Bab 32

Romance Completed 31014

Setelah mandi, Aina memakai mask muka dan ingin merehatkan badannya seharian letih berovertime. Dikerling jam di dinding menunjukkan pukul 11.30 malam.

"Dahaga la pulak". tekaknya terasa kering. Lalu dia bangun pergi membuka pintu bilik dan mengintai ke luar bilik untuk memastikan yang Yazid tidak ada di luar bilik. Lampu di ruang tamu dan dapur juga gelap dan dengan segera dia menuju ke dapur.

Yazid yang terpandangkan Aina sedang menahan air di mesin penapis air itu terkaku. Aina sendiri tidak sedar akan kehadiran Yazid di meja segi empat panjang di dapur itu sedang menikmati kopi dalam gelap. Yazid hanya diam merenung Aina yang membelakanginya.

gulp.. Yazid menelan air liur melihatkan keadaan Aina itu.

Aina bernyanyi riang sambil menahan air sejuk di mesin air itu dan dia terus minum sambil berdiri serentak berpusing ke hadapan.

"pufffttt..." tersembur air kopi dalam mulut Yazid dek terkejut dengan penampilan Aina yang memakai mask sheet itu.

Aina yang juga terkejut terus menekan suis lampu dapur yang berhampiran dengannya.

Ternganga mulutnya melihat Yazid ada di meja dapur itu. Macam mana dia boleh tidak sedar Yazid di situ?!

"Awak ni kenapa duduk dalam gelap? tercabut jantung saya tau!?". Tanya Aina terkejut.

"Habis tu jantung aku tak tercabut la tengok kau pakai macam tu?". panjang muncung mulut Yazid ke arah Aina.

Aina meraba muka dan badannya. Alamak dia terlupa yang dia sedang berkemban kain tuala.

"omg ! arghhh" Aina terus berlari naik ke atas. Kelam kabut dia menutup pintu. Merah pipinya mehanan malu.

Selama ni kalau nak goda Yazid itu hanya yang biasa-biasa je macam selak kain bagai. Ni macam dah over sangat ni .. berkemban ! No dia tak bersedia ke arah itu dengan lebih serius.

Pagi itu Aina mengintai lagi di luar bilik. Dirinya begitu malu dengan Yazid. Dia tak nak bersemuka dengan Yazid hari ini.

"Nampak gaya mission 3 out dah laa. kang membazir kertas aku. Asyik di buang je, lepas tu dengan jadi kejadian yang macam semalam tu lagi. Erghhh.. stresss !". Aina membebel sendiri di dalam kereta.

Dia berharap yang Yazid akan lupa terus gambaran dirinya yang separuh bogel itu semalam walaupun itu suaminya. tunggu sehingga kesemua 4 missionnya di jalankan.

Selepas mengaminkan doa. Aina teringatkan surat pemberian Wahida. Lalu capai surat itu dan dia mengambil tempat di atas katil.

Surat itu di buka dan Bismillah di baca...sungguh dia berdebar.

###########

ASSALAMUALAIKUM AINA MUSFIRA KU...

Terima kasih kerana hadir membawa seribu makna dalam kehidupan saya dan keluarga. Awak umpama permata gantian yang hilang dalam kehidupan kami. Bayangan kak Wardina sangat utuh dalam diri awak. Saya sangat menyayangi awak dan sebab itu lah saya tak nak orang lain yang ganti tempat saya selain awak. Abang Khalis itu kesayangan saya juga. Saya harap awak faham itu. Terima kasih sangat kerana sanggup tunaikan amanah ini walau berat bagi awak untuk melepaskan Akhtar. Maafkan saya.

Tika awak baca surat ini, ada bahagian awak dalam peninggalan tak seberapa dari saya. Amanat itu sudah saya titipkan pada Wardah untuk uruskan. Carilah dia untuk tahu bahagian awak.

Macam mana dengan kehidupan rumah tangga awak sekarang? Bahagia tak sayang? dah buat yang terbaik kan ? Saya harap Abang Khalis dapat jaga awak dengan baik. Saya yakin itu.

Tapi sayangku Aina, jika awak tidak berjaya mengambil tempat di hatinya, maka saya tak akan paksa awak untuk teruskan amanah ini. Awak juga berhak bahagia. Cukuplah awak telah berusaha habis baik.

Cinta yang hakiki itu hadir tanpa paksaan.

Ingatlah perkara itu ye Aina. Tolong gantikan tempat saya untuk jaga umi dan adik kita ya ?

Teruskan mencari kebahagiaan awak dengan cara yang tersendiri. Saya mendoakan dari jauh akan kebahagiaan awak. ILY ... (i love you)

sekian, SITI WAHIDA .

#######

Aina memeluk lututnya menangis membaca isi surat tersebut. Ini yang membuatkan dia takut. Dia merasa berat hati bila terkenangkan kehilangan ini.

"Aku akan cuba buat yang terbaik demi kau, aku janji".

Air mata yang membasahi pipi itu jatuh menitik laju di telekungnya. Menangis hiba dia kini menyedari yang dia sudah jatuh hati kepada Yazid suaminya sendiri. Dia takut akan tidak ada penerimaan Yazid kepadanya.

"Macam mana dengan perubahan Yazid sekarang?". Tanya Tisya.

"Tak tahu aku nak cakap pun, kejap dia ok kejap ikut mood dia la". Balas Aina yang memberi sedikit laluan kepada orang di belakangnya yang berlalu di atas escalator di pusat membeli belah itu.

"Tinggi sangat ego Yazid tu ye?". Tisya meneka.

"Biasalah tu dia masih tak dapat terima pemergian Wahida. Aku pun faham, apa yang boleh nak di buat? bersabar je la selagi mampu". Aina pasrah.

"Apa kata kau confess je dekat dia. Luahkan yang kau suka dia, sayang dia. Biar dia tahu semua tu." Cadang Tisya.

"Ish tak berani la aku." Aina kurang Yakin.

"Habis dah macam-macam buat tapi tak jalan juga macam mana? buang masa. Lagipun mission kau yang last ni memang confession kan? so.. jangan lengah-lengah la". Kata putus nasihat dari Tisya risau akan emosi rakan baiknya itu jika berlarutan sikap Yazid yang sebegitu.

Nak tak nak,. Aina harus setuju. Lagi cepat dia buat lagi cepat dia tahu status penerimaan Yazid terhadapnya.

*******"

Berdebar hatinya menanti Yazid di muka pintu itu. Harapnya akan ada kebahagiaan dalam rumah tangga mereka selepas ini.

Aina mengambil cuti setengah hari semata-mata nak menyiapkan persiapan untuk melakukan mission 4 : confession. Biar la ibarat perigi cari timba .. tak mengapakan lagipun Yazid itu suaminya !

Ruang tamu itu di lengkapi dengan meja berhias kelopak bunga dan di tengah-tengah meja itu di hias dengan lilin beraroma levender..Cahaya lampu yang malap itu menambahkan suasana romantis.

Bunyi pintu rumah dibuka.

Yazid yang menapak masuk itu kebingungan melihat suasana di dalam rumahnya. Dia terlihatkan Aina berdiri di sisi meja yang di letakkan pada tengah ruang tamu dan berpakaian dress blouse berwarna merah dengan rambut yang diikat dendan . Comel !

"Ada apa semua ni?". Soal Yazid yang kehairanan.

"Sini ikut saya".

Aina menarik tangan kanan Yazid dengan berhati-hati menuju ke meja makan.
Yazid mengambil tempat duduk di hadapan Aina.
Dia masih memerhati pergerakan tangan Aina yang menghidangkan makanan untuknya.

"Makan la dulu, lepas tu saya ada something nak bagitau awak". Aina berkata sambil tersenyum.

Yazid masih menanti tetapi dia tetap ikuti segala arahan Aina.

Selepas 10 minit, Aina mengeluarkan sekeping kad ucapan kecil berwarna merah jambu.

"Saya tak tahu nak mula macam mana". Kad ucapan itu dihulurkan kepada Yazid.

Yazid menyambut dengan kedua belah tangan. lalu di buka kad ucapan itu.

"Saya tahu saya bukan lah yang pertama, tetapi izinkan saya menjadi yang terakhir dalam mencorakkan warna kebahagiaan dalam kehidupan awak ."

"Saya sukakan awak Yazid". Kata Aina.

Yazid terdiam, dia menutup semula kad ucapan itu dan dia berdiri memandang Aina.

"Aku taktau macam mana kau boleh terima semua ni, tapi hati aku takkan boleh terima org lain. kau kena ingat tu” .

Aina terbungkam. Betulkah apa yang di dengar ini?

"Tap..tapi kenapa? tak kan sikit pun awak tak boleh buka ruang untuk saya ada dalam hati awak tu?" Aina ingin menangis namun di tahan.

"Aku terima kehadiran kau sebab amanah dari Wahida. Kau kena tahu cinta aku pada Wahida takkan mati walaupun dia dah tak ada."

"Aku terima kau sebagai isteri pada nama. Bukan untuk ada dalam hati. Aku terima juga atas dasar BELAS KASIHAN semata !".

Yazid terus berlalu naik ke atas menuju biliknya. Entah angin apa yang merasuk jiwanya bila Aina meluahkan perasaannya itu. Mindanya terus membantah bila dia rasa Aina ingin rampas tempat Wahida di hatinya. Dia takkan benarkan.. Cintanya itu utuh !

Ibarat terdengar bunyi kilat yang kuat berdentum di telinganya Aina. Tergamak Yazid berkata sejujur ini. Hatinya kini bagai di tores sembilu tajam.
Dia itu umpama pengemis cinta dari Yazid selama ini. Pengemis cinta yang terhina bila mendengarkan kata 'belas kasihan'.

Tersedu-sedu dia menangis sambil mengelap air mata yang lencun di pipi. Makanan di atas meja di kemaskan. Dia harus terima kenyataan cintanya di tolak oleh suami sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience