Sesampainya mereka di tepi parit besar itu kelihatan beberapa orang sahaja iaitu Wardah, Fatimah, Uyaina dan tiga orang rakan Iqbal yang memancing di situ.
"Allahuakbar...apa halnya ni sampai bergasak-gasak ni ha?!". Marah Ustazah Zainab kepada mereka yang ada di situ terumanya pada Fatimah dan Wardah.
Akhtar terus melarikan pandangannya bila matanya bertembung dengan fatimah. Haish orang perempuan ni asyik bergaduh aje tau. Dia sendiri naik pening.
"Saya tak tahu la apa salah saya sampai kena serang macam ni". Fatimah mula bersuara.
"Hei pompuan ! kau jangan nak berlakon baik la kat sini. Kau tu punca !". Herdik Wardah.
"Sudah ! punca apa ni? cuba cerita?". Kini giliran Hajah Wati pula bersuara.
"Umi, Ustazah...semua la yang ada kat sini tanya tengok apa diorang ni dah buat?". Wardah menyilang tangan di dada sambil merenung tajam ke arah Fatimah dan Uyaina.
Flashback setengah jam yang lalu :
Wardah memberhentikan basikalnya di bawah pokok besar itu. Kelihatan beberapa budak lelaki sedang seronok mengail di parit berdekatan. Sementara menunggu kedatangan Aina dan yang lain.. Terbayang dirinya dan Aina yang suka melepak di situ pada petang hari sambil mengail ikan. Seronok dia terbayang gambaran itu. Wardah senyum sendiri.
"Aku takut la Fatimah kalau Noni bocor rahsia macam mana? habis kita tau..aku ni lagi la karang mak long aku cincang aku hidup-hidup. Dia tu kan baik sangat dengan Aina tu."
Uyaina menyuarakan kegelisahannya pada Fatimah di balik pokok itu.
Wardah yang terdengarkan itu pantas bergerak bersembunyi di balik pokok yang sama meneruskan memasang telinga pada perbualan mereka.
"Alah, budak Noni tu pun kau nak takut. Aku up sikit duit..pandai la dia tutup mulut. Kau ni risau sangat". Fatimah menjeling geram dengan sikap Uyaina yang pengecut itu.
"Kau tak rasa bersalah ke buat macam tu kat Aina. Aku tengok terok tau Acik Wati cakap macam-macam kat dia." Uyaina berkata lagi masih tidak hilang ketakutan.
Fatimah memetik jarinya sejurus mendengarkan apa yang di katakan oleh Uyaina
"Ha ! itu bermakna..Mak angkat dia tu dah percaya bulat-bulat cakap kau. Bagus la itu yang kita nak..so tak ada chance la Aina tu nak menang".
"Tapi kalau Akhtar masih tak nak dekat kau...kau nak teruskan siksa Aina tu lagi ke macam mana?". Uyaina ragu-ragu.
"Ye! yang aku tahu aku nak Aina tu lesap terus dari kampung ni. Selagi dia ada dekat sini..Selagi tu la Akhtar tu tak nak pandang aku."
Kepuasan hati Fatimah di luahkan.
Fatimah... Fatimah.... hati kau keras !
Di balik pohon itu angin kemarahan meluap-luap dalam diri Wardah sehinggalah....
"Iblis laknatullah korang ni ! Aku tahu ni semua fitnah . Tak guna !!!!!!".
Sepantas itu Wardah menarik belakang tudung Fatimah hingga tersungkur. Dia kini betul-betul tidak dapat menahan amarah yang hadir.
Uyaina terjerit terkejut bila di serang hendap sebegitu.
Fatimah di tarik Wardah hingga ke tengah laluan dan di humban Fatimah jatuh tersungkur sekali lagi di tanah.
"Kau ni sama je dengan kakak kau. Patut mati !".
Fatimah mengherdik Wardah. Sedaya upaya dia cuba untuk bangun. Mengkipas-kipas kain yang sudah kotor terkena tanah.
"Memang cari nahas kau ni !". Wardah sekuat hati menampar pipi kanan Fatimah.
Wardah masih kuat bertahan kemarahannya. Jika ingin tahu..dia adalah pemegang tali pinggang hitam taekwondo. Jangan di cabar kemarahannya silap hari bulan putus dua badan orang itu.
Fatimah tersenyum sinis.
" Kau nak pukul and marah-marah aku pun tak guna.. tak boleh buat apa dah..Aina dah kena buang dengan mak kau.. kesian mak kau kan malu dengan orang kampung".
"Kau tu yang patut malu.. terhegeh-hegeh pada yang tak sudi..Kau tu sedar la diri Ustaz tu tak nak kat kau pun. Kau tu yang patut berambus dari kampung ni jangan nak usik kakak aku!". Wardah menengking Fatimah yang tersenyum mengejek itu.
"Woooww kakak? Heii dia bukan kakak kau pun bukan darah daging kau. Yang kau sibuk sangat nak bela dia tu kenapa? Dapat apa budak ?". Fatimah kini bangun dan bertatapan dengan Wardah.
Wardah terdiam..masih di tahan amarah itu. Memujuk hatinya untuk bertenang.
Uyaina hanya kaku di bawah pokok.. ketakutan dia gigit jari di situ. "matilahh... matilahh kali ni".
"Kau nak cakap apa ikut suka kau. Aku nak kau minta maaf balik pada semua orang yang kau dah anaiya kau betulkan keadaan sekaligus."
Wardah berkata sehabis tenang tanpa memandang wajah Fatimah itu.
Fatimah gelak sinis.
"Memang tak la."
"Apa kaitan dengan Noni?". Wardah mengetap giginya.
"Huh Noni? kau ingat kawan kau tu baik sangat ke? hahaha". Fatimah ketawa jahat
Wardah hilang kesabaran lagi dan di terkam fatimah hingga mereka tergolek jatuh. Keadaan ini makin parah Iqbal terus berlari ke rumah Hajah Wati..Makin di biarkan lama makin teruk ni..Satu ikan pun tak dapat nanti kalau dah bising semacam ini.
Flashback end*
"Heii bertuah..Ustazah tanya ni yang kamu termenung tu kenapa?."
Tanya Ustazah Zainab yang memandang Fatimah dan Wardah bersilih ganti.
Keadaan jadi diam..fatimah dan Uyaina masih tidak bersuara..Wardah naik jemu.
"Macam ni la. Fitnah kes khalwat malam itu punca dari dua orang ni la!".
Pap ! setepek Wardah beri menggapai riak wajah yang pucat lesi daripada kedua-dua mereka itu.
Semua yang ada di situ terkejut.
"Bukan ! ni semua fitnah... kenapa kaitkan kami Wardah? salah kami apa?". Fatimah pula bersuara membela dirinya dan Uyaina.
"Wada, kamu jangan asal tuduh ye? masalah kamu tau nanti." Hajah Wati berkata sambil jari telunjuknya tepat ke arah Wardah.
"Sama la macam Umi, Umi tu betul sangat ke nak tuduh Kak Aina tu macam-macam?". Balas spontan dari Wardah.
Hajah Wati ingin mengangkat tangannya menampar Wardah namun di tahan oleh Ustazah Zainab.
"Kau nak marah dia kenapa? tak betul ke?".
Hajah Wati berdengus marah. Terlihat senyuman sinis yang cuba di sembunyikan oleh Fatimah.
"Yang kamu pulak Una apa pasal terlibat sama ? betul ke apa yang Wardah cakap tu?".
Kini giliran Uyaina menggelabah.
"Err....errrr tak ada lah mak long...buk...bukan". Uyaina tergagap ingin keluarkan perkataannya itu .
Fatimah memberikan pandangan tajam.
Akhtar tampil ke hadapan.
"Una, baik kau jujur... biar kau susah kat sini jangan kau susah kat akhirat nanti. Dosa fitnah tu berat. Kau sendiri tau kan?."
"Tak..aku tak tahu apa-apa". Balas Uyaina . muktamad.
Terlopong Wardah.
"Ha, kamu dengar sendiri kan Wada, yang budak berdua ni tak tahu menahu pun pasal malam tu?. Memang la dah terang-terang salah Aina tu. Apa yang dia bagi kamu makan ha sampai kamu nak tutup salah dia?". Hajah Wati memarahi Wardah.
"Cukup Umi !!!". Tengkingan beroktaf tinggi bergema di tepi parit itu.
Terkejut bukan kepalang hingga terundur ke belakang Hajah Wati di buatnya.
"Telinga Wada ni naik bernanah dengar kata hina maki pada Kak Aina. Umi ni sedar diri tak berapa banyak dosa umi kat dia?".
diam dan jeda seketika..
"Wada tak tahan lagi dah. Sebab semua taknak mengaku kan? Nah Ustazah...buka video ni tengok sendiri...semua pasang telinga..bukak besar-besar mata tu supaya NAMPAK !!!".
Ustazah Zainab mengambil huluran telefon bimbit dari Wardah itu dan di buka video berdurasi 5 minit itu serta volume suara di tinggikan.
*playback video rakaman perbualan antara Uyaina dan Fatimah tadi*
Uyaina dan Fatimah jelas gelabah. Ye ! kali ini Wardah mengambil langkah bijak. Sakit dia mempertahankan Aina tanpa bukti..kini dia berasa puas!
Seusai tamat rakam video itu.....
*Pang !!!
satu tamparan hinggap di pipi Uyaina pemberian dari Ustazah Fatimah matanya mencerlung memandang Uyaina.
"Dari kecil aku ajar kamu mengaji agama aku tak ajar lidah kamu supaya jadi bercabang !".
Bukan dia tak tahu..dua ke tiga hari ni dia nampak Uyaina asyik menziarahi Hajah Wati.
Mungkin itu la kesempatan dia menghasut Hajah Wati supaya terus membenci Aina.
Uyaina diam menangis..pipi yang pijar di rasakan akibat di tampar itu di pegang.
"Kamu ni pulak nasib baik bukan ada kena mengena dengan aku kalau tak lunyai kamu aku kerjakan!". Ujar Ustazah Zainab kepada Fatimah pula.
Alang-alang dah terkantoi..buat apa lagi berpura-pura kan?
"Aku tak peduli la apa korang semua nak buat pun. Yang pasti aku puas ! puas sebab Aina dah menderita !!". Ketawa Fatimah.
Tiba-tiba...
Buk !!!!!
Tolakkan dari arah belakang tepat mengenai Fatimah.
"Allahuakbar!!!" jerit semua yang ada di situ.
p/s : tolakkan siapakah itu...?
Share this novel