Bab 39

Romance Completed 30624

Sesampainya di rumah, Yazid terus mencampakkan sarung tangan kulitnya ke atas sofa. Mendidih hatinya melihat adegan mesra antara Aina dan Aizuddin dan juga seorang lelaki yang lain semasa di sebuah pusat membeli belah tadi.

"Banyak target yang nak dekat dengan kau Aina ! makin aku biar kau bebas makin ramai yang nak dekat dengan kau. Arghh !!!". Terasa tercabar kedudukannya sebagai seorang suami.

******

Aizuddin berjalan masuk ke unit traffik dan menampalkan sebuah kad undangan di papan kenyataan unit tersebut. Pegawai-pegawai yang ada di situ terus mengerumuni Aizuddin yang ada di situ.

"Wah Tuan, ada kad undangan ni. Nak Kahwin ke?". Kata salah satu anggota wanita di unit itu.

Dengan pantas teguran itu mamatikan fokus Yazid yang menyemak jadual kerjanya.

'Tak mungkin....' ada keresahan di benaknya.

Aizuddin yang mendengarkan itu terus ketawa besar.
"Ish, tak ada la. cuba baca dulu apa yang saya tampalkan tu. Ni main terjah aje ye".

"Ouhhh sambutan hari jadi. Wah menarik ni Tuan". Kata Syafiq.

"Datang la ye, saya ada buat kenduri doa selamat sikit sambil-sambil itu adik saya nak sambung belajar ke luar negara". Kata Aizuddin.

"Tuan, kalau tak datang, macam ada hal ke takpe ke Tuan? Tanya je". Soal dari Sufian yang juga salah satu anggota unit itu.

Pertanyaannya di undangan oleh bunyi perlian dari rakan-rakan anggota polis yang lain.

"Siapa tak datang, saya denda. Tahap denda ikut mood saya". Usik Aizuddin.

Sufian menelan air liurnya. Dia kecut perut. Jangan buat main dengan ACP yang satu ni.

Melihatkan riak cemas Sufian itu Aizuddin terus ketawa.

"Tak adalah, takkan la saya ni nak paksa pulak. Bukan wajib pun. Siapa nak datang saya berbesar hati. Siapa tak boleh datang ada hal atau sebaliknya..tiada paksaan. Saya tak la sekejam itu Sufian".
Terang Aizuddin pada semua pegawai anggota bawahannya itu.

*********

"Lama lagi ke awak kat Kedah tu?". Tanya Aizuddin kepada Aina semasa sesi panggil video.

"Haah ada lagi 2 hari ni. Katanya 1 hari tu standby takut ada last task". Kata Aina.

"So awak tak jadi la ye datang majlis kat rumah saya nanti." Aizuddin beriak kecewa.

"Saya nak sangat pergi. Doakan saya boleh habiskan kerja dengan cepat dekat sini ok?". Balas Aina.

Aizuddin hanya mengangguk lemah.

"Hei kenapa papa Zura ni yang mengada lebih ni?." Tambah Aina lagi tergelak melihat riaksi Aizuddin itu.

"Hmm, dah awak tak datang majlis hari jadi saya nanti". Kata Aizuddin.

"I'll try my best to be there ok?". Pujuk Aina kepada Aizuddin.

Panggilan video di matikan. Sejurus ingin pusing ke belakang Aizuddin terkejut melihatkan Yazid yang sedang berada di hujung sana berdekatan unit khas sedang berbicara dengan seorang pegawai dari situ.

Kemudian dia hanya lalu dan di sambut tabik hormat oleh mereka.

Yazid hanya menghantar kepergian Aizuddin dengan ekor matanya. Fokusnya pada bicara Khairul itu sudah terbang dek keresahan melihat kemesraan Aizuddin dan Aina tadi semasa sesi panggilan video. Ingin sekali dia tahu khabar isterinya. Sudah 2 minggu tidak bersua di hadapan gadis itu.

******

"Mak aih, ramainya...ini dah macam kenduri kahwin". Syafiq yang tercengang melihat keramaian tetamu yang hadir di rumah Aizuddin pada malam itu.

"Kau ni pun, berapa banyak geng bukit Aman yang datang. Saudara mara lagi. Standard la tu". Kata Yazid mengakhiri tanda tanya Syafiq itu.

"Haa sarjan, meh la masuk. Jangan malu-malu" . Syafiq dan Yazid di sapa oleh Aizuddin.

"Hehe, selamat hari jadi Tuan. Moga panjang umur murah rezeki. Ni ada sikit hadiah tak seberapa dari saya dan Yazid.". Kata Syafiq kepada Aizuddin sambil menghulurkan beg kertas berisi hadiah.

"Allah, buat susah aje bawak hadiah. Aamin Inshallah. Terima kasih". Balas Aizuddin.

"Selamat hari jadi Tuan, Moga sihat selalu". Kata Yazid sambil bersalaman dengan Aizuddin.

"Terima kasih, Inshallah. Mari masuk dari tadi tercegat dekat sini". Balas Aizuddin mesra.

Dalam kemeriahan tetamu menjamu makanan di rumah itu. Aina datang bersama beg hadiah di tangannya berdiri di muka pintu mencari dua susuk tubuh orang yang di rinduinya.

"Aunty!!!". Jerit Aizura sambil teruja berlari ke arah Aina.

Aina yang melihatkan Aizura itu terus tersenyum sambil melutut kedua kakinya ke jalan dan mendepakan tangan untuk mendakap Aizuddin yang berlari ke arahnya itu.

Berseri-seri pandangan mata Aizuddin melihatkan Aina yang ada di muka pintu pagar rumah itu sambil meminta diri untuk ke hadapan kepada rakan-rakan setugas yang sedang rancak bersembang itu.

"Ridunya Aunty kat budak masam ni..eiii geram". Aina menggomol pipi Aizura geram. Sudah terlalu rindu dia pada Aizura setelah lama tak berjumpa.

Aizura ketawa mengekek geli bila di gomol dan digeletek pinggangnya oleh Aina.

Yazid dan Syafiq tercengang melihat ke arah tetamu yang baru sampai itu.

Paling terserlah riaksi kebingungan itu adalah dari Syafiq yang terhenti suapan makanan ke mulutnya sambil melihat ke arah Aina yang begitu cantik berbaju kebaya labuh biru lembut dan berselendang merah jambu. Tak berkedip mata-mata yang melihat.

"Akhirnya tetamu special saya datang jugak". Seloroh Aizuddin pada Aina.

"Eii awak ni. Saya dah janji kan nak datang?. Tapi maaflah saya tak boleh datang awal nak tolong-tolong makcik (ibu Aizuddin) prepare apa yang patut". Aina rasa bersalah.

"Eh tak payah nak tolong-tolong. Awak datang pun saya happy sangat dah ni. Thanks sudi datang". Balas Aizuddin yang tersenyum sambil matanya meratah setiap inci wajah yang di rinduinya itu.

"Happy birthday.. Moga awak panjang umur dan sihat sentiasa, boleh kena buli hari-hari dengan saya dan Aizura." Seloroh Aina pada Aizuddin.

Ketawa Aizuddin dan Aizura akan usikan Aina itu.

"Thanks awak, Inshallah. Tak nak kena buli hari-hari. Nak setiap saat". Kata Aizuddin yang sama naik menyakat Aina.

"Eii ngada betul. Saya nak jumpa makcik dan Airina ( adik perempuan Aizuddin) kejap". Kata Aina sambil menijau ke dalam rumah.

"Ha masuk je diorang ada kat dapur rasanya". Balas Aizuddin sambil matanya terarah ke Yazid yang berada di bawah khemah luar rumah. Mujur Aina tidak perasankan kelibat suaminya itu.

Sementara itu ...

Mata Yazid tidak lepas dari menatap segala gerak geri Aina.

"Kau jangan cakap dengan aku....laki yang rapat dengan Aina tu Tuan Aizuddin?". Teka Syafiq kepada Yazid.

Mata Yazid terarah pula pada Syafiq. Kemudian keningnya di angkat sedikit tanda tekaan Syafiq itu betul.

"Pishang kau mat kalau Tuan Aizuddin la yang jadi saingan kau".
Kata Syafiq lagi. Dia pula yang rasa tidak senang duduk melihat kemesraan Aina bersama Aizuddin tadi.

Yazid hanya tenang menghirup teh tarik panas yang di sediakan di majlis tersebut.

Aizuddin mendekati Aina yang sedang sibuk menceduk makanan di ruangan lauk pauk.

"Awak tak bawak housemates ke? kenapa datang sorang?"

Aina tersenyum melihat Aizuddin yang menghampirinya.

"Diorang masing-masing ada date. Tak apa lah saya datang sorang. Bukan tak biasa drive seorang".

"Yazid ada dekat sini tau". Bisik Aizuddin.

Aina yang terdengarkan hal itu terus mati pergerakkan tangannya.

"Relaks saya ada ni teman awak." Aizuddin cuba tenangkan Aina.

Aina hanya menggangguk faham.

Tiba-tiba Aina terdorong ke hadapan sedikit akibat di tolak oleh kanak-kanak yang berlari sambil bermain-main sesama mereka di kawasan berdekatan dengan mereka itu.

Aizuddin juga dengan spontan menahan Aina dari tertumpahkan makanan yang ada dalam pinggan itu. Mujur dia sempat memegang erat tangan serta pinggan yang Aina pegang itu.

Mereka tertatapan mata. Kedua-duanya kaku.

Syafiq yang melihat kejadian itu....
"Huish, ini malapetaka ni mat".

Ngomel Syafiq sendiri melihatkan riak wajah Yazid yang sudah membahang kemerahan seakan menahan amarah.

Takut melihat riaksi Yazid itu, Syafiq menghulurkan segelas minuman sejuk berais pada Yazid. Disapu dada Yazid yang berlapikkan baju melayu berwarna merah hati itu untuk menenangkan sahabatnya yang ibarat kerbau yang sedang memerhati target mangsanya untuk di serang.

"Sabar Zid, settle dekat luar ye. Kita kat majlis yang ramai orang ni. Kau sabar banyak-banyak".
Risau Syafiq melihat keadaan Yazid itu.

Aizuddin menahan kanak-kanak yang berlari hingga terlanggar Aina itu dan dia berlutut di hadapan kanak-kanak lelaki itu.

"Adik..jangan main lari-lari dekat sini. Bahaya tau takut terlanggar barang atau makcik pak cik kat sini". Pesan Aizuddin pada budak lelaki itu.

Budak lelaki itu kemudiannya mengangguk faham. "Sorry uncle, Amin tak lari-lari lagi".

Aizuddin menggosok perlahan kepala budak yang bernama Amin itu. Anak siapa la ini.

*****

Sudah hampir ke tengah malam, Aina merupakan tetamu terakhir yang akan pulang.

"Zura dah tido?". Tanya Aizuddin yang dari tadi sibuk mengemaskan kerusi di khemah itu.

"Haah, Saya dah angkat masuk bilik dah. Letih sangat tu main sampai terlena atas peha saya ni".
Aina ketawa sedikit mengimbas kembali muka comel Aizura yang keletihan tadi.

Aizuddin menemani Aina berjalan hingga ke arah keretanya. Risau melihatkan keadaan tengah malam yang sunyi itu.

"Hati-hati drive balik tu. kalau....." kata-kata Aizuddin terhenti.

"kalau ada apa-apa cepat call awak, kalau sampai rumah pun call jugak". kata Aina laju. Sudah di hafal berkali-kali pesanan Aizuddin itu.

"Hmm good girl.." Balas Aizuddin tersenyum suka.

"Btw.. awak cantik sangat malam ni." Puji Aizuddin jujur.

Aina menunduk malu. "Biasa je lah. Baju je cantik. Lama tak pakai baju ni. So saja rasa nak pakai malam ni." kata Aina malu dia di pandang sebegitu oleh Aizuddin.

****

Sesampainya Aina di depan pagar rumahnya, dia keluar dari kereta sebentar untuk membuka kunci pagar.

Dengan pantas tangannya di rentap oleh Yazid yang muncul dari belakang dan di muka pintu pagar itu.

"Ikut aku!". Kata Yazid tegas.

Aina yang terkejut itu berusaha melepaskan pegangan tangan Yazid yang begitu kuat pada lengannya.

"Nak pergi mana lewat-lewat ni, ish". Bantah Aina.

Yazid mengheret Aina ke pintu penumpang sebelah hadapa, dan jarinya menunjukkan amaran pada Aina untuk tidak melawan. Setelah melihat Aina akur, dia pergi ke arah sebelah pemandu kereta milik Aina.

Setelah kereta Produa Bezza milik Aina meluncur di jalan, Aina memandang Yazid dengan pandangan yang sangat marah.

"Awak ni kenapa suka paksa-paksa saya ikut awak?. Awak nak apa?". Tanya Aina.

"Diam". Tenang suara Yazid namun kedengaran tegas.

Setelah sampai di rumah Yazid. Kini Aina di heret semula untuk masuk ke dalam rumah. Begitu kemas pegangan Yazid pada pergelangan tangannya Aina hingga tidak terdaya untuknya melawan kudrat lelaki itu.

Aina di lepaskan kasar ke arah permukaan dinding pada bilik Yazid itu.

Aina ketakutan melihat keadaan suaminya itu yang seperti harimau mahu menerkam mangsa.
Ingin di undur sedikit demi sedikit badannya menjauhi Yazid, namun sudah kehabisan ruang untuk dia bergerak.

Lalu kedua tangan Yazid memerangkap pergerakkan Aina di dinding itu. Matanya tajam menikam si mata isteri.

"Makin hari makin sakit mata aku ni tengok cara Aizuddin tu layan kau". Yazid bersuara.

"Dah tu awak tak payah la tengok !". jawab Aina.

"Kau jangan nak loyar buruk dengan aku eh, aku cakap betul-betul ni". Yazid mendekatkan mukanya kepada muka Aina.

Aina dengan pantas berpaling mukanya ke arah lain bila dia rimas muka Yazid yang terlalu rapat hingga terasa hembusan nafas lelaki itu.

"Ish awak nak apa sebenarnya ni?". Aina semakin lemas.

"Aku nak isteri aku balik". Kata Yazid.

"Saya tak nak ! saya ni isteri pada nama je. Buat apa nak simpan lama-lama." Aina memulangkan buah keras Kenyataan Yazid kepadanya dahulu.

Yazid yang semakin tidak terkawal tahap kemarahannya itu terus memagut bibir isterinya rakus.

Aina menjerit, namun suaranya terkemam dek ciuman Yazid di mulutnya. Dia menghempas pulas menolak badan tegap milik Yazid dari terus menekan badannya rapat ke dinding itu namun tidak berjaya.

Setelah puas dia menerjah bibir itu, Yazid menatap semula mata Aina.
"Aku takkan biar orang ambil hak aku!."

Kata Yazid dan dia sambung semula perbuatannya yang seperti itu tadi.

Aina yang sesak nafas itu mengeluarkan sepenuh kudratnya untuk menghentikan perlakuan Yazid itu dengan menolak tubuh lelaki itu menjauhinya sedikit. Kemudian dengan pantas dia berlari untuk masuk ke biliknya yang bersebelahan itu.

Yazid hanya membiarkan Aina pergi dari biliknya.
Biarkan begitu asalkan Aina tidak lari jauh darinya lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience