Bab 15

Romance Completed 30624

"Ya Allah Ya Rahim.. Engkau pemberi rezeki, Engkau yang mengetahui segala isi hati, aku memohon petunjuk dan hidayahMu tentang apa yang terbaik buat aku. Engkau yang mengetahui segala isi hatiku, jika rasa ni yang baik buat aku maka kau permudahkan jalan aku untuk menggapainya. Jika tidak maka kau jauhkanlah hatiku dari terluka. Aamin, aamin Ya Rabbal Alamin"

Akhtar mengaminkankan doa dan harapan yang di panjatkan ke Hadrat Illahi. Hatinya jadi tak keruan bila teringatkan seseorang yang bernama Aina Musfira. Dia sangat takut hatinya terluka dan dia juga takut jika rasa itu lebih dari cinta akan penciptaNya.

Malam itu di rumah Hajah Wati pula kecoh dengan suara-suara gadis di dapur. Mereka sedang menyiapkan makan malam. Sambil masak mulut pun ikut berbunyi.

Wahida terasa kepalanya berpusing. Dia menahan badannya yang di rasakan tidak seimbang itu dengan memegang Tisya yang sedang memotong sayur di sebelahnya.

"Eh, kenapa ni? kau okay tak Ida?" Tisya yang panik terus memaut kedua bahu Wahida.

"pening la" adu Wahida.

"Dah-dah rehat. Biar aku je tengokkan gulai ni".
Wahida berlalu dan duduk di meja makan. Tisya hairan melihat keadaan Wahida itu.

"mungkin tak cukup tidur kut semalam". wahida mengomel sendiri teringatkan dirinya yang sibuk membelek design kain terbaru dari pekerjanya sehingga tak sedar sudah jam 3 pagi.

Di meja makan terdengar gelak tawa dari mereka yang sibuk masing-masing bercerita. Hajah Wati di lihat berseri-seri wajahnya ketika ketawa mendengar cerita dari anak-anak gadis itu. Hati tuanya syukur akan terasa suasana gembira seperti ini terbit lagi di rumah ini setelah kian lama suram selepas permergian 2 orang insan tersayang yang sangat dirindui. Rindu yang perit dan tiada hujungnya tertanam di lubuk hati paling dalam.

"tak lama lagi dah nak puasa. Kamu semua rajin-rajin tau balik sini boleh kita berbuka sama-sama"
Ajakan Hajah Wati itu mengundang persetujuan semua orang.

"Haah betul tu, lepas itu kita pergi terawih. Moreh kat kampung ni.. pergh best hari-hari". Wardah menaikkan ibu jarinya.

"Hish budak ni, orang pergi terawih nak kejar pahala. Dia fikir makan aje" Hajah Wati mencubit paha Wardah.

"Aduduuu umiku, macam ketam" Wardah menggosok paha kanan yang perit di cubit uminya itu.

"Ha nak lagi ketam ni?" Hajah Wati mengugut Wardah.

terus di sambut gelengan laju dari Wardah. Budak baru nak up sorang ni.. layankan ajelah....

Akhtar menghampiri meja kayu kecil di ruang tamu rumahnya bila ada notifikasi masuk di handphonenya yang ada di atas meja itu.

WhatsApp screen:
Aina : Assalamualaikum Ustaz, ada hadiah dalam kotak, saya ganggu ustaz tak?

Akhtar tersenyum, gadis ini benar-benar buat hatinya berbunga.

Akhtar : Waalaikumsalam, ye Aina..tak menggangu pun. Ada apa?

Aina : Saya dah sampaikan hajat ustaz itu dekat ibu. Ibu cakap ustaz boleh datang ke Darul Izzah minggu depan jumpa Ibu.

Akhtar : Alhamdulillah, terima kasih bantu saya Aina. Moga Allah membalas kebaikan awak :)

Omg! ada simbol smiley.... arghh seronoknya!!!

Gedebuk !!!

" Aduh patah pinggang aku "
senak rasanya bila tahan sakit dari jatuh katil ni. Nasib baik budak-budak ni tak ada. hilang sikit rasa malu ni. Ustaz punya pasal la ni.

Eh , dia yang hyper terlebih golek-golek seronok sangat atas katil tu... salahkan ustaz pulak !

" Erm, tak balas pun.." Akhtar mengeluh sendiri. diharapkan balasan daripada Aina.

*bunyi notifikasi*
Aina : Tak ada apa sangat la ustaz, saya tolong perkara kecik je ni. Jumpa dekat Darul Izzah nanti !

Akhtar : Insha Allah ..

" Ustaz .. ustaz ..haihla ustaz " aku mengeluh sendiri.

Fatimah memerhati surat tawaran pekerjaan daripada Tadika Al Islah yang berada di Segamat Johor itu. Ada senyuman sinis di bibirnya.

"Akhirnya...dapat juga aku dekat dengan Akhtar".

Seronok bukan kepalang Fatimah akan rancangannya untuk mengajar di sebuah tadika islam yang berada di kampung Akhtar itu. Sudah di kata apa sahaja cara akan dia lakukan untuk berada dekat dengan lelaki pujaannya itu. Biarlah dia di gelar tak tahu malu oleh sahabatnya Uyaina itu. Uyaina tahu akan tahap obsesnya wanita ini kepada sepupunya, Akhtar. Walaupun sudah di nasihat berkali-kali agar putus asa kerana melihat Akhtar yang tidak mempedulikan Fatimah itu dan mengganggap hanya kawan biasa walaupun wanita itu telah berkali-kali meluahkan rasa cintanya kepada ustaz muda itu.

Universiti Al-Azhar March 2017 :

terkocoh-kocoh wanita berjubah hitam dan bertudung coklat cair serta memakai purdah warna sedondon berlari anak mengejar seseorang. Akhtar mendengar bunyi tapak kasut yang berlari ke arahnya itu berpusing ke belakang. Di lihat wanita yang selalu membuatkan pemikirannya sesak bila berhadapan dengan wanita ini.

"Akhi, tunggu sekejap. Ana ada benda nak bincang sikit."

Akhtar memerhati sekeliling untuk memeriksa keadaan sekeliling agar tidak ada yang curiga memerhati dua orang ajnabi bersembang berduaan di luar pagar fakulti.

"boleh, cepat sikit ye. Ana ada kelas kejap lagi"

"Ana ada bagi bekal dua hari lepas melalui Khai. sedap tak? ana masak special buat Akhi".

"Ye, terima kasih. sedap sangat. susahkan Antum je"

Akhtar menjadi serba salah kerana dia tidak langsung mengusik bekal makanan yang dimaksudkan oleh fatimah itu. seingatnya bekal itu untuk Khai rakan sebiliknya. Dia hanya menjaga hati wanita itu agar tidak terasa jika di beritahu perkara sebenar. Khai juga tidak memberitahu Akhtar kerana Fatimah telah selitkan nota di bekas makanan itu. Dan Khai hanya letakkan di tengah garis pemisah meja belajar mereka. tetapi rakan yang lain pula makan. Di sangkakan makanan mereka yang tidak lokek berkongsi. Dan Akhtar hanya membaca nota itu setelah rakan yang memakan bekal itu hulurkan padanya. Mereka sudah baca isi surat itu. Namun rakan-rakan terdekat Akhtar sudah mengetahui akan cara fatimah yang melayan Akhtar secara lain macam itu.

" Tak apa la. Tak ada susah mana pun"
Fatimah tersenyum, dapat dilihat dari sepasang mata yang mengecil sedikit itu di balik purdah.

" Ana gerak dulu ye? dah lambat. Afwan...Assalamualaikum."

Akhtar berlalu meninggalkan Fatimah yang masih berdiri di situ memerhati lelaki kesukaannya itu berlalu pergi.

" hmm sekejap je dapat borak. Nak cepat aje kerjanya tak puas la."

"Mana pun Akhtar pergi, aku tetap akan ada kat situ ! Tak apa... lama mana pun Akhtar mesti akan pandang aku jugak nanti"
Fatimah melirik gambar yang ada di atas meja soleknya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience