"Nah untuk kau". Yazid meletakkan bekal mee goreng di atas meja Syafiq sewaktu sampai di pejabat.
Syafiq pula bagaikan tidak percaya bekal yang ada depan matanya kini terkebil-kebil matanya memandang ke arah bekal makananan dan juga Yazid.
"Petanda apakah ini?". Syafiq mengerakkan kerusinya ke mendekati Yazid.
Yazid tersengih dan fokusnya menghidupkan komputer di hadapannya.
"Makan aje lah". Balas Yazid.
"Lama aku tak nampak bekal ni. Kau masih tak okay ke dengan wife kau?". Syafiq serkap jarang.
Yazid hairan mendengarkan soalan itu.
"Nope. aku punya ada juga. Itu memang bekal untuk kau".
Tersungging senyuman di wajah Syafiq.
"Wahh, dah berbaik la ni. aumm aummm".
Tangannya Syafiq bergaya cakaran harimau.
"Alhamdulillah dia terbuka hati untuk terima aku". Yazid tersenyum membayangkan wajah si isteri.
"Alhamdulillah....kurang sikit dah muka cekodok penyek kau lepas ni". Syafiq lega di atas berita baik yang di terima itu.
Yazid menjeling Syafiq.
Okay lah tu muka cekodok penyet daripada datang angin turnado cemburu dia setiap kali melihat bayangan Aizuddin melintas.
Skrin telefon di usap perlahan-lahan. Potret dia dan Aina menjadi wallpaper di skrin muka hadapan telefon. Mungkin ini bahagia yang Wahida tinggalkan untuk dirinya.
"Aunty!!"
Terkalih Aina ke arah belakang bila mendengarkan suara yang memangil. Senyuman serta tangan di lebarkan untuk menyambut anak kecil itu dalam pelukan. Lantas pipi comel itu di cium bertubi-tubi.
"Rindunya kat dia ni..."
Aizura ketawa tahan geli bila di cium sebegitu. Aina mendongak ka arah bunyi tapak kasut yang menuju ke arah mereka. Tersenyum Aizuddin memandangnya.
"Nak pergi lunch ke?". Tanya Aizuddin.
"Yes." balas Aina.
"Sekali la jom. Zura rindu sangat dekat Aunty dia ni".
Aina menggosok perlahan kepala Aizura penuh sayang.
"Let's go". Diraih tangan si kecil.
Suka Aina melihat telatah Aizura yang sedang berselera makan.
"How's your life lately?". Aizuddin memulakan perbualan antara mereka.
Aina panggung kepala melihat ke arah Aizuddin.
" He changes a lot. Kami decided nak mulakan kehidupan baru". Jawab Aina tersenyum.
"Alhamdulillah, memang jodoh awak dan dia masih panjang. I'm happy for you".
Aina merenung ke dalam mata Aizuddin. "Thanks jadi penasihat saya. Awak banyak tolong saya".
"It's okay. Saya ikhlas".
Aizuddin merasa puas melihatkan senyuman di wajah wanita itu. Tiada apa yang bahagia padanya selain melihat orang kesayangannya bahagia.
"Janji dengan saya awak pun kena cari bahagia awak?". Pesanan di tuju pada lelaki itu.
"Mine will coming soon. I hope everything fine." Balas Aizuddin tersenyum meyakinkan Aina.
Apa yang telah di khabarkan, bekas isteri Aizuddin datang kembali mengharapkan peluang kedua. Masih di pertimbangkan dan dia lakukan itu demi anak mereka. Biarlah masa yang menentukan segalanya.
Seketika di rumah, Aina mula cuak bila melihatkan wajah Yazid yang serius menunggunya di sofa. Jam dinding di kerlingnya.
'Matilah nak..sudah pukul 8'.
Suara hatinya gelisah berbunyi. Kalau bukan kerana Aizura yang merengek inginkan Aina menemaninya membeli barangan mainan untuknya selepas waktu pejabat, pasti dia tidak balik lambat dari biasa.
"Awal balik". Yazid memerli.
Aina hanya begerak perlahan ke arah Yazid dan duduk melutut di hadapan suami. Tangan itu di raih lembut.
"Sorry abang...saya ada hal sikit tadi lepas waktu pejabat".
Yazid merenung sepasang mata bundar itu.
"Pergi mana? . Hal apa?". Bertalu-talu soalan yang di lepaskan.
"Err ke mid valley. Temankan anak angkat saya beli mainan." Balas Aina.
Kening Yazid bertaut.
"Ayahnya kan ada? kenapa nak sayang temankan jugak?".
Mendengarkan gelaran itu hati Aina sedikit lega bila gelaran masih tidak berubah walau wajah Yazid kini kelihatan tegang.
"Err..saya minta maaf abang. Aizura tu manja juga dengan saya". Aina jawab sejujurnya.
Melihat Yazid tidak beriak... sepasang tangan berurat itu di sambut lagi dan kini dia menyalami untuk kali kedua.
"Abang marah ke saya tak bagitahu? saya ingatkan sekejap aje".
Yazid merenung lagi anak mata isterinya. Lalu wajah itu di pegang.
"Sekejap ke lama ke....apa-apa pun sayang kena bagitahu. Abang cemburu..kalau anak je takpe, ni ada ayahnya sekali". Nyata alasan Yazid.
Aina tersenyum geli hati melihat wajah cemberut suaminya.
"Ouhh cemburu...tak ada la abang ni...hati saya dekat abang je. Aizuddin tu kan kawan saya". Aina memujuk dan mencubit perlahan pipi Yazid.
Yazid cair dengan pujukan si isteri. Dahi licin itu di cium tanda kasih. Dia percaya sepenuhnya tanpa ragu. Biarlah begitu banyak suara hati yang menghasut, dia tidak peduli. Cukup dengar apa yang terluah dari bibir si bunga hati, dia kunci serapatnya.
Share this novel