Bab 21

Romance Completed 30624

Beberapa dulang gubahan hantaran contoh yang berada di balik cermin kedai di lihat Ustazah Zainab seketika sebelum dia melangkahkan kaki ke dalam kedai menjual barangan perkahwinan di pekan. Telefon bimbit mendail si pemanggil menunggu panggilan di angkat.

"Hello assalamualaikum, Ni Akhtar...umi nak tanya kamu ni, tema warna apa untuk majlis bertunang nanti. Umi ni alang-alang lalu depan kedai berangan pegantin ni umi singgah la."
Ustazah Zainab di talian bersama anak terunanya.

"Umi pilih la, Akhtar ikut je". si anak menjawab.

"kalau macam tu tak apa la". talian dimatikan. Ustazah Zainab menyambung kembali pemantauannya terhadap persiapan bertunang Akhtar dan Aina.

DUA hari yang lepas.....

Aina nekad setelah di pujuk oleh Wahida tentang lamaran yang disarankan untuk menerima si Ustaz. Aina juga tidak dapat membohongi perasaannya. Pasal Fatimah, biarkan, sudah jelas dan nyata bahawa perempuan itu hanya syok sendiri ! Apa kata hati..perjuangkan ...

Telefon bimbit yang berada di atas katil berbunyi menandakan isyarat notifikasi masuk. Akhtar yang baru selesai melipat sejadah itu bergerak ke arah katil.

Pesanan yang diterima di baca...

Andai hati bisa berkata,
sudah lama kebohongan itu tidak menjadi nyata.

Assalamualaikum Ustaz Akhtar,
Maaf pernah buat ustaz tersinggung kerna hati ini juga sakit untuk menafikan perasaan yang ada bila rasa diri kita ibarat langit dan bumi.
Anak cina buta jatuh ke dalam perigi,
Kata hati saya kini, saya sudi...

Ya... Aina terima lamaran ustaz Akhtar pada malam tersebut.

Fatimah melihat ke arah seorang wanita yang sudah berumur di balik cermin kedai..

"macam kenal" fatimah berkata sendiri.

kemudian dia masuk ke dalam kedai dan mendekati wanita itu.

"Assalamualaikum, Ustazah.. buat apa kt sini? sapa nak kahwin?"

Ustazah Zainab berpaling menghadap seseorang yang menegurnya dan bertanyakan soalan dengan kadar segera itu.

"Waalaikumsalam, ouh kamu fatimah.. Akhtar la yang nak kahwin." balas ustazah Zainab.

Terus mati senyuman Fatimah.

'Akhtar nak kahwin ?.... Kenapa tiba-tiba ?... No !!!!'

Jerit Fatimah dalam hati sambil mengepal penumbuk. Pedih hatinya bagai di simbah air panas.

*****

Dari tadi Fatimah menunggu Akhtar di tepi tangga masjid yang berhampiran dengan kawasan solat lelaki. Di harap kelibat yang di tunggu itu cepat memunculkan diri. Ramai kaum lelaki yang sedang keluar dari ruangan solat itu terkejut melihat seorang wanita yang berdiri tegak di balik dinding. Fatimah di pandang hairan oleh mereka. Dia peduli apa !

selepas 10 minit, Akhtar muncul berjalan beriringan dengan seorang lelaki. Fatimah terus menyapa si Ustaz.

"Ustaz Akhtar, saya nak cakap sekejap." Fatimah di lihat tidak sabar.

Akhtar menjadi hairan, wanita itu menunggu dia dari tadi kah? Dia berkata sesuatu pada lelaki di sebelahnya dan lelaki itu mengganguk dan bergerak menunggu mereka di hadapan pagar.

"Fatimah buat apa kat sini tak balik lagi?." Akhtar bertanya hairan.

"Saya ada benda nak tanya awak."

"tak boleh tunggu esok ke?"

"ini bukan soal berkaitan dengan kuliah agama". Fatimah mencantas sangkaan Akhtar.

Akhtar sekadar mengerutkan dahi memandang fatimah.

"habis tu pasal apa?".

"Saya dengar awak nak kahwin, betul ke?" fatimah beriak resah.

"Kalau tak ada apa halangan, ye saya dalam proses nak mendirikan masjid". Akhtar tersenyum.

"Kenapa Akhtar? Saya tunggu awak lama tau.. kenapa awak pilih dia?" suara fatimah kedengaran sedikit keras.

" Fatimah jangan begini, saya dah jelaskan pada fatimah kan yang kita hanya berkawan ?." Akhtar masih tenang menutur kata.

"Awak ni tak menyesal ke salah pilih? Dia tak layak pun untuk orang yang alim macam awak ni. Apa kurang saya ni Akhtar?!.. kita dah lama kenal pun ".

"Astagfirullahal Adzim.. fatimah, tak elok judge orang macam tu. kita ni bukan alim kalau mengaku alim. ikhlaskan hati tu. jaga perkataan yang keluar dari mulut kita. redha fatimah, mungkin jodoh awak dengan orang yang lagi baik kat luar sana tu." Akhtar ingin mengocak pendirian fatimah untuk sedar akan konsep redha.

Fatimah kematian kata, dia beredar dengan hati yang panas, lebih dari panas bahangnya mentari.

"tepilah!!". kata fatimah yang berselisihan dengan pemuda yang menunggu Akhtar itu.

Gelabah lelaki itu berundur ke belakang bila dia sedar yang dia sedikit menghalang laluan pagar masjid yang terbuka separuh itu.

'huish, marah sangat tu'

Lelaki itu hanya gelengkan kepala melihat Fatimah yang berlalu keluar dengan riak marah di wajah.

****

Gambar yang terletak cantik di dalam sebuah bingkai itu di tatap sayu. Sedih menahan jiwa yang lara bila tahu akan sesuatu hakikat dirinya hidup tidak lama. Gambar semasa pertunangan itu di peluk erat mengenangkan nasib si tunang. Apakah riaksi Yazid jika dia tahu Wahida sakit seteruk ini? Hati gusar memikirkan tarikh hari pernikahan yang tak lama lagi bakal tiba.

Suasana bilik persendirian di wad hospital itu sunyi. kelihatan Wardah yang sudah melabuhkan kepalanya di sisi katil dan Aina yang terbaring di sofa menemaninya di malam itu.

Di kerling pada telefon bimbitnya, terdapat 15 panggilan yang tidak di jawab daripada si tunang.
Remuk hatinya, tidak sanggup mendengarkan suara yang sangat dia rindu itu.

"Jangan mengalah okey, awak kuat".

kelihatan Aina yang sejak bila memerhatikan Wahida yang ralit menyapu air mata yang jatuh menitik di bingkai gambar itu. bilakah Aina terbangun dia juga tidak sedar.

Wahida masih lagi perit ingin mengeluarkan suara. Hanya pandangan berkaca yang berkata-kata.

"Doktor cakap kan boleh usaha lagi, semangat awak tu kena kuat . itu yang penting." Aina masih lagi membakar semangat wanita di hadapannya itu.

Tangan Aina di capai...

"Saya takut"

Wahida lantas menunduk kerana mata terasa berat untuk menahan takungan air mata yang ingin dirembeskan keluar sederas-derasnya. Aina lantas memeluk Wahida. Di usap wanita itu penuh lembut, dia menyalurkan kekuatan untuk Wahida.

"Allah ada sayang....."

Aina mengalah, air matanya tumpah. Apa sahaja akan dia lakukan untuk kesembuhan saudara angkatnya itu. Apa sahaja !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience