Completed
31014
"Assalamualaikum.. mak long..oo mak long" laung Uyaina di hadapan rumah Ustazah Zainab.
Mendengarkan laungan itu Akhtar yang sedang membasuh motorsikalnya di belakang rumah terus menuju ke hadapan laman.
"Waalaikumsalam, lah Una rupanya. bila kau sampai?" Akhtar menegur.
"semalam lagi. Tapi harini baru boleh singgah sekejap. Kau sihat Akhtar?" Uyaina membalas sambil mengerling fatimah yang hanya diam di sisi.
"Alhamdulillah sihat aje ha. pergi la masuk. Umi ada kat dalam, aku nak basuh motor sekejap.." Akhtar berlalu meninggalkan mereka berdua di situ.
Uyaina terus masuk ke dalam dan diikuti oleh Fatimah.
" Awak, macam mana sekarang ni? " tegur fatimah yang entah bila muncul di situ.
"Alhamdulillah... macam ini la okay aje?". Jawab Akhtar yang tangannya laju mengelap moto yang hampir siap di basuh itu.
"Jodoh Aina dah sampai, awak bila pulak ?". Fatimah menguis kakinya yang dilapik selipar itu pada tanah.
Tangan Akhtar terhenti mengelap motosikalnya.
"Saya serah pada takdir. Kalau ada, ada lah nanti tu". Akhtar menjawab dengan tenang pertanyaan Fatimah yang menyucuk tangkai hatinya.
"Awak, move on la. Lagipun saya dah lama sangat tunggu awak. Bagilah peluang untuk orang lain pula selain Aina. Dia tinggalkan awak dan berkahwin dengan lelaki lain senang-senang je."
Dia geram melihat Akhtar yang hanya diam tidak menjawab pertanyaannya . kemudian di sambung lagi. " Awak kat sini pulak yang menanggung patah hati".
Terkesima Akhtar mendengar kata-kata dari Fatimah itu. Bukan dia tak move on. tetapi hatinya bukan senang untuk menerima sesiapa sahaja. Semua itu perlukan proses.
Lalu Akhtar bangun dan berjalan ke ruangan ampaian kain untuk sidai kain buruk yang basah itu.
"Apa kata awak yang move on? banyak lagi lelaki yang layak untuk awak. Kalau pun saya dan Aina tak ada jodoh. Itu bukan syarat untuk saya nak kena berkahwin juga dengan perempuan lain secepat itu. Aina bukan macam yang awak fikirkan. Lagipun bukan kuasa kita nak halang takdir yang di tetapkan."
Fatimah menahan rasa panas di hati bila Akhtar menyebelahi Aina. Lipatan kecil tudung dia betulkan dengan kasar.
"Habis sampai bila awak nak macam ni? tak kahwin-kahwin?".
"Saya tak pasti, kalau macam tu pun...biarlah. Asalkan sihat dan boleh teruskan hidup macam biasa". Senyuman Akhtar menghantar Fatimah yang terus berlalu masuk ke dalam mencari Uyaina.
Dalam perjalanan balik dari rumah Ustazah Zainab itu Uyaina ketawa melihat muka monyok Fatimah.
"Kau ni kenapa pulak?".
Fatimah menghembus nafas berat. "Akhtar tu la. Payah sangat la. Aku ni dia tak nampak ke dah macam-macam aku buat untuk dapatkan dia?"
"Fatimah.....fatimah, kau cari je lah Ustaz lain. Jangan la kau paksa hati yang tak sudi tu".
Fatimah menjeling, ada sahabat pun tak nak bagi sokongan !
"By hook or by crooks aku kena dapatkan dia jugak walau macam mana pun". Fatimah nekad.
Terus mati senyuman Uyaina. risau pula dia pada Akhtar sepupunya itu.
******
"Pilih la bilik mana yang kau nak. Bilik aku yang hujung tu". Jari Yazid terarah pada bilik paling hujung yang menghadapnya itu.
Aina pelik, "kenapa bilik asing-asing?"
Yazid tepat memandang ke arah matanya. " kau tahu kan kita ni kahwin atas dasar apa?"
Aina yang mendengarkan itu jadi terdiam. Rupanya Yazid masih keras hati untuk menerima statusnya sebagai isteri yang sebenar.
"kalau asing-asing macam ni tak boleh ke kalau saya stay je rumah lama saya?". Aina memberanikan diri bertanya soalan yang di kira logik akal itu.
Yazid yang memegang tombol pintu itu terhenti untuk membuka pintu bilik. "Susah nanti kalau family aku datang sini . Kau tak ada".
"tapi ..."
Pap ! pintu bilik Yazid sudah ditutup dan Yazid hilang dari pandangan Aina.
Aina menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskan perlahan... "relaks Aina, chill...chill..."
Sudah memang sikapnya Yazid seperti itu. Maka dia perlukan kesabaran yang super high level.
Bilik yang di sebelah bilik Yazid itu Aina pilih untuk menjadi bilik tidurnya. Senang untuk dia berkomunikasi dengan Yazid jika ada apa-apa yang berlaku.
"Besar jugak bilik ni". Aina kagum melihat bilik itu. Tinggal untuk di kemaskan sesuai tema yang sudah dia fikirkan.
Kemudian dia turun ke ruangan bawah untuk melihat keadaan dapur dan sebagainya. Besar juga rumah ni. Tiba-tiba hatinya sayu terkenangkan Arwah Wahida. Pasti mereka menyimpan impian untuk hidup besama di rumah ini.
Ralit dia perhatikan keadaan sekeliling dapur dan bilik kosong di ruangan bawah itu, kedengaran bunyi enjin kereta yang di hidupkan. Terus Aina berlari ke arah pintu sliding dan mengintai sedikit di balik tirai untuk melihat.
'Hmm kluar rumah pun tak nak bagitau apa-apa'
keluh Aina dalam hati melihatkan kereta Honda city milik Yazid yang berundur keluar melepasi pintu pagar rumah.
Sudahla keretanya tidak bawak ke sini . Bosan rasanya kalau terperap sendiri di rumah itu.
Sesampai di hadapan bilik, Aina terpandangkan bilik Yazid yang sedikit terbuka.
Dia yang tidak tau apa yang menguasai dirinya untuk masuk ke dalam bilik Yazid itu.
Bilik king master bedroom ini sangat exclusive. Hairan dia memikirkan yang Yazid itu mampu untuk menghiaskan bilik tidurnya se 'gah' ini.
Ralit Aina memerhati sekeliling hingga matanya terhenti pada beberapa keping polaroid yang menghiasi cermin yang tergantung di dinding itu.
Berkaca mata bila melihakan gambar Wahida yang manis berbaju kurung dan disarungkan cincin oleh ibu mertuanya kini. Matanya pula jatuh ke sekeping polaroid yang lain di bawah itu. Gambar Yazid dan Wahida semasa di kolej.
Tangan Aina ingin memegang kepingan polaroid itu dan dengan tidak sempat pun lagi , tangan kanannya itu di hentikan dengan pegangan tangan yang lain.
Ingin luruh jantungnya saat itu. Aina memusingkan kepalanya ke belakang dan mendongak ke atas.
Yazid!
Sejak bila pula dia balik ni? bukan ke tadi.....
"Jangan berani usik barang aku " pandangan matanya tajam menusuk mata Aina.
Aina yang ketakutan dengan riaksi Yazid itu terus menarik tangannya dari pegangan Yazid. Ya....dia mengutuk sendiri tindakannya itu kerana menceroboh bilik orang lain.
Tanpa banyak bicara Aina terus kluar dari bilik Yazid itu.
"Eii gatal sangat tangan tu kenapa lahh". di tampar-tampar tangannya sndiri.
Share this novel