jam ditangannya dikerling sejenak
“aduh, nak masuk isyak dah ni. Tak sempat rasanya nak solat kat rumah”
Gumam Aina pelahan akan risaunya dia terlepas waktu magrib akibat kelekaannya di pejabat sehingga pulang kerja lewat. Di bukanya waze di telefon pintarnya mencari lokasi masjid terdekat di sekitar Bandar kuala Lumpur itu dan mempercepatkan destinasinya.
Setelah tiba di masjid wilayah, Aina mempercepatkan langkahnya menuju ke ruang solat wanita di masjid itu kerana mengejar solat asarnya yang tertangguh hingga menyebabkan langkahnya yang kalut itu telanggar seseorang wanita bertudung labuh yang datang dari arah bertentangan.
“maaf saya tak sengaja, saya nak cepat tadi. Awak ok ke” risau Aina.
“tak apa, saya ok, maaflah saya pun tak tengok depan tadi sibuk cari kunci kereta dalam beg ni ha” balas wanita itu.
Kedua-duanya tersenyum lantas beredar dari laluan kaki lima masjid itu.
Dikerling jam di masjid itu menandakan waktu isyak akan tiba. Sebal dihati menangguhkan solatnya ketika di pejabat tadi kerana terlalu banyak tugasan untuk disiapkan.
‘ haaa itu la Aina yang dulu dan sekarang, solat tak pernah disiplin buat awal waktu. Kau ni makin naik lemak tau. Ubah sikit perangai tu’ kutuk Aina pada dirinya.
Berpikir sejenak, ‘apa kata kalau aku tunggu je solat isyak. Balik pun senang hati,kan’ Aina tersenyum sendiri. Dalam keterlekaannya mendengar takzkirah magrib di masjid itu, hatinya tersentuh akan bait kata penceramah tersebut
“hati manusia ini berbolak balik, jadi pada hari ini jika seorang pendosa menagis kerana dosanya , maka telah Allah ampunkan. Maka seluruh malaikat mendengar Tuhan memuji hambanya itu kepada makhlukNya dilangit dan di bumi. Maka kita sebagai manusia jangan menghukum seseorang itu lebih dari kerja Tuhan tentang masa silamnya. Setiap orang diberi peluang untuk bertaubat”.
Tersentuh hati Aina mendengar kelunakkan suara si penceramah itu, betul-betul menusuk kalbu bila terkenangkan dirinya di masa silam. Sejuk hati mendengar bait kata si penceramah itu. Perlahan bunyi keluhan terlepas dari bibir
‘haih..siapalah tukang ceramah ni, isteri dia mesti untung ada suami yang macam tu’.
Bukan dia tak teringin akan lelaki seperti itu dan dipikirannya si tukang ceramah mesti dah berusia dan berumah tangga. Seperti banyak pandangan yang berkata selalunya orang alim ni berkahwin awal heheh.Tetapi bila mengenangkan dirinya itu, dia mengalah serta sedar dirinya itu tentang tidak layaknya dia memiliki keinginan berjodoh seperti itu.Dia tersenyum pahit sendiri. Telefon pintar bergetar memberi isyarat tanda panggilan masuk.
“ hei, makcik, kau ni sesat ke tak tau jalan balik? Dah malam ni tak balik-balik” syamin dihujung talian.
Aduhai housematenya yang seorang ni. Macam mak-mak leterannya. Nasib sayang heheh.
“aku singgah kejap solat kat masjid, td aku balik lambat dari office. Aku tunggu isyak pastu aku balik lah. Kenapa?”
“ aku dah masak ni. Lauk banyak, saja nak pesan takut kau makan kat luar je”
“ha yelah nanti aku balik makan kt rumah. Jangan letak racun pulak.” Ketawa dia mengusik.
“amboi buruk sangka kat member nampak? Takkan la aku sampai hati nak letak racun. Paling kuat santau je. Hehehe”
Aina menjuihkan bibir.
“oklah jumpa kat rumah. Bye” Aina mematikan talian. Tersenyum geli hati mendengar usikan syamin tadi.
****
Ustaz muda itu tersenyum melihat Jemaah di masjid malam itu kelihatan macam biasa tidak terlalu ramai tetapi cukup untuk melihat masjid tidak lengang. Dia kini aktif memberi ceramah di masjid itu sejak pulang dari mesir setelah beberapa tahun tamat pengajian dan menetap di negara itu.
“ Ustaz Akhtar! Mari sini kejap” panggil seorang Jemaah masjid yang agak berusia itu.suka benar dia melihat pemuda alim lagi segak seperti ustaz Akhtar itu dan lantas tersenyum mengenangkan anaknya si Fatimah itu.
Akhtar yang sedang membetulkan kain serbannya yang di lipat panjang di bahu itu memandang sekilas pakcik Azhar yang dilihat berada di hujung tangga masjid.
Mereka berbual sehingga masjid semakin lenggang dari peredaran manusia yang mengunjungi masjid itu.
“Assalamualaikum”
Aina membuka pintu rumah serta menegur kawan-kawan serumahnya yang berada di ruang tamu itu. Kelihatan syamin, azra, dan tisya sedang menonton tv. Mereka berempat adalah rakan baik yang bersahabat dari kecil kerana sama-sama menetap di rumah anak yatim. Kini sama-sama juga tinggal sekali tetapi kerja berasingan. hubungan yang sangat rapat bagai adik beradik itu tersemat erat dalam dada masing-masing.
“waalaikumussalam ya habibi ya maulana”
balas azra dan yang lain sekadar menjawab salam seperti biasa. Amboi..
Aina melihat skrin di tv sambil tangannya membuka tudung saji menacari makanan yang sememangnya dia lapar dari tadi.
“weh, tengok movie apa. Lain macam je muka” Aina menegur
Tisya seraya berkata “insidious 3, beb meh la join”
‘biar betik’ Aina melihat kawannya yang seorang itu sangat penakut boleh melayan cerita seram di malam hari ni. Lalu menegur azra
“oi cik kak, kau berani pulak tengok cerita macam ni malam-malam, bukan kau penakut ke?”
“eh bukan penakut lah, Cuma kurang berani je.Cakap lapik banyak sikit tau. Tapi setakat cerita macam ni.. eleh takdak hal la.”
azra menjeling tanda protes mempertahankan maruahnya.
“ahahah, yelah sangat kau tu. Tengah malam karang kau jangan ajak sapa-sapa teman kau tido eh. Eh semua orang kunci pintu okeh” Aina tersenyum sinis
Azra menelan air liur dan menayangkan giginya tanda dia bergurau. Tahu takut, tadi kemain warning orang hahah.
Share this novel