Bab 44

Romance Completed 30624

Dalam kesesakkan hiruk pikuk di pasar malam itu Aina berhati-hati berjalan agar tidak di himpit. Kalau bukan keinginannya yang sudah lama terpendam tidak kuasa nak melayan datang ke pasar malam waktu sebegini.

"Aina?". Tegur seseorang.

Aina yang mendengarkan namanya itu terus mengalihkan pandangan ke arah suara itu. Mula terukir satu senyuman di bibir.

"Eh, papa Aizura la". Balas Aina

Aizuddin ketawa sedikit bila dia ditegur semula oleh Aina menggunakan gelaran itu.

"Awak datang seorang je ke ?". Tanya Aizuddin.

Tiba-tiba Aina terasa jari jamarinya kemas dalam genggaman seseorang.

"Sayang.. lajunya awak jalan. Tak tunggu abang pun". Suara Yazid menggamit pandangan mereka berdua.

Aina terkejut. Tidak di sangka kemunculan Yazid di situ. lalu dia memandang semula ke arah Aizuddin.

Yazid pula dengan senyuman tidak bersalah mula berpaling ke arah Aizuddin.

"Eh, Tuan. Tak tahu pulak Tuan pun ada kat sini". Tegur Yazid mesra.

Aizuddin terpaku melihat ke arah tangan Yazid dan Aina yang bercantum itu. Hairan jadinya .

'Diorang dah ...berbaik ?'. soal si Aizuddin sendiri.

"Tuan?". Yazid tegur semula bila melihatkan Aizuddin yang tidak beriaksi itu.

Aizuddin pula seakan terkena renjatan elektrik dan tersedar dari bersoal dengan diri sendiri.

"Hah ye?".

"Tuan kenal dengan isteri saya?". Tanya Yazid lagi sengaja mahu di lihat riaksi Aizuddin itu.

"Aina ni isteri awak?".
Aizuddin bertanya lagi. matanya meliar ke arah Aina sesekali. Aina juga begitu. Mereka seperti dalam keadaan menggunakan kod isyarat rahsia.

"Ye ni 'isteri' saya." Sahaja Yazid menekankan perkataan isteri saya itu.

"Haah kenal... Saya tak tahu pula Aina ni isteri awak? dan saya tak tahu juga yang awak dah berkahwin". Balas Aizuddin yang juga sengaja
menekan Yazid.

"Erm....." Yazid kematian kata dan dia hanya tersenyum seraya menunduk. Sukar untuk dia menjelaskan.

Kening Aizuddin terangkat bila melihatkan Yazid yang beriak segan silu itu.

"It's okay la. saya kena gerak sekarang. Anak saya dah tunggu. Takut lapar sangat karang dia meragam". Potong Aizuddin melihat tiada balas jawapan dari Yazid.

Aina sedari tadi hanya diam. Dia jadi bisu terus saat ini. Kepalanya susah berfikir ketika ini di tambah pula dengan perangai Yazid yang memang tidak di duga kebelakangan ini.

Malam itu Aina merenung suaminya bagai mahu di telan Yazid itu. Kini mereka di atas katil bertatapan sesama sendiri.

"Apa?". Yazid beriak melihatkan pandangan sinis isterinya.

"Macam mana awak boleh muncul dekat pasar malam tu tadi?". Tanya Aina.

"Kau bini aku kot. Mestilah aku tahu mana kau pergi".

"Awak stalk saya." Aina menduga.

Yazid merenung anak mata isterinya dalam-dalam. Dia tak mahu lagi biarkan Aina rasa tersisih olehnya kerana kesilapan yang lalu.

"Okay look. Aku minta maaf sebab layan kau terok dulu. Aku takut untuk buka hati aku pada orang lain. Aku takut di tinggalkan lagi. Dan jujur aku tak boleh terima bahawa aku kena hadap orang yang aku tak kenal sebagai isteri."

Aina terdiam Mendengarkan jawapan itu. Lalu dia memandang ke arah lain mengumpul semangat untuk berkata sesuatu.

"Kenapa awak tak ceraikan saya setahun yang lalu? kalau awak tak boleh nak hadap semua tu. Tak perlu seksa diri masing-masing. saya rasa waktu itu adalah masa yang tepat".

Yazid memegang bahu Aina.

"Tak boleh, waktu yang tepat pada kau untuk berpisah adalah sebaliknya pada aku.
Aku belajar mencintainya kau sewaktu kau tiada dulu. Baru aku tahu betapa sakit rasa bila ada lelaki lain cuba dekat dengan kau. Aku rindu layananan kau sebagai seorang isteri. Memang silap aku yang terlalu keras hati untuk menerima takdir".

Aina mula menundukkan pandangannya. Macam mana Yazid yang dingin itu boleh berkata seperti ini?

"Terima aku balik? Aku dah mula sayang kau. Aku nak kita hidup macam pasangan suami isteri yang lain." Yazid merayu dan menggapai tangan Aina.

Mata Aina berkaca melihat pandangan redup si suami. Akhirnya dia dengan perlahan mengganguk setuju. Sudah-sudahlah membawa rajuk di hati. Tiba masanya untuk dia juga menerima sepenuhnya bahawa mereka memang di takdirkan bersama.

******

Aina yang menatap pinggan yang kosong itu menarik perhatian orang-orang di sekelilingnya.

"Hoi!". Meja makan di restoran itu di tepuk oleh Azra

Terlari lamunannya itu bulat mata menatap si punya angkara.

"Apa kau ni? terkejut aku." kata Aina perlahan
sambil matanya memerhati meja di sebelah mereka yang memandang ke arah mereka pelik bila terdengar bunyi hentakan di meja itu.

"Aku punya penat membebel kau boleh berangan?". Rungut Azra.

Aina menggaru kepalanya bila tersedar kelekaan sendiri.

"Angau member kita ni". Balas Syamin yang melirik ke arah Aina.

Aina terimbau kembali kejadian pagi tadi semasa dia sedang ingin membuka pintu kereta bila Yazid menghantarnya pergi kerja pagi tadi.

Tangan suami di cium. Lalu dia ingin bergerak keluar namun di tahan bila terasa tangannya diraih semula. Dia memandang Yazid.

"Ye, kenapa awak?". Tanya Aina hairan.

Lalu di kucup dahi sang isteri.

"Kalau tak nak lepas sayang pergi kerja boleh tak?".

Aina terpaku mendengarkan perkataan 'sayang' yang terbit dari mulut Yazid itu.

"Heii awak jangan buat hal eh. Mana boleh kita dah sampai ni kan?". Aina menjadi hairan melihat sikap Yazid yang kebudak-budakan ini.

"Ish, awak lagi. lepas ni tukar. Panggil Abang". Arah Yazid.

Aina jadi malu. Wajahnya mula merona kemerahan.

Yazid yang melihatkan perubahan warna di wajah Aina itu galak mengusik.

Cup !!! pipi kirinya Aina di cium.

"Ish, awak ni.. nanti orang nampak macam mana?". Aina panik melihat sekeliling luar kereta.

Yazid hanya tersungging senyum.

"Biarlah".

Lalu di cium pula bibir yang menjadi idamannya itu.

Aina tersipu malu. Lalu di pukul dada Yazid perlahan. "Janganlah awak ni..."

"Aip. Tukar dulu. Panggil Abang. A......bang". Yazid paksa mengajar Aina menyebut panggilan manja kepadanya.

Aina yang ingin cepat berlalu terus akur.

"Ye, abang...sekarang ni boleh tak saya nak pergi kerja ni. Dah sampai pun ni".

Yazid bersandar lemah kembali pada kerusi pemandu. Harus di relakan isteri pergi kerja. Sapa suruh mengada kat sini. Tadi di rumah tak nak mengada pula !

"Yelahhhh". Balas Yazid.

Aina tersenyum melihat ke arah rakan-rakan yang lain masih memandangnya hairan.

"Tak de apa lah. Saja mood aku baik je hari ni".
Dalih Aina menghentikan pandangan pelik dari mereka.

Bahagia hatinya melayan detik bahagia yang telah bermula saat ini. Syukur Ya Allah semoga baik-baik sahaja perjalanan rumah tangga ini.

p/s : relaks readers. belum complete lagi. Ada sikit onar yang bakal menggoyahkan bahagia rumah tangga mereka nanti. heheh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience