Completed
31014
Hari ni genap seminggu Fatimah berada di Segamat memulakan tugasnya sebagai guru tadika. Dia menyewa rumah dengan rakan setugasnya yang masih belum berkahwin. Tidak betah dia rasakan bila harus duduk di suasana kampung yang jauh beza dengan tempat kelahirannya di bandar itu. Demi cintanya, dia sanggup !
Akhtar termenung teringatkan zaman belajarnya dahula semasa fatimah sering mengejarnya. Dia terimbau kembali sejarah itu apabila secara tidak sengaja dia ternampak Fatimah yang cantik menghulurkan senyuman menyambut kedatangan anak-anak murid tadika di kampungnya itu pagi tadi semasa dia ingin ke rumah sahabat lama yang sekampung. Entah kenapa setelah tamat pengajian wanita itu tidak lagi memakai purdah. Hanya berpenampilan sopan beserta tudung labuh.
"kenapa aku kena jumpa kau kat sini....haih" Akhtar mengeluh sendiri.
Zakuan rakan baik sekampung dengan Akhtar itu menepuk lembut bahu rakannya itu.
" hai, jauh sangat termenung tu. Teringatkan apa?".
"Fatimah" terluah satu nama dari bibir lelaki itu.
"Perempuan yang kau selalu cerita tu? Masa dekat mesir sana?".
"ye dia la"
"Aik, apasal tiba-tiba pulak? lama aku tak dengar kau sebut pasal dia."
"Kau tahu, aku nampak dia tadi dekat tadika hujung kampung tu."
"Heh, macam mana boleh muncul dekat sini pulak?".
"Itu aku pelik. Tapi nampak gaya macam Ustazah dekat situ".
"Sampai sini dia ikut kau ye. Habislah kau Akhtar. tak boleh nak lari mana dah." Zakuan ketawa
"Kau ni..ke situ pulak, Ntah-ntah dah kahwin dengan orang sini ke apa.. mana kita tau." Akhtar menyedapkan hatinya.
"Jangan yakin sangat bro, aku tak rasa dia dah kahwin. Cuba fikir balik dalam banyak-banyak tadika yang ada kat Johor ni.. apasal kampung ni jugak dia pilih?". Zakuan kembali memangkas tanggapan Akhtar.
Akhtar menanggalkan kopiah putihnya itu dan di letakkan di sebelahnya atas papan yang mereka sedang duduk itu. Keningnya berkerut akibat mengeluarkan kudrat yang ada untuk mengopek buah durian hasil kebun belakang rumah Zakuan.
"Kebetulan je la tu." Akhtar sudah tidak berminat untuk membahas topik berkaitan wanita itu lagi.
"Apa salahnya, dua-dua single kan?" Zakuan mencucuk jarum.
"Bukan masalah single, hati ni... telah ditawan, cia...." Akhtar berseloroh.
"Ewah Ustaz Akhtar ni, lain macam. dah pandai nak cia-cia dekat aku." keningnya terangkat-angkat memuji lelaki itu.
"Up to date" Akhtar membalas jongketan kening dari sahabatnya itu.
"Umi, Aina tunggu kat luar ye?" Aku meminta izin umi untuk tunggu di luar setelah habis solat terawih di masjid.
Aku mencari kelibat Ustaz Akhtar yang mengirimkan pesan melalui WhatsApp petang tadi untuk berjumpa sekejap. Ada hal nak bincang katanya.
"Assalamualaikum" ada suara di belakangku.
"Waalaikumsalam, ha ustaz.. ada hal apa nak jumpa?".
Akhtar yang berbunga melihat Aina itu hampir terlupa akan tujuannya meminta Aina menunggu sebelum pulang. lalu di keluarkan sebuah buku tebal. Ouh, cerita sirah tamadun Islam rupanya.
"Nah bagi pada Puan Halijah ye nanti. budak-budak sana mintak saya bawakkan buku ni. Seronok katanya, kalau nak hari-hari suruh saya ceritakan apa yang ada dalam buku ni semasa di sana. Jenuh la saya nak ulang alik johor-kuala Selangor." ada ketawa kecil di hujung ayatnya.
"Manisnya... " Aina berkata tanpa sedar.
Akhtar terdiam.
"Apa yang manis?" Akhtar pelik.
Hoi Aina, waras sikit !
" Hah? eh tak air buka puasa tadi sirap ... manis sangat. Nanti mintak ustaz bagitau ajk masjid ye. Takut muda-muda dah ada kencing manis"
Aina tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
Aduh, buat hal lagi lah kau ni. Jaga sikit kau tu perempuan Aina.. chill jangan nampak sangat terhegeh-hegeh tu. Ustaz ni depan kau ni... respect! marah pada diri sendiri.
"betul ke air yang manis?" Akhtar bertanya bila dia mula nampak riak resah gadis bertelekung liup di hadapannya ini. tersenyum dan tertunduk ke bawah Akhtar menahan senyum.
sedang ralit Aina memikirkan alasan untuk berdalih lagi...baru dia terpandangkan pergelangan tangannya yang kosong itu dan teringat akan gelang tangan manik yang dia tanggalkan waktu ingin mengambil wuduk di kamar wuduk itu tadi. Ish gelang tu limited mana boleh tinggal !
"Err Ustaz, saya tertinggal barang la. Saya nak pergi ambil kejap. Buku ni jangan risau saya akan bagi dekat Ibu nanti. Assalamualaikum". dengan pantas Aina terus berlalu.
Akhtar juga berlalu pergi dari perkarangan masjid itu.
Aina melekapkan gelang tangan maniknya itu di dada. Nasib baik tak hilang !
sedang dalam berjalan meniti naik anak tangga pendek itu, tiba-tiba bahu kanannya dirempuh oleh seseorang. kuat pulak tu. hampir tertumbang ke belakang tetapi tangkas dia mengimbangkan badan.
" adui , sorrrrr....." Aina baru nak berkata sorry tetapi terus terdiam melihat pandangan tajam yang di terima oleh seorang wanita yang baru sahaja dia terlanggar itu.
Wanita bertudung labuh berjubah itu masih merenungnya dengan berdiri sambil memegang kain telekung yang dilipat memanjang itu di sidai atas tangan.
"Maaf, tak....nampak tadi" kata wanita itu lambat-lambat menuturkan ayat maafnya itu dan berlalu pergi.
Aina merasakan hairan dengan sikap wanita ini.
"Tak pernah nampak pun" aku berkata sendiri.
"Aina.. " tegur Ustazah Zainab yang hairan melihat gadis itu termenung.
"Ya Ustazah?" tersenyum melihat wanita memiliki raut wajah yang tenang itu.
"Kenapa ni berdiri tengah-tengah tangga ni?"
"Hah takde tadi dengar macam ada orang panggil. tengok balik takde la pulak hehe". bohongku.
"tak apa lah, kamu ada nampak si Akhtar?".
"Gulp, hah dia dh balik tadi ustazah. dia bagi buku ni masa last jumpa saya tadi kat depan sana." aku tunjuk ke arah pagar masjid.
"Ish, bertuah budak ni dah balik". Kesal Akhtar yang tidak menunggunya. ada hal barangkali.
"Lah, Haji pun dah balik ke?". aku bertanya akan suaminya.
"Haah sakit perut ayahnya tu tadi mengadu masa lepas buka puasa di rumah. balik awal rasanya tu"
"Lah tak apa, jom la balik sekali. Aina tunggu umi dengan yang lain. ada geng nak borak balik japgi hehe." aku merangkul lengan Ustazah itu. Ustazah Zainab juga teruja melayan kerenah Aina itu.
"Erghhh !!!!"
fatimah menghempas tudung yang ditarik kasar dari atas kepalanya itu ke atas katil. Sakit matanya melihat ada wanita lain yang bermesra dengan lelaki pujaannya itu. Lagi sakit hatinya melihat Akhtar tersenyum dengan wanita lain.
"Ouh dengan aku bukan main payah lagi nak sembang eh, dengan orang lain senang pulak kau tergelak-gelak !".
" berani eh kau perempuan nak caras hak aku !! "
Fatimah menghembus nafas kasar dengan berombak dada menahan marah yang meluap-luap.
Share this novel