Bab 29

Romance Completed 30624

"Kau relaks, semua mission kita ada 4. So... one is out then, we have another three". 3 jari Tisha di layang-layangkan hadapan Aina.

"one month one mission ok? Jangan nampak sangat macam terburu-buru". tambah Tisya.

Aina menguis-guis air di dalam gelas minumannya. Lunch mereka di restoran hadapan office Tisya.

"Kau yakin ke semua mission ni boleh pakai?". Riak wajah Aina yang bosan menunggu makanan tidak sampai-sampai. tahukah dia itu kebuluran.

"At least kau tu ada usaha untuk bahagiakan rumah tangga kau." Tisya berkata.

Aina menung melihat jalan sambil mengangguk lemah.

'Aku je ke yang kena usaha?' tanya pada hatinya sendiri.

Seketika itu dia melihat sekumpulan lelaki yang beruniform masuk ke dalam restoran yang sama. Dia sangat kenal salah satu dari mereka !

Yazid yang melintasi meja yang di duduki oleh Aina dan Tisya itu dia pandang sejenak. Syafiq yang di belakangnya masih ingat akan wajah wanita yang di masjid semasa majlis akad nikah Yazid tempoh hari. Dia mengangkat tangan menyapa Aina. Aina hanya balas dengan senyuman ke arah Syafiq.

Kemudian mereka berlalu pergi mengikut rakan yang lain menuju ke sebuah meja yang selang beberapa buah dari meja mereka.

Tisya yang sedari tadi hanya memerhati kumpulan lelaki itu.

"Macam gitu je? jalan buat dek je kat kau!". geram Tisha akan perangai Yazid yang berlagak seolah-olah tidak kenal isteri sendiri.

Aina hanya membuat muka 'penyek'nya kepada Tisya tanda 'biarkan'.

Tisya pula yang panas hati melebihi Aina.

Sudah hampir dua bulan mereka menjalani hidup sebagai suami isteri. Perangai dingin Yazid seperti itu juga. Tak lekang oleh masa !

*******

Akhtar di beri oleh seseorang sekeping alamat. Katanya untuk berjumpa dengan seorang hamba Allah yang berbesar hati nak memberi sumbangan pada Darul Izzah. Dia bersiap2 untuk pergi.

"hah, kamu nak ke mana tu Akhtar?". Sapa ustazah Zainab kepada Akhtar yang sedang mencalit minyak attar pada lengan.

"keluar kejap Umi, nak jumpa pemberi sumbangan kepada Darul Izzah."

"Alhamdulillah..Dekat mana?".

"Tak pasti umi, kejap lagi nak buka waze la tengok mana rumahnya. Tengok dari alamat macam nak familiar kawasan tu.. kampung sebelah aje." terang Akhtar.

"Lelaki ke perempuan?".

"Takpasti umi. dia just bagi alamat rumah dia aje".

ustazah Zainab jadi pelik. misteri sangat ni pemberi sumbangan.

"Oklah, Akhtar pergi dulu ya umi". Tangan Ustazah Zainab dicium Akhtar.

Alamat yang dilihat ini sama seperti alamat yang tertera pada tembok batu pagar rumah itu. Keadaan rumah macam sedikit usang tetapi kemas.

"Biar betul rumah ni?". Akhtar jadi tak sedap hati.

Akhtar memberi salam berkali-kali tetapi tiada jawapan. Ditolakknya sedikit pagar itu lalu terbuka. terus dia menuju ambang pintu rumah.

"Assalamualaikum"... salam di beri lagi.

"waalaikumsalam, masuk la pintu tak berkunci".

kedengaran suara seorang wanita dari dalam.
Akhtar terasa bulu romanya menegak.

'perempuan?'

"Ada sesiapa lagi tak di dalam? saya risau Puan sorang-sorang" tanya Akhtar yang hanya nemembak persoalan untuk dia bertanya mahram wanita itu. Biar selesa padanya.

"Ada suami saya kat belakang". kata wanita itu dari dalam yang masih tidak dilihat orangnya dari tadi hanya suara sahaja.

Akhtar pun perlahan-lahan membuka pintu dan masuk.

"Cantik juga rumah ini"

kemudian dia mengambil tempat di sofa.

Datang seorang wanita membawa dulang minuman.
Akhtar panggung kepalanya melihat gerangan Tuan rumah tersebut. Wajahnya jelas memapar riak terkejut.

"Fatimah?"

Fatimah tersenyum manis kepada Akhtar. lalu duduk bersimpuh di lantai yang agak dekat dengan Akhtar.

Akhtar yang jelas tidak selesa itu menjarakkan sedepa daripada Fatimah yang duduk bersimpuh di sebelah kakinya. kemudian....

"Assalamualaikum!" kedengaran suara sekumpulan lelaki di muka pintu.

Akhtar panik. Mereka membuka pintu dan jelas terpampang keadaan Akhtar dan Fatimah yang berduaan di dalam rumah itu.

"kami dari jabatan Agama Islam. kami nak buat pemeriksaan di rumah ini setelah mendapat aduan tentang lelaki bukan muhrim yang masuk ke rumah ini".

"Tak-tak ini semua salah faham, kami tak buat apa-apa pun. Saya baru aje sampai. kan fatimah?". Akhtar meminta bantuan fatimah untuk penjelasan.

Fatimah hanya diam membisu.

"maaf, sekarang ni jelas kamu berdua-duaan dengan keadaan pintu yang tertutup. Mari kita selesaikan di pejabat agama."

"Nanti dulu!!". Kata seseorang yang lain.

semua mata memandang pada seseorang yang keluar dari arah dapur rumah.

Terasa pembuluh darahnya Akhtar tersekat. Dia bagai nak pengsan melihat Uminya yang bersuara itu. Tidak dapat di proses untuk berfikir macam mana Ustazah Zainab dan Uyaina boleh ada di situ.

Wajah Fatimah menjadi pucat.

"Siapa kata mereka berdua-duaan? habis kami ni apa ? tunggul ke?". Tegas Ustazah Zainab kepada pengawai jabatan agama itu.

Kemudian dilihat mereka berbincang sesama sendiri...

"Maafkan kami, mungkin kami mendapat aduan palsu". setelah itu mereka beredar keluar.

"Umi, macam mana umi boleh ada dekat sini?". Aktar menerpa ke arah Ustazah Zainab.

Ustazah Zainab hanya membuat isyarat diam pada Akhtar dengan mengangkat tangannya.

Akhtar yang melihat itu terus kematian kata.

Mata Ustazah Zainab kini tajam mencengkam ke arah Fatimah.

"Dari dulu lagi aku memang ada rasa sesuatu dengan kau ni". Ustazah Zainab mendekati wanita di hadapan mereka itu.

fatimah hanya terketar-ketar memandang Ustazah Zainab.

"Berani kau nak perangkap anak aku?!!". Hilang sudah kelembutan seorang Ustazah itu.

Uyaina yang ketakutan melihat ustazah Zainab itu terus dia mendekati dan di gosok-gosok perlahan dada mak saudaranya itu.
"bawak bersabar mak long..."

"Fatimah, kenapa kau tergamak buat macam ni?. Aku tak sangka betul.... mana maruah kau?" Uyaina berkata kepada sahabatnya..pandangan kesal menyertai.

"Akhtar saya minta maaf. saya terpaksa...buat macam ni". Fatimah merayu kepada Akhtar.

Akhtar yang ada di belakang itu hanya meneku lantai rumah. "Mari kita balik umi".

Terus Ustaz itu berjalan keluar dari rumah. Tidak di sangka wanita itu segila ini. Mujur Tuhan selamatkan dia.

Sesampainya di rumah, Ustazah Zainab terus masuk ke dalam bilik. Uyaina yang melihatkan itu hanya diam.

"Una, macam mana kau dan umi boleh ada kat sana tadi?". Akhtar bertanya soalan yang dia pendam sedari dalam kereta lagi tidak berani bersuara melihat keadaan uminya yang masih marah itu.

"Mak long call aku tadi dia suruh aku teman dia follow kau. katanya tak sedap hati."

"Habis macam mana boleh timbul dari pintu belakang?". Akhtar masih pelik.

"masa kitaorang sampai tu.. kami tengok van pejabat agama sampai. Aku memang dah rasa lain. Sekali aku pusing-pusing rumah tu, pintu belakang tak kunci. kitaorang masuk dari situ."

"Alhamdulillah, Allah hantar kau dan umi untuk selamatkan aku".

"Kau kena berterima kasih dekat mak long kerana
firasat seorang ibu. Kalau tak...kahwin free la kau".

Uyaina ketawa melihat muka cekodok Akhtar itu.

*******

Melihatkan Yazid yang sedang berjalan menuju ke muka pintu itu Aina terkocoh-kocoh mengejar dari dapur.

Mission 2 is on the way...

"Awak.. tunggu kejap". teguran Aina mematikan langkah Yazid.

Dilihat Aina yang tersenyum manis kepadanya bersama rambut yang di biarkan terurai itu mendekati.. comel sangat!

Tangan Yazid di gapai.. kemudian di cium Aina. Kemudian dia meletakkan beg kertas berisi bekal nasi goreng itu kepada suaminya.

Setelah itu dia menjalankan misinya.

"kau betul-betulkan la sikit baju dia ke... rambut dia ke... lepastu kau goda la dia peluk ke apa ke .. ala... pepandai kau lah!!' Aina tergiang-ngiang suara Tisya tempoh hari.

Dia tidak sedar yang dia asyik merenung Yazid.

Yazid yang kehairanan itu hanya berdehem untuk mengentikan lamunan Aina di hadapan.

Aina yang tersedar itu terus membetulkan kolar kemeja berwarna ungu pekat suaminya itu. lain benar Yazid bila tidak beruniform hari ini. kemudian Aina mencapai lengan Yazid untuk mengemaskan butang lengan baju itu. Yazid ini memang kelam kabut nak pergi kerja pun. nasib ada isteri yang uruskan.

Yazid yang melihat perilaku Aina itu hanya biarkan.

Setelah puas hati, Aina mendongak semula ke arah Yazid dan merangkul leher suaminya itu. dia menginjak naik tapak kakinya kerana Yazid itu tinggi. Kemudian.....

"chup !!!". Pipi Yazid di cium.

Yazid terkesima memandang Aina yang berada dekat dengan mukanya itu.

Aina tersenyum memandang Yazid. Berani betul dia kali ini demi misi nombor 2.

"Happy working". Rangkulan di leher di lepaskan..

Yazid terus berlalu pergi ke arah keretanya.

Mukanya merah padam.

Aina yang melihat itu kecewa .

"Blah macam tu je? hmmm".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience