Bab 13

Romance Completed 30624

Aku mencari seliparku di tangga surau. Uish mana lagi sebelah ni? tadi elok je aku susun kat sini. Nahhh jauh terperlanting lagi sebelah selipar aku dilihat berada di hujung tangga surau.
Cepat-cepat aku sarung gelisah aku mencari kelibat Umi, Wardah dan Wahida. janganlah mereka balik tinggal aku sorang-sorang sudah. Terfikirkan jalan kampung yang gelap dan sunyi tu. memang tak la aku nak jalan kaki sorang-sorang!

"Assalamualaikum.. Aina tunggu kejap"

Aku menoleh ke arah gerangan yang memberi salam itu. Oh My !!! lemah terus lutut terpandang bakal imamku ini . Opps!

"Ustaz tahu nama saya?". Aku pelik dari mana dia tahu namaku.

"Haah, tak kan lah saya tak tahu." Akhtar tersenyum manis sambil memerhati di hujung sana iaitu ke arah pondok batu kecil di tepi surau. kelihatan Wardah dan Wahida yang menunggu sambil membuat isyarat line clear.

Sah memang kerja budak berdua ni. kalau bagitau bukan-bukan pasal aku siap korang!

"Ada apa ye Ustaz?". aku bertanya.

"Ouh ya, saya nak tanya pasal Darul Izzah"

aku mengangkat kening bagi memberi isyarat supaya ustaz itu teruskan tujuannya dengan jelas.

"Saya nak tau macam mana saya nak datang untuk bagi ceramah dekat situ. lebih baik lagi kalau saya nak jadi ahli kebajikan dekat Darul Izzah tu. Maksudnya lebih baik kalau ada orang dalam yang tolong saya. Boleh tak?"

Hajat itu nombor 2 sebenarnya.. padahal hajat pertama Akhtar ialah mula mengenal Aina. Kalau boleh nak rapat je terus senang nak buat bini. heh!

"Ouh Ustaz ni, pasal itu ke? Ye saya boleh tolong. Nanti akan saya beritahu la dulu hajat Ustaz tu. Kalau Ibu bagi keizinan baru saya bagi nombor ustaz kepada Ibu. Ustaz boleh tunggu?"

"Eh boleh..boleh, tak jadi masalah". lega di hati Akhtar.

"Tapi ustaz, saya tak bawak handphone datang sini. macam mana nak ambil nombor ustaz ye?"

Akhtar mengeluarkan sekeping nota kecil yang dilipat itu lalu di hulurkan kepada Aina. Ewah, dah prepare siap-siap ye ustaz !

Wardah yang melihat Hajah Wati di pintu surau sambil ralit bersembang dengan Ustazah Zainab itu terus dia menjadi kalut. dia mesti melakukan sesuatu agar bakal besan kedua-duanya itu tidak melihat drama yang ada di hadapan surau itu. Yakin ye bakal besan. padahal baru nak panas enjin. kah!

"pssttt ! pssstt !" Wardah membunyikan isyarat ke arah Aina dah Akhtar.

Melihat tingkah Wardah yang sedang kalut membuat isyarat macam memanggil itu.. Aina menjadi kalut dan meminta diri untuk beredar.

"memudik sampan ke hulu, saya balik dulu!" Aina pantas berlari.

Aik, sempat lagi bagi pantun! Akhtar ketawa geli hati mendengar pantun gadis itu. kemudian dia memandang Kedua-dua wanita di pintu surau itu terus mengusap dadanya lega kerana tak kantoi berduaan bersembang di surau walaupun berteman. yela takut orang kampung nampak jadi buah mulut pulak!

Perjalanan balik dari surau itu hanya kedengaran Umi dan Wardah yang rancak berbual. Wahida melanggar bahuku manja dan menjongketkan keningnya untuk tahu tentang apa yang di bualkan tadi. Aku membuat isyarat sabar .. balik rumah ye kita gosip!

Akhtar dari tadi asyik tersengih-sengih. Ustazah Zainab mengambil sejadah lalu di kibasnya si Akhtar itu. Ha ambik kau! gelabah Akhtar menyembunyi tingkahnya.

Dah terlambat!

"Apa kena kamu ni? tersengih sorang-sorang. Macam kena sampuk!" tegur Ustazah Zainab

"Ala umi ni, sengih pun salah" Akhtar membuat muka tidak bersalah.

Ustazah Zainab menjeling "Sapa dia? bila nak bawak jumpa Umi dan Ayah?".

"Akhtar baru nak kenal-kenal umi, doakan la eh".

"Siapa?". Ustazah Zainab masih degil mengorek rahsia.

"Anak angkat Hajah Wati". Akhtar memperlahankan suara.. malu dia beritahu umi.

"Eh bila nak suruh pinang? baik budak tu, cantik lagi. Umi berkenan!".

Akhtar terkejut melihat tingkah Uminya itu. Ini lebih sudu dari kuah nampaknya.

"Sabar umi, orang baru nak kenal-kenal. belum tahu lagi dah berpunya ke belum". ketawa Akhtar melihat sikap teruja uminya itu.

"exited sangat umi ni" Akhtar mencubit pipi ibunya penuh kasih.

*** hello readers, jalan cerita stakat ni asyik relaks and santai je kan?.. nanti saya akan bawak keluar satu watak yang memang tak chill dan selalu buat kacau dengan Aina Musfira ni. Be ready.

stay tune and Keep support me okey. love .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience