Bab 55

Romance Completed 30624

"Binatang kau ni ! nak kepuasan sendiri sanggup gadaikan hidup orang lain !". Ya..tika ini Syamin muncul..berasa puas bila dapat menghajar 'ustazah plastik ini'.

"Pegang dia..Ya Allah mati karang budak tu".
Jerit Ustazah Zainab kepada mereka yang ada di situ. Mereka melihat Syamin yang memberontak ingin menerkam Fatimah.

"Kau ni memang muka tembok ke apa? suka sangat cari masalah". Tisya berkata kepada Fatimah dan dirinya sangat struggle menahan Syamin di belakangnya.

"Ehem !" Akhtar berdehem untuk menarik perhatian semua yang ada di situ untuk diam.

"Fatimah, apa yang jadi dulu tu awak masih tak serik ke? Terima la takdir kita tak serasi bersama. Sedih saya tengok sikap awak yang macam ni".

"Awak selalu cakap macam tu. Awak tak pernah pun nak pandang cinta saya dekat awak!". Kata Fatimah berkaca matanya.

"Saya bukan tak nampak...saya nampak..tapi saya sendiri tak ada langsung rasa nak suka apatah lagi nak jalinkan hubungan istimewa dengan awak. Awak paksa la macam mana pun, hati saya tak boleh terima. Lagipun, saya bakal berkahwin. Saya harap awak boleh move on dan tarbiah diri awak untuk dapatkan ketenangan jiwa dan mulakan hidup baru".
Penjelasan lebar dari Akhtar itu menyebabkan semua yang ada di situ terkaku.

Berkaca mata Fatimah.

"Kahwin? dengan siapa?. Takkan tiba-tiba awak nak kahwin. Ke sebab nak elak dari saya, sebab itu awak nak berkahwin?".

Akhtar jadi segan bila perbualan mereka menjadi perhatian orang yang ada di situ.

"Ada seseorang...saya baru kenal dengan dia. Alhamdulillah Allah buka hati saya untuk dia".

"Saya dan awak adalah satu pertemuan yang tidak ada cerita. kita ibarat dua buku yang sama genre dan lain isi tetapi tetap sebuah buku. Teruskan dengan jalan cerita masing-masing".

Terduduk terus Fatimah di situ. Yang lain perlahan-lahan beredar. Tinggallah Fatimah yang berduka dan di temani Uyaina.

******

Puan Hasmah membelai rambut Aina yang berada di ribaannya.

"Mak, abang ada balik tak?". Aina bertanya nadanya kedengaran sayu.

"Tak ada Aina. Malam tu dia terus balik ke KL. Tapi lepas dari tu Mak tak tahu dia dekat mana."
Puan Hasmah bersimpati pada nasib menantunya.

"Mak, kalau abang dan Aina dah tak kekal lama... boleh ke hubungan kita kekal macam ni?".

"Kenapa cakap macam tu? Tak ada orang lain yang boleh jadi menantu Mak, Aina je yang layak."

Tersenyum Aina mendengarkan..Semua insan di sekelilingnya baik..baik kerana ia adalah kiriman dari Tuhan. Alhamdulillah...

********
Suhana tersenyum melihat kotak cincin di atas meja itu.

Minggu lepas *

"Betul ke ni Ustaz Akhtar? Dah fikir masak-masak ke?". Tanya Haji Zubir.

Akhtar hanya menunduk tanda dia segan.

"Betul Ustaz. Saya yakin dan dah fikir sebaik-baiknya."

"Alhamdulillah, bagusla kalau macam itu dah dua-duanya pun setuju. Boleh la nanti kamu bawak mak ayah kemari kita bincang secara beradat dengan lebih lanjut.".

Akhtar terkesima.

"Ha? Maaf Ustaz, kalau bertanya ni, apa maksudnya dua-dua dah setuju? saya rasa Ustaz orang pertama saya bagitahu ni".

Haji Zubir ketawa.

"Sebenarnya kalau di ikutkan, kami yang akan minang kamu. Su yang cakap dia berkenan pada ustaz Akhtar. Jadi, saya pun jem jugak la nak bagitahu pasal Su tu. Alhamdulillah Allah permudahkan ye?".

Akhtar juga ikut tersenyum. Benarlah kisah cinta yang dia impikan seperti Nabi Muhammad s.a.w dah Siti Khadijah menjadi nyata pada dirinya.

Perancangan Tuhan itu indah. Kita yang harus sabar dan kuat dalam mencari dan percaya akan Ketentuan-Nya.

*********

Sabun di dalam baldi itu di celup dengan kain buruk dan di perah lalu di tekapkan pada motorsikal milik arwah ayahnya. Basikal sudah selesai di cuci dan kini hanya di biarkan seketika di tepi rumah kerana rantai putus. Mau tak putus.. terkenangkan kejadian petang kelmarin. Wardah antara orang pertama yang beredar pulang. Naik jelak dia dengan sikap Hajah Wati dan fatimah itu. Kayuhannya terlalu deras dan mengakibatkan rantai putus mujurlah sudah sampai di hadapan rumah. Panas hati punya pasal Aina pun dia tak sampai hati nak berhadapan. Tergeleng-geleng kepalanya mengingat kembali.

Seketika itu dia terdengar bunyi enjin motorsikal yang masuk ke perkarangan rumahnya. Tak payah toleh, sudah dia tahu siapa yang datang itu.

Enjin motorsikal itu di matikan.

"Assalamualaikum Wada".

Wardah terdiam tidak menoleh. Genggaman pada kain buruk itu di kuatkan.

"Aku ganggu kau ke?".

Wardah masih diam dan kaku.

"Berani kau datang tunjuk muka kau kat sini eh ?".

Noni menelan air liur. Terasa tersekat suaranya untuk bercakap bila dia menerima respond sebegitu dari Wardah.

"Aku tau aku silap. Aku gelap mata masa tu bila nampak duit. Aku menyesal Wada aku minta maaf sangat-sangat sebab tolong fatimah."
Noni menguis-guis lipatan kecil pada bajunya tunduk menghadap tanah. Rasa bersalah terhadap Wardah dan Aina.

Kain buruk yang basah itu di hempas ke tanah.

"Kau pilih duit dari kawan kau? Hebat kau ni. Dan aku rasa bodoh sangat tertipu dengan lakonan kau. Laptop rosak konon...huh".
Perli Wardah pedih dan pedas.

"Wada..aku..."

"Dah la, kau pergi balik. Buat masa sekarang jangan tunjuk muka kau depan aku."

Noni dengan akur melangkah dengan lemah dan bergerak pulang. Bahana bila kita mengkhianati manusia yang percaya akan kita..rasa sesal akan selalu datang menghantui hidup.

*******

"Kau dah prepare semua barang kau?". Kata Tisya sambil menarik kerusi di meja untuk duduk di meja makan itu.

"Dah, cuma ada sikit je lagi barang aku kat rumah di KL tu".
Tangkas tangannya membuat kerja menceduk bihun ke dalam pinggan yang ada di situ.

"Aina yakin ke nak pergi ni? Rindu la mak kat Aina nanti." Puan Hasmah datang membawa sepinggan karipap.

"Yakin mak. kejap je 2 tahun. Nanti Aina balik mak dah boleh dukung Afiq masa tu."
Aina cuba menyenangkan Puan Hasmah lebih tepat lagi memujuk dirinya sendiri.

*******

Sedang mereka suka-suka berbual di muka pintu,
Kelihatan kelibat sebuah kereta kelisa berhenti di hadapan rumah Puan Hasmah.

Semua mata memandang kereta itu. Kemudian di sebelah pemandu keluar seorang perempuan di selangi beberapa minit itu keluar pula lagi seorang perempuan di sebelah bahagian penumpang hadapan.

Syamin mula bangun dan ingin menapak anak tangga untuk masuk ke dalam rumah.

"Gais, tumpang lalu..baik aku chow sebelum kaki aku singgah ke muka diorang."

Aina terasa berdebar melihat ke arah mereka. Kedatangan Fatimah dan Uyaina mengundang rasa tidak selesa padanya.

Azra dan Tisya macam biasalah kerek habis keadaan wajah mereka menatap tetamu yang tidak di undang itu.

Kisah kelmarin ...

Aina hanya menunggu dan berdiri di tepi kereta melihat dari jauh pergaduhan semalam. Dia tidak ada kekuatan untuk pergi melihat keadaan di bawah pokok itu. Apa yang dia tahu hatinya rapuh bila hendak menghadap Hajah Wati.

Sesampainya mereka di situ Syamin terlebih dahulu keluar dari kereta dengan tergesa-gesa dan menyerang hendap Fatimah setelah dia mendapat peti suara daripada Wardah yang merakam kata-kata fatimah semalam.

Whatapp voice note play :

"Aku tak peduli la apa korang semua nak buat pun. Yang pasti aku puas ! puas sebab Aina dah menderita !!".

Tamat durasi peti suara rakaman itu.

Syamin menghentak stereng keretanya.

"Sial ! Mati perempuan ni aku kerjakan nanti kau tunggu".

Semua yang ada di dalam kereta itu hanya diam membisu..Aina pula usah di ceritalah, dia sememangnya telah di banjiri air mata.

kelmarin juga adalah pertama kali dia melihat wajah Wardah yang sangat tegang menaiki basikal dengan marah tanpa menegurnya bila berselisihan.. panggilan Aina juga tidak di hiraukan olehnya. Pasti kejadian semalam betul-betul menguji kemarahan Wardah.

"Assalamualaikum Aina." Ucap Uyaina dan Fatimah yang datang mendekati mereka dan ingin bersalam namun tidak di sambut oleh seorang pun.

Uyaina dan Fatimah menarik kembali tangan mereka bila tidak di sambut. Sedarlah mereka bahawa ada kebencian pada orang-orang di hadapan mereka ini.

"Aina...aku minta maaf atas apa yang jadi malam tu. Aku...aku tahu aku jahat. Aku... cemburu dengan kebahagiaan kau...ampunkan aku?." Fatimah melutut di hadapan tangga rumah itu.

"Aku bahagia dengan kebahagiaan aku sendiri tanpa aku usik kepunyaan kau. Kenapa kau dendam sangat? sekarang aku dah hilang kebahagiaan itu. Jadi aku harap kau lupuskan dendam kau itu. Aku sekarang jijik dengan diri aku bila di sentuh oleh orang suruhan kau !."
Aina memalingkan wajahnya dari melihat Fatimah.

"Tak! Kau masih suci milik suami kau. Malik tak sentuh kau pun. Aku dan Una yang buang pakaian kau malam itu. Aku khilaf Aina sebab buat benda bodoh tu. Mata hati aku gelap tak nampak hakikat yang patut aku terima. Aku tak sedarkan diri aku untuk melihat kebahagiaan dengan cara yang lain. Aku yang jahat..aku yang buta!".

Kuat Fatimah menangis dan merayu kemaafan daripada Aina.

" Ye kau memang tak sedar diri !". Marah Tisya kepada Fatimah. Azra yang mendengarkan itu terus mencubit Tisya akibat menyampuk.

"Jangan sibuk ! Eii... ." Bisik Azra memarahi Tisya.

Yusma yang ada di balik pintu hanya menahan ketawa mendengar kata-kata Tisya. Memang patut pun !

Nafas di tarik dalam-dalam mengumpul kekuatan untuk kembali menatap Fatimah.

"Sudah la Fatimah. Nasi dan menjadi bubur. Aku bukan Tuhan nak menghukum."

Uyaina menahan sebak melihat kebaikan Aina. Wanita itu sememangnya mempunyai kecantikkan wajah dan juga hati.

"Tapi kau kena ingat.. dalam hidup kita ni, Bahagia takkan datang bila kita hancurkan kebahagiaan orang lain".

Fatimah meraup mukanya menahan malu yang amat dasyat.

Ayat terakhir sudah di habiskan kemudian Aina turun dari tangga dan memeluk Fatimah.

Fatimah terharu dengan sikap Aina..Di balas pelukkan itu.

"Terima Kasih.. Terima kasih Aina kerana kau sudi ampunkan dosa aku pada kau".

Uyaina memegang tangan Aina yang melingkari bahu Fatimah.

"Aku pun nak minta maaf Aina. Aku pun sama jahat".

Aina menggeleng sambil tersenyum.

"Tak apa. Aku maafkan."

p/s: Tak sabar tak nk tengok Hajah Wati punya reaction bermaafan di hari raya ? .. ehek !
Yeay.. Akhtar nak kahwin :)

Cute readers. Meh follow ig fifi meh. hudhafifi . i'll follow you back ;)
saranghae :))))))

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience