Bab 31

Romance Completed 30624

" Auuuh !! perlahan sikit kak Yusma...sakit".

Ngadu Aina yang kesakitan itu pada Yusma yang berhati-hati tuam lebam di bahu adik iparnya itu. Kemudian di sapu sedikit krim antibiotik pada luka yang sedikit terbuka akibat hentakan kepingan papan yang tajam terkena itu.

"melampau sangat lah perempuan tu. Di pukul sesuka hati anak orang."
kata Yusma kesal sambil lincah tangannya mengurut tapak tangan Aina yang terasa sengal akibat tergeliat semasa merentap sanggul fatimah.

"Shutt... perlahan sikit kak, takut ada orang dengar". Risau Aina jika mertuanya atau Yazid yang terdengar. Takut jika Yazid menghalangnya dari balik ke rumah Hajah Wati. Pemikiran Aina terlalu jauh menyangkal. Entah-entah Yazid itu tidak peduli pun.

"Ok ok, sorry". Balas Yusma perlahan.

Setelah puas dia bersembang dengan Yusma, dia membuka pintu bilik tidur itu dengan perlahan. Dilihat Yazid yang sedang lena mengiring menghadap arah kanan jendela tingkap.

Yazid tiada pilihan selain untuk tidur di atas katil bersama Aina kerana sofa kayu sudah di bawa keluar oleh Puan Hasmah yang tahu akan anak dan menantunya tidur berasingan tempat. Trick itu harus di gagalkan !

Aina jalan menjengket atur langkah untuk ke katil. tak mahu ada bunyi bising mengganggu tidur suaminya.

Di ambil posisi sebelah kiri menghadap dinding dan sementara itu dia harus tidur meniarap kerana luka belakang badannya itu masih belum sembuh.

selepas 5 minit Aina baring.. dia terlelap ke alam mimpi. keletihan barangkali.

Mendengarkan dengkuran halus dari orang sebelah membuatkan Yazid membuka matanya sambil pusing menghadap Aina yang nyenyak dalam posisi meniarap.

Yazid menarik sedikit kolar bulat baju t-shirt yang di pakai Aina itu perlahan untuk melihat luka.

'Eerrr...' seriau Yazid melihat. Boleh tahan jugak luka ni. tengok aje sikit tapi dia pulak yang terasa nyeri.

sebenarnya dia terdengar segala perbualan Aina dan kakaknya itu di balik pintu yang sedikit terbuka. Itulah nak bergosip rahsia bukannya nak tutup pintu tu betul-betul.. kan da kantoi.

kalut Yazid mengalihkan tangan dari memegang kolar baju Aina itu apabila Aina terresponse rasa mencucuk di bahagian luka itu. tetapi dia masih tidur. Yazid menghembus nafas lega.

Risaukah dirinya akan gadis itu?

*****
Drama korea yang terlayar di skrin laptop di atas meja kerjanya itu lancar memainkan adegan romantis. Babak itu tiba-tiba terbayang muka yazid oleh peranan si lelaki dan Aina berada pada peranan wanita yang sedang ralit bertemu mata itu.

"ish apa yang aku dok ingat ni?". Kata Aina sendiri sambil menepuk-nepuk dahinya. Kuat berangan betul ! lalu laptop itu dia matikan dan berjalan menuju ke katil.

Matanya memandang tepat ke syiling. ligat kepalanya terimbau satu persatu babak kemalangan kecilnya tiap kali bersama Yazid.

Aina tersenyum sendiri " Gila kau Aina, mission mengarut kau terkena diri sendiri kalau macam ni.. ikutkan cara ni bukan aku yang goda Yazid. Tapi mamat tu yang goda aku !"

Aina ketawa pula. "Mengarut mission ciptaan kau Tisya". di sambung bebelannya sendiri lagi.

*****

Sejak minggu lepas, perubahan Yazid menunjukkan sedikit baik kerana dia sudah pulang awal dari kerja sebelum pukul 7 malam.

"Kerja hari ni macam mana ? ok ?".
Aina bertanya kepada Yazid yang sedang menjamu selera di hadapannya semasa makan malam mereka.

"Ok aje macam biasa". Yazid membalas.

"Kau pulak ?". Yazid memulangkan soalan yang sama kepada Aina.

"Tak ok sangat. Banyak sangat proposal nak kena handle sebab ada sorang tu dah start cuti bersalin." Terang Aina bercerita.

Yazid hanya angguk mendengar...

"Aku perasan yang kau selalu tak kunci pintu malam-malam. Tak takut ke?". Yazid menukar topik setelah lama mereka diam.

Aina tersentak.

'adeh, macam mana aku nak kunci kalau mission aku masih test run dekat kau'.

Riak muka Aina yang pelik itu dapat dilihat oleh Yazid.

"err haah saya tak biasa kunci pintu. memang selalu biar tak kunci". dalih Aina.

Yazid yang masih tenang menjamah makanan itu berkata " kunci aje lain kali, takut pencuri ke perogol ke pecah masuk rumah..kau yang akan kena dulu".

Gulp.. Aina tertelan Air liur.. betul juga apa yang dikatakan Yazid itu.

"Haah ye lepas ni saya kunci". Aina menyambung suapan di mulutnya.

Yazid tersenyum kecil bila dia berjaya hadirkan rasa takut pada Aina itu. Selamat juga padanya yang akan kurangan risiko dalam menjaga nafsu seorang lelaki.

Yazid berjalan-jalan ambil angin di pantai. kemudian dia mendekat pada sebuah cengkerang yang sangat unik terdampar di situ dan dia mengambil cengkerang itu lalu di belek-belek.

'cantik la..tak pernah nampak yang macam ini lagi'.

lalu dia terdengar seseorang menangis. Dia arahkan matanya mencari tangisan itu. Akhirnya pandangannya di paku pada seseorang wanita yang ada di bawah pokok yang rimbun di hujung sana.

Wahida !

Wajah itu sedih sekali. Yazid mendekat. dia berlari.. kemudian dia jatuh. mendongak kembali melihat ke arah pokok itu namun sudah tiada.

Yazid terus terbangun dari pembaringannya. Peluh membasahi wajah dan badannya.

"Astagfirullahal Adzim...." Dia bermimpi.

Kenapa Wahida menangis ? Apa petanda ini ? adakah Wahida tidak tenang di sana? atau.... dia sedih akan perasaan Yazid yang melupakan cintanya?

Apakah ini masuk logik akal?

"Argghhh" kusut Yazid berfikir ketika itu.

Tudung bawal berwarna merah jambu itu di pakai bersama baju kurung cotton berbunga kecil warna merah. Di kemas-kemaskan sedikit pada pinggangnya Aina.

"perfect!" Aina berjalan menuju ke bawah sambil membuka pintu lalu di cari kasut tumit tinggi bewarna hitam untuk di padankan.

Aina mengeluarkan sekeping kertas kecil 'sticky note' berwarna kuning lalu di lekatkan pada cermin kereta Yazid.

"Mission 3 begin ! " kata Aina setelah itu dia segera pergi hidupkan enjin keretanya. Dia harus gerak awal sebelum Yazid turun.

Apakah mission 3? 'ayat-ayat manis untuk encik abang polis setiap pagi'.

Tangan yang ingin membuka pintu kereta itu terhenti. Yazid baru perasan akan sesuatu di atas cermin keretanya.

Di ambil sticky note itu dan di baca.

"Hari yang indah bermula dengan senyuman yang indah ;) ".

Hairan Yazid jadinya,

"patutlah pergi kerja awal. Rupanya ......". Yazid hanya menjongketkan bahu kemudian berlalu masuk ke dalam kereta.

******

"Una, kenapa kau tak reply whatapp aku?". Kata fatimah kepada Uyaina yang sedang mencari sesuatu di rak kedai runcit itu.

Uyaina merasa rimas akan geraknya yang di ikuti oleh fatimah itu.

"Aku lupa la nak balas. Kau tahu kan aku sibuk tolong mak aku berniaga.." Dalih Uyaina kepada fatimah itu.

"Habis tu tak kan call aku pun kau tak boleh nak angkat?"

"Nombor yang kau call tu nombor lama. aku kadang-kadang bukan cek sangat pun telephone lama dalam tengah aku sibuk tu. Kadang terlupa terus nak call balik. Dalih Uyaina lagi.

Fatimah hanya biar memerhatikan Uyaina berlalu keluar dari kedai runcit itu. Ada sesuatu dengan perubahan rakannya itu..

*****

Aina berjalan ke arah pintu rumah kemudian dia terpandangkan sticky note yang di tampal pagi tadi di atas lantai.

berkerut keningnya berfikir
" Yazid buang sticky notes aku? cissss ". terusik hatinya sedikit akan sikap Yazid ini.

"Tak apa Aina.. fikir something positive". Aina memejamkan matanya mengingati kembali perkara yang baik terjadi sepanjang hari ini untuk cuba memujuk hatinya.

"Good job Aina, i sangat berpuas hati dengan proposal you ni. A creative strategy macam ini la yang akan naikkan prestasi department kita nanti".
lega hati Aina kerana kertas kerjanya diterima oleh Bosnya Tuan Arman. Tak sia-sia penat lelahnya selepas beberapa bulan ini..

Hadir sebuah senyuman di bibirnya. "It's okay Aina, target kita ni hardcore sikit. so kau jangan give up ok?" Aina bermonolog sendiri sambil mengutip sticky note itu lalu masuk ke dalam rumah.

sesampai di biliknya, dia melekatkan sticky note yang di buang Yazid tadi ke atas papan kecil yang di sangkut kemas ke dinding.

"Ini baru satu ye. Banyak lagi sticky notes yang akan menyusul. kau tunggu je la."

Aina tidak berputus asa. Ego lelaki itu mesti di tarah sehabis mungkin !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience