochi sangat ni kenapa?".

Pertanyaan ibunya itu mengundang riaksi terkejut dari Uyaina.

"Errrk tak ada la Una tanya je nak tahu. Mana ada kepochi..mak ni". Balas Uyaina langsung terus masuk ke bilik.

Di sebalik pintu yang tertutup itu Uyaina kembali mengingati detik terjadinya semalam.

Situasi satu :

Bungkusan makananan di hulurkan pada Akhtar yang sedang leka bersembang dengan orang-orang masjid.

"Akhtar.. tolong ye nanti kau balik tu singgah bagi bungkusan makananan ni kat rumah Acik Wati."

Berkerut dahi Akhtar.

"Ha? sekarang ke. kejap lagi la."

"Eh sekarang la.. Takut dah tidur nanti". Uyaina mendesak Akhtar.

Bungkusan di ambil dari tangan Uyaina.

"Yelah." Akhtar hanya menurut dan meminta diri dari perbualannya bersama orang-orang di sekelilingnya itu.

Situasi Dua :

Terkocoh-kocoh dia dan fatimah berlari masuk ke dalam bilik dan ke arah Aina yang tidak sedarkan diri itu. Seperti lipas kudung tangan mereka membuka pakaian yang di pakai Aina. Mereka harus cepat sebelum tertangkap kerana Wardah dan Noni dalam perjalanan pulang begitu juga Akhtar dan Hajah Wati yang bersama Yazid.

Malik di luar bilik pula telah membuka butang bajunya dan duduk dengan senang hati di atas sofa ruang tamu itu.

"Cepat sikit la....lembab korang ni". Kata Malik kepada Fatimah dan Uyaina sambil menghisap rokok.

"Ingat plan kita. Kalau pecah rahsia..satu sen pun aku tak akan bayar kau !".

Malik tersenyum sinis. lalu di hembuskan asap rokok itu ke wajah Fatimah.

"Jangan risau la ustazah..aku tau kerja aku".

Uyaina di belakang Fatimah hanya memandang sepi ke arah bilik yang menampakkan Aina sedang tidur itu. Kuat juga tamparan dari Malik sampai dia tak sedar lagi dan kelihatan lebam di sebelah wajahnya. Pasti sangat sakit. Uyaina jadi serba salah. Namun dia tiada pilihan..dia terpaksa !

p/s : Yup..fatimah adalah dalang sebenarnya.... !!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience