Ibu hatijah yang dari jauh tersenyum melihat ke arah Honda jazz yang mula memasuki halaman luar rumah Darul Izzah itu. Jasanya yang sudah 20 tahun pada rumah anak yatim itu mula berkaca matanya merindukan anak-anak jagaannya dahulu dan dianggap anak sendiri itu mula berlari-lari memeluknya.
“Ibu!”
Berlari mereka kearah ibu angkat mereka.
“ibu kitaorang rindu” Azra bersuara
“ iye, ibu pun”
“Ibu sihat?” aku bertanya
“Alhamdulillah, sihat macam ini je la” senyum ibu membalas
Tisya menghulurkan buah tangan yang dibeli masa di pekan tadi sebelum datang ke sini. 2 biji kek untuk diberi pada ibu serta penghuni yang berada di Darul Izzah.
“nah ibu, kitaorang bawak kek favourite ibu”
“Wah, alhamdulillah terima kasih. Ingat lagi anak-anak ibu tentang kek favourite ibu ni. suka budak-budak tu nanti boleh makan kek” ibu teruja.
“Dah, jom masuk”
Kami mengikut ibu masuk ke ruang santai dalam rumah Darul Izah.
Kelihatan ibu memanggil seorang dari mereka untuk diberikan kek itu dan membawa ke dapur.
“apa khabar anak-anak ibu?” ibu bertanya
“sihat je ibu, makin gendut si syamin ni ha ibu” aku menyakat syamin
Ibu dan yang lain ketawa melihat syamin menunjukkan buku limanya padaku.
“macam mana Darul Izah sekarang ni ibu?” Azra bertanya
“Alhamdulillah makin stabil, sekarang ni ramai je yang bagi sumbangan kat Darul Izzah ni. Lega hati ibu.”
Ibu melepaskan nafas lega bila diceritakan ibu beberapa tahun yang lalu selepas kami keluar menjalani hidup sendiri, dia hampir kehilangan Darul Izzah kerana masalah dana yang tidak mencukupi sehinggalah datangnya seorang wannita yang membantu Darul Izzah ini. Orang kaya barangkali.
“Anak-anak ibu bila nak kahwin ni?”
Uhuk! Uhuk! Aku terbatuk mendengarkan soalan cepu mas ibu itu.
Syamin menggaru kepalanya yang tidak gatal
Azra berpuara-pura memandang sekeliling
Tisya tersengih bagai kerang busuk
Kami kelu di hadapan ibu.
“erm awal lagi .. ibu ni jangan la asyik tanya soalan tu, seram la ibu” tisya membalas.
“awal apanya.. korang ni dah nk hbis zaman 20an tahu?” ibu mencerlung matanya
“ibu suruh si Aina dan syamin ni kahwin dulu, diorang ni sepatutnya kahwin dulu.” Tisya menyelamatkan dirinya.
“eh, apahal?” aku mecelah
“susah ibu, Min tunggu Fattah Amin jadi duda barulah Min nak kahwin. Ibu relaks dulu ok. Hehehe” Syamin berseloroh.
Ye tahu, aku dan syamin paling tua di antara mereka. Umur kami masing-masing beza tidak jauh. Aku 27 tahun, Syamin sama sepertiku, Azra 25 tahun dan Tisya 26 tahun.
“Syamin .. Amin, hmm elok tak berkembang keturunan kau” Azra membahan.
Ibu memicit-micit kepalanya melihat telatah nakal anak-anak angkatnya itu.
“Jangan sampai ibu carikan nanti”. Ibu mengugut manja.
Kami hanya tersengih serba tak kena.
Kami rasa macam baru saja melangkah keluar dari Darul Izzah semalam. Terasa masih gadis-gadis yatim piatu yang masing-masing nakal dan masih tak tahu tentang perjalanan membesar menjadi seorang wanita. Aduhai ibu, bercakap pulak soal kahwin buat jiwa kacau!.
“Na, aku keluar dulu tau tunggu dekat kereta. Ujar Syamin yang telah selesai melipat telekungnya.
Kami singgah solat magrib sebentar di masjid wilayah. Mereka yang lain telah selesai solat dan menunggu aku di kereta.
Dalam berjalan menuju ke pintu keluar aku mencari handphone dalam beg sandang dan aku tertarik keluar sekali duit syiling yang ada dalam beg itu dan duit itu terjatuh serta terus bergolek ke atas lantai kaki lima masjid dan aku mengejar.
Dan ….. syiling itu berhenti bergolek di tahan oleh tangan seseorang.
Aku mendongak melihat setelah orang itu ikut bagun dari melutut sebelah kaki di lantai tadi. Melihat lelaki itu aku terkesima.
Lama …
Aku tidak sedar yang aku menatap lelaki itu lama sehingga dia kehairanan.
“Eh, astagfirullah!” menutup malu.
aku melarikan pandangan. sambil menggaru dahi yang tidak gatal itu menutup maluku sendiri.
Malu, terus menyumpah diri sendiri.
Lelaki itu masih diam tak berkutik.
Dan aku terus beredar dari situ.
Habis !
masak aku …
Bila terlihatkan kawan-kawanku yang bersandar pada kereta menungguku. Mereka nampak semuanya.
I’m death !
“takpa ustaz, masuk dalam tabung masjid je syiling tu” beritahu Tisya sambil menahan ketawa dari tadi pada lelaki berjubah kelabu serta berkopiah hitam itu.
Mungkin hairan melihat lelaki tu masih tercengang dan akhirnya dia mengangguk faham.
Aku awal-awal lagi dah lari masuk dalam kereta. Sungguh aku malu. Apalah nasib aku kejap lagi. Mesti akan di bahan kaw-kaw punya tak kasi lepas.
******
Kedengaran lagu bahagia kembali-Aliff Iskandar yang berkumandang di radio kereta sambungan bluetooh music oleh Azra memecah kesunyian dalam kereta.
Tisya tiba-tiba ketawa kuat.
“weh kau ni kenapa?” tanya Syamin terkejut
“sorry aku tak tahan bila teringat balik muka Na yang gelabah nak lari tadi lepas tengok mamat tu”. Tisya mulakan topic
Yang lain turut ketawa berdekah.
Ini yang aku tak suka ni. Bola mata kuputarkan keatas.
“iye weh, blank gila muka ustaz tu tadi. Kejap dia tegok syiling tu kejap tu tengok kau Na. Ya Allah kelakar. Ahahaha” syamin menambah.
“amboi kemain eh kau Na tenung anak teruna orang macam tu sekali. Sampai nak tembus biji mata. Kahkah”. Azra ikut join.
“eiii aku tak sengaja la. Mana aku tau aku jadi stuck kat situ”
Aku menafikan.
Bukan aku sengaja nak tenung dia tu. Badan aku yang tiba-tiba kejung kat situ.
This totally insane Aina Musfira!
“Aku rasa aura ibu ni kuat. Baru tadi cakap pasal jodoh” Azra berkata sambil memandangku.
“Apa masalah kau?!” aku menghempas soalan kepadanya.
“Jodoh kot tadi tu Na”. dia tersengih
“Kau jangan macam-macam eh”. Aku memberi amaran
“Dasyat kau ni, Ustaz pulak tu! Hambik” Tisya menambah.
Dan aku malas nak layan budak-budak ni. Sampai esok rasanya seronok diorang nak bahan aku.
Share this novel