Bab 30

Romance Completed 30624

Setelah membaca Yasin, rumput yang liar menumbuh pada kubur itu di cabut satu persatu.

"Assalamualaikum bonda.. Fira datang jenguk bonda ni". Mata Aina berkaca menahan kerinduan bertahun-tahun lamanya.

"Bonda... Fira dah kahwin, fira minta maaf sebab lama tak jenguk bonda".

"Bonda bahagia tak dekat sana?..fira harap bonda dan abah bahagia kat sana."

"Haah fira bahagia..suami fira tu baik orangnya." Jawab Aina seakan-akan di tanya oleh Arwah ibunya itu.

"Fira rindu sangat kat bonda, rindu dekat abah".. Air matanya jatuh membasahi pipi.

"Doakan rumah tangga fira bahagia eh bonda. Doakan jugak supaya fira kuat".

Air mawar di siram sehingga curahan yang terakhir.. "Bonda.. fira balik dulu tau. nanti fira datang lagi".

Aina berlalu turun dari kuburan yang berada di atas bukit rendah itu lalu berjalan menuju ke kuburan yang berada di kaki bukit.

Surah Yasin di buka dan dibacakan.

"assalamualaikum abah .. fira datang jenguk abah ni.".

"Fira dah bagi abah menantu tau. Abah suka tak?" .

"Ye fira bahagia abah, abah kalau suka fira bahagia abah doakan fira ye? abah jaga bonda baik-baik kat sana tau. Hari-hari fira kirim doa buat abah dan bonda."

Tangan Aina lembut mengusap batu nisan itu.
Hatinya merintih ibarat melihat kedua ibu bapanya yang tersenyum memandangnya dari jauh.

Menagislah Aina. Tak apa, luahkan rindu yang terbuku sekian lama itu....

Yazid mengurut-urut dadanya yang terasa pedih itu. 'Apahal pulak ni..' ada satu tindakan reflect yang menyucuk di ulu hatinya. fokusnya untuk menyemak laporan harian traffik terganggu.

Seketika... dia teringat kelakuan Aina pagi tadi.
Semasa Aina mencium pipinya..bagai ada satu aliran elektrik yang mengalir dalam tubuh. Dia tidak menyangka Aina akan berbuat tindakan seperti itu.

Hatinya seakan selesa dengan tindakan itu. tapi riaksinya kaku dan otaknya berkata tak selesa.

Yazid meraup wajahnya.. Anggota tubuh badannya tidak berkerjasama dalam memberi pendapat !

Terbayang lagi satu adegan yang menghantui fikirannya sehingga kini. Setiap hari dia akan pulang lewat untuk mengelak dari berlama-lamaan di rumah dengan Aina. Dan setiap kali jika dia lalu di hadapan bilik isterinya itu dia akan terus menuju ke biliknya tanpa menoleh ke bilik Aina. Lantak la kali ni pintu itu terbuka atau tercabut sekalipun dia tidak peduli.

Malam itu Yazid hampir tewas melihat keadaan Aina yang mengiurkan itu. Nafsu lelakinya berkocak. Namun harus di lupakan akhirnya bila bayangan wajah Wahida melintas di minda.
Dia tidak sampai hati.. terasa akan mengkhianati cintanya kepada wanita itu.

"Haishh" mulutnya melepaskan keluhan.
rambutnya menjadi kusut bila dia dari tadi memicit-micit rambut dan kepalanya tanda dia keliru dengan perasaannya sekarang.

******

Aina terkial-kial memegang galah panjang untuk mengait buah rambutan di pokok yang tinggi itu. Dari tadi sudah 10 minit dia kait tetapi satu pun tidak mengena.

Yusma yang hanya melihat itu asyik ketawa melihat si adik ipar yang terkial-kial dan mengeluh sendiri.

Susah Aina nak mengawal galah yang panjang dan berat itu.

"Eiii kak Yusma ni meh la tolong. asyik ketawakan orang je". Geram Aina melihat kakak iparnya itu.

Kemudian sasaran cakuknya terkena dan ingin di tarik buah rambutan itu jatuh. Tetapi tangkai buah itu padat sekali. Berkali-kali dia tarik tetapi tidak boleh dan tiba-tiba terasa tarikan cakuk galah tersasar keluar dan badan Aina tak dapat diimbangkan

dan........

"ops!!" Yazid menampung badan Aina dengan pantas. Hampir sahaja Aina jatuh ke tanah.
Sebelah tangan Yazid memegang galah dan sebelah lagi memegang Aina.

Mata bundar isterinya itu di renung....

"Dah, biar aku je kait buah. Harapkan kau .... lambat!".
Kata Yazid setelah tangannya menyeimbangkan posisi Aina untuk berdiri.

Yusma yang sedang meratah buah cermai itu juga ralit memerhati adegan dua sejoli itu. "Whoaa.. bersemut bhai.".

"Ehh ehh masam , ehem!". Fokus Yusma teralih dek rasa kemasaman buah cermai yang mencucuk lidahnya.

Aina yang malu di perli Yazid itu terus berlalu ke arah Yusma yang sedang duduk di kerusi batu di halaman rumah itu sambil mencebikkan bibir.

Dari atas jendela tingkap rumah, Puan Hasmah tersenyum suka melihat anak dan menantunya itu.

"Tengok tu bang. Kemain lagi budak berdua tu."
kata Puan Hasmah kepada suaminya.

"Elok la tu..tak lama dah kita nak dapat cucu". kening suaminya terangkat-angkat kepada Puan Hasmah.

Mereka ketawa berdua.

Petang itu Aina di ambil oleh Wardah menaiki basikal. Sahaja di bodeknya Wardah untuk membawanya pusing-pusing satu kampung.

"Kak Aina.....best tak kahwin?". Wardah menghentikan ketawa Aina yang dari tadi seronok mengail ikan di titi kayu berhadapan dengan parit besar.

"Biasa aje...kenapa?". Aina bertanya.

"Wada tak nak kahwin bole? Wada tak nak tinggal umi". Wardah berkata sambil matanya fokus ke arah parit itu.

Aina memandang adik angkatnya dengan sayu. Tangkai hatinya terusik.

"Kenapa cakap macam tu Wada? Kalau Wada berjodoh dengan orang yang baik-baik wada pujuk la dia terima untuk tinggal dengan umi sekali.".

"Kak Aina pun akan selalu balik jenguk umi tiap-tiap minggu kalau boleh. so , adik akak ni tak boleh fikir macam-macam tau. Tak ada sapa pun nak tinggal umi. semua sayang umi". Bahu Wardah di rangkul Aina.

Wardah tersenyum pahit kemudian mengangguk.

"Jom balik dah nak magrib. mesti umi tunggu kita kat rumah". Ajak Aina sambil memacakkan semula kail kayu buatan itu pada tanah di bawah titi kayu itu.
Malam ini Aina tidur di rumah Hajah Wati setelah diizin oleh Yazid. Dalam dingin perangai lelaki itu pun dia masih bertimbang rasa.

Pembaringannya itu serba tak kena. Aina sudah berkali-kali menukar posisi tidurnya. Sudah pukul 12 malam. 'tidur la wahai mata' ..

kemudian dia terpandangkan beg tangannya.. dia menghampiri beg itu dan dikeluarkan sepucuk Surat yang di beri oleh Wahida dahulu.

Tangannya perlahan-lahan ingin membuka surat itu..

"No,no .. nanti dulu"... Aina berkata sendiri.

tangannya menutup semula kepala surat.
dengan pantas dia memasukkan semula surat itu ke dalam beg. memang dia akan bawa kemana sahaja surat itu.

Dirinya masih tidak bersedia untuk menghadapi isi surat itu. Dia juga tidak tahu kenapa.

Aina yang sedang berjalan pulang dari membeli nasi lemak Mak Teh itu di panggil seseorang.
Dia berpusing ke belakang melihat Akhtar yang sedang mengejar langkahnya.

"Ustaz panggil saya ke?". Tanya Aina kepada lelaki yang sudah lama dia tidak nampak itu.

Akhtar hanya mengganguk setelah dia sampai di hadapan Aina sambil tercungap nafasnya.

"Aina sihat?". tanya Akhtar teruja dia melihat gadis itu.

"Alhamdulillah saya sihat ustaz". Aina tersenyum manis.

Cair hati Akhtar melihat. Namun harus di hapuskan dari igauan !

"Aina bahagia?" . pertanyaan Akhtar on the spot tak ada belok-belok.

ingin sekali dia tahu keadaan wanita itu.

Mati senyuman Aina. Apa yang harus aku jawab? bahagia ? aku rasa macam tak ada rasa apa !

lambat Aina mengganguk kepalanya. "Saya bahagia ustaz".

"Alhamdulillah". Akhtar turut senang mendengarkan jawapan itu.

"Darul Izzah macam mana ustaz?" Aina menukar topik perbualan.

"Ok je . sangat stabil. Puan Hatijah pun tak menang tangan menerima sumbangan.".

Mereka bersembang diiringi oleh gelak tawa.
Namun mereka tidak sedar ada sepasang mata yang galak memerhati mereka dari jauh.

Setelah melihat Akhtar beredar.. Aina meneruskan perjalanan kakinya untuk pulang ke rumah.

tiba-tiba .....

"Allahuakbar ! ". Pedih berpijar badannya terasa akibat di dipukul oleh objek keras. Dia yang jatuh terduduk itu berpusing ke belakang melihat gerangan yang menyerang hendap ke arahnya.

Apa masalah awak ni Fatimah?". Aina menjerit kearah fatimah
"kau ni memang susah untuk aku hapuskan eh?. Dah kahwin pun masih je dapat attention dari Akhtar!" Fatimah berdengus marah sambil memegang sekeping papan kayu.

Aina yang mendengarkan luahan fatimah itu terus jadi naik angin.

"kami kawan aje pun". Aina menjelaskan.

" kawan la sangat.! aku ni tak buta tau nak tengok cara Akhtar tu pandang kau macam mana?!."
Fatimah melemparkan amarahnya.

"Bukan salah saya pun kalau dia pandang saya macam tu. Kalau dah orang tak sudi berkali-kali itu tak payah la di paksa". balas Aina masih berkata tenang sambil menahan perit.

"Ahh kau perempuan sial". tangan fatimah mengangkat kepingan papan untuk di hayunkan ke arah Aina.

Dengan pantas Aina menepis papan itu dari tangan fatimah hingga terperlanting jatuh ke jalan tar itu.

Lalu Aina menampar muka Fatimah. Jatuh sudah plastik berisi beberapa bungkus nasi lemaknya ke jalan. nasib baik di ikat getah rapi.

Setelah itu Aina merentap sanggul rambut fatimah yang di tutupi oleh tudung labuh itu dengan kasar sehingga fatimah menyeringai kesakitan mendongak ke atas langit.

"Kalau aku tak kacau kau... kau jangan berani-berani nak kacau aku ! lumat muka kau aku kerjakan nanti !" Hilang sudah kesabaran Aina.

Fatimah itu belum kenal Aina musfirah kalau dia marah. Watak kasar yang lama ingin ditinggalkan Aina itu muncul kembali.

Dilepaskan kepala Fatimah itu kasar sehingga dia hampir mencium jalan.

Aina berlalu ke arah bungkusan nasi lemak yang berterabur di jalan itu. Kemudian di kutipnya satu persatu masuk semula ke dalam plastik sambil melihat Fatimah yang ketakutan berlari.

Padah bila menjolok sarang tebuan. Rasakan !

p/s : bagi Fifi rehat jap. adoi nak patah jari update cerita untuk korang. Kemain eh readers suka tengok kemunculan Yazid . keep support me .. yeay !!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience