"Ewah, berseri-seri muka tu. Ada apa-apa ke ni?".
Rakan setugas Yazid menegurnya di lihat Yazid itu tersenyum sendiri menghadap handphone.
"Aku nak balik kampung petang ni rul". Balas Yazid.
Mana tak suka hati tu bila dapat cuti nak pulang ke kampung. Fikirannya kini melayang jauh di johor sana. Ada buah hati dan pasangan tua yang menanti di kampung itu.
Aina dan Wahida yang baru keluar berjalan dari kedai di tegur oleh Ustaz Akhtar.
"Banyak barang beli, ni balik jalan kaki ke?"
matanya melirik pada tangan kedua-dua wanita di hadapannya itu yang sarat dengan barang keperluan dapur.
"Haah, banyak jugak 2 ke 3 orang kat rumah. barang pun banyak habis dh itu yang topup barang dapur tu. Iya le balik jalan kaki le." Balas Wahida.
"Assalamualaikum"
semua yang ada di situ menoleh. Akhtar dan
Aina terdiam, hanya Wahida yang memaniskan senyuman pada wanita yang datang menyapa mereka ini.
"Maaflah saya mengganggu, Akhtar susah betul nak terjumpa awak. Kebetulan sangat saya lalu sini dapat juga jumpa awak".
Fatimah yang bercakap seolah-olah Wahida dan Aina tidak wujud di situ. Akhtar jadi serba salah dengan mereka. Boleh sahaja Fatimah bercakap secara privasi dengannya tapi tak perlu di hadapan mereka. Hatinya gusar memikirkan tanggapan kedua-dua mereka terhadapnya dan Fatimah.
"Err, Ni kawan saya fatimah kami sama-sama belajar kat Mesir dulu." Akhtar tidak menghiraukan sapaan dari Fatimah malah menukar topik pada memperkenalkan diri masing-masing.
'Ouh, patut la macam tak puas hati dengan aku. Pakwe dia rupanya'.
Patah hati Aina saat ini. Lirikan mata dan pandangan sayu terlihat di tubir matanya kini terarah pada Akhtar. Patutlah wanita di hadapan mereka ini macam insecure dengan dirinya !
Di kawasan masjid kedengaran bunyi orang-orang kampung yang tekun menyediakan hidangan untuk berbuka beramai-ramai di masjid itu. Hajah Wati sekeluarga berbuka puasa di masjid hari ini. Sahaja dia membawa anak-anak gadis itu bergaul dengan orang kampung.
Dalam kesibukkan menyusun hidangan di kaki lima masjid yang di hamparkan tikar plastik itu ada kedengaran suara-suara yang rancak berbual.
"Siapa imam terawih malam ni ye?" Fatimah ramah bertanya pada seorang wanita pertengahan umur itu selaku ajk masjid untuk wanita.
"Ouh, biasanya Ustaz Akhtar. Kalau ada perubahan baru di maklumkan pada ajk." balas wanita itu.
Fatimah yang melihat Aina yang berada 1 meter jauh dengan mereka sahaja ingin mencucuk jarum.
"Maafla nak tanya. dalam kampung ni Ustaz Akhtar saja ke yang bujang lagi. Saya asyik tengok dia je yang selalu jadi imam kat sini."
Tersentak Aina and the gang terdengar soalan itu. Tambahan pula bertanya cara macam tak reti nak jaga air muka sendiri sahaja.
"Haah bujang lagi. Banyak dah orang kampung ni berkenan nak buat menantu. Tapi yelah kan Ustaz tu orangnya memang banyak diam soal itu. Segan agaknya."
ketawa kecil itu mengundang perhatian yang Mak Teh yang kebetulan lalu di situ.
"Amboi, seronok berbual pasal ustaz ye?" Mak Teh memandang mereka berdua.
"Anak ni siapa? berkenan ke dengan Ustaz?". Tanya Mak Teh pada Fatimah pelik melihat wanita yang tak pernah nampak pun di kampung ini.
"Saya Fatimah, ustazah baru kat tadika hujung kampung ni. tak ada lah, saya saja bertanyakan pada pihak kawan saya". bohong si Fatimah.
"Ustaz tu baik budaknya. Ada la tu jodoh yang datang. kita doa-doakan la" Kata wanita ajk masjid itu.
"Mesti la orang macam ustaz tu kena padankan dengan orang yang baik-baik kan mak cik? Yang sama taraf dan JELAS keturunannya. tak gitu?". fatimah tertawa kecil melirik ke arah Aina.
Mak Teh dan wanita ajk masjid itu terdiam kaku.
Beraninya wanita muda ini menegeluarkan kata-kata seperti itu.
Mendengarkan perkataan 'jelas keturunannya' itu sudah mengundang sebak di hati Aina. Syamin yang terdengar akan ayat fatimah itu menjadi sakit hati. Kemarahannya bagai meluap-luap. Syamin ingin bagun dan sasarannya semestinya Fatimah ! Tetapi di halang oleh Tisya .
"kau jangan buat kecoh kat sini. Ingat, sini bukan tempat kita"
tenang Tisya membisikkan pada sahabatnya yang kelihatan seperti harimau ingin menerkam mangsa.
Siapa yang tidak sakit hati mendengar perkataan seperti itu. Di situ ada 4 anak yatim piatu yang turut terasa akan kata-kata si Fatimah itu. Aina tidak dapat menahan galau di hati. Sudah semestinya ayat itu di tujukan buat dirinya dan tambahan pula si Fatimah sememangnya menjeling-jeling ke arahnya. Tidak menunggu lama..dia bagun dan bergegas masuk ke ruangan solat wanita. Fatimah yang melihat itu terus menghadirkan segaris senyuman nipis di bibirnya.
***
Di ruangan itu Aina menghamburkan tangisan dalam dakapan sendiri. Badannya menahan sendu tangisan yang cuba di kawal sebaik mungkin. Mujur sahaja ketika ini tiada orang di ruangan itu.
merasa dirinya sangat terhina menjadi yatim piatu di mata mereka. Bukan dirinya yang memilih untuk di takdirkan seperti ini. Apakah anak yatim tidak ada hak untuk bahagia? berdosahkan dirinya jika tiada ibu bapa? persoalan yang dia cuba hapuskan semasa kecil itu terimbau kembali. Tahukan bertapa susah anak kecil itu hendak membesar tanpa di ganggu persoalan itu di benak mereka? lancang sekali mulut wanita itu berkata !
Sendu tangisannya berhenti sebaik terdengar ada suara seseorang yang sedang mengaji. ada lantunan ayat Al-quran di balik Langsir itu. Dapat dia rasakan ketenangan bersama suara itu seperti memujuk dirinya. Bacaan ayat Al-quran yang sugguh syahdu bak bacaan seorang YouTuber yang bernama ' Noor fadli Abdullah '. Aina menongkat dagunya meletakkan dagu di lutut yang di peluknya. khayal dalam alunan suara itu. Beruntunglah tuan badan mempunyai suara yang lunak itu.
Fatimah yang ingin ke bilik wuduk tiba-tiba di tolak kasar oleh Syamin yang secara mengejut muncul di situ. Sempat Fatimah berpaut pada dinding di situ.
"hoi, ustazah ! kau ni ustazah jenis apa eh mulut macam longkang ! ".
Syamin mengutarakan persoalan yang di tahan di pekung dadanya. Tisya, Wardah dan Azra di lihat sedang struggle untuk menarik Syamin menjauhi Fatimah. Takut akan di kasari oleh Syamin. Hidup bertahun-tahun bersama cukup buat Azra dan Tisya gerun akan panas baran Syamin jika meledak.
Fatimah yang mendengar akan soalan pedas dari Syamin itu jadi kaku. Dia berasa gagal mengawal diri melakonkan watak yang selama ini dia berpura-pura itu gara-gara sakit hati melihat ada perempuan lain yang mendapat perhatian Akhtar.
"Apa hal ni? .. Kenapa, tak betul ke apa saya cakap tu?. Tak kan la ustaz tu nak pilih orang tah sapa-sapa tu. tak layak langsung!". tenang fatimah membalas.
"Ouh tak layak? habis kau yang perangai macam nauzubillah ni, layak la gitu?". Tengking Syamin.
Fatimah hanya menjongketkan bahunya di hadapan mereka dengan berlagaknya.
"Kau ni, bukan kata si ustaz tu.. malahan lelaki lain pun takkan sudi la dengan perempuan perangai biadap tak boleh nak di ajar macam kau ni !". Syamin menembak padu kenyataannya itu pada fatimah.
"Yang awak tu nak sakit hati kenapa? bukan ada kena mengena pun" mata Fatimah di putarkan ke atas.
"Kak Min, dah la tu. orang nampak nanti".
Wardah gelisah memujuk Syamin yang tegang habis wajahnya itu sambil memerhati sekeliling.
Mana tak mengamuk, yang menangis di dalam ruangan solat itu sahabat mereka, sudah seperti adik beradik yang sama-sama membesar. Jika sakit salah seorang, maka yang lain turut merasa sakit.
Fatimah tersenyum sinis ke arah Syamin yang berombak dada menahan amarah mendengarkan soalan yang di utarakan fatimah itu.
"So...kalau awak ...." persoalan fatimah terhenti bila melihat Ustazah Zainab di atas tangga.
"Ni apa kecoh-kecoh ni? ini masjid la. Bukan pasar."
Ustazah Zainab melirik ke arah Fatimah. dilihat wanita itu sekadar senyum dan tunduk ke arahnya.
"kan dah cakap...." Wardah berbisik perlahan.
"Dah semua ni pergi masuk" lembut arahan yang di beri pada 4 orang gadis si sebelah kanannya selain fatimah.
Terus Syamin berlalu pergi dan di ikuti oleh yang lain. Ustazah Zainab hanya memandang sehingga mereka berlalu pergi.
"Hah, yang kamu pulak kenapa tercegat dekat sini?". dilirik ke arah Fatimah yang ada di hadapannya. terkocoh-kocoh wanita itu berlalu masuk ke bilik wuduk.
***
Aina terus terangkat kepalanya bila terasa ada belaian tangan seseorang di atas kepalanya.
Matanya terus berkaca kembali melihat Wahida yang tersenyum manis ke arahnya.
Melihat keadaan Aina itu, mata Wahida pula yang berkaca . Wahida menyentuh muka Aina dengan kedua-dua belah tangannya.
"Tak elok nangis kat sini. Tak comel dah muka ni nangis-nangis macam ni". Wahida memujuk.
Aina menyentuh kedua-dua tangan wanita yang beraut tenang di hadapannya itu.
"Salah saya ke dah tak ada mak ayah? tak ada keluarga?" Matanya tepat ke arah mata Wahida mencari jawapan.
"Hiishhh, kenapa cakap macam tu? Awak ada Umi, saya, Wada dan kawan-kawan yang lain. semua tu keluarga awak kan?".
Air Mata Wahida akhirnya jatuh menitik bila terpandangkan wajah yang kuyup dengan air mata di hadapannya itu. Rasa sayang menebal kepada wanita yang mirip Arwah kakaknya itu. terlayar di mata seakan melihat Wardina yang menangis saat ini, Hatinya begitu pedih.
"Saya tak kuat Wahida kalau masuk hal-hal yang macam ni. Saya rasa bayang-bayang sunyi itu datang semula."
Dia menahan sendu tangisan di dalam pelukan Wahida itu.
Sesaat kemudian, mereka berdua rasakan pelukan hangat di belakang mereka.
"kau tak sorang-sorang tau Na. kitaorang ada"
Azra bersuara.
"Kau ni konon ganas sangat yang kau nangis dekat sini apahal? lembik sangat! Syamin menjeling.
Aina tersenyum sambil memegang pipi Syamin. Marahnya sahabat baik itu umpama satu nasihat.
Aina sangat terharu, syukur di kurniakan insan-insan yang menyanyanginya seadanya.
Share this novel