Seketika Aina melintasi ruang solat, dia terdengar suara seseorang yang sedang mengaji. Hatinya bagai terkena renjatan bila dia mengenal alunan suara itu.
'takkan lah...... abang ?' soalan teka teki bermain di dalam benak hatinya.
Perlahan dia mendekati ruang itu dan di buka langsir yang menutupi. Sah ! suara itu milik Yazid. Suara yang sama dia dengar ketika dia menangis di masjid gara-gara terasa dengan sikap Fatimah. Suara alunan itu yang memujuk hatinya agar bertenang. Suara itu juga mendamaikan pemikirannya yang berkecamuk saat itu. Rupanya dia salah mentafsir bahawa itu adalah suara Ustaz Akhtar.
Aina mendekati Yazid yang sedang mengaji itu dan dia bersimpuh di sebelah suaminya. Menatap wajah yang menjadi raja di hatinya kini. Matanya berkaca terharu bercampur bahagia.
Terasa di perhatikan, Yazid menghabiskan ayat bacaan yang terakhir dan menutup kitab suci Al-quran itu lalu mengerling ke sebelah kirinya melihat wajah sang isteri yang tersayang. Senyuman di ukirkan..
"Kenapa sayang pandang abang macam tu ?".
Tangannya membelai pipi Aina penuh kasih.
"Betul.... memang betul abang ni jodoh saya". Aina turut memegang tangan Yazid di pipinya itu.
Yazid mengerutkan dahinya. "Kenapa ni sayang ?"
"Suara abang yang saya dengar di masjid dulu. Ye tak silap lagi."
"Kejap...maksud sayang pernah dengar abang mengaji masa bulan puasa hampir 2 tahun yang lalu ?".
Yazid meneka, memang dia ingat..hanya itu kali pertama dan terakhir dia mengaji untuk mengisi masa lapang di masjid kampungnya dahulu.
Aina mengganguk laju mengiakan kata-katanya.
Yazid terus menarik Aina rapat kedalam pelukannya. Di usap-usap belakang kepala sang isteri.
"Kita sememangnya dekat dan berjodoh tetapi kita je yang tak sedar abang. Masing-masing hanyut dalam kekecewaan yang di hadapi sampai kita tak sedar yang Tuhan tu cekap aturkan pertanda jodoh buat kita".
"Tapi kan sayang...." pelukan di leraikan. Mengangkat dagu Aina menatap matanya.
"Abang memang dah dapat nampak semua tu dari dulu. Abang dapat teka dari awal lagi semua petanda ni." Bicara Yazid kini mengelirukan Aina.
"Maksud abang ?". terkedip matanya memandang Yazid.
"Abang dah perasan sewaktu kali kedua kita berjumpa. Masa tu abang tengah bertugas jaga lalu lintas then Sayang hampir di langgar kereta. Ingat tak ? abang yang selamatkan sayang waktu tu?".
Aina masih memproses ingatannya kembali..
Dan .. dia ingat jua tentang pemandu yang kurang ajar melanggar lampu merah menyebabkan dia hampir hilang nyawa.
Lalu dia mengganguk tanda mengingati peristiwa itu.
Yazid tersenyum...
"Maafkan abang sebab tak terima sayang seadanya dulu walaupun abang faham petanda yang datang. Abang masih berharap yang kebetulan antara abang dan sayang adalah sebagai hadirnya cerita baru yang ada kena mengena dalam hidup wahida tapi bukan abang."
Jatuh Air matanya...Aina tidak dapat menahan sebak bila nama Wahida meniti pada pendengaran telinganya.
Air mata itu di sapu perlahan oleh Yazid.
Lalu sampul berwarna coklat itu di keluarkan dari rak kecil di sudut dinding belakang mereka.
Terbuka sedikit luas sepasang mata Aina melihat sampul di tangan Yazid itu. Dia kenal sampul itu yang sudah terkoyak sedikit akibat perebutan mereka tempoh hari.
Melihatkan riaksi berubah di wajah Aina.. Yazid ketawa sedikit .. comel wajah isterinya saat ini.
"Nak tahu tak apa dalam ni ?".
Yazid melayang-layangkan sampul itu di hadapan muka Aina.
"Eh boleh tengok ke?, haritu tak bagi sangat." Suara Aina kedengaran memerli Yazid.
Yazid ketawa lagi...lalu sampul itu di keluarkan isi di dalamnya. Ada beberapa keping gambar Yazid yang sedang memakai uniform.
"Lahh, ni semua gambar abang... kenapa nak rahsia sangat tah".
Aina menegeluh bila isi dalam sampul itu tidak menyelesaikan teka-tekinya sedari dulu..
sekeping gambar di ambil dan di tunjukkan pada Aina.
"Cuba sayang tengok betul-betul...yang kat belakang ni siapa?"
Jari Yazid menunjukkan figura seseorang yang berdiri jauh di belakang gambarnya yang sedang bertugas itu di ambil secara rawak oleh rakan setugas untuk laporan kepada ketua unit mereka.
Aina mengecilkan matanya melihat dan dia sangat terkejut melihat figura itu adalah dirinya.
"Eh abang, ni gambar saya ni.. and masa saya tengah jalan ni dengan Tisya nak masuk Mcd. What a coincidence".
Aina sangat tidak menyangka.
"Yes, abang pun tak sedar masa mula-mula gambar ni di tampal pada notice board kat unit abang. Then abang fokus balik baru abang sedar perempuan kat belakang tu sayang. Abang minta salinan gambar ni dekat kawan abang untuk abang simpan. Abang sendiri taktau apa yang abang rasa waktu tu. Yang abang tahu, abang macam mengharap lagi akan ada kebetulan macam tu dengan sayang".
"Then kenapa abang takut sangat nak bagi saya tengok ni semua?". Aina masih tidak berpuas hati.
"Abang tak bersedia nak bagitau and abang takut sayang ingat abang ni stalk sayang". Balas Yazid seraya menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Aina menjeling "Ish, abang ni. suka overthinking".
Aina menjeling.
Pipi isteri itu di cubit perlahan.
"Terima kasih sudi terima abang semula. Abang beruntung sangat ada isteri penyabar dan cantik macam sayang ni". Yazid tersenyum gatal.
"Apa abang ni sengih macam tu ? Scary lah". Di jauhkan sikit dirinya dari tatapan semacam oleh Yazid.
Yazid terus memeluk Aina dan di cium dahi isterinya itu bertalu-talu. Aina yang lemas di lakukan seperti itu terus menggeletek pinggang Yazid sehingga kedua-duanya jatuh terbaring di situ.
Yazid menangkap tangan Aina yang tak henti menggeletek dia itu.
"Sayang ...... jom masuk bilik".
Terus badan Aina melayang di bawa Yazid.
Bahagia semakin datang menapak dengan rapat di dalam rumah tangga mereka.
Share this novel