Yazid berlari keluar bilik mendapatkan lelaki itu.
Di tarik baju lelaki itu dari belakang bila melihat dia ingin berlalu keluar. Tersungging jatuh akibat di rentap kolar baju belakangnya itu oleh Yazid yang sedang di landa amarah yang menggunung.
"Tak guna kau buat benda tak senonoh dengan isteri aku !!". Tumbukan di asak bertubi-tubi pada muka lelaki itu.
Lelaki itu tidak melawan, malah dia makin galak tertawa. Kebal barangkali.
Berlari Wardah dan Hajah Wati ke arah bilik untuk melihat keadaan Aina. Mereka terkaku bila berada di muka pintu bilik itu.
"Ya Allah, apa tergamak kamu Aina buat kerja maksiat dalam rumah ni".
Menangis Hajah Wati melihat keadaan Aina yang seperti itu.
"Umi, Aina tak buat semua ni umi...percayalah!!".
Aina merayu sambil menangis dan segera tangannya mencapai pakaiannya untuk di pakai semula.
Wardah seperti orang yang sedang dipukau. Hanya tegak memerhati suasana di dalam bilik itu. Langsung tidak beriak bila uminya jatuh terduduk kecewa. Apakah situasi yang di hidangkan depan matanya kini. Ya pasti akan berlaku bala besar dalam rumah ini.
"Wada...percayakan akak Wada. Akak tak buat semua ni! tolong laa".
Kini Aina merayu pula di sisi Wardah. Di goncang badan Wardah yang kaku itu. Adakah dia juga turut kecewa? perasaannya berbaur saat ini.
Akhtar segera memeluk kejap badan Yazid yang bagai di rasuk syaitan itu untuk meleraikan pergaduhan ini. Hampir tersungkur juga dia akibat terpijak jubah sendiri bila telah tunduk dan ingin menegakkan badan semula dalam kekalutan mengunci tangannya pada kedua-dua lengan Yazid yang sangat hyper dalam amukan itu.
"Istigfar Yazid !! Sabar".
Lelaki yang teruk di belasah Yazid itu terus bagun dan berlari keluar.
"Lepas ! biar aku pukul sampai lunyai mamat tu". Jerkah Yazid. Matanya memerah dan jelas kelihatan urat tegang di wajahnya.
Aina berlari keluar bilik bila mendengarkan jerkahan Yazid itu. Di paut kaki suaminya merayu.
"Abang, jangan percaya abang. Apa yang abang nampak tadi semuanya tak betul !".
Mencerlung matanya memandang Aina yang juga sedang mendongak melihatnya.
"Tak betul sampai terbang semua pakaian?". Tanya Yazid dengan nada tegas tetapi perlahan suaranya.
Akhtar yang turut berada di situ mengalihkan badannya memandang ke arah lain. Tak sanggup dia melihat Aina yang menangis teresak-esak di lantai itu. Berat sungguh dugaannya kali ini.
"Saya tak kenal pun siapa dia. Abang jangan macam ni...saya merayu sangat percaya saya abang."
Aina tersedu-sedu menangis, dia takut Yazid akan tinggalkan dia.
"Kalau tak kenal macam mana boleh sampai masuk rumah?!. Tak logik la!!!". Laung Yazid.
Terhenjut bahu bila di tengking suami sendiri. Benarkah ini suaminya? yang selama ini menyayanginya? Hatinya luluh.
Begitu juga terkedu semua di dalam rumah itu. Pertama kalinya mereka melihat Yazid meninggikan suara pada Aina.
"Sabar Yazid. Mungkin betul Aina kena perangkap kita tak tahu".
Akhtar mencelah untuk membela Aina.
Yazid terus keluar dari rumah tanpa berkata apa lagi. Aina terus mengejar langkah Yazid yang sepantas kilat itu. Lampu brek kereta menyala dan enjin kereta di hidupkan dengan segera Yazid memecut keluar dari halaman rumah itu. Aina mengejar hingga ke bahu jalan dan akhirnya tersungkur kepenatan.
"Abang...." Suara rintihan kedengaran. Suami tersayang pergi. Apa dugaan kali ini. Apa dosanya?
"Kak Aina!!".
Laung Wardah berlari mendapatkan Aina yang lemah terjatuh di situ. Pilu hatinya melihat. Walaupun kakaknya itu bersalah dia tidak peduli. Manusia tidak lari dari kesilapan. Di peluk Aina yang menangis teresak-esak itu.
"Abang dah pergi..dia tinggalkan akak Wada!!". Aina memukul-mukul jalan tar itu. Hebat sungguh kekecewaan ini.
"Sabar akak...Allah ada".
Wardah mengusap-usap belakang badan Aina untuk tenangkan kakaknya itu. Di perhatikan kedua-dua lutut Aina luka seluarnya juga terkoyak tersagat di jalan tar itu. Hanya tiang lampu yang malap menjadi saksi episod kedukaan ini.
Aina di papah Wardah berjalan perlahan-lahan menuju ke rumah. Sesampainya di hadapan pintu pagar beranda itu alangkah terkejutnya mereka bila melihat beg pakaian Aina yang bertaburan di atas tanah.
"Ya Allah..beg siapa ni?". Tanya Wardah sendiri.
Kelihatan Hajah Wati yang baru muncul di muka pintu.
"Beg kakak kesayangan kamu."
Terkejut Wardah di sapa kenyataan seperti itu.
"Tapi kenapa umi?". Tanya Wardah.
"Aina, aku tak mahu kamu ada kena mengena lagi dengan keluarga kami. Kamu dah conteng arang dekat muka kami." Kata Hajah Wati matanya tidak memandang ke wajah sugul Aina.
"Sampai hati umi". Aina pula bersuara.
"Aku tak ada anak yang macam kamu ni. Menyesal aku ambil kamu jadi anak angkat. Kesian anak aku Wahida tertipu dengan lakonan kamu." Kata Hajah Wati.
Kali ini pandangan matanya tepat ke dalam mata Aina.
"Umi !!". Jerit Wardah. Kesal dengan kata-kata mengguris hati.
Terkejut Hajah Wati bila mendengarkan nada tinggi dari anaknya itu.
"Kenapa nak sebut orang yang dah tak ada? Umi tak kesiankan kak Ida ke cakap macam tu?".
Berkaca matanya menatap uminya. Buka niat dia untuk meninggikan suara kepada seorang ibu, tapi ini sudah melampau.. hatinya turut tersinggung.
Berkerut dahinya Hajah Wati memandang si anak.
"Wada kamu pergi masuk. Tak payah nak bela orang yang entah siapa-siapa ni".
'Orang yang entah siapa-siapa?' Pecah semula air mata Aina kini bila mendengarkan kenyataan itu. Pedih untuk menerima. Yang bercakap itu adalah orang yang pernah dia berkasih sayang. Kenapa perubahan ini terlalu deras?
Wajah Wardah di pegang dan Aina menatap sepasang mata itu.
"Tak apa Wada. Akak sedar akak menumpang kasih kat sini. Tak apa sayang".
Langkah kaki ke hadapan tangannya mula bergerak mengutip beg dan pakaian yang bertaburan di tanah itu.
"Halalkan makan minum dan kasih sayang yang umi bagi pada Aina ya umi?".
Tangannya di hulur untuk bersalaman dengan Hajah Wati namun terus di tutup pintu rumah oleh penghuni itu.
Wardah masih di luar menolong Aina mengutip dan memasukkan semula pakaian yang bertaburan itu ke dalam beg.
"Akak nak pergi mana ni? dah lewat malam dah ni". Risau Wardah.
"Tak apa. akak tahu jaga diri. Terima kasih banyak eh Wada sebab tolong akak. Terima kasih juga sebab sudi jadi adik akak. Akak sayang Wada tau?."
Kata Aina namun tidak lagi dia menghadap wajah adiknya angkatnya itu.
"Akak pun nak pergi ke tinggalkan Wada?. Kenapa semua orang nak pergi?".
Wardah menangis semahu-mahunya di situ. tangannya masih tidak melepaskan sebelah tangan Aina yang di paut semasa Aina ingin melangkah. Sakit rasanya kehilangan orang tersayang. Sudah satu persatu kakak-kakaknya tiada. Sungguh dia sayangkan Aina.
Aina yang mendengarkan tangisan Wardah itu terpaksa tulikan telinganya untuk dia melangkah pergi. Harus dia lakukan walaupun dia tidak sanggup. Ingin dia mengusap air mata itu walaupun diri sendiri di banjiri air mata duka.
Sementara itu di balik pohon besar di pinggir jalan, ada susuk tubuh manusia yang memperhatikan babak penuh kesedihan itu dengan hati yang gembira.
"Well...well, kesian kau kan Aina? Tengoklah Semua orang yang sayang kau tu dah buang kau sekarang. Puas hati aku!".
Katanya sedirian. Bertepuk tangan di atas kedukaan orang lain yang dia CIPTAKAN !
Share this novel