Bab 20

Romance Completed 30624

Wahida tersenyum memandang Hajah Wati yang memandangnya dari tadi sambil bersandar di pintu biliknya itu.

"Kenapa umi ? dari tadi pandang orang macam tu ?"

Hajah Wati mengeluh.. "Cakap dengan Aina baik-baik ye pasal tu. Kalau dia tak nak, tak apa. kita jangan paksa dia. Takut dia fikir kita ni memandai-mandai pulak"

"Ye umi, orang tahu... jangan risau la. Aina pun mesti faham." Wahida kembali menyambung semula kerja menyimpan kain baju ke dalam beg pakaian untuk bermalam di Kuala Lumpur beberapa hari di rumah Aina.

"kakak ! Nanti kirim salam tau dekat ' The Sisters'. rindu diorang heheh" Wardah menitipkan pesan.

ouh dah ada nama group ye si gadis-gadis.

"iyelah Adikku yang masam " Wahida menjelirkan lidah ke arah Wardah.

Aina melihat status Akhtar di aplikasi WhatsApp. Jarinya terhenti menekan pada status Akhtar itu. dibiarkan lama untuk memahami.

' Semoga doa aku dan kamu
bertemu di dalam sujud.
Apa yang di izinkan Tuhan
pasti akan bertemu.
Maka dengan itu
tetaplah percaya dan sabar.'

Dia merenung nama yang ada pada contact kenalan itu orangnya sudah dia abaikan hampir 2 minggu. Indah sangat ni bait kata-kata Ustaz Akhtar.Terasa meremang bulu romanya serta dia merasakan sebu di dada. Dia mengagumi lelaki itu.tetapi... Sudah kepunyaan orang. Maka perlahan-lahan dia harus lupakan. Sabarlah hati ....kau kuat! !

"coffee ? " tegur Julie yang berada di hadapan mejanya sambil menghulurkan gelas berisi kopi panas.

" Ahh, thanks". pelawaan Julie di sambut lalu ingatan tentang Ustaz dambaan hilang dari pemikiran.

"Hei, come in."Tangan Aina melayangkan isyarat masuk pada Wahida.

"Lamanya tak datang sini. rindulah rumah ni, hehe". Wahida tersengih suka.

Rakan-rakan yang lain lari mendapatkan Wahida. mereka bersalaman serta berpeluk. Baru minggu ni Aina tak balik kampung. Mungkin Wahida rindu padanya. Aina tersengih melihat gelagat mereka itu.

Wahida mengambil tangan Aina dan di letakkan sesuatu di atas telapak tangan itu. Aina yang melihat ke arah barang yang di berikan itu dia terkejut. .. sebuah kotak cincin baldu bewarna merah hati kini di buka.

" Untuk saya ? " Aina menatap tepat pada wajah Wahida.

Wahida menjawab pertanyaan itu dengan anggukan kepala beserta senyuman manis. " Dari Akhtar".

Aina terpempam. lidahnya kelu. badannya keras terdiam kaku. 3 hari lepas Ustazah Zainab datang menemui Hajah Wati untuk di nyatakan hasrat Akhtar melamar anak angkatnya itu.

"Kenapa? bukan ke Ustaz dengan......" Ayatnya mati di situ. keras lidahnya untuk menuturkan nama fatimah. terasa sedih di hati masih tersisa.

" Saya akan teman awak jumpa Akhtar esok. Dia akan jelaskan pada awak. " Wahida menggosok bahu Aina perlahan untuk tenangkan riak wajah yang sedang penuh dengan seribu satu persoalan itu.

Petang itu, mereka bertiga bertemu di Taman Reakrasi Puchong. Sebuah kerusi panjang di bawah pohon menjadi tempat pertemuan tiga mata itu. Wahida berdiri di belakang kerusi, Aina dan Akhtar duduk di atas kerusi yang sama tetapi agak jauh. Setianya Wahida menemani mereka agar elak dari fitnah.

"Kenapa Ustaz bagi saya cincin tu sedangkan Ustaz sudah berpunya?" Aina memulakan pertanyaan. Dari semalam dia tidak habis fikir dengan tindakan Akhtar itu.

"Awak yakin saya ini kepunyaan orang ?". Akhtar kembali bertanya.

'Haish Ustaz ni main tarik tali pulak' . sebal Aina dalam hati.

"Habis kenapa Fatimah marah sangat saya rapat dengan Ustaz?. Bukankah kalau orang nak ambil sesuatu dari kepunyaan kita, mesti lah kita akan pertahan kan ? logik ke nak marah orang dengan sesuka hati kalau tak bersebab?"

Akhtar hanya memandang Aina yang berpandangan ke arah tasik di hadapan mereka.

"Begini Cik Aina, saya bukan kepunyaan sesiapa. Bukan Fatimah atau bukan sesiapapun selain Allah . " Akhtar tenang berbicara.

Aina hanya memandang Wahida yang ada di belakangnya.

" Fatimah memang sukakan saya dari waktu kami sama-sama belajar di Mesir lagi. Saya sendiri dah jujur banyak kali kepada dia yang saya tidak bersedia, saya tidak ada apa-apa perasaan terhadap dia. "

Aina masih lagi diam mendengar.

"Apa yang awak fikir, awak nampak itu adalah hanya perasaan yang datang dari Fatimah tetapi bukan daripada saya. "

" Saya jadi sedih bila awak mula jauhkan diri dari saya . Saya rindu nak dengar pantun dua kerat awak yang bunyinya comel sangat tu. "
Jari Akhtar bermain sesama sendiri.

'Dia ni perli aku ke apa pasal pantun aku yang aku main hentam sahaja tu'
Aina melihat Wahida yang tersenyum suka. dia menjegilkan mata tanda protes.

" Maaf saya tak boleh terima Ustaz " Aina menunduk. Dia rasa ingin menangis.

Akhtar dengan spontan terbangun. "kenapa Aina ? tolong fikirkan dahulu . saya tak paksa, awak boleh ambil masa berapa lama pun untuk berfikir. Tapi... jangan terus tolak macam ni." Akhtar menggit jari.

"Saya tak layak untuk ustaz ! Ustaz faham tak? " Nada suara Aina yang kedengaran agak tinggi itu mengejutkan Wahida yang berada di belakang mereka.

"Ustaz layak ke orang macam saya ni, yang banyak sangat kekurangan ni, yang tak sama taraf dengan ustaz ni untuk di bersatu dengan orang macam ustaz?" Aina tumpah air matanya mengenangkan ayat fatimah tempoh hari.

"Jangan terlalu membandingkan Aina! " Tegas Wahida pada Aina. Geram dia dengan ucapan yang agak keterlaluan Aina yang merendahkan diri sendiri.

Akhtar diam sejenak. Matanya redup memandang Aina.

"Semua orang tak sempurna. Dan....saya seikhlasnya memilih awak. Tolong fikirkan semula. Assalamualaikum. " Akhtar berlalu pergi.

Wahida dan Aina tergamam melihat Akhtar yang mula jauh dari pandangan mereka.

Wahida mengigit jari. Dia pula yang gusar melihat riak wajah Akhtar tadi. kesian si Ustaz pasti sedang kecewa dah la datang dari jauh.

Tangan Wahida ligat membelai rambut Aina yang berada di atas pangkuannya.

"Macam mana awak jumpa tunang awak?" Aina bertanya sejarah perkenalan Wahida dengan tunangnya.

Wahida yang mendengarkan soalan itu dia tersenyum mengimbau kembali memori zaman kolej.

"Saya dan Abang Khalish satu fakulti semasa belajar diploma dahulu. Dia senior saya."

"Tapi kenapa eh , awak panggil dia Khalish dan orang lain macam umi dan Wada gelar dia Yazid. Mana satu ni nama dia?". Aina hairan sudah lama dia berfikir akan soal itu.

" Nama penuh dia Khalish Yazid. Saya yang panggil guna nama Khalish. Saya suka sangat nama tu." tangan Wahida masih membelai rambut Aina.

"Ouh gitu...apa yang special dia pada awak?"

"Abang Khalish tu tegas, tapi dia tu silent loving. "

Aina diam....
Wahida tertawa perlahan bila melihat keadaan Aina yang sudah hanyut di buai mimpi.

'Sama aja perangai comel dua orang ni. Sayang sangat ni.'. bisik hati Wahida yang teringat akan Yazid juga.

Suka Wahida melihat rakan-rakan yang lain makan dengan selera masakannya. Selesai makan, Wahida bangun untuk ke singki yang ada di dapur. Sedang dia berjalan, pinggan kaca di tangan terlepas ke lantai dan jatuh pecah berderai. Pandangan mata Wahida kabur. Kepalanya turut berdenyut kuat. sehingga badannya terkulai layu.

Panik semua yang ada di situ. Azra dan Tisya menjerit terkejut melihat Wahida yang rebah ke lantai dan tidak sedarkan diri itu.

"Boleh saya bercakap dengan waris pesakit?" kata seorang doktor lelaki yang agak berusia itu.

Aina yang panik masih tidak menyedari permintaan dari doktor lelaki itu. dia yang sedang mengigil menunggu seraya menggigit jari tanda kerisauan yang melampau di ruangan menunggu itu.

Syamin menyiku Aina yang sedang ralit itu.

Aina terkejut lalu memerhati Syamin yang memuncungkan mulutnya kearah doktor yang sedang memanti jawapan.

"Pergilah ! ,doktor panggil waris pesakit tu" .

Aina bingkas berdiri dan meluru ke arah doktor itu . "Saya saudara angkatnya. Mak dan adiknya masih di kampung dan dalam perjalanan. Boleh ke kalau saya aje doktor?". Aina memahami prosedur yang ada. Biasanya akan di beritahu kepada waris kandung. Pada dia Wahida sudah seperti itu walaupun hakikatnya tidak.

Doktor itu melihat jam di tangan. Kemudian dia mengganguk tanda setuju. Aina mengekori doktor itu masuk ke sebuah bilik.

Sejurus masuk, Aina melihat ada lagi seorang doktor perempuan sedang menunggu di dalam. Mereka masuk ke bilik yang di lengkapi dengan skrin sederhana besar yang memaparkan keputusan pengimbasan CT (Computed Tomography) yang kemas tergantung di sudut hadapan pada dinding. Hatinya berdetak tiada rentak bila cuba mendengar bait-bait kata kedua-dua orang doktor pakar itu.

***

Dari kaki lima hospital Wardah dan Hajah Wati tergopoh-gapah berlari mendapatkan Azra, Syamin dan Tisya yang sedang resah menanti Aina di ruangan menunggu. Gumpalan buku lima tangan sebelah kanan Syamin dari tadi tidak berhenti menumbuk paha kanan perlahan tetapi laju. Semua berdebar menanti Aina yang sudah setengah jam berada di dalam bilik doktor pakar itu. Apa yang di bincangkan lama sangat ni ?!

"Kak ! Kak Ida mana?" Wardah mendapatkan Azra yang berada paling hujung dan mula bersalaman.

" Masih kat dalam, Aina pun tengah jumpa doktor kat dalam jugak". Balas Azra.

"Macam mana boleh jadi ni. Ceritakan pada Umi nak". Hajah Wati memandang semua yang ada di situ.

Semua yang ada di situ memandang Hajah Wati. Muka yang berkerut dengan kerisauan yang melampau.

"Ida pengsan tadi masa kat rumah." Tisya menerangkan.

"Allahu...macam mana boleh pengsan pulak. Tak makan ke apa ! ... Allahu....". Gumam Hajah Wati sendiri. Hati tuanya gundah gulana.

Setelah itu mereka melihat Aina yang berjalan keluar dari balik doktor pakar itu. Semua pandangan tertumpu padanya. Aina di lihat seperti tidak bermaya. Langkah kakinya sangat perlahan berjalan dan keadaan dirinya seperti berada dalam dunia sendiri. Berlari mereka semua mendapat Aina yang di lihat dari jauh itu.

Bagi Aina pula, saat ini dia merasakan ibarat bumi ini berhenti berputar. Dia seakan-akan tidak percaya dengan apa yang kedua-dua doktor pakar di dalam itu tadi memberitahunya.

'Kenapa? kenapa jadi macam ni?'
'kenapa kau yang kena tanggung semua benda ni Ida.'
'Doktor tu semua silap kot'

Aina bermonolog sendiri di dalam hatinya. Semua pertanyaan itu bertalu-talu berlegar di benaknya. Dan sampai di satu sudut, Aina rebah terduduk. Fikirannya terlayar mengingati semula bait kata pengucapan kedua-dua doktor pakar itu tadi.

"Tumor yang ada di pada otak Cik Wahida ialah jenis meningioma. dia merupakan salah satu jenis tumor di kepala yang paling sering ditemui. Sebahagian besar meningioma yang tumbuh perlahan-lahan selama bertahun-tahun, tanpa menimbulkan adanya sebarang simptom. Namun, pada sebagian kes dan impak yang mengakibatkan terbabitnya pada jaringan otak, saraf, atau pembuluh darah di sekitarnya dapat menyebabkan kecacatan. Keadaan tumor yang ada ini telah berada pada tahap yang terakhir. "

Tubuh Aina di goncang-goncang oleh mereka yang sedari tadi melihat Aina yang hanya diam dan tidak beriaksi pada pertanyaan mereka.
Lemah seluruh saraf dia rasakan saat ini.

"Kau ni kenapa Aina? cakap...jangan buat kitaorang macam ni." Syamin menarik muka Aina memandang ke arahnya.

Aina menatap mata Syamin dengan pandangan yang kosong. seketika kemudian mereka melihat mulut Aina mula terbuka dan akan mengatakan sesuatu. Mereka masih sabar menanti. Mata gadis di hadapan mereka saat itu berkaca.

"Wahida ada brain cancer, last stage". Ringkas kenyataan yang di tuturkan. Mata Aina mula berkaca.

"Allahuakbar!!!" sesak dada Hajah Wati yang di urut perlahan itu. kelihatan semua ibarat terpukul mendengar khabar terburuk itu. Wardah yang sudah perlahan-lahan menapak ke kerusi menunggu di belakang mereka. Dia terduduk kaku. Azra, Tisya dan Syamin sudah kehilangan kata mendengar kenyataan yang keluar dari mulut Aina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience