Bab 24

Romance Completed 31014

"cantiknya anak dara sorang ni". Wahida memuji Aina yang sedang di pakaikan veil di atas kepalanya oleh Tisya.

Betul, Aina kelihatan cantik sangat hari ini, raut wajah yang bujur sirih itu di lapik dengan solekan nipis dan anggun menggayakan busana kurung pahang berwarna putih dan disulami manik-manik.

Aina hanya tersenyum pahit. Hatinya lara teringatkan Ustaz Akhtar. Raut wajah yang berseri tapi sedikit mendung di wajah Aina saat ini di perhatikan oleh rakan-rakan yang lain. Demi seorang sahabat dia sanggup berkorban kebahagiaannya. Dalam hati mereka, mendoakan rakan mereka yang satu ni temui bahagia pada jalan tersebut.

"Jomlah ke masjid, kita dah lewat ni. Tok kadi dah tunggu". Ustazah Zainab menegur para gadis yang masih berada di dalam bilik pengantin itu.

Debaran di dada kian kuat di rasakan. Macam tak percaya yang dirinya akan menjadi isteri orang. Zaman bujang yang lasak itu bakal berakhir. Dia juga menantikan hari yang penting ini dalam hidupnya. tetapi siapa sangka cara sebegini dan orang yang bukan pilihannya menjadi bakal suami.

Aina terpandangkan kelibat yang sedang berjalan menuju ke ruang hadapan. Akhtar! hatinya sebak. rasa ingin larikan diri saat ini. Ustaz Akhtar menjadi salah seorang saksi pernikahannya. Hatinya menangis. Itu cintanya dahulu .. kini dia harus lepaskan .

Wahida yang perasan riak sedih Aina itu, dia genggam tangan wanita itu. Di salurkan kekuatan untuknya. Aina kembali meneku ke lantai masjid.

' Sabar Aina, kau kuat! '

Sudah 40 minit berlalu .. masih tiada bayang pengantin lelaki yang datang. Semua orang di situ kelihatan bingung mencari-cari tuan badan yang nak di nikahkan. Apa sudah jadi? tak kan la Yazid lari. Tak munculkan diri.

"Mana pengantin lelaki ni? dah lama sangat ni tunggu. Jadi ke tidak ni?".
Tok kadi bertanyakan kepada saksi dan beberapa orang yang ada di kawasan hadapan itu.

Kelihatan beberapa orang yang sedang kalut bercakap di telefon. Waris dan saudara mara pengantin belah lelaki sudah ada di sini. Tetapi pengantinnya pula yang tak ada.

Wahida risau... bahunya di gosok Hajah Wati untuk bertenang, tetapi tidak juga hilang gelisahnya. Kenapa Yazid tak muncul lagi. Dia tak sanggup ke nak tunaikan permintaannya ini. Sukar percaya Yazid akan buat keputusan untuk hilangkan diri seperti ini.

Akhtar mencuri-curi pandang ke arah Aina. Aina kelihatan cantik sekali mengenakan busana serba putih itu. Tiada riak resah di wajah gadis itu. Dia hanya tenang menunggu di sana.

"Aih, nampaknya plan kahwin paksa ni tak jadi la ye?". Azra berbisik perlahan ke arah Tisya,Syamin dan Wardah.

"Ala tak payah pening-pening, suruh je Ustaz yang pergi duduk depan Tok kadi tu. settle !"
Tisya menambah.

"Opocot! " Tergerak sedikit badan Tisya menerima tolakkan dari siku Syamin yang terkena pada pinggangnya. geli !

"Tak payah nak jadi radio buruk pulak kat sini".

Syamin menjeling. Risau akan di dengari oleh Wahida yang berada di hadapan mereka itu.

"macam ni lah tok, kita tunggu lagi 15 minit. kalau tak sampai jugak. kira tak jadi la tu". Bisik seorang pemuda di sebelah Tok Kadi itu.

Tok kadi kelihatan menggangguk setuju dengan cadangan itu.

Wahida memerhati ke arah Ibu Yazid dengan pandangan kerisauan. Puan Hasmah yang hanya menggeleng perlahan ke arahnya tanda tidak tahu di mana Yazid kerana mereka gerak awal dari Yazid atas permintaan Yazid sendiri untuk pergi secara berasingan.

15 minit telah berlalu....

Maka berbalik pada cadangan tadi, 15 minit tambahan masa yang berjalan pun masih tidak lagi kelihatan pengantin lelaki. Maka Tok kadi itu dia bersiap-siap kemas dokumen dan masukkan ke dalam beg bimbitnya.

Kepalanya Wahida terasa berat. lalu dipicit sedikit untuk mengurangkan rasa sakit.

'Mana abang Khalish ni. sampai hati kecewakan Ida'.

Maka yang yang lain juga beransur bangun dan ingin bersurai.

"Assalamualaikum, maaf saya lambat". kedengaran suara seseorang.

Yazid muncul. Wahida menghembus nafas lega. Maka yang lain duduk semula. Majlis akad nikah akan di mulai..

"Aku terima nikahnya Aina Musfira binti Ibrahim dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai...."
Lancar Yazid melakukan dengan sekali lafaz.

Air mata Aina jatuh.

'Ini Takdir kau Aina, kau kena terima.'

Aina memujuk hatinya. Dia melihat ke arah Akhtar dan tidak sengaja pandangan matanya bertembung dengan Ustaz itu. Dapat dilihat pandangan mata mereka yang seolah-olah berbicara itu. Mata yang redup tanpa senyuman.

Akhtar mengalah, dia tidak mampu memandang Aina lagi. Jiwanya runtun saat ini gadis itu sudah selamat menjadi milik orang.

"hulur tangan Aina.." Wahida bersuara perlahan di tepi telinga Aina yang ralit dan tidak perasankan yang Yazid sudah ada di hadapannya untuk melakukan upacara pembatalan air sembahyang.

Tangan itu di capai dan jari manisnya di sarung sebentuk cincin oleh Yazid. Kemudian, Aina menyalami 'suami'nya itu. lama... air matanya mengalir membasahi tangan Yazid.

Yazid pula seolah-olah membeku. Dia hanya biarkan Aina menangis saat ini di tangannya.

setelah Aina mengangkat kepalanya dari menyalami Yazid... Yazid terus bangun dan bergerak ke hadapan. Dia tidak mencium dahi Aina seperti pasangan pengantin yang lain biasa lakukan. Biarlah, Aina tidak peduli malah terasa hati pun tidak.

"Jadi isteri solehah ye sayang." Hajah Wati memeluk Aina dan dia salurkan kekuatan pada gadis itu.

setelah masing-masing sudah beransur keluar dari perkarangan masjid langkah Aina terhenti.
Di hadapannya kini ada Akhtar yang tersenyum.

"Tahniah Aina, saya doakan awak bahagia".
Akhtar memulakan bicaranya.

"Saya minta maaf Ustaz Akhtar sebab perkara ni jadi macam ni. Saya dah terima lamaran ustaz tapi..." kata-kata Aina mati di situ. perit untuk menyambung kata-kata.

"Tak apa Aina, Saya redha dengan Takdir. Kita hanya merancang." Akhtar tersenyum dan menampakkan lensung pipitnya di sebelah kiri itu.

Mata Aina berkaca..

Akhtar mengeluarkan kotak cincin dari poket baju melayunya itu lalu di serahkan pada Aina.
Aina kehairanan melihat kotak cincin itu. Tidak di sambutnya. Malah hanya memandang Akhtar dengan riak wajah yang berkerut.

"Awak simpan cincin ni, Umi yang minta saya untuk serahkan pada awak. cincin ni memang milik awak walaupun kita tak jadi bertunang. Anggap ni hadiah perkenalan kita sebagai sahabat. Saya harap sangat awak terima cincin ni.

"Saya balik dulu ustaz"

Air mata Aina tidak tertahan, di ambil kotak cincin itu lalu pergi meninggalkan Akhtar di situ yang masih kaku membelakangi Aina yang beransur hilang dari kaki lima masjid.

"Ya Allah kuatkan hati hambamu ini... Aina, aku.......aku ikhlas demi bahagiamu".
Akhtar berkata sendiri menahan sesak di dada.

******

Fatimah yang mendengarkan khabar bahawa Aina telah berkahwin dengan orang lain tetapi bukan Akhtar, riaknya wajahnya bahagia.

"Jodoh kita memang kuat Akhtar, kau elak la macam mana pun tak akan jadi... yakin sangat konon jodoh kau dengan perempuan tu!"

Fatimah ketawa sendiri. ada garis kecil di bibir mengukir senyuman sinis. Sudah pasti peluang untuk dapatkan Akhtar selepas ini semakin lancar.

Dan fatimah pula yakin sangat jodohnya dengan Akhtar. terasa kemenangan bakal berpihak kepadanya.

******

"heiii Puan Aina, tak payah, tak payah .. jangan buat kerja-kerja ni, tinggalkan je. Puan tu pengantin baru. pergi la berehat."
Azra menyakat Aina yang sedang ralit membasuh pinggan mangkuk yang memenuhi singki dapur itu bersama baju pengantin yang masih lagi tidak di salin. Kenduri selepas akad nikah itu berjalan secara kecil-kecilan di rumah Hajah Wati.

"Eii kau ni, sekali aku debik baru tau". ligat betul Azra mengusiknya dengan panggilan 'puan' terasa loya tekaknya mendengar cara Azra mengusiknya itu.

Aina berpusing ke belakang berura-ura untuk beredar tetapi dia terlihatkan Syamin yang tersengih mendengar usikan dari Azra itu.

"Hah, kau pulak jangan nak senyum-senyum eh". Aina menjeling Syamin.

"Aik, aku senyum pun salah ? sensitive betul ye sejak jadi 'puan' ni." Syamin giat menambah usikan.

"Eiiii" Aina geram...

Lebih baik dia pergi dari melayan budak dua orang ni. Dia tak ada mood nak bergurau saat ini..

Aina yang berjalan hampir ke pintu bilik terhenti langkahnya melihatkan Yazid yang sedang menggalas beg plastik yang berisi baju itu.

Yazid yang terpandangkan Aina yang tercegat di situ terus berkata "saya tidur rumah 'sana' malam ni".
merujuk ke rumah mak ayahnya Yazid.

Yazid tidak betah untuk lama di situ. Walaupun itu rumahnya juga kerana Aina merupakan keluarga di situ. Namun terkenangkan Wahida. Dia tidak sanggup berhadapan dengan bekas tunangnya yang sangat dia sayang itu.

Mendengarkan itu, Aina menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengann Yazid.

Lambat-lambat Yazid menyambut huluran tangan dari Aina...

"Baik-baik jalan. kirim salam ke mak dan ayah " kata Aina kepada Yazid merujuk ke mertuanya.

Yazid tidak membalas dan dia terus berlalu.
Aina yang melihatkan kelakuan Yazid itu hanya menjongketkan bahu. Dia sikit pun tidak terasa.
Lega hatinya kerana malam ini dia tidak tidur bersama Yazid. Dia masih belum bersedia untuk sekatil ataupun sebilik dengan lelaki yang kini sah menjadi suaminya itu.

"Yeah, malam ni tidur dengan Wahida". Aina girang di hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience