Bab 48

Romance Completed 31014

Dalam keriuhan bunyi bising kanak-kanak yang sedang bermain di taman itu mengundang senyuman manis di bibir Aina. Tidak di sangka rezeki yang Tuhan berikan kali ini sungguh bermakna buatnya. Terngiang-giang waktu dia berada di klinik tengah hari tadi.

"Congratulations madam. Awak akan menyambut kedatangan orang baru tak lama lagi."
Doktor Suzila berkata dengan tenang menatap mata Aina menyampaikan khabar gembira itu.

Aina tercengang... benarlah apa yang ada di fikirannya sebelum ini. Tapi silap dirinya yang mengambil mudah akan kesihatan. Di sangkakan dia terkena keracunan makanan kerana simptom yang di alami itu sama seperti zaman remajanya dulu.

"Alhamdulillah, i though so doctor...". Aina terus menggenggam tangan doktor Suzila itu. Jelas kebahagiaan terpancar di wajahnya.

Aina kembali menunduk ke arah perutnya dan mengusap perlahan perutnya itu.
"Baby.. please stay healthy, Ibu akan ambik masa lama sikit untuk bagitau ayah pasal awak ye sayang. Kita buat surprised kat ayah. Anniversary ibu dan ayah bulan depan. Sabar okay sayang ?".

Dengan penuh harapan moga si anak di alam rahim itu mendengarkan pesanan si ibu.

"What ?! ada baby dalam tu? omg...this news terbangkan mood tak elok aku tadi. Congrats beb". Tisya memeluk Aina dengan erat.

Suka mereka mendengarkan khabar terindah itu.

"Nanty mintak-mintak la baby keluar ikut muka Yazid tau jangan muka kau. Aku bosan tengok mak dan anak muka copy paste."
Usikan Azra mendapat cubitan ketam berbisa dari Aina.

"Dah tu anak aku memang la copy paste muka aku. Takkan muka kau pulak!". Balas Aina seraya menjeling ke arah Azra.

Jelingan itu di sambut dengan sengihan bagai kerang busuk dari Azra.

"Kau betul ke nak rahsiakan dulu dari Yazid? Jangan sampai dia tahu sendiri dan merajuk ke apa sudah." Syamin mencelah kelihatan dia kurang bersetuju dengan plan Aina itu.

"Inshallah Yazid takkan tahu sebelum anniversary kitaorang. Korang la support aku jangan kantoi okay?".
Aina nekad dengan plan asalnya dan yang lain harus bersetuju walaupun mereka agak kurang senang.

******
Buku di rak kedai itu di lihat satu persatu. Tujuannya mencari buku yang menjadi keutamaan Akhtar sejak minggu lepas.

Bila tangannya ingin menggapai buku itu, ada tangan lain juga berbuat demikian inginkan buku yang sama. Serentak itu kedua-dua mereka memandang sesama sendiri.

"Eh, Maaf cik. Saya jumpa dahulu buku ni". Kata Akhtar kepada wanita itu.

Wanita itu berkerut dahi memandang lelaki di hadapannya itu.

"Ustaz Akhtar kan?".

Akhtar pula yang berkerut dahinya. "Ye."

Wanita itu tersenyum. "Ustaz tak ingat saya?".

Akhtar menggeleng perlahan. Wallahi dia memang tak ingat. Terlalu banyak orang di muka bumi ni yang dia jumpa memang la dia tak hafal muka sorang-sorang melainkan ilmu yang di pelajari.

"Saya Suhana, anak Ustaz Zubir. Haritu ada terjumpa kejap kan kat rumah. Mesti ustaz tak ingatkan sebab tak sempat berbual". Ramah Suhana menegur Akhtar.

Akhtar menepuk dahinya. "Allahuakbar, sorry..betul saya tak cam muka Suhana kalau tak bagitahu tadi".

Mereka ketawa akan kealpaan sendiri.

"Biasalah tu ustaz. Saya faham. Hah, pasal buku ni saya rasa tak sedap pulak nak berebut dengan ustaz, kejap ye ustaz, saya nak pergi tanyakan dekat orang kedai".

Akhtar termalu sendiri dengan sikapnya yang seperti kebudak-budakan hanya kerana sebuah buku. Yela, limited edition kot buku terbitan dari penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus.

Setelah 10 minit Suhana muncul kembali bersama dua buah buku di tangannya.

"Nasib baik ada stok Ustaz. Kalau tak mahu bergaduh saya dengan ustaz nanti". Suhana berkata nadanya seperti menahan tawa di hati.

Akhtar mengela nafas lega. Dia melihat wanita ini sekilas dan ada getar di hatinya.

******

Aina rimas bila dirinya direnung Yazid. Tingkahnya untuk melipat kain jadi tak lancar. Lalu di tekup muka Yazid dengan baju melayu di tangannya.

"Sayang..." Yazid menarik semula baju yang menutupi mukanya.

"Apa tengok saya macam tu abang. Lain macam je". Aina memerhati Yazid di sisi.

"Saja la abang nak tengok isteri abang ni. Salah ke sayang?".

Seperti ada udang di sebalik batu. "Okay cepat cakap nak apa?".

Terhambur tawa Yazid.
"Taknak apa pun la sayang. Abang geram je tengok sayang. Comel berseri-seri".

Aina tersentak. Bila terkesan dengan perkataan 'berseri-seri' lantas baru teringat bahawa ada nyawa lain di dalam perutnya. Bukankah kalau orang mengandung ni berseri-seri? Mungkin.

Aina kemam senyuman. Di tahan tangannya dari membelai perutnya sendiri. Takut ketahuan pula rahsia 'orang baru' dari suaminya itu.

"Ish, abang ni. Saya memang berseri-seri dari dulu kan?". Keningnya di jongketkan memandang ke arah Yazid.

Yazid tersenyum lucu mendengarkan perkataan Aina yang seperti masuk bakul angkat sendiri itu. Lalu di ciut hidung si isteri.

"Iyolah". Yazid mengakui kata-kata Aina.

Aina seketika menjadi sebak..dia melihat dalam-dalam pada anak mata Yazid. Hatinya ingin meluah.

"Abang...kalau apa-apa jadi kat rumah tangga kita nanti, abang percayakan saya tak?".

Yazid jeda seketika. "Kenapa sayang tanya soalan macam tu?".

"Jawab la abang... jujur je". Aina menggoyangkan lutut Yazid yang sedang duduk bersila itu dia menggesa suaminya untuk menjawab soalannya.

Yazid menghela nafas berat. Dia jadi tidak senang mendengarkan soalan seperti ini. Tangan Aina di raih kemas dalam genggaman.

"Abang takkan percayakan orang lain selain isteri abang. Abang akan cari bukti juga. Tapi sayang tetap keutamaan abang".

Jawapan dari Yazid menyakinkan Aina. Dia tersenyum lega. Ada apa dengan dirinya? Kenapa tiba-tiba soalan berbaur seperti itu terluah dari mulutnya malam ini. Mungkinkah ibu mengandung akan selalu sensitif ?

Mungkin... Hati Aina berteka teki sendiri. Berdoa agar rahmat Tuhan sentiasa mengiringi rumah tangga mereka berdua.

*****

Uyaina termenung di luar rumah. Pandangannya kosong. Teringatkan pertemuannya dengan Fatimah siang tadi.

"Una, Kau je kawan aku. Kau tak kesiankan aku ke?" Fatimah merayu.

Uyaina menggenggam kemas kedua bahu Fatimah itu.
"Kau kuat Fatimah. Kau tak boleh macam ni, kau kena teruskan kehidupan kau. Banyak lagi orang lain yang sesuai untuk kau kat luar sana tu."

"Aku putus harapan ni. Kau tahu kan aku nak kan Akhtar je? Bertahun aku sanggup tunggu. Aku taknak orang lain! Kalau macam ni aku nak mati je. Biar senang ,aku selagi hidup akan terus seksa ingat dia je". Fatimah mengeluh tangisannya menandakan nasib yang malang dalam kehidupan.

Bukan tidak mahu menolong... Akhtar sudah awal-awal mengingatkan Uyaina agar tidak masuk campur soal hati. Biarlah Ustaz itu hidup tanpa memikirkan cinta. Apatah lagi pula menerima cinta secara paksa.

Uyaina jadi serba salah. Antara kawan dan sepupu... dia tersepit.

"Kau tahu kan aku banyak tolong kau dulu. Takkan kau sikit pun tak boleh tolong aku Una? Kau lupa ke?". Fatimah mengungkit kisah lalu antara mereka.

Uyaina kembali tersedar dari lamunannya. Berat kepalanya memikirnya sikap Fatimah itu. Dirinya bagai di hempap batu berat.

p/s : Hello readers. Sorry update lambat. Sis tersangat busy. hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience