Bab 41

Romance Completed 30624

Aina mengerling jam yang tergantung di dinding bilik tidur Yazid itu. Samar dalam malap cahaya lampu tidur menunjukkan pukul 1 pagi. Kemudian di melihat keadaan Yazid di sisi sedang nyenyak tidur. Perlahan-lahan Aina alihkan selimut dan bergerak turun dari katil itu. Dia jadi tak selesa bila tidur bersama Yazid setelah lama dia tinggalkan rumah itu. Aina ingin ke biliknya dan tidur terbongkang di atas katil seorang diri. Biarlah asalkan di selesa.

"Senang sangat tidur dia ni. Tepuk-tepuk dah masuk alam fana". Aina mengomel sendiri mengenangkan Yazid tadi.

Perlahan-lahan matanya kuyu dan dia juga telah masuk ke alam fana. Alam fana cinta mungkin.

*******

Jam penggera yang setkan pada telefon pintarnya galak berbunyi. Bingit jadi telinganya.

"Bising laa adeiii". gumam Aina dan serta tangannya bergerak menekan-nekan skrin telefon itu tanpa melihat.

Aina ingin bangun dan mandi. Kemudian dia berhenti kerana ada rasa tangan yang melingkari pinggangnya. Terus dia berpusing ke sebelah kanannya.

'Ya Tuhan....macam mana dia ni boleh ada kat sebelah aku ni'.

Aina menggaru kepalanya bila melihat Yazid yang masih di buai lena sambil memeluknya.

Bukankah malam tadi dia berjaya lari keluar dari bilik Yazid dan tidur semula di biliknya bahkan sudah pun dia kunci biliknya itu.

Aina bangun sambil mengalihkan tangan Yazid dari memeluknya. Seketika dia bangun dan ingin berlalu ke bilik air.....

"Makkk!!". Aina terjerit kecil bila tubuhnya di tarik semula oleh Yazid hingga terbaring semula.

'Adoii kena lagi'. rungut perlahan hatinya Aina.

"Kau ni...aku rasa nak kena ikat kat tiang la. Asyik nak lari je".
Terasa hembusan nafas Yazid di telinga Aina begitu dekat.

Aina jadi berdebar.

"Tak nakkk !!!". Aina terus menolak pelukan Yazid padanya itu dan berlari masuk ke bilik air.

Yazid hanya ketawa sambil matanya terpejam. Bahagia dia rasa bila dapat mengusik Aina. Hatinya juga berbunga bahagia setiap kali dia bersentuhan dengan Aina. Sentuhan Kasih sayang kepada sang isteri.

"Abang janji Ida. Abang akan bahagiakan Aina. Maafkan abang sebab terlalu ego". Yazid mengelamun mengingatkan janji bersama Wahida.

Aina menyiapkan sarapan pagi 2 keping roti yang di sapu butter dan jem strawberry. Yazid tidak bayak karenah tentang makanan. Apa sahaja yang di sediakan oleh Aina sejak dulu dia tak pernah merungut.

Aina bergegas untuk ke muka pintu utama rumah bila dia terdengar bunyi pintu bilik Yazid tertutup.

'Faster Aina, faster!!'. laju larian Aina nekad nak drive sendiri harini.

"oii, kau nak pergi mana?". Teguran dari Yazid yang pantas itu menyekat langkah laju Aina yang hampir memegang tombol pintu rumah.

"Errr, nak pergi kerja la". Balas Aina.

Yazid melihat jam di tangannya. "Awal lagi, teman aku makan dulu".

Aina melangkah longlai semula ke arah dapur.
'Aku memang layak ye nak menang anugerah isteri misali kalau gini hari-hari'. gumam hati Aina.

Aina menongkat dagu melihat Yazid yang sedang makan itu.

Yazid yang lemas di lihat seperti itu berdehem.

"Kau nak drive sendiri harini ?". Tanya Yazid.

Aina pantas mengangguk laju.

"Kau prepare baju kau. Kita nak balik kampung esok pagi". Kata Yazid lagi.

"Okay. Tapi saya nak balik rumah sewa dulu nak ambil adik-adik". Pinta Aina.

"Aku tak tau pulak kau ada adik?". Balas Yazid.

Aina menggigit bibir.

'Aduhai lelaki memang lambat nak faham'.

"Err... maksud saya adik-adik tu pakaian dalam la". Terang Aina perlahan. Mukanya membahang kemerahan.

Terhenti kunyahan roti di mulut Yazid.

"Ouh, cakap aje la segala spender dan bra kau, Baru aku faham. cehh, adik-adik konon. Malu apa tah".

Aina bingkas bangun. "Eii dah la, saya nak pergi kerja dah ni. Nanti lambat pulak".

"Kejap, tunggu dulu."

Yazid bersuara menghentikan langkah Aina. kemudian tangan isterinya di raih. Matanya melihat ke arah jari-jemari Aina.

"Mana cincin kahwin kau?". Tanya Yazid.

Aina bagaikan mahu pitam bila mendengarkan soalan itu.

'Matilah aku'

"Err, ada kat atas. Saya lupa pakai nak cepat". Balas Aina beralasankan itu.

Yazid menyambung semula makan.

"Make sure lepas ni pakai. Aku tak suka tengok jari kau tu kosong." Kata Yazid yang membelakangi Aina itu.

Aina mengganguk dan terus pergi dari dapur itu.

Yazid tidak senang melihat jari Aina yang kosong tidak bercincin itu. Dia jadi tidak suka bila Aina di lihat tidak 'bertanda'.

*******

Aina berjalan di sekitar ioi city mall untuk keluar makan tengah hari. Dia berjanji dengan Aizuddin untuk makan tengah hari bersama.

Sementara menunggu kedatangan Aizuddin, Aina berjalan meninjau beberapa kedai untuk menjamu matanya.

Aizuddin yang memerhati Aina dari belakang itu yang sedang ralit memerhati barangan di dalam kedai watson secara diam mendekati gadis itu. Niat nakalnya ingin mengusik. Dia menepuk satu kali kedua tangannya di layankan di hadapan Aina.

"Oi mak cik!!". Latah Aina.

Aizuddin ketawa mengekek geli hati melihat riaksi Aina yang terkejut itu.

"Eii, pak cik rupanya". Jeling Aina kepada Aizuddin.

"Ouhh cakap kita Pak cik eh? Pak cik-pak cik pun handsome lagi ok?". Bangga Aizuddin.

"Eleh, pe-ra-san !". Balas Aina laju dia keluar dari kedai Watson itu.

Aizuddin menggeleng suka dan dia kejar langkah Aina mengikuti gadis itu.

Mereka makan di kedai 'Chicken rice shop' kerana Aizuddin yang dari awal menyatakan dia craving nasi ayam.

sedang mereka makan, tiba-tiba dari kejauhan Aina terlihatkan Yazid dan seorang lelaki berjalan sambil berbual sesama sendiri.

Aina resah jika dia tidak bergerak dari situ jangkaannya perjalanan Yazid itu akan melepasi kedai yang mereka sedang duduk ini. Habislah dia jika bertemu dengan Yazid.

"Aizuddin, saya nak ke toilet sekejap". Pinta Aina untuk lari ke tandas.

Aina segerakan langkahnya. Dia sempat bersembunyi di balik dinding laluan ke tandas. Terasa lega bila di lihat Yazid melepasi laluan itu.
Aina menuju masuk ke tandas.

Setelah 10 minit dia ke tandas, dia keluar dari laluan tandas itu. Tanpa dapat di kawal dia merasa badannya melayang di tarik seseorang.

Kini mereka berada di ruangan menukar lampin bayi . Luruh jantung Aina bila dia tertangkap oleh Yazid. Bukankah Yazid sudah pergi tadi?

Yazid mengunci pergerakkan Aina dari bergerak. Dia memeluk Aina kemas. Tangan Aina juga terkunci kemas pada dada Yazid.

"Kau ingat kau boleh lari? jangan ingat aku tak nampak kau dengan Aizuddin tengah makan tadi."

Aina panik. Yazid ini begitu cekap dan tangkas.

"Mana ada saya lari. Saya nak ke tandas". Aina cuba beriak tenang.

Terukir senyuman sinis di bibir Yazid. Di jelajah wajah Aina itu dengan lama.

Sasaran mata Yazid adalah pada bibir Aina. Dia mendekati bibir gadis itu tetapi di tahan pergerakkan mulutnya oleh telapak tangan Aina yang menutupi mulutnya.

"Kita kat public ni. Jangan buat hal".
Kata Aina yang bimbang jika pintu itu bila-bila masa sahaja dapat di buka oleh orang awam dari luar kerana tiada selak kunci.

"Aku tak buat hal. Kau yang buat aku supaya buat hal." Balas Yazid memerli.

Yazid ingin menyambung semula perbuatannya itu setelah dia mengalihkan tangan Aina dari menutup mulutnya. Namun tidak kesampaian bila Aina berjaya lari keluar dari situ.

Yazid berdecit geram. Aina ni memang susah nak mendengarkan kata-katanya. Dia cemburu melihat kemesraan Aizuddin dan Aina.
Ingin di kejar langkah Aina itu jika boleh dia nak sekali bersama mereka di meja makan itu biar Aizuddin tahu yang Aina itu isterinya. Namun niatnya harus di tunda bila status perkahwinan yang secara rahsia itu belum di umumkan pada warga anggota polis di bukit Aman.

********

"Rindunya mak kat Aina ni. Sihat ke nak ? Nampak lain dah bila lama tak balik ni ." Tanya Puan Hasmah kepada Aina setelah pelukan dilepaskan.

"Aina pun rindu, lain? makin cantik ye mak? ". Balas Aina berseloroh dengan ibu mertuanya.

Puan Hasmah ketawa suka dengan gurauan Aina itu. "Ye, menantu mak ni memang dah cantik pun".

Yazid hanya menggeleng bila melihat kerenah jejak kasih antara mak dan isterinya itu.

"Azid, pergi jemaah dekat masjid ye. Pak Daud buat majlis tahlil dekat sana. Baca Yasin dengan orang masjid macam tu. Mak pergi awal sikit. Pesan dekat Aina tau jangan lupa." Kata Puan Hasmah kepada anaknya.

Yazid hanya mengangguk faham. Dia teringatkan Aina yang ada di rumah Hajah Wati. Laju aje ke rumah sana. Lama tak balik kampung macam itu lah kejap ke hilang. rindunya dekat umi dan Wardah.

Setelah selesai majlis bacaan Yasin di masjid bersama orang kampung, Yazid pulang ke rumahnya. Di lihat Aina tiada di dalam bilik. Katanya dia hanya pergi ke rumah Hajah Wati dan bersama mereka ke masjid namun tidak pula untuk bermalam di sana. Yazid melihatkan ibunya yang baru juga pulang dari masjid.

"Mak, Aina mana? Azid tak nampak dia pun?". Tanya Yazid.

Puan Hasmah hairan. "Aik tak balik lagi ke? tadi dia kata kat mak suruh balik dulu ada benda nak cari kat masjid tu."

"Benda apa pulak? haish". Rungut Yazid.

"Pergi tengok dekat rumah Hajah Wati sana mana tau dia ada dekat sana ke?".

Yazid pun pergi ke rumah mertuanya. Di sana juga tak ada Aina. Hajah Wati kurang sihat dan Wardah pula sedang 'uzur' perempuan. Hatinya bertambah risau.

Yazid mendekati sesseorang yang termenung menunggu di tangga masjid itu. Sudah pastilah dia kenal isterinya.

"Kau ni, buat aku risau jela. Kenapa tak balik lagi ni? kau tunggu apa lagi kat sini?. semua orang dah balik."

Aina mendongak memandang Yazid.

"Selipar saya hilang. Saya dah cari merata masjid tapi tak ada". Balas Aina perlahan suaranya sayu.

"Lah, kenapa tak pinjam dulu yang masjid punya?". Yazid mengerutkan dahinya.

Aina menunduk. "Tak nak..saya nak jugak cari selipar saya tu".

Yazid berdecit sedikit. "Dah la jom balik."

Aina memandang Yazid penuh hairan. "selipar saya?". sambil memandang kakinya yang kosong itu.

Yazid kemudiannya berpusing ke hadapan membongkokkan badannya membelakangi Aina.

"Naik belakang aku. Aku kendong kau balik. Tak kan nak jalan berkaki ayam pulak."

Yazid yang menyesal tak datang semula ke masjid dengan membawa kenderaan. Panik punya pasal.

Aina masih kaku dan hairan memandang.

"Cepatlah, kau nak tidur sini ke apa?" kata Yazid yang melihat Aina tidak beriak.

Aina perlahan-lahan naik ke atas belakang badan Yazid. Kekok rasanya keadaan sekarang ini.

Sepanjang berjalan itu. Yazid banyak diam sambil mengendong Aina di belakangnya. Hanya kedengaran bunyi tapak kasut yang berjalan. Aina memandang Yazid dari tepi. Terharu akan sikap gentleman suaminya itu walaupun sedikit dingin. Dia tersenyum sendiri.

"Awak, sorry susahkan awak nak kena kendong saya balik. Ni semua salah pencuri selipar tu." Kata Aina sambil membuat gaya marah dengan tangannya itu.

"Terima kasih". Kata Aina lagi dan di kemaskan rangkulannya melingkari leher Yazid.

"Heish, duduk diam-diam la. Kau ni dah la berat". Balas Yazid sambil menyembunyikan senyuman.

Sesampainya di rumah, Aina duduk termenung atas katil. Yazid yang melihatkan itu hairan.
dia mengambil tempat di hadapan Aina.

"Kenapa kau ni?". Tanya Yazid sambil mengangkat muka Aina agar memandangnya.

Mata Aina berkaca.

Yazid terkesima. "Kenapa? cuba cerita dekat aku."

"Kalau saya tak jumpa balik selipar tu macam mana?". Tanya Aina.

"hah, selipar aje pun. Beli baru la". Balas Yazid dan bergerak menepuk-nepuk bantal untuk tidur.

Aina terus menangis. Panik Yazid jadinya.

"Kenapa lagi ni. Nangis pulak dah".

"Awak cakap senang la, awak bukan tahu pun tu selipar siapa. Bukan saya punya". Makin kuat tangisannya.

"Habis tu selipar siapa? Tanya Yazid lagi.

"Wahida punya". Makin lebat Air matanya mengalir. Rasa menyesal dia pinjam selipar peninggalan milik Wahida itu. Aina terlalu rindu, jadi dia sengaja memakai selipar itu untuk menyalurkan pahala setiap langkah melalui selipar itu menuju ke masjid kepada si dia yang telah pergi itu.

Yazid terkesan dengan Kenyataan itu. lalu di usap air mata Aina. "Nanti kita cari sampai jumpa ok?".

Aina hanya menunduk. Tangisannya tersedu-sedu. Rasa bersalah sangat.

Yazid terus mengucup mata di sebelah kanan Aina itu.

Aina jadi kaku. Terkejut dengan tindakan Yazid itu.

"Hah, diam pun. Dah la.... tak elok menangis malam-malam macam ni. macam beruang kutub". Kata Yazid menenangkan Aina.

Aina yang malu itu terus menyembamkan wajahnya pada dada bidang milik Yazid sambil memukul dada itu perlahan. "Eiiiish".

Yazid ketawa mendengar rungutan malu daripada Aina itu. Lalu di peluk isterinya penuh kasih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience