Sedang dalam memotong bawang, Aina tersentak bila terasa ada tangan yang menjalar di keliling pinggangnya.
"Ish abang ni, terkejut saya". Di marah sedikit Yazid yang sedang memeluknya dari belakang itu.
Yazid hanya tersenyum lalu di kucup belakang tengkuk Aina. "I miss you".
Aina menghentikan perbuatan memotong bawang itu lalu di pusingkan badan menghadap Yazid dan tangan di lingkarkan pada atas bahu suaminya itu.
"Ye...i miss you too abang. Abang mesti lapar kan?". Pertanyaan kepada Yazid di halakan matanya agar bertembung dengan insan di hadapannya itu.
Yazid mengangguk laju sambil bibir di cebikkan. Makin hari makin manja Yazid ini. Belum tengok lagi serangan kemanjaan si Aina. Mesti tak boleh lawan.
"Apa kata abang pergi naik atas dulu then mandi apa semua lepas tu turun bawah balik okay? kita makan sekali. Go make it faster". Diusap pipi kiri Yazid itu.
"Jom la temankan abang mandi". Di tayang lagi muka sedihnya kepada Aina.
Terbeliak mata Aina mendengarkan ajakan dari Yazid itu.
"No abang..kan saya tengah masak. Kalau dua-dua mandi karang nak masak ni tak jadi apa".
Di pusingkan badan Yazid dan dia menolak dari belakang agar Yazid berjalan dan di tolak sehingga ke muka tangga.
"Fine". Yazid mengalah. Apalah nak bermanja sikit pun tak boleh.
******
"Minumlah Akhtar, jangan malu-malu". Kata Haji Zubir.
Akhtar mengangguk faham lalu di capai cawan yang berisi teh panas yang terhidang di hadapannya itu.
"Lama kita tak jumpa. Akhtar buat apa sekarang ni?". Tanya Haji Zubir selaku bekas guru agama yang mengajar Akhtar dahulu.
"Saya macam ni lah Ustaz. Masih jadi ustaz di sekolah. Sambil-sambil tu ada lah juga mengisi jemputan ceramah. Ustaz apa khabar?". Akhtar tersenyum memandang wajah lelaki tua yang tenang itu.
"Saya macam ini lah, masih sihat alhamdulillah, dah pencen ni asyik ulang alik ke masjid dan surau jelah sambil mengajar cucu mengaji."
"Kamu dah kahwin ke?". Soal Haji Zubir.
Akhtar tersenyum hambar mendengarkan soalan itu. Dia sudah biasa mendapat pertanyaan seperti itu.
"Belum jumpa jodoh lagi ustaz. Doakan saya ye". Jawab Akhtar penuh hormat.
Kedengaran suara ketawa sederhana dari lelaki tua itu.
"kamu ni jual mahal sangat kot".
Tekaan dari Ustaz Zubir mengundang tawa juga dari Akhtar.
"Siapalah saya Ustaz nak jual mahal. Bukan orang ternama". Akhtar merendah diri.
"Ish ada juga nama tu. Ustaz Akhtar selalu jugak saya nampak di iklan poster pintu masjid dan surau. Apa pulak takdenya". Seloroh Ustaz Zubir.
Akhtar juga turut terusik geli hati mendengarkan betapa 'glamour' namanya sebagai penceramah jemputan.
"Boleh la ye Ustaz dari takde kan? Apa-apa pun Alhamdulillah setakat ni saya bersyukur apa saja yang terjadi dalam kehidupan saya". Jelas Akhtar.
Ustaz Zubir terdiam sejenak memandang bekas anak muridnya itu. Bukan dia tidak mengenal Akhtar ini.. sudah lama dia menjadi guru dalam memahami riak wajah setiap anak muridnya. Tambahan pula Akhtar adalah antara anak murid yang sering rapat dengannya.
"Kamu dah putus asa kan sebenarnya?". Haji Zubir berteka-teki lagi.
Akhtar terpanggung wajahnya ke arah Haji Zubir. Apakah isi hatinya di baca oleh bekas gurunya itu?
Lalu Akhtar menunduk semula. "Saya redha bila dia bukan jodoh saya."
"Sudah berapa lama". Tanya Haji Zubir.
"Nak dekat 3 tahun Ustaz." Jawab Akhtar memang dia terpaksa jujur. Tak baik membohongi Tuan guru. Sesungguhnya mereka lagi banyak makan garam dari kita.
"Tak, kamu sebenarnya tidak redha sepenuhnya. Kalau kamu redha, kamu sudah berkahwin sekarang". Padat kata-kata balasan dari Haji Zubir itu.
Akhtar masih membisu.
"Ujian tidak datang pada yang tidak mampu. Setiap insan yang Allah pilih itu berbeza ujiannya. Kamu mampu dari segi fizikal namun mental kamu terseksa. Kamu yakinkan semuanya datang dari Dia?". Tanya Haji Zubir.
Akhtar terasa sangat berdosa. Dia masih belum melepaskan Aina sepenuhnya.
"Yakin Ustaz." Jawab Akhtar seperti seorang yang sangat rasa bersalah.
"Kosongkan hati tu dari ingat tentang dia. Dia hanyalah persinggahan sementara untuk kamu tetapi bukan takdir kamu."
"Panjatkan doa sebanyak mungkin serta lakukan amalan yang boleh menguatkan hati kamu. Syaitan itu bakal menang untuk membuatkan hati kamu sedih dan mungkin akan menyalahkan takdir. Kamu sendiri ustaz..jadi kamu tahu apa lagi amalan yang patut dilakukan untuk memantapkan keimanan kamu". Kata Haji Zubir menguatkan semangat Akhtar itu.
"Maafkan saya Ustaz, saya khilaf tanpa sedar". Akhtar meraup wajahnya.
"Assalamualaikum".
kedua-dua mereka terarah kepada suara si pemberi salam di muka pintu.
Seorang gadis bertudung manis sekali melintasi hadapan mereka dan menyalami Haji Zubir dengan sopan.
Akhtar hanya memandang sekilas lalu menunduk melihat ke arah meja. Risau jika terpandang berlebihan.
"Maaf ayah, Su lewat sikit harini. Ada kelas tambahan tadi". Jelas anak gadis Haji Zubir itu.
"Yelah, masuk dalam ayah tengah ada tetamu ni". Kata Haji Zubir perlahan ke anak gadisnya itu.
Gadis itu terus berlalu masuk ke dalam rumah bila di pesan sebegitu. Dia melirik sekilas ke arah pemuda itu. Faham dengan ketegasan bapanya yang seorang alim ulamak.
Haji Zubir memandang semula ke arah Akhtar. Lalu dia berdehem sedikit.
"Maaf ada gangguan sikit. Yang tadi tu anak saya yang bongsu. Cikgu tuisyen sementara dia tu. Baru berhenti kerja balik dari luar negara." Jelas Haji Zubir perihal anak gadisnya itu tadi.
"Maaf kalau boleh tahu kenapa Berhenti kerja?". Tanya Akhtar hairan.
"Saya yang suruh berhenti supaya balik duduk sini. Kami ni dah tua jadi nak juga semua anak-anak duduk dekat." Haji Zubir menjawab pertanyaan Akhtar.
Bagusnya patuh cakap ibu bapa walaupun mungkin gadis itu bergaji besar semasa bekerja di luar negara dulu. Akhtar berfikir sendiri.
"Solo lagi tu. Cuma umur lewat sikit la. kuat kerja sangat hehe". Seloroh Haji Zubir.
Akhtar hanya tersenyum mendengarkan usikan dari Haji Zubir itu.
'mungkin nasib kami sama'
Akhtar masih tidak habis berdialog sendiri. Risau jika tergurau yang bukan-bukan dengan gurunya kerana sifat hormat yang terlalu tinggi.
"Mak, siapa yang kat luar tu?". Tangan ibunya di raih dan di cium penuh hormat.
"Ish budak ni, masuk-masuk terus tanya orang kat luar tu kenapa?". Jawab si ibu.
"Heheh, saja tanya." Jawab Su.
"Ouh, yang tu Ustaz Akhtar, dulu tu dia anak murid mengaji ayah kamu. Kamu kenapa tanya? sebelum ni takde nak tanya pun siapa yang ayah jumpa kat depan tu. Berkenan ke Suhana?".
Perli si ibu.
"Eh mak ni, tak ada lah.. orang tanya aje pun. Okaylah nak masuk bilik". Gelabah Suhana bila di teka sebegitu.
Si ibu tersenyum-senyum.
"Ustaz Akhtar?. Kali ni pun sama kot". Bibir Suhana terluah sebuah nama sambil tersenyum hambar.
Berapa banyak sudah lelaki yang cuba dia suka tetapi masih bukan jodohnya. Dia tidak lagi mahu berharap. Biarlah ia hanya sekali lalu dalam hidupnya walaupun dia sedikit tenang melihat raut wajah Ustaz Akhtar itu.
*********
Aina sesekali mengurut sedikit dadanya yang terasa padat. Dia teruskan kerja menyisir rambut di hadapan cermin pada malam itu.
Hairan dia sepanjang hari ini tubuh badannya terasa seperti ada yang tidak kena. Mahu saja dia mengambil cuti separuh hari tadi tetapi di gagahkan juga.
Melihat keadaan Aina yang serba tidak kena itu melalui pantulan cermin, Yazid menegur dari arah belakang.
"Sayang kenapa?".
Mata Aina terarah ke sudut cermin di sebelah kanannya melihat figura Yazid di atas katil melalui pantulan cermin itu.
"Tak tahu la abang. Rasa macam tak selesa kat tekak dan dada ni". Balas Aina.
Yazid mengerutkan dahinya.
"Sapulah minyak angin sikit kat dada tu mana tahu elok sikit nanti. Kejap abang carikan minyak angin".
Aina hanya membiarkan perlakuan Yazid yang berjalan ke sudut atas almari baju mereka. Sebuah kotak kecil di buka. Yazid jalan mendekat pada Aina.
Belum sempat sampai terus Aina bangun dan berlari ke bilik air. Di muntahkan segala isi di dalam perutnya itu. Tekaknya terasa perit. Yazid yang mengekori Aina menggosok sedikit di belakang badannya.
"Jom lah ke klinik". Ajak Yazid.
Aina menggeleng tanda tidak mahu.
"Tak nak la abang. Sikit je ni. Mungkin salah makan tadi". Aina membangkang.
"Ish tak boleh la macam ni. kita pergi aje check dulu takut ada apa-apa yang teruk nanti." Balas Yazid.
"Tak apa lah.. dah muntah ni lega sikit dah. Nak tidur je harap baik la nanti". Aina masih berdegil.
"Hmm sayang ni...risau abang la.. okay kalau esok jadi lagi kita pergi klinik terus?". Yazid akur dengan penolakkan Aina lalu di cium ubun kepala si isteri.
Aina mengganguk setuju. Dia hanya membiarkan Yazid menyelimutkan dirinya semasa berbaring. Sungguh badannya terasa lemah saat ini. Moga baik-baik sahaja doanya.
Share this novel