"ting tong.. Ting tong"
Bunyi bising loceng rumah mengganggu lena Tisya. Di lihat jam di telefon bimbit menunjukkan pukul 1 pagi. Pelik dia siapa yang datang pada waktu-waktu begini. Di kejut Azra untuk menemaninya ke muka pintu.
Azra yang mamai itu hanya bangun dan mengikuti langkah Tisya sambil memaut baju tidur Tisya dari belakang.
"Apalah malam-malam buta ni sibuk nak datang, orang nak tidur la." bebel Azra sambil menenyeh matanya yang terlalu mengantuk itu.
Pintu di buka dan dilihat seorang wanita menangis sambil membawa beg pakaian.
" Aina !!!" terjerit kedua-dua wanita itu.
Syamin juga terjaga akibat bunyi loceng yang bertalu-talu itu. Runtun hati mereka melihat keadaan Aina itu lalu di depakan tangan dan pergi memeluk Aina.
Semakin kuat tangisan Aina di pelukan sahabat-sahabatnya itu.
*****
Pagi itu Yazid sudah bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Sepanjang dia menuruni tangga, dia kehairanan kerana tiada bunyi orang masak di dapur. Di tarik lengan kemejanya ke atas sedikit untuk melihat waktu di jam tangan, awal lagi baru pukul 6.45, abis awal ni dia turun. Dan sarapan pun tak tersedia.
Yazid pergi ke dapur dan membuka peti ais. Hampa, hanya ada beberapa kepingan bar coklat cadbury perisa yang semuanya sama iaitu perisa 'black forest' sudah mesti Aina yang punya.
kemudian di pusingkan pandangannya ke sekeliling.. dia lihat ada sesuatu di atas meja panjang di dapur itu.
Dia mendekat dan di lihat dua pucuk surat. Satu bersampul dan satu lagi tidak.
Di ambil dahulu surat yang tidak bersampul itu dan dia baca.
#########
Saya tahu kehadiran saya tidak diterima baik dalam hidup awak.
saya sedar bahawa saya hanya isteri pada nama. Saya pergi untuk mencari ketenangan saya sendiri. Saya harap awak faham.
Beserta surat saya ini, ada nukilan terakhir kiriman dari Wahida sebelum dia pergi, khas untuk awak.
AINA MUSFIRA
############
Yazid menguak rambutnya ke belakang. Tidak sangka yang Aina akan tinggalkan rumah ini selepas apa yang dia katakan semalam. Paling tidak pun hanya merajuk. Tapi kali ini dia betul-betul pergi.
"Hah? biar betul kau ni !". Terhenti kunyahan buah epal di mulut Sarjan Syafiq itu.
"Iye, kau ingat aku nk reka-reka cerita ke apa. tak ada masa". Balas Yazid menceritakan hal surat dari Aina pagi tadi.
"Habis dah tak ada lagi la bekal untuk aku setiap pagi? aiseymen....". Muncung Syafiq teringatkan masakan Aina yang sedap itu selalu di beri oleh Yazid.
"Ish kau ni, pikir itu je". Jeling Yazid yang jalan beriringin naik ke tangga menuju unit khas.
"Tak baik kau layan dia macam tu tau. Dia isteri kau. Lubuk pahala untuk kau tu". Kata Syafiq kesal dengan sikap ego rakannya itu.
"Habis macam mana weh? aku taktau sekarang ni macam mana nak buat". Yazid bertanya. Tiada resah tiada apa perasaan pun yang di rasa.
"macam ni lah, kau biar je dulu dia tenang. Tapi, tanggungjawab kau sebagai suami jangan lupa." Pesan Syafiq kepada Yazid sambil menepuk bahu rakannya itu.
Yazid tidak cerita banyak. Cukup dia sekadar melepaskan apa yang sukar di tahan. Dia juga tahu menjaga aib dan hal peribadi.
Kasar sangatkah layananan pada Aina ? Dia sekadar berkata jujur. Bila terlihatkan surat Aina pagi tadi, dia juga buntu untuk berfikir.
*******
Sudah seminggu Aina seperti itu. Kemurungan, Tidak selera makan dan tak mahu keluar dari biliknya. Syamin yang terpaksa uruskan cuti untuk Aina. Mujurlah Julie, orang atasan di pejabat Aina itu kenalannya juga.
Syamin masuk ke balik dan meletakkan dulang makanan atas meja kecil di bucu katil Aina. "Makan tau beb, habiskan." Sedih hatinya melihat keadaan Aina itu. Mendung dalam kehidupannya belum berakhir.
Aina hanya termenung melihat ke arah dulang makanan itu. Jiwanya kosong.
"Tapi sayangku Aina, jika awak tidak berjaya mengambil tempat di hatinya, maka saya tak akan paksa awak untuk teruskan amanah ini. Awak juga berhak bahagia. Cukuplah awak telah berusaha habis baik."
Telinga Aina tergiang-ngiang suara Wahida seakan membaca ucapan di suratnya malam itu.
Ya ! dia sudah berusaha sebaik mungkin. Dia juga tidak boleh memaksa Yazid untuk mencintainya.
Azra yang terlihatkan Aina berjalan menuju pintu rumah itu terus di tegur. " Na, kau nak pergi mana tu?".
"Keluar kejap, jangan risau..nanti aku balik". Aina memahami pandangan Azra itu.
Selepas selesai berjemaah solat Magrib, Aina yang termenung lama itu tersentak dengan pergerakkan salah satu jemaah wanita yang menarik langsir pemisah antara ruangan solat wanita dan lelaki itu.
Dari jauh dia melihat seorang lelaki berkopiah dan berjubah hitam sedang mengambil tempat di atas kerusi dan sedang mengambil mikrofon untuk di sangkutkan pada telinga Kanannya.
"Ustaz Akhtar..." bibirnya menuturkan nama itu sambil matanya terpaku ke arah hadapan. Masakan dia lupa yang dia pernah berjumpa dengan Akhtar untuk pertama kalinya di masjid ini? sudah semestinya Akhtar juga salah satu penceramah tetap di masjid ini.
"Baik hadirin sekalian, saya menerima apa-apa bentuk soalan untuk kita kongsi ilmu bersama pada akhir ceramah nanti."
Aina melihat seraut wajah yang pernah dia idamkan dahulu. Sungguh tenang memerhati perwatakan Ustaz muda itu. Tiada siapa tahu akan pernah ada duka di balik wajah yang tenang itu.
Aina rasa bersalah untuk melepaskan Akhtar dahulu. Tetapi dia tidak menyesal dengan tindakannya untuk menerima amanah dari Wahida.
" Nampaknya kita sudah berada di hujung majlis. Kita buka sesi soalan." Ustaz Akhtar berkata kepada jemaah yang dilihat penuh ruang masjid yang mula mengangkat tangan untuk bertanya pendapat masing-masing.
" Ada lagi tak soalan terakhir? sebelum saya tutup majlis ilmu kita pada malam ini?". Akhtar memandang ke sekeliling.... sunyi.. hanya kedengaran bunyi kipas dan penghawa dingin.
Tiba-tiba ada seorang remaja lelaki datang di sebelah Akhtar dan menghulurkan satu lipatan kecil kertas putih kepadanya. Akhtar menyangka mungkin kertas itu merupakan soalan dari jemaah perempuan yang malu untuk bersuara.
"Ouh, ni ada soalan, mari kita bacakan dahulu."
Lipatan kertas di buka...
######
"Assalamualaikum Ustaz, saya nak bertanya ,
macam mana cara untuk kita redha akan sesuatu ketentuan? sudah di pujuk hati, tetapi tetap ada rasa ragu-ragu".
#######
"Baiklah, soalan pasal konsep redha. sebelum Nabi Adam di turunkan di dunia ini, dunia ini di namakan sebagai Ibtila', tempat menerima ujian.
Maka di situ akan ada pelbagai bentuk ujian untuk menguji hambanya dan untuk memberi pahala atau ganjaran yang akan di angkat oleh Allah kedudukannya di syurga. Maka dengan itu akan hadir pelbagai rasa sedih, resah, gembira ada hidup, mati serta miskin, sakit dan sebagainya untuk ujian tanda kasih sayang Allah. Maka sesiapa yang redha, maka dia gembira menerima kasih sayang dari Allah. Yakin ada hikmah terbaik yang akan datang menyertai setiap redha kita pada semua ujianNya."
Aina menitiskan air mata di balik tiang masjid yang berada di belakang sekali. Dia sembunyikan diri dari dilihat Akhtar. Jawapan dari pertanyaannya itu sangat menjentik tangkai hatinya.
Akhtar meliar matanya memandang ke arah jemaah wanita. Tiada wajah yang dia cari. entah kenapa firasat dia mengatakan soalan itu adalah isi hati sesorang yang dekat dengannya.
Sejurus menyimpan telekungnya dalam beg. Aina berjalan keluar menuju ke pintu keluar masjid.
"Assalamualaikum, Aina".
Terhenti langkah kaki Aina di situ. Dia gugup dan tegak berdiri tidak memandang ke belakangnya.
"Saya tahu soalan terakhir itu pasti dari awak kan?". Akhtar berkata masih memandang Aina yang membelakanginya.
"Macam mana ustaz boleh tahu?". Aina hairan.
Akhtar tersenyum, betul la jangkaannya.
"Saya nampak kereta awak parking kat luar tu tadi". Akhtar berkata tenang. memang pada mulanya dia pernah lihat kereta dengan nombor pendaftaran yang sama setiap kali dia lalu di hadapan rumah Hajah Wati. Tetapi dia ingat-ingat lupa.
Aina menggaru keningnya yang tidak gatal itu. Dia memberanikan diri menghadap Akhtar. Situasi mereka tika ini adalah sama seperti kali pertama mereka berjumpa !
"Batul ke awak bahagia dengan rumah tangga Awak?". Akhtar terus mengajukan soalan itu melihatkan wajah yang beriak keruh itu.
"Tak lah. Saya bahagia ustaz. cuma hati saya tak kuat. ". Aina membalas.
"Allah itu tak tidur Aina, Dia mendengar, melihat.. minta kepadanya akan kekuatan hati tu. Hanya dia yang membolak-balikkan hati kita".
“selama mana awak dalam kesusahan, Selama itulah saya akan sentiasa ada.... Insha Allah".
Aktar meluah perhatiannya.
Aina mengangkat muka dan memandang Akhtar. Matanya berkaca.
******
Yazid membuka surat kiriman dari Wahida.
##########
ASSALAMUALAIKUM ABANG KHALISH YAZID.
Abang apa khabar? Ida harap abang sihat dan kuat selalu. Ida, mohon maaf andai pemergiaan Ida menghadirkan luka di hati abang. Kita harus akur dengan setiap aturanNya.
Abang, Terima Kasih sangat kerana sanggup tunaikan permintaan Ida. Ida tahu itu adalah tanda kasih sayang abang pada Ida walaupun abang tersakiti.
Ida mohon abang kuat dan ikhlas dalam menerima kehadiran Aina dalam hidup abang. Abang ingatlah, Aina itu merupakan bentuk cinta Ida pada abang. Tolong jaga amanah dan cinta Ida itu. Ida tahu abang mampu buat. Ambillah masa seberapa lama juga. Asalkan ia hadir dalam kerelaaan.
Akhir kata,
Ida undurkan diri dari kisah ini. Ida biarkan abang untuk mencipta kisah yang lain. Abang perlu bahagia. Jangan berada di takuk yang lama. Jaga diri abang, Ida mendoakan setiap kebahagiaan abang.
Sekian, SITI WAHIDA.
########
Yazid tersandar di dinding. Dia buntu.Terlalu buntu !
Share this novel