Bab 28

Romance Completed 30624

Hari ini Aina selamat dari menghadap Yazid kerana dia beri alasan untuk tidur di rumah lama bersama housematenya. Malu dia bila terkantoi dengan Yazid semalam. Yazid pula seakan-akan dingin lain macam dengannya selepas kejadian itu.

"Tara...kita akan buat sesi unboxing hadiah kahwin untuk Aina". Riang Tisya bersuara di hadapan mereka bertiga yang duduk di atas sofa manakala Tisya berdiri di hadapan. Teruja Aina melihat ada 3 kotak hadiah di hadapannya yang bersaiz sederhana besar itu.

Kotak hadiah dari kanan mereka yang berwarna biru tua adalah yang pertama akan di buka pemberian dari Azra.

" Wah set cadar... nice...nice". Kata Tisya berserta anggukan dari Aina.

Azra mengangkat keningnya, kembang rasa di puji pemilihan warna dan corak yang kena dengan selera rakan-rakan itu.

"Next kita unboxing kotak yang warna hijau ni pulak" tangan Tisya mencari-cari hadiah di dalam kotak itu. Setelah itu di angkatnya tisya set pinggan mangkuk pemberian dari Syamin.

"Haish apa old school punya hadiah ni". kutuk Tisya kepada Syamin.

"Eii kau, suka hati aku la" Jeling Syamin dan diiringi oleh ketawa yang lain.

"dah...dah next ! " Aina memberi arahan.

Tisya senyum menyenget dan di capai kotak hadiah berwarna merah jambu itu. " Wait for it"....

Dan... Tisya mengangkat tangannya ke atas setelah itu " Tada..... lingerie!!! comel tak"

Ternganga Azra, suapan kacang kuda di mulutnya terhenti. Syamin kematian kata dia terus menutup mata Azra.

"Budak bawah umur tak elok tengok" Acan Syamin kepada Azra kerana dia yang paling muda di antara mereka.

Aina pula memicit-micit kepalanya. "Gastrik otak aku".

"Kau kena berterima kasih dekat aku kerana memudahkan jalan kau nak goda Yazid." tergelak Tisya sendiri.

Macam mana dia nak pakai benda alah tu kalau dah baju perempuan pun baru berjinak-jinak nak selesakan, ini kan pula lingerie !!! nak mampus kena tendang dari bilik Yazid kalau cuba nak goda lelaki itu. Sudah la hati dia tu sedingin ais di kutub utara. Ini kerja gila.

"Ye sis terharu sangat apa pun yang korang bagi. thank you.. sini-sini nak hugs" Aina mendepakan tangannya ke arah yang lain dan mereka berpelukan dan riuh dengan usikkan malam itu. ceria betul harinya bila pulang ke rumah itu.

*****

Pagi-pagi lagi Aina sudah bagun untuk siapkan sarapan. Dia siapkan bekal untuk Yazid kerana dia tahu Yazid akan turun lewat dan tak sempat nak sarapan di rumah.

"Hopefully dia suka". Aina tersenyum sendiri merenung bekas tupperware yang berisi mee goreng basah itu.

Tergopoh-gapah Aina berlari ke arah Yazid bila terdengar bunyi pintu bilik yang ditutup dari atas.

"Awak..ni ada bekal. makan eh". Lembut Aina menegur Yazid yang sedang duduk memakai stokin di sofa.

Kacak habis lelaki itu di dalam uniform kerjanya. Melting dia dengan suami sendiri.

"Hmmmm..." huluran bekal dari Aina di sambut dan Yazid terus berlalu ke pintu rumah. Dan
huluran tangan seterusnya untuk bersalaman dari Aina tidak di sambut.

Aina tercengang. Yazid berlalu macam itu sahaja. Marah lagi ke dia pada Aina? kali ini Aina sedikit terasa. Dia masih membatu di situ.

"Tak apa lah. Mak cakap slow-slow kenal kan?" Aina memujuk dirinya.

setelah puas hati menilik dirinya di cermin, Aina tersenyum manis. Lain benar dirinya yang bergaya dengan blouse peplum berwarna kuning cair di padankan dengan palazo hitam beserta tudung bawal kosong berwarna senada dengan blouse.

Kemudian dia mencapai beg tangan yang tergantung di balik pintu dan matanya tertancap pada jari manisnya yang bercincin itu. Ahh dia lupa nak tanggalkan.

"Nasib baik tak pergi lagi". lalu cincin itu di tanggalkan dan di simpan dalam laci almari solek. Bukan apa, tiada siapa yang tahu tentang perkahwinan segera dia dan Yazid. Nanti takut banyak pulak soalan paparazi di pejabat itu bila tiada jemputan darinya yang tup-tup dah kahwin !

Sesampai di Ibu pejabat polis itu, Yazid meletakkan bekal yang di beri oleh 'isterinya' itu di atas meja rakannya Sarjan Syafiq.

"Untuk kau".

Rupanya tidak sudi Yazid memakan makanan yang dibekalkan itu. Kalau la Aina tahu....

Syafiq kehairanan, "aik pelik ni. Tak pernah-pernah dapat bekal. Isteri masak ye bang?". Acan Syafiq kepada Yazid.

"Shhutt kau ni, orang dengar kang!". Amaran perlahan Yazid ke arah rakannya itu.

Amaran Yazid di sambut oleh ketawa mengekek Syafiq.

Rupanya Yazid dan Aina tu sama aje perangai yang mahu sembunyikan perkahwinan mereka buat masa sekarang. Tapi tidak tahu pula pada Yazid. sekarang atau selamanya. Apa yang rakan pejabatnya tahu yang dirinya tidak jadi kahwin kecuali Syafiq yang menemaninya saat akhir akad nikah itu dahulu. Kelam kabut dia naik ke segamat untuk memujuk Yazid teruskan pernikahannya itu. Mereka sangat rapat.

Yazid yang sedang bersiap-siap untuk keluar buat rondaan itu terhenti melihat ke arah sekelompok rakan setugas yang sedang rancak bercerita.

"apahal tu macam tunggu pisang goreng panas tu?" Tanya Yazid ke arah Syafiq yang beriringan dengannya.

"Kau tak tahu cerita ke?". Syafiq bertanya semula.

"Entah, cerita apanya?". balas Yazid

"Next week akan ada satu ACP (Assistance Commisioner Police) baru nak transfer ke sini. Dia dari IPD Pahang." terang Syafiq.

"ACP baru nak transfer aje pun, apa yang kecoh sangat?". Yazid masih hairan.

"Mau tak kecoh, Duda hot katanya weh. Tengok para aggota-anggota wanita bukan sahaja kat unit kita ni, unit lain pun serupa aje menggeletis." Syafiq membuat gaya geli-geli dengan menggoyangkan bahunya pada Yazid.

Tergelak Yazid melihat rakannya itu. Ketawanya gaya jantan masculine habis !

Jam menunjukkan pukul 11 malam, Yazid masih belum pulang. Di fikirannya menunggu untuk di lancarkan rancangan untuk memujuk Yazid dengan berbekalkan idea dari Tisya tempoh hari.

selepas itu kedengaran bunyi pintu yang ditutup di bahagian bawah. Kelam kabut Aina berbaring di atas katil sambil menaikkan sedikit baju tidur labuhnya sampai nampak pangkal peha,. kemudian dia pura-pura tidur.. Misi menggoda cik abang polis bermula !

Yazid yang keletihan malam itu menaiki tangga dengan perlahan sambil mengurut-urut pangkal lehernya yang terasa sengal itu. Kemudian dia terhenti di hadapan bilik Aina yang pintunya terbuka separuh. Yazid mendekat dan dilihat bilik yang bercahaya suram oleh lampu tidur itu dan melihat keadaan Aina yang sedang lena di katil. Dia berjalan mendekati dan dilihat peha Aina yang ranum macam buah peach itu lama...

Aina pula yang sedang dalam kepuraan tidurnya berdebar menunggu tindakan apa yang bakal di response oleh Yazid ketika ini. Dia menelan air liur perlahan-lahan.

Tap!!! terdengar pintu bilik yang di tutup.

Aina membuka matanya semula.

"Ish..susah jugak ye nak jinakkan dia ni". Aina mengeluh perlahan.

pesanan WhatsApp kepada Tisya di hantar.
'mission 1 : failed ! '

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience