Fatimah yang terbaring itu merenung gambar seseorang di tangannya. Sudah 8 tahun lelaki itu menjadi pujaannya. Semenjak dari zaman pengajian mereka di Al-Azhar lagi. Dia mencuba pelbagai cara untuk menampakkan kehadirannya pada lelaki itu. Namun setiap kali cubaan yang di lakukan hanya di anggap biasa pada si teruna.
"Apa yang tak ada pada aku ni agaknya sampai Akhtar langsung tak nak pandang aku. huh !"
Fatimah di kategorikan wanita yang cantik semasa di fakultinya itu dahulu. Namun Akhtar... ya lelaki itu adalah Akhtar yang tidak langsung memandang kecantikkan fatimah yang dapat di lihat melalui sepasang mata sesiapapun di balik purdahnya itu walaupun Akhtar sering di sapa oleh fatimah setiap kali pada perjumpaan pelajar-pelajar dari Malaysia. Walau berada di Malaysia sekalipun, fatimah selalu akan stalk Akhtar untuk mengetahui jadual ceramah yang di muat naik di halaman Fac milik Akhtar itu untuk mengajak orang ramai mendengarkan kerja dakwahnya.
"Aku tak akan putus asa, macam mana pun kau tetap kena jadi milik aku Akhtar !".
Fatimah merenung tajam gambar di tangannya itu seakan ia dapat menembusi gambar lelaki itu.
.
Angin sepoi-sepoi bahasa terasa menampar muka mereka yang berada di atas pangkin itu.
Aktivti hujung minggu adalah pulang ke rumah Hajah Wati. Rakan-rakan yang lain juga gemar untuk mengikut aku balik kampung. Bosan kata mereka kalau asyik berada di bandar selalu.
Tisya datang ke pangkin dengan membawa beberapa potong buah mangga putik untuk di cicah bersama kuah rojak.
"pergh buah mangga..kalau kena petang-petang macam ni syahdu wei !".
Aina melompat turun dari basikal Warda yang di pinjam untuk test breknya yang sudah di baiki tempoh hari.
Maka pangkin itu telah di penuhi oleh gadis-gadis yang berada di rumah itu. Hajah Wati masih tidak pulang dari mensyuarat wanita di kampungnya itu.
"hoi, ustaz datang !". jerit Azra kearah Aina yang sakit matanya melihat cara Aina duduk secara ' sopan ' ya amat itu yang kakinya yang sebelah berada di atas pangkin dan sebelah lagi di lepaskan di bawah itu.
Sepantas kilat Aina menurunkan sebelah lagi kakinya ke bawah akibat terkejut dan takut di lihat tidak sopan.
"siot, kau tipu aku!" aku menampar azra di bahunya.
terbahak-bahak yang lain ketawa. Tiada langsung di lihat kelibat si Ustaz Akhtar itu. Saja mahu menyakat gadis itu.
"hah, gelabah kau Ustaz datang. tu la lain kali anak dara duduk elok-elok baru manis." sambung usikan daripada Syamin.
aku hanya menjeling. memang style aku ganas macam ni. Apa boleh buat. Nasib baik muka je manis heheh.
"Nampaknya kau tak menepati lagi ciri-ciri gadis melayu terakhir untuk si Ustaz Aina oii". tisya memerli.
" Eleh mana kau tau taste dia gadis melayu terakhir? Entah-entah ustaz tu minat ciri-ciri gadis melayu separa akhir ! Pepandai je kau". aku melirik arah mereka.
tersenget kepala Aina di tolak Syamin dari belakang..
"bongoknya budak ni mana datang la dulu-dulu ni?" Syamin menggelengkan kepalanya itu mendengar statement mengarut dari seketul Aina Musfira itu.
"Aduh sembelit telinga aku ni dengar tau!". Azra menguis telinganya.
Tiba-tiba sebuah kereta berhenti di hadapan pagar rumah Hajah Wati. Dari jauh di lihat Hajah Wati yang turun dari kereta itu.
"Eh, itu kereta Ustaz tu. Apasal ada umi? " Wardah berkata sambil terkelip-kelip matanya memandang dari jauh.
tercengang semua yang ada di pangkin itu......
Akhtar mengukirkan senyuman di balik cermin gelap keretanya itu memandang ke arah gadis-gadis yang di lihatnya itu dan sudah pasti dia dapat menangkap kelibat 'seseorang' yang ada di situ.
" Hah ni yang semua macam nampak hantu ni kenapa?" Hajah Wati hairan melihat para gadis-gadis yang merenung dirinya itu.
"umi tumpang kereta Ustaz tadi. Akhtar dan Ustazah nak ke pekan kataanya". Faham betul riak wajah mereka saat ini.
mereka semua tersipu-sipu menahan senyum ke arah Aina sehingga Hajah Wati menghilang masuk ke dalam rumah.
"Eii kau ni, mulut tu masin betul eh". aku menjeling Azra.
Kus semangat melihat ustaz Akhtar itu hanya berhenti dan menurunkan Hajah Wati. Kalau Ustaz tu betul-betul datang singgah depan ni tadi... Aku la orang pertama lari masuk rumah. gugup beb.
"eleh, suka la tu !" Ustazah Zainab berkata bila ternampak senyuman di tubir bibir anak terunanya itu.
"tak ada lah umi". Akhtar berdehem sedikit melindungi rasa malunya yang ketahuan itu.
Share this novel