Bab 22

Romance Completed 30624

"Awak dah boleh discharge hari ni, jaga kesihatan dan kuat semangat ye. Jangan lemah !."
Doktor yang bertugas tertera namanya di tanda nama 'Akmalia' berkata sambil menggosok perlahan bahu Wahida.

"Alhamdulillah, baik doktor. Terima kasih layan saya 2 ke 3 hari ni". Wahida berbalas pandang dengan doktor muda itu.

Sesampai di rumah, Wahida dipapah oleh Aina untuk ke katil. keadaannya masih lemah. Sokongan moral yang padu serta mengikuti kaedah rawatan yang masih perlu di hospital mesti disiplin untuk patuh, tak boleh terleka dan ponteng.

Wahida hanya memerhati Aina dan memberikan sedikit senyuman sebelum Aina berlalu pergi dari biliknya. Setelah itu dengan pastas dia menghubungi Yazid untuk berjumpa. Dia betul-betul nekad dan telah berfikir secara waras untuk berterus terang tentang keadaannya dan juga perihal perkahwinan mereka nanti.

Dari jauh kelihatan Yazid yang menunggu Wahida. Dia yang duduk di pangkin halaman rumah itu berdebar menunggu bakal isterinya yang memberitahu ada perkara penting akan di bincang untuk yang terakhir kali. Hanya tinggal lagi 3 hari untuk diijab kabulkan.

Dari muka pintu kelihatan Wardah yang membantu Wahida dengan menolak kerusi roda untuk sampai ke arah Yazid yang menunggunya di halaman rumah itu. Tertangkap riak wajah yang hairan pada pemuda itu melihat keadaan Wahida yang berada di atas kerusi roda. Dan berwajah pucat.

"Wada tinggal dulu eh, bincang baik-baik." Wardah berlalu meninggalkan mereka dengan riak wajah yang gusar dan simpati terarah kepada Yazid. Yazid dapat menangkap riak wajah itu..

'janganlah yang bukan-bukan' suara yang hanya mampu didengari oleh diri sendiri.

"Abang apa khabar?". Wahida memulakan bicara.

"Sihat Alhamdulillah, Ida kenapa susah nak angkat call sekarang ni?..busy sangat ke?".

"abang..Ida nak minta maaf sebab buat abang risau. Ida ada alasan Ida sendiri". Wahida menunduk bersalah rasanya membuat tunangnya risau sebegitu.

"Alasan apa Ida,. bagitau abang?".

"Abang Ida minta maaf sebab....."
Wahida menggenggam kedua-dua belah tangannya untuk meminta kekuatan dalam meneruskan kata-kata.

Yazid masih menanti.

"Ida tak nak teruskan perkahwinan kita".

Zap ! Yazid terpempam. Terus dia berdiri. Sangat tidak di sangka perkataan yang keluar dari mulut tunang yang di kasihi itu.

" Tapi kenapa Ida ?! Apa yang tak kena sampai nak buat keputusan yang macam ni ? lagi 3 hari Ida. Jangan main-main. Abang tak suka gurauan yang macam ni'. Yazid membangkang.

Mata Wahida kelihatan berkaca..

"Kenapa ? sebab Ida sakit abang ! Ida hidup tak lama !!"

Yazid terdiam. Melihat wajah pucat lesi tunangnya.

"Sakit apa? kenapa tak beritahu abang awal-awal?"

"Ida pun baru tahu, bukan tak nak bagitahu awal lagi.. tapi Ida loss strength bila ingat abang. Ida tak sampai hati"

Yazid meraup mukanya merasakan kekeliruan pada mindanya.

"Ida ada kanser." menitik air mata Wahida.

lama mereka terdiam.... kemudian Yazid mendekati Wahida dan berlutut di hadapannya.

"Tak apa. abang tak kisah. Abang akan jaga Ida sepenuhnya lepas kita sah. Kita kahwin je ye ?" Yazid memujuk.

Wahida mencari anak mata Yazid. Dia harus menyatakan apa yang sudah dia fikirkan !

"Abang..... abang sayang Ida kan?" Wahida bersuara lemah.

"Ye, abang sayang sangat-sangat". Mata Yazid merah menahan perasaan. Sungguh dia tak mahu kehilangan tunangnya itu.

" Abang tolong terima apa yang Ida nak minta ni. Ida harap ini akan menjadikan hadiah kasih sayang abang selama perkenalan kita untuk Ida".
Wahida bersungguh-sungguh merenung anak mata tunangnya itu mencari persetujuan Yazid dalam kata-katanya.

Yazid terus kaku mendengarkan pengucapan yang keluar dari mulut Wahida itu. Ini pertama kali Wahida meminta sesuatu darinya. Sebelum ini tiada apa pun yang di minta. Hanya Yazid yang memberikan secara suka rela segala hadiah atau apa sahaja bentuk pertolongan. Tapi kali ni dia rasa sangat risau akan permintaan yang keluar dari mulut tunangnya itu.

Di ruang dapur kelihatan dua anak dara yang sedang sibuk menyiapkan makananan untuk tengah hari nanti. Aina menyusun kuih muih ke dalam pinggan dan jag minuman teh panas yang berisi penuh dan di tuang ke dalam cawan untuk di hidangkan pada Yazid dan Wahida yang sedang mengadakan perbicangan di hadapan.

Aina menatang dulang yang di bawanya. sesekali melihat ke bawah menjaga langkahnya agar tidak tersepak akar pokok di tanah yang timbul itu agar tidak tersadung.

"Minum la ye" pelawa Aina kepada kedua-dua insan yang ada di bawah pokok itu.

Pelawaan Aina di sambut Wahida dengan senyuman manis dan terima kasih. Tapi tidak pada Yazid yang hanya merenungnya tajam.

'kenapa mamat ni. Dah macam nak telan aku tengok mcam tu .'

Aina berlalu sambil berteka-teki tentang riak tegang Yazid menatapnya. Biarlah mungkin mereka tengah gaduh barangkali.

'Aku je salah timing kot datang hantar makanan'. Aina menjongketkan bahu beriak sendiri sesampainya dia menapak ke ruang dapur semula.

Wahida memandang semula ke arah Yazid.
"Abang please... ni je yang Ida minta ke abang. Ini juga yang boleh buat Ida bahagia".

Yazid meramas rambutnya. Dia merasakan kali ini adalah suatu tekanan yang luar biasa. Dia terus berlalu meninggalkan Wahida tanpa sebarang kata. Dia sangat kecewa akan permintaan tunangnya itu. Berat sungguh dia rasakan. Sampai hati Wahida memperlakukannya sebegitu.

Air mata Wahida jatuh menghantar kepergian Yazid tanpa jawapan yang dia ingin dengar.

"Abang akan faham nanti". Kata Wahida sendiri.
*****

Akhtar merenung sebentuk cincin yang ada di atas meja hadapannya kini. Apa sahaja pilihan umi memang cantik. Tersenyum melihat ke arah itu sambil terbayang pelbagai keadaan pertemuan dia dan Aina dahulu. Tidak terbayang gadis comel itu bakal menjadi tunangnya sekali gus bakal isteri. Berharap tempoh itu berjalan dengan jayanya.

' macam ni ke rasanya jatuh cinta? '. Ustaz muda itu menyoal diri sendiri. Indah yang dia rasakan saat ini.

*****
Perkahwinan Wahida dan Yazid berbaki lagi 2 hari. Aina seronok membelek gubahan hantaran yang siap sepenuhnya itu di ruang sudu dinding. Cantik sangat, pandai Wahida memilih warna biru laut di campur beberapa kuntum bunga hiasan warna putih pada dulang itu. Seronoknya tengok orang nak kahwin ni !

Wahida yang baru selesai memberi salam yang terakhir pada akhir solat itu di rasakan berpijar kepalanya. Denyutan dalam kepalanya itu sangat kuat. Dia tidak tahan..... akhirnya terkulai layu terbaring sisi.

" Ya Allah.. Wahida ! ". Aina yang baru membuka pintu bilik Wahida itu terkejut melihat keadaan wanita itu yang terbaring pengsan di sisi sejadah. Jeritannya kedengaran oleh Umi dan Wardah yang berada di ruang tamu berlari mendapatkan mereka.

"Tolong doktor.. selamatkan dia !".

"Ida.. bangun Ida.. kuat semangat Ida !!!!"

Aina yang ketakutan dan separuh menjerit itu merayu ke arah doktor dan Wahida yang kaku tidak sedarkan diri di atas katil hospital yang laju bergerak menuju ke wad kecemasan itu. Air matanya deras mengalir ketakutan.

Sesampai di hadapan pintu wad kecemasan, Aina dipaut Hajah Wati dari belakang kerana memahami prosedur hospital yang tidak boleh masuk jika bukan kaki tangan hospital.

"Sabar Aina, istigfar... kita tawakkal pada Allah ye. Biarkan doktor buat kerja dia."

Hajah Wati menenangkan anak angkatnya yang tersedu-sedu menangis itu. Wardah turut memeluk dan menenangkan Aina di sisi walaupun mereka sendiri terluka melihat ke keadaan Wahida itu.

"Ida... kau baru je masuk dalam hidup aku. kenapa nak pergi ! kau tak boleh pergi...tolonglaaa"....

Aina merayu seakan-akan Wahida mendengar rayuannya. Wardah dan Hajah Wati sebak melihat Aina yang jatuh melutut di lantai dengan tangisan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience