Bab 43

Romance Completed 30624

Dalam tahap kesabaran yang menggunung, kakinya Yazid sudah berlari rentak dalam hayunan terapung-apung di atas motorsikalnya yang sudah di tongkat dua itu menunggu si dia pulang.

Aina yang melintasi keberadaan Yazid di situ sekadar memandang hairan bila Yazid melompat dan berdiri menahan laluan Aina untuk ke menuju ke dalam rumah.

"Puas kau merayau? Dah nak magrib baru nak balik?". Timbul soalan sergahan dari Yazid.

Aina yang terkejut dengan kelakuan Yazid itu terus mengunci langkah kakinya.

"Saya pergi mengail ikan dekat parit besar tu tadi. Lepas asar baru pergi... memang lambat sikit nak dapat ikan. Ni pun tak banyak. sikit je boleh la buat pekasam".

sebuah baldi berisi ikan talapia dan sepat hasil dia dan Wardah yang mengail dan mensauk di sawah serta parit besar tadi di suakan naik menggerakkan sedikit untuk tatapan Yazid.

Setelah Aina melihat Yazid membisu dia bergerak ke arah tempayan berisi air untuk membersihkan kakinya.

"Kau Mengail ikan ke mengail perhatian jantan lain kat kampung ni?".
Balas Yazid tidak beriak ke arah baldi yang ada di sisi kakinya sendiri.

Aina terdiam. Tangannya menggengam selipar yang ada di tangga batu di hadapannya itu lalu berpusing ke belakang berjalan mendekati Yazid.

"Apa awak cakap? Mengail perhatian jantan lain?". Aina terasa panas telinga.

Yazid yang sedang berpeluk tubuh itu kelihatan bersahaja.

"Haa ye, kau ingat aku tak nampak yang kau menggedik dengan Ustaz Akhtar tadi?".

"What!! menggedik pulak?. Eii mulut awak ni melampau eh".

Tanpa tertahan Aina menampar pipi Yazid menggunakan sebelah selipar yang di ambil di tangga rumah tadi.

"Adoi! Apa ni, kotor la!".

Yazid menyerigai sakit bila terkena tamparan selipar itu. Mencerlung matanya memandang Aina.

"Mulut awak ni memang main lepas je kan? tuduh saya yang bukan-bukan. Ustaz tu tegur saya sekali lalu aje masa kat jalan tadi. Gedik apanya?!". balas Aina kegeraman.

"Haah gedik ! perhatian laki lain sibuk nak tarik. kalau suami sendiri buat tahu je!". Balas Yazid lagi sengaja mahu membakar kesabaran Aina itu.

Lagi sekali tamparan dari selipar Aina itu singgah ke pipi Yazid. Kali ini sedikit keras sampai dia terduduk semula di atas motosikalnya.

"Hoii, sakit tau tak?!". Tengking Yazid.

Aina tidak peduli. lagi di tambah tamparan itu. Puas hatinya.

"Padanlah muka. Mulut tu siapa suruh tak jaga!".

Selipar dilemparkan ke tanah dan Aina terus naik masuk ke dalam rumah. Terasa betul-betul sakit hati melayan sikap cakap lepas Yazid itu.

Yazid menarik sedikit kolar baju T-shirt bulatnya dan menggosok-gosok pipinya yang terasa kebas itu. Cemburunya itu tidak dapat di kawal.

"Tampar-tampar orang pakai selipar pulak!".

Seketika dia tidak lepas merenung Aina yang sudah hilang dari pandangan itu, matanya tertangkap figura manusia yang sedang ketawa pada jendela tingkap di sebelah kanan sana.

"Oi, kau jangan nak rakam-rakam eh Kak ! ".

Marah Yazid melihatkan Yusma di situ sedang ketawa sambil merakam dirinya dengan telefon pintar milik kakaknya itu. Malu rasanya bila adegan tadi diperhatikan oleh kakaknya itu.

Mendengarkan amaran Yazid itu dia terus menutup jendela tingkapnya dan menjelir lidah ke arah adiknya.

"Padan muka kau!". Ejek Yusma.

Aina menghempas kasar baju yang di pakainya ke dalam bakul pakaian kotor yang ada dalam bilik itu. Panas hatinya melihatkan sikap Yazid tadi.

"Asal bersembang dengan laki sikit.. gedik ! asal gelak dengan lelaki sikit gatal ! ish..bukan masalah besar sangat pun !". Gumam Aina sendiri.

Buk !!

Aina terlanggar Yazid yang sedang berdiri di muka pintu. Dirinya tidak sedar bahawa Yazid telah lama perhatikan kelakuan dia sebentar tadi.
Aina mengendurkan pandangan bila di panah tajam bebola mata Yazid ke arahnya.

"Tepilah saya nak keluar". Kata Aina melarikan pandangan.

Yazid melihat keadaan Aina dari atas ke bawah yang sedang berkemban kain batik dan menutupi kepala dan bahagian yang terdedah dengan tualanya.
Yazid menelan air liur.

"Kau nak pergi mana dengan pakai macam ni?". Tanya Yazid.

Aina memusingkan bola matanya.

"Saya nak pergi mandi la. Takkan nak jalan-jalan pulak!". lalu di rempuh badan Yazid yang tegap berdiri itu.

Aina menyalakan suis lampu dan mula masuk ke dalam bilik air. Dengan tidak semena-menanya pintu bilik air yang mahu di tutup Aina itu di tahan oleh satu tangan yang berurat kekar.

"Ish awak nak apa?!". Aina terkejut melihat Yazid di celahan pintu yang terbuka sedikit itu.

"Bukak la, aku nak masuk!". Arah Yazid.

"Jangan !". Aina jadi gelabah.

Kekuatan tenaga lelaki tidak setanding wanita. Yazid berjaya membuka pintu bilik air itu dan dia terus masuk ke dalam.

"Apa pandang aku macam tu? biar la aku nak mandi jugak!".
Kata Yazid selamba mendekati Aina dan dia cuba untuk membuka lipatan kecil di dada yang terselit di balik kain batik yang Aina pakai itu.

Pantas Aina menahan tangan Yazid. Lalu dia menggeleng perlahan. Melihatkan wajah isterinya yang meminta simpati itu.. Yazid jadi tak keruan. Lalu sebelah tangan lagi mengusap pipi mulus Aina.

********

Aina sesekali mehanan rasa nyeri pada celah kangkangnya sambil menyikat rambut. Dia tak sangka yang dia dan Yazid telah bersama untuk pertama kali di dalam bilik air ! keluhan di lepaskan.

Mendengarkan keluhan si isteri, Yazid memakukan pandangan di cermin solek melihat wajah Aina itu.

"Sorry, aku tak boleh control". Kata Yazid yang sedang bersandar pada katil.

Aina hanya diam dan mukanya merona kemerahan bila terus di tegur seperti itu oleh Yazid.

Bila melihatkan Aina yang diam tidak berkutik itu. Yazid menutup majalah yang ada pada tangannya kini lalu di letakkan pada meja kecil di sebelah.

"Aku minta maaf sebab berkasar dengan kau petang tadi. Aku tak suka tengok cara ustaz Akhtar tu pandang kau." Yazid berkata lagi untuk mengundang riaksi isteri itu.

"Kami hanya kawan." balas Aina pendek ayatnya.

"Aku tetap tak suka. Aku tahu kau dan Ustaz Akhtar tu siapa sebelum ni". jelas ada kerutan di balik wajah Yazid itu.

Aina malas hendak melayan angin cemburu suaminya itu lalu dia berjalan ke arah katil, selimut di angkat dan mengiringkan badannya membelakangi Yazid.

Yazid tidak betah di abaikan seperti itu. Lalu dia memeluk Aina dari belakang dan dagunya di atas bahu isteri.

"Aku tahu kau marah. Tapi....kau milik aku seorang".

Aina memejam rapat matanya. Ada air yang mengalir di tubir mata itu melayan keletihan yang tersisa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience