Bab 34

Romance Completed 30624

1 tahun kemudian ...

Aina duduk di hadapan pintu rumah sambil mengemaskan tali kasutnya.

"Hoi nak kemana?". Tegur Syamin.

"Keluar ambik angin jap". balas Aina.

"Ishh, siot betul, pening aku la... nak buka tali ni. pelik-pelik je ikat pun.".
Aina masih fokus membetulkan tali kasutnya yang di ubah gaya ikatan oleh Azra yang meminjam kasutnya kelmarin.

Gaya rangginya itu comel sekali menggayakan baju kemeja kotak berwarna biru serta berjeans kelabu dan memakai bawal modern berwarna biru tua. Sudah lama dia tak memakai pakaian gaya yang macam ini. rindu !

Ceria sekali hidupnya kini tanpa memikirkan Yazid. Dia ibarat lupa yang dia masih berstatus isteri kepada lelaki itu. Selama tempoh itu juga dia bijak mengatakan yang dia bekerja di lain-lain daerah selama beberapa bulan yang memakan tempoh setahun bertukar-tukar kepada mertuanya agar tidak menjadi tanda tanya kenapa sudah lama dia tidak pulang ke kampung. Biarlah, tak sudi dia melihat lelaki itu lagi. Hajah Wati dan Wardah pula sebaliknya. Jika Aina tidak pulang ke kampung, maka mereka yang akan pergi ke kuala Lumpur. Sudah mengetahui apa yang terjadi di antara Yazid dan Aina yang hidup berasingan kini.

Namun, dalam masing-masing membawa diri..Yazid juga tidak lupakan tanggungjawabnya terhadap Aina. Nafkah Zahir iaitu duit belanja yang tiap-tiap bulan dia akan transfer ke akaun Aina.

Puas Aina mengelilingi seluruh taman tasik Permaisuri itu. Lelahnya terasa dia mengambil tempat duduk di tebing simen kolam besar yang ada di tasik itu. Setelah meneguk habis satu botol mineral sejuk itu, dia terpandangkan seorang lelaki yang duduk di tembing yang sama sebaris dengan kedudukanmya itu. Aina sedar yang lelaki itu sudah ada lama di situ.

Aina kerling lagi di sebelahnya, lelaki itu masih sama seperti kedudukan tadi. Ada apa dengan lelaki ini ? tengah broken ke dia? , dari tadi asyik menunduk je ke arah lantai.

Aina memandang sekeliling pula, dilihat beberapa orang yang sedang jogging dan lalu di hadapan mereka memandang lelaki itu pelik.

Kemudian Aina mengeluarkan sekeping coklat cadbury berperisa 'black forest' bersaiz sedehana lalu di hulurkan pada lelaki itu tepat pada arah renungan lelaki itu. Lelaki itu masih diam tidak mendongak.

Aina menggerakkan lagi tangan yang di hulur itu agar lelaki itu merespon.

Tidak lama kemudian, Lelaki itu mendongak dan memandang ke arah sebelah kiri.

"Nak coklat?". Aina tersenyum bertanya ke arah lelaki itu.

lelaki itu memandang Aina dan coklat yang dihulurkan itu silih berganti.

"Tak apa ke bagi saya yang awak punya ni ? tak menyesal ke?". lelaki itu bertanya dan keningnya berkerut.

Aina tersenyum lagi sambil membuka beg galas tepi dan di pamerkan ke arah lelaki itu.

"Tak apa ... saya ada banyak lagi !!!". Agak banyak juga coklat yang di dalam beg itu. Tetapi semua perisa yang sama !

lelaki itu tergelak sedikit melihat gaya aina yang berkata macam kebudak-budakan itu.

lalu dia ambil kepingan coklat yang di hulur semula dari Aina itu.

"Awak jual coklat ke?". Lelaki itu bertanya lagi.

"Tak lah, saya beli untuk makan sendiri je. Pakar cakap coklat boleh ubat stress". Aina tersenyum lagi.

Lelaki itu tersenyum pahit sambil membuka bungkusan kepingan coklat di tangannya.

"Terima kasih. Saya Aizuddin..... Awak?". Lelaki itu memandang Aina untuk mengetahui nama gadis itu.

Tika Aina mahu bersuara.... Hujan turun mula turun dengan laju.

Aina terus bangun dan berlari ke arah keretanya yang di parking berhampiran. Aizuddin juga berlari untuk mencari tempat berteduh.

Dia melihat kereta Aina yang bergerak meninggalkan perkarangan taman tasik itu.

"Si gadis coklat". kata Aizuddin yang menghembuskan nafas hampa.
Dia ingin sekali tahu nama si pemberi coklat itu.

******

Aina yang baru selesai menunaikan solat itu cepat-cepat ke arah telefon bimbitnya yang dari tadi bunyi. Selepas di buka notifikasi, ada panggilan video dari Hajah Wati. Panggilan itu di buat kembali hingga terpampang wajah uminya itu.

"Assalamualaikum anak umi". Hajah Wati memulakan bicara.

Aina menyandarkan badannya di kepala katil.

"Waalaikumsalam umi". Aina tersenyum melihat skrin telefon.

"Sihat ke tu? dah makan ke?".

"Selsema sikit umi, kena hujan kelmarin". Aina mengadu.

"Lah, lepas balik tak mandi la tu. Kamu tu dah la senang demam." Risau di wajah Hajah Wati.

"Sikit aje, dah telan ubat tadi. umi buat apa tu?".

Hajah Wati menggerakkan dan menekan butang kamera di telefonnya ke belakang dan terpampang Wahida yang sedang sibuk membuat kerja atas meja kecil di beranda itu.

" teman orang yang tengah sibuk buat kerja". Hajah Wati menjuihkan mulutnya ke arah Wardah.

"Ishh, umi ni!!". geram Wardah melihat kelaku uminya itu.

Aina ketawa melihat . "Wah busynya level bos-bos ye?."

"Erm kan, bukan biashe-biashe." sambung Hajah Wati.

"Amboi umi...." Tergelak Aina melihat Wardah yang memutar bola matanya ke atas mendengarkan uminya yang memerli.

"Kak Aina... bila nak balik sini? boring laa. Tolong la Wada nak kira open, close account bagai ni. Asyik ajar online je". Ngadu Wardah kepada Aina tentang urusan perniagaan yang di tinggalkan Wahida untuk mereka berdua mewarisi.

Aina terdiam sebentar. Balik ke sana ? belum tiba masanya lagi untuk dia balik semula ke kampung itu.

Wajah di maniskan semula. "Ala.. takpela online pun, janji settle kan?"

Hajah Wati yang perasan akan riak wajah Aina itu terus menukar topik perbualan mereka. "Bulan depan umi nak pergi KL tau Aina, umi bosan duduk rumah."

"Ye umi,boleh aje. nanti kalau sampai, macam biasa call aje".

Setelah talian di matikan, Hajah Wati mencubit peha kanan Wardah. "Kenapa tanya kakak soalan macam tu?".

Wardah mengaduh sakit. lalu pehanya di gosok perlahan. "Wada terlepas umi, abis nak buat macam mana dah Wada rindu nak jalan-jalan dengan akak dekat kampung ni".

"Sabar la sikit. Bagi kakak tu masa. Wada faham kan keadaan kakak sekarang ni?". Hajah Wati memandang Wardah dengan pemikiranya yang risau akan keadaan Aina itu.

"Lindungi dia dari kesedihan Ya Allah". Hajah Wati berkata perlahan.

******

Sarjan Syafiq mengejar langkah Yazid di hadapan.

"Oi Zid, kau lupa gloves kau ke? amboi...jalan menonong aje ye". Di layangkan sepasang sarung tangan kulit milik Yazid yang tertinggal di atas mejanya.

"Eh laa, lupa. Nasib baik tak pergi lagi. Thank you bro". Yazid menyambut huluran itu.

Kemudian, Syafiq berdiri tegak dan membuat tabik hormat tanda hormat akan pegawai atasannya yang lalu di hadapan mereka itu.

" Selamat pagi Tuan !". ucap Syafiq terarah kepada pegawai itu.

Yazid yang terdengarkan ucapan Syafiq itu juga beriak sama seperti Syafiq dengan pantas.
"selamat pagi tuan !"

Pengawai itu hanya membalas semula tabik hormat kedua pegawai bawahannya itu.
"Ye selamat pagi Sarjan".

Selepas pegawai itu pergi, Yazid memandang semula ke arah Syafiq.

"Pegawai baru ke?". Yazid bertanya

"Ya Allah kau ni, dah berapa bulan dah dia transfer ke sini. Nampak sangat kau banyak buat kerja meronda kat luar sampai tak perasan langsung ACP kita tu". Syafiq menepuk dahinya.

"Ouh ACP yang kau cakap dulu tu. Apa ? duda hot?". Yazid berteka lagi.

"Hoii, jangan mention gelaran tu kat sini. Dia dengar karang kau jawab eh !". Sergah Syafiq perlahan.

"Nama apa eh ? , aku tak perasan dia yang mana satu dalam unit tu." Tanya Yazid lagi yang dari tadi asyik memandang muka pegawai atasannya itu sambil berfikir.

Banyak tanya pulak si Yazid ni.

"Aih, takkan kau tak nampak kot name tag dia? jelas-jelas tulis (A.I.Z.U.D.D.I.N) !!!!".

syafiq siap ejakan satu persatu nama pegawai itu kepada Yazid.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience