Aina menghembuskan nafas lega bila mereka tiba di hadapan Ambangan Holdings. Dia sangat kekok sepanjang masa bersama Yazid tadi.
Aina dengan segera mencapai tempat membuka pintu kereta tetapi Yazid dengan segera menekan 'auto lock' pintu kereta.
Aina memandang Yazid dengan pantas.
"Hei, saya nak keluar la. Kenapa kunci?" Marah Aina.
"Aku tak suka kau rapat sangat dengan Aizuddin tu". Balas Yazid dingin.
Aina terkedu.
"Macam mana awak tahu pasal saya dan Aizuddin?".
"Kau ingat KL ni besar sangat ke?". Pandangan Yazid masih fokus pada jalan.
"Awak sendiri yang tolak kedudukan saya sebagai isteri di hati awak, kenapa sekarang awak nak kisah dengan siapa yang saya rapat?". Mencanak naik marah Aina pada Yazid.
"Kau kena ingat status kau yang masih lagi isteri aku. Aku bagi kebebasan bukan untuk kau cari pengganti aku".
"Awak jangan nak guna istilah 'isteri' pada saya untuk awak sekat kebahagiaan saya yang awak tak ikhlas nak bagi."
Yazid memandang Aina. Padangan lelaki itu ibarat sesuatu.
"Dah, jangan kacau saya lagi. Saya dah cukup bahagia sekarang. Saya rasa dengan bawa haluan masing-masing lepas ini adalah jalan terbaik untuk kita."
Aina nekad meluahkan keputusan itu. Terus dia berlalu keluar dari kereta Yazid sambil menggapai kunci keretanya yang di selit di celah tempat letak minuman di hadapan gear kereta.
Yazid menghempas kedua tangannya pada stereng kereta. Dia memberontak akan keputusan Aina itu.
*********
"What? how come dia tahu pasal korang?". Tisya memulakan pertanyaan bila Aina meluahkan rasa serabutnya pada rakan-rakan serumah.
"Aku tak tahu beb. Tiba-tiba je datang paksa aku ikut dia pastu nak makan pun bersuap bagai. Pelik la aku dengan dia ni. Aku dah cukup aman sentosa life sekarang ni".
Aina menggapai mug berisi air sejuk yang di hulur oleh Tisya.
"Tapi betul juga apa yang dia cakap tu Na. Walau macam mana pun kau masih isteri dia. Masih ada batas and tanggungjawabnya kau pada dia".
Sampuk Syamin memberi pandangannya itu.
Aina buntu. Kepalanya di picit-picit.
"So macam mna Na? apa kau nak buat sekarang. Aku memang sokong 100% kau dengan Aizuddin. Tapi Yazid pulak....haih ntah la Na. Kau ambik masa la fikirkan". Luah Tisya jujur.
Aina menongkat dagunya melayan lamunannya tentang Yazid. Apa yang lelaki itu mahukan darinya setelah cintanya dahulu di tolak dengan kasar?. Tercalar jiwanya sebagai seorang isteri.
*******
Sudah setengah jam Yazid tercongok di hadapan meja kerjanya menatap telefon bimbit, gambar perkahwinannya bersama Aina semasa upacara membatalkan air wuduk. Dilihat dirinya yang sedang menyarung cincin kepada seseorang yang bernama isteri.
Keluhan di lepaskan, lalu dia memandang gambar Wahida seorang yang kemas di dalam bingkai di atas meja itu.
"Apa abang nak buat lagi Ida? Abang tak tahu macam mana lagi nak dapatkan perhatikan dia semula."
Bicara Yazid sendiri pada gambar bekas tunangnya. Moga Wanita itu sedang bahagia di sisi tuhanNya.
Lalu Notifikasi WhatsApp di telefon Yazid berbunyi.
Syafiq : Lepak jom?
typing....
Yazid : Mane?
Syafiq : Mamak la malam-malam macam ni.
typing....
Yazid : ok .. otw.
"Hah ! kau jawab apa lepas dia cakap macam tu?". Tanya Syafiq terkejut lepas mendengarkan intro luahan Yazid.
"Aku tak jawab apa. Dia terus pergi masuk office."
Yazid menjawab.
"Itu la Zid. lama sangat kau tak peduli kat dia... tengok apa dah jadi". Syafiq turut rasa apa yang sahabatnya rasa sekarang ini.
"Aku taktau kenapa dia keras kepala ... degil sangat. Tak macam dulu. Dia berubah sangat." Yazid meraup mukanya.
"Bahaya ni lagi-lagi ada laki lain yang ambil berat pasal dia. Tipis peluang kau Zid !".
Yazid terus memandang wajah Syafiq.
"Kau rasa Aina suka kat laki tu ke?". Tanya Yazid.
"Mana aku tahu. Dah kau tak cakap siapa orang tu. Aku tak boleh imagine lagi". Syafiq mengerutkan dahinya dengan kerahsiaan Yazid tentang lelaki yang rapat dengan Aina itu.
"kau akan tahu jugak dia tu siapa nanti. Aku malas betul nak sebut nama dia". Yazid membuat muka menyampah.
Syafiq tergelak melihat riaksi Yazid. "Kau cemburu?".
"Eh, takde masa pulak aku nak cemburu". Sangkaan Syafiq ditepis Yazid.
"Kau kena sabar dengan Aina tu kalau kau betul nak selamatkan rumah tangga kau ni. Memang dia tak macam dulu. Kau aspect apa bila orang yang dah terluka hati dia oleh seseorang. Nak-nak lagi orang yang sama merayu selepas lukakan hati dia tu. Kalau kau nasib baik, ada la peluang kedua. Kalau tak... gigit jari la kau". Syafiq memberi pandangan.
"Kucing parsi dah jadi harimau. Effort kau kena lebih sikit bro ! Takkan la aku yang tak kahwin lagi ni nak kena ajar kau jadi anak jantan yang sejati...haish". Tambah Syafiq lagi.
Yazid kembali merenung Syafiq. Benar juga apa yang di bebelkan oleh rakannya itu.
********
Aina tergesa-gesa membuka pintu pagar bila dari tadi hon kereta Aizuddin asyik berbunyi di hadapan rumahnya itu.
"Ish, awak ni kenapa buat bising kat sini?. Marah nanti jiran-jiran saya". Bebel Aina kepada Aizuddin yang sedang berdiri sambil berpeluk tubuh dan tersenyum menanti Aina untuk menghampirinya.
"Biarlah, janji awak keluar". Kata Aizuddin.
"Ha, kenapa ni awal-awal pagi dah terpacak depan rumah saya?". Tanya Aina pelik dengan kehadiran Aizuddin pada pagi hujung minggu ini.
"Hai Aunty!!!". Jerit Aizura yang tiba-tiba muncul dari belakang kereta.
lalu tubuh kecil itu di peluk Aina. Dan pipi montel gadis kecil itu di cium bertalu-talu.
"eiii rindunya dekat Zura. Kenapa lama tak jumpa Aunty? tak rindu Aunty ke?". Tanya Aina kepada gadis kecil itu.
"Mesti la Zura rindu kat Aunty...papa pun rindu. Sebab tu papa ajak jumpa Aunty pagi ni hihi". Balas jawapan jujur dari Aizura.
Aizuddin hanya berpura-pura memandang ke arah lain. Segan dia bila rahsia antara dia dan anaknya itu di bongkarkan oleh si kecil.
Aina tergelak mendengarkan jawapan Aizura.
"Ouh, ni kerja papa la ni? nak kena papa ni. Jom denda dia nak?". Tanya Aina pada Aizura.
"Jom ! kita denda papa." sokong si gadis cilik itu.
"Kita denda suruh belanja ice cream nak?". Tanya Aina lagi kepada Aizura.
Gadis itu mengganguk laju. Lalu di angkat ibu jarinya dan di lagakan dengan ibu jari milik Aina tanda sepakat.
"Oklah, papa rela di denda. Aunty pun pergi siap cepat, kalau lambat.....Aunty pulak kena denda! kan Zura?". Celah Aizuddin.
Dengan segera Aina berlari masuk ke dalam dan bersiap. Mujur dia sudah Mandi subuh tadi.
Aizuddin yang memandang kelakuan Aina itu terhambur tawanya melihat kecomelan gadis itu bila di sakat.
Hatinya semakin berbunga bahagia.
Sebelum Aizuddin di denda untuk belanja ice cream, mereka singgah di pasaraya dahulu atas permintaan Aizuddin untuk membeli barang keperluan dapur rumahnya.
Aizuddin memandang ralit pada Aina yang sedang tekun memilih bawang merah dan di masukkan ke dalam plastik sebelum di timbang.
Aina yang perasankan tingkah Aizuddin itu terus berkata tanpa memandang lelaki itu.
"Apa buruk sangat ke saya pakai tudung makcik-makcik ni sampai awak pandang macam tu encik Aizuddin ?."
Aizuddin tergelak sedikit bila tingkahnya tertangkap oleh Aina.
"Awak ni ada ciri-ciri ibu misali eh, masak pandai, pilih barang dapur pun pandai". Puji Aizuddin jujur.
"Eleh, nak bodek la tu. Denda tetap denda ok. No excuse. Saya dan Zura nak baskin Robbins."
Tegas Aina pada Aizuddin yang bersangka ada niat di sebalik pujian itu.
Aizuddin tergelak lagi mendengarkan demand dari Aina itu.
"Boleh Aina Musfira...nak kedai ice cream tu sekali pun saya boleh kasi tau untuk awak dan Zura".
Aina mencebikkan bibirnya lalu dia berjalan ke hadapan dan di ikuti Aizuddin yang menolak troli barang mengikuti langkah Aina sambil mengeletek Aizura yang berada di tempat duduk khas kanak-kanak dalam troli barangan itu.
Semasa berada di Baskin Robbins. Aina meminta diri sekejap untuk pergi ke arah Starbucks di hadapan kedai ice cream itu untuk membeli pesanan dari rakan serumahnya.
Setelah selesai membeli, Aina mempercepatkan langkahnya untuk keluar dari Starbucks kerana risau Aizuddin dan Aizura yang menunggunya lama.
Dengan tidak sengaja dia terlanggar meja seseorang yang sedang minum di kedai itu dan bekas air lelaki itu tertumpah ke lantai.
Aina yang rasa bersalah itu terus meminta maaf dan cuba untuk mengutip semula bekas air yang terjatuh ke lantai itu. Lelaki yang ada di meja itu terkejut dengan tingkah Aina lalu dia juga tertunduk ke bawah mejanya.
"Eh, tak apa. saya boleh beli baru. Awak tak apa-apa ke?". Tanya lelaki bertopi itu.
Aina mendongak sedikit memandang lelaki itu.
"Jangan encik, salah saya yang terlanggar dan tertumpahkan air encik ni. Saya ganti ye?". kata Aina bersalah.
Lelaki itu yang juga kalut ingin menghentikan tingkah Aina tidak sengaja terpegang tangan gadis itu.
"Sayang... kenapa ni?".
Datang Aizuddin secara tiba-tiba kepada Aina dan memegang lengan yang berlapik baju blouse berwarna merah Aina itu untuk bangun berdiri.
Aina dan lelaki itu tercengang.
"Maaf encik, isteri saya tak sengaja. Biar saya ganti harga air encik ni".
Kata Aizuddin lagi tidak endah dengan pandangan Aina yang tidak lari dari menatapnya.
Lelaki itu berubah riak mukanya.
"Eh tak apa, bukan rezeki saya. Tak payah ganti". Balas lelaki itu.
"Awak marah ke pasal tadi?". Tanya Aizuddin kepada Aina yang hanya diam sambil makan ice cream itu.
"Tak la...thanks tolong saya tadi. Nasib baik orang itu pun jenis yang baik hati jugak kan?". kata Aina.
Aizuddin terus melepaskan nafas lega. Risau jika Aina tidak selesa. Alangkah bagus kalau apa yang di lakonkan tadi itu menjadi satu kenyataan.
Di sudut hati Aina pula..Entah kenapa dia rasa sejuk hati bila mendengarkan pengakuan tipu Aizuddin pada lelaki itu tadi. Rasa bahagia yang dia mahukan dari seorang lelaki bernama suami.
Share this novel