Bab 53

Romance Completed 30624

Sebuah rumah kampung yang cantik itu di perhatikan lama oleh mereka bertiga.

"Oi, betul ke ni rumahnya?". Tanya Syamin. Matanya tidak lekang memerhati dekorasi pada halaman rumah itu. Cantik macam dalam kebun bunga.

"Tengok pada location betul dah ni." Kata Azra yang juga ralit memerhati keadaan sekeliling.

"Dah tu terpacak apa lagi kat sini, bagi la salam!".
Arah Tisya tidak sabar.

"Assalamualaikum..." Laung Azra.

Sepi, tiada jawapan.

Dahi mereka bertiga berkerut memandang sesama sendiri. Tisya memberi isyarat untuk Azra ulang semula.

Baru sahaja Azra ingin memberi salam...

"Ye.. waalaikumsalam. kejap !". Laung seseorang dari dalam rumah.

Kelihatan seorang wanita di pertengahan usia muncul di muka pintu.

"Ye cari siapa?". Tanya Tuan rumah itu kepada tiga orang gadis yang terpacak sebaris di hadapannya kini.

"Erk..macam ni Kak, kitaorang cari kawan. Location gps dia tunjuk kawasan rumah akak. Tepat sekali pada rumah akak ni". Jelas Tisya.

"Haaa...awak semua cari Aina ye?". Tanya Juriah yang semestinya dia memahami.

Dengan pantas kepala mereka bertiga mengganguk.

Juriah tersenyum..

"marilah masuk dulu. Aina ada kat dalam tengah solat."

Sesungguhnya mereka bertiga mengucap syukur Aina telah di jumpai pada rumah yang tepat.

*****

"So apa plan kau lepas ni? Yazid tak cari kau ke?". Tanya Azra.

"Dia dah kecewa dengan aku beb". Aina menunduk meneku lantai.

"Tapi kau masih isteri dia. Tanggungjawab dia masih jalan". Balas Azra.

"Aku tak tahu la macam mana sekarang ni. Aku ni dah macam tak ada kekuatan dah. Hati aku ni remuk bila terkenangkan diorang dan apa yang jadi malam tu."

Azra menggosok tangan Aina menenangkannya.

"Ye aku faham..sabar okay. Kitaorang ada. Biarlah sapa pun buang kau.. kitaorang takkan buang kau. Kuat okay?".
Tisya pula bersuara untuk bagi kekuatan kepada Aina.

"Aku rasa aku nak pergi jauh la. Nak besarkan baby ni dengan tenang."
Aina bersuara mengejutkan semua orang di situ.

"Ya Allah...nak pergi mana lagi kau ni.. Jangan laa..." Azra mengomel risau.

"Aku dah terima tawaran company untuk kerja dekat oversea selama 2 tahun yang sebelum-sebelum ni aku tolak. Diorang nak hantar aku training dekat branch sana".
Aina menghela nafas berat.

"Ha? overseas? mak oi makin jauh pulak. Overseas kat mana?". Tanya Tisya.

"Jepun".
Kenyataan dari Aina ini mengundang sugul di wajah mereka.

"Apasal drastik sangat keputusan kau ni? Fikir habis dah ke?". Syamin mula bersuara.

"Sorry gais aku minta di awalkan . this weekend aku da nak fly. So esok kita balik kl tau aku nak settlekan apa yang patut."

Keputusan Aina tidak bisa di ubah lagi. Biarlah jika itu yang terbaik untuk merawat luka yang tertanggung sekarang ini. Mereka hanya menyokong dari belakang.

*****

"Mak..mak...jangan la mak... jangan buat perangai".

Yusma mengejar langkah dan menarik-narik tangan Puan Hasmah yang bagai di rasuk angin kemarahan itu.

"Kamu jangan nak halang mak Yusma. Kamu pergi balik. Jangan ikut mak". Puan Hasmah tetap berjalan dengan laju menuju ke rumah Hajah Wati.

Dari kejauhan Hajah Wati melihatkan Puan Hasmah yang sedang menuju masuk ke kawasan rumahnya. Ada apa ini? dia rasa tidak senang hati.

"Assalamualaikum Kak Hajah". Salam di beri dengan wajah yang mencuka dari Puan Hasmah.

Terhenti kerja menyapu halaman dek sapaan dari 'besannya' yang dulu dia anggap.

"Waalaikumsalam. Ada apa Mah?".

"Sampai hati Kak Hajah kan halau Aina? Mah ni dah susah hati tau cari dia dan dengan Yazid."

"Kenapa pulak kamu nak marah-marah aku Mah. Dah memang menantu kamu tu perangai tak semenggah."
Hajah Wati juga berubah kasar cara panggilnya kepada Puan Hasmah.

Terlopong mulut Puan Hasmah mendengarkan. Tiada lagi panggil 'akak' dari Hajah Wati itu.

"Kak hajah ada bukti ke yang apa yang jadi semua tu memang salah Aina?"

"Kalau dah jadi depan mata aku bukti apa lagi kamu nak Mah?".

Hajah Wati menyambung semula kerja menyapu halaman.

"Aina tu walaupun baru je jadi menantu Mah tak sampai 5 tahun pun tapi Mah rasa dah lama kenal dia. Dia menantu yang baik tau kak. Mah kenal menantu Mah sendiri !".
Puan Hasmah naik berang bila Aina di perkecilkan oleh orang lain.

"Biasa la Mah, pandai berlakon dia tu..Dulu pun masa jadi anak angkat aku..begitu juga dia..baik aje. Tapi tengok la apa dia dah buat".
Hajah Wati terus berkata tanpa sedar yang perkataannya itu keterlaluan.

"Kak Hajah ni memang dah termakan fitnah la Mah rasa. Mengucap banyak-banyak Kak Hajah. karang mati nanti tak sempat minta ampun dekat Aina !."

Berubah terus riak wajah Hajah Wati.. Matanya di cerlung memandang Puan Hasmah. Di cari kesabarannya sebentar dengan tidak sengaja dia terpandangkan Wardah yang mendengarkan pertelingkahan mereka di muka pintu. Wardah hanya mampu menggelengkan kepala dan menjeling sekilas lalu bila bertemu pandang dengan uminya lalu beredar ingin ke luar. Jelas dia sendiri marah bila mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut Hajah Wati itu.

"Kamu nak ke mana tu?!". Wardah di tegur oleh Hajah Wati bila melepasi mereka.

"Panas telinga duduk sini. Nak cari ketenangan". Balas Wardah selamba.

Yusma pula di belakang emaknya itu hanya mampu menarik-narik emaknya supaya balik namun Puan Hasmah mempunyai kudrat yang masih kuat. Senang sahaja dia menolak tangan Yusma dari menariknya.

"Kamu ni Mah kalau datang sini nak marah-marah aku sebab nak bela si Aina tu baik kamu balik jelah. Tak hairan aku."

"Kak Hajah tak hairan? lepastu kalau jadi apa-apa dekat Aina tu..semua punca dari kak Hajah tau. Kak Hajah jangan ingat saya ni saja-saja nak datang sini. Saya sakit hati sangat dengan apa yang kak Hajah buat dengan Aina. Aina tu tengah mengandung. Jadi apa-apa dekat cucu saya saya tak lepas Kak Hajah !."

Puan Hasmah masih berang dengan sikap ego Hajah Wati itu.

"Dah tu kamu nak apa?! Memang dia sendiri yang cari masalah. Pandai-pandai la bawak diri. Jantan yang tidur dengan dia tu mana? jaga la dia ! Bukan salah aku kamu tau?".
Tengking Hajah Wati.

"Astagfirullahaladzim... tak malu kat anak-anak ke tua-tua pun nak gaduh ni?".

Suara Ustazah Zainab memecah susana tegang di antara mereka. Yusma menghela nafas lega. Rupanya Akhtar cepat bertindak bila tadi dalam kegawatan itu dia sempat menghantar pesanan ringkas pada Akhtar untuk meminta bantuan.

"Apa-apa pun masalah boleh bawak berbincang kan?..Kalau Aina tahu sebab dia kamu berdua ni bergaduh..Lagi la dia taknak balik. Puncanya dari dia rasakan nanti".
Ustazah Zainab meleteri Puan Hasmah dan Hajah Wati.

"Biar dia sedar diri. Pandai menconteng arang kat muka orang tanggunglah". Bidas Hajah Wati.

"Astagfirullahaladzim..... Astagfirullahaladzim..." Ustazah Zainab mengurut dadanya.

Apa kena dengan Hajah Wati ini?. Lancang bukan main mulutnya.

"Apa dah jadi dengan kau ni Wati. Dulu bukan main sayang kau kat Aina. Sekarang ni orang tu buat salah sikit di maki di hina orang tu kau dah kenapa?". Ustazah Zainab kesal.

"Itu dulu Nab. Sekarang bila orang dah buat taik takkan aku nak biar je? Berzina tu kau ingat hal kecil ke Nab? aku tak nak tanggung dosa". Ujar Hajah Wati membela diri.

"Aku tak tahu la siapa yang hasut kau ni jadi macam ni. Anak kau pun tak macam kau ni cakap macam orang tak ada agama".
Ustazah Zainab pula ibarat bergaduh dengan Hajah Wati.

"Mah yakin Kak Nab. Aina tu tak seteruk itu. Dia sayang sangat dengan Azid. Cuma kita tak ada bukti aje."
Puan Hasmah tampil lagi membela Menantunya.

"Assalamualaikum!!!"

Semua mata tertumpu pada seorang budak lelaki yang sedang berlari dan tercungap-cungap mencari nafas.

"Waalaikumsalam..kenapa dengan kamu ni Iqbal?". Akhtar menyambut sapaan budak lelaki di kampung mereka itu.

Iqbal masih mencari nafas keletihan berlari kemari.

"Tu...tu... ustazah..ustaz...kat sana tu...." ayat Iqbal tergantung.

"Tu...tu...apa Iqbal?! ". Ustazah Zainab cemas.

"Kak Wardah tengah bergaduh dengan Ustazah yang mengajar dekat tadika tu....dekat sana. Teruk bergaduh tu".

Kata-kata Iqbal mengundang jerit dan suasana cemas dari mereka yang ada di situ.

"Allah..anak aku !!!". Cemas Hajah Wati merisaukan Wardah.

"Allahuakbar..dekat sana tu dekat mana !! cuba cerita bagi habis!". Tanya Ustazah Zainab.

"Dekat parit besar sana !! Tak ada masa Ustazah nak cerita..jom !!!".

Iqbal terus menarik tangan Akhtar dan berlari ke arah sana.

"Haa ye jom..jom!!". Kata Ustazah Zainab dan di ikuti oleh yang lain.

*******

Dulang makanan di letakkan di atas meja lampu di tepi katil. Sayu jiwanya melihat keadaan Yazid yang duduk di birai katil dan merenung ke arah cermin lutsinar yang menampakkan laut. Sudah berapa hari mereka di sini di langkawi ini. Yazid tetap begitu tidak mahu menjamah sedikit pun makanan dan Syafiq asyik menggantikan dulang makanan yang selalu penuh tanpa di usik sedikit pun.

"Zid, kau tak boleh terus macam ni. Kau kena makan sikit. Nanti kau sakit". Syafiq cuba memujuk Yazid.

Namun Yazid tetap membeku. Ingatkan datang langkawi ni boleh la makan angin. Tapi melihatkan keadaan Yazid ni tak sampai hati pula dia ingin berseronok. Makin teruk mengelamun adalah.

"Kau kena kuat Zid. Ni ujian rumah tangga kau. Batera rumah tangga mana yang tak lari dari kena uji?. Kau cuma kena kumpul balik semangat kau. Inshallah ada jalan. Jangan terus macam ni bro."

Syafiq terus terusan memberi kata-kata semangat buat kawannya itu walaupun dari hari pertama mereka datang sini Yazid tidak bersuara sampai la sekarang.

Bagi Yazid. Dia kecewa...tersangat kecewa. Bukan dia membenci Aina. Tapi hati dia tak kuat untuk mengenangkan hal yang terjadi. Tiap kali kejadian malam itu terimbas di ingatan, ada sahaja barang yang akan pecah di balingnya.
Oleh sebab demikian Syafiq akan menukarkan barang yang ada di homestay milik Yazid itu dengan barangan plastik terumanya di bilik yang di duduki Yazid itu.

*******

Aina sedang berada di hadapan kubur Wahida. Ingin dia mengucapkan selamat tinggal buat sahabat baiknya itu sebelum pergi jauh. Yasin telah di baca.. rumput liar menumbuh juga telah di cabut dan di bersihkan...dia tersenyum memandang batu nisan yang jelas tertera nama insan yang pernah menjadi sebahagian dalam hidupnya.

"Assalamualaikum Wahida. Saya datang ni..Afiq nak tengok ibu ngah dia."
Aina menggosok perutnya..Sudah di beri nama kepada anak dalam kandungan itu.

"Wahida...saya nak pergi jauh tau..saya datang ni nak ucap selamat tinggal kat awak. lepas ni saya tak akan balik lagi ke sini. Maafkan saya tak dapat jaga Umi dan Wardah. Saya tak boleh teruskan amanah awak. Saya bukan siapa-siap dah dalam keluarga awak. Mungkin takdir dah tulis untuk saya jaga amanah awak itu sekejap sahaja."
Aina menangis, di kuatkan genggaman pada batu nisan itu.

"Saya dah malukan keluarga awak. Umi marah sangat. Memang salah saya..Tapi tak apa saya redha apa yang terjadi. Awak pun jangan marah saya ye?".

"Saya faham kenapa umi dah tak nak saya jadi anak dia. Kalau orang lain mungkin akan lalukan hal yang sama. Saya sedar diri saya. Saya dapat menumpang kasih sekejap pun saya bersyukur sangat. Walau apa pun, sayang saya pada mereka takkan berubah. Saya juga minta maaf sebab dah lukakan hati Yazid. Semua itu terjadi sekelip mata."

Sementara itu awan hitam mula menutupi langit dan angin kencang bertiup deras menandakan hari akan hujan sebentar lagi.
Tiga lagi rakannya yang lain menunggu di luar kereta menemani Aina dari jauh bagi memberi ruang. Sedikit hairan bila ramalan cuaca tidak tepat walhal dikatakan hari ini cerah sepanjang hari.

Aina masih tidak terusik dek tiupan angin yang di rasakannya itu. Masih dalam pelayaran berbual di pusara Wahida.

"Aina...jom kita kena gerak sekarang..hari nak hujan ni.. takut Wardah tunggu lama".

Tisya datang dan mengajak Aina pulang. Sebelum itu mereka telah berjanji untuk berjumpa dengan Wardah setelah di rayu oleh Wardah bila mendengarkan khabar bahawa Aina akan balik ke Kl dan berangkat ke Jepun pada hujung minggu ini.

"Saya balik dulu ye....Saya minta maaf sangat-sangat. Saya doakan awak terus bahagia di alam sana.. Assalamualaikum".

Aina bangun dan mengikuti langkah Tisya. Matanya masih tidak lepas dari memandang pusara Wahida. Air matanya deras mengalir tanpa henti. Ni kali terakhir dia menjejakkan kaki ke sini. Moga terus kuat untuk dia menyimpan memori indah bersama Wahida itu.

p/s : Wardah mengamuk? biar betul...... Wahida pun sedih Aina nak pergi jauh .. moga rohnya tenang di sana :(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience