Aina dari tadi setia menemani Wahida yang masih tidak sedarkan diri. Tubuh yang terbaring di katil hospital itu di lihat sayu. Tersiksa melihat keadaan Wahida yang menahan kesakitan yang di alami kini. Andai sahaja dirinya ada kuasa sudah pasti dia akan hilangkan penyakit yang ada pada Wahida kini. Namun, dia hanya manusia biasa yang harus akur dengan kehendak Tuhan.
Tangan yang kaku itu digapai Aina.
"Walau apa yang jadi awak kena sihat balik. Saya ada kat sini. Tak pergi mana pun. Kuat ok? awak nak kahwin lagi 2 hari tau."
Air matanya yang jatuh itu diseka perlahan.
Terasa genggaman tangan Aina di balas. Terus dia mendekat dengan Wahida. Wajah yang tampak pucat tapi manis itu di belai perlahan.
Kelihatan Wahida yang perlahan-lahan membuka mata. Orang pertama yang dilihatnya kini Aina. Insan yang dia dah jatuh sayang. selain Wardah dan Umi, Aina juga merupakan permata dia yang berharga.
Dia mendengar apa yang Aina katakan tadi. Hatinya sayu. Tapi dia harus selesaikan hajat yang tertunda itu.
Perlahan-lahan Wahida membuka mulut untuk berbicara. Aina yang melihat itu mendekatkan telinganya pada sisi muka Wahida.
"Saya nak jumpa Akhtar. boleh tak awak panggil dia datang sini? ".
Aina terdiam memandang. Kenapa nak jumpa Akhtar? Hatinya jadi tidak tenang. Apa yang penting dengan Akhtar pada saat keadaan Wahida yang genting ini.
"Sekarang ke ?" Aina memastikan permintaan dari Wahida itu.
Hanya anggukan perlahan dari Wahida yang memberikan jawapan.
******
Yazid memandang set baju melayu berwarna putih satin yang siap seterika dan tergantung pada pintu di biliknya.
Dia mengimbau kembali permintaan Wahida itu.
"Abang.... tolong terima Aina sebagai ganti Ida nanti." Wahida menyatakan hasratnya.
Yazid bangun dan menjauh pergi di sudut kiri pangkin itu. Ini tak masuk akal. Permintaan Wahida padanya sangat la mengarut.
"Siti Wahida !! sedar tak apa yang Ida cakap pada abang ni? kenapa nak kena ganti-ganti pulak?!" Yazid bengang dengan permintaan tunangnya itu.
Wahida mengambil kekuatan . matanya di pandang ke langit. Tidak berani menatap wajah bengis Yazid sekarang ini..
"Ida sayang abang. Ida pun sayang Aina. Ida nak yang terbaik untuk abang sebagai ganti diri Ida dan rasa cinta Ida pada Abang."
"Tapi tak perlu sampai nak ganti-ganti orang yang abang tak kenal tah siapa-siapa tu untuk abang kahwin. Ida tak kesian kat abang ke? tak ckup nak seksa abang bila kita tak jadi kahwin ni lepastu nak di jodohkan pulak dengan orang lain."
"Abang...bukan niat Ida nak buat abang macam tu". Wahida bersuara lemah.
"Biarlah abang tak jadi kahwin dengan Ida. Tapi jangan paksa abang terima orang lain. Abang tak kahwin pun tak apa."
Wahida pantas memandang wajah Yazid bila mendengar luahan Yazid itu. Bukan saja-saja untuk dia gantikan dirinya dengan Aina. Dia tahu keadaan Yazid yang suram hidupnya sebelum dia berkenalan dengan Wahida. Hanya gadis itu yang menceriakan hari-harinya. Biarlah dia sudah nampak kepercayaan itu pada Aina. Aina sahaja yang layak untuk Yazid. Jika ada apa-apa yang terjadi padanya nanti, setidaknya dia boleh pergi denga tenang. Wahida menahan sendu tangisan di hadapan Yazid.
Yazid terimbau ayat Wahida sebelum dia pergi semalam. 'hanya dengan permintaan ini sahaja yang boleh buatkan Ida bahagia'.
Yazid merasa sangat keliru. Dia akan menjadi ralat untuk melihat kehampaan yang ada di wajah Wahida. Itu kelemahannya. Tapi permintaan yang satu ini sangat menyesakkan dadanya. Macam mana dia nak hidup bersama dengan orang yang dia langsung tak ada perasaan itu ?
"Ya Allah..bantulah hambamu ini" Yazid mengeluh sendiri..
*****
Sudah setengah jam Akhtar berada di dalam bilik bersama Wahida ditemani Hajah Wati, Wardah dan Ustazah Zainab. Aina yang berada bersama-sama Azra, Tisya dan Syamin itu masih menunggu di luar.
"Maafkan saya Akhtar, mungkin ini berat untuk awak...tapi dengan siapa lagi saya nak minta pertolongan sebagai seorang sahabat? ".
Akhtar menunduk meneku lantai...perasaannya pedih bagai jatuh bergolek-golek dari bukit yang penuh dengan batu tajam rasanya. Aina adalah cinta pertamanya.. bagaimana dia nak pujuk hatinya ? Tapi dia tak sanggup untuk abaikan permintaan Wahida yang dia kenal sedari kecil lagi. Walaupun mereka tak rapat tapi hubungan baik hidup sekampung itu bagaikan bersaudara.
"Tapi kenapa mesti Aina ? dia dah tahu ke pasal ni ?" Akhtar bertanya berharap ada perubahan dari kata permintaan Wahida itu.
Wahida hanya memberikan senyuman. seketika dia merenung Wajah Wardah dan Hajah Wati di sisi.....
"Saya yakin Aina adalah orang yang tepat dan sesuai untuk menggantikan posisi saya dalam keluarga." Wahida menghela nafas berat.
Hajah Wati dan Wardah berpelukan sesama sendiri mendengar jawapan dari Wahida itu.
Mereka hanya redha saat ini.
Ya, Wahida ingin Aina memiliki apa yang dimilikinya kini. Bukan dia tak mahu Aina mencari kebahagiaannya sndiri... tapi, dia percaya akan Yazid !
"Macam mana dengan Yazid ? dia boleh terima Aina ke ? boleh jamin Aina akan bahagia dengan Yazid ?". Akhtar masih gusar.
"Akhtar...." Ustazah Zainab berkata sambil menggeleng perlahan ke arah anaknya itu.
Akhtar memicit pangkal hidungnya sedikit. Terasa tekanan dari kepalanya yang ligat berfikir tentang Aina.
" Astagfirullahal Adzim....." seketika dia beristifar untuk tenangkan hatinya.
"Baiklah kalau Wahida nak macam tu. Saya ikhlaskan Aina dan Yazid. Saya berharap ada keajaiban Tuhan untuk awak sembuh". Akhtar beralah. Dia bersetuju dengan permintaan Wahida.
"Saya doakan awak akan di kurniakan seseorang yang lebih baik di masa akan datang. Terima kasih Akhtar, Allah saja yang mampu balas atas pengorbanan awak ni. Maafkan saya."
Wahida berasa sangat bersalah ketika ini. Sudah pasti harapan Ustaz ini hancur kerana permintaannya. Tapi dia juga tak mahu impiannya terkubur sebelum dia pergi. Di panjatkan doa agar Akhtar mendapat ganjaran yang sebaiknya atas pertolongan ini. Moga Allah menjaga hatinya dari kelukaan yang melampaui batas diri.
Akhtar meminta diri untuk pulang, setelah di buka pintu untuk keluar dari bilik itu, dia terpandangkan Aina yang juga melihat ke arahnya. Sukar hatinya menahan perasaan bila terpandang wajah yang menjadi igauan dalam mimpi dan nama itu selalu hadir dalam doanya di setiap hari.
'Moga ini yang terbaik untuk awak Aina...'
Akhtar berlalu pergi tanpa bertegur sapa dengan Aina. cukup sekadar pandangan matanya yang berbicara. Hatinya berat !
Aina terkejut. Akhtar pergi macam itu sahaja tanpa berbicara sepatah pun tentang apa yang di bualkan di dalam bersama Wahida. Niatnya nak sangat tahu tentang apakah itu. Siksa hatinya melihat pandangan redup Ustaz Akhtar itu.
'biarlah, hal peribadi mungkin' . Aina memujuk hati.
Tiba kini giliran Aina di panggil untuk berbincang dengan Wahida.
"Aina, saya sayang sangat kat awak. Awak pun sayangkan saya dan keluarga saya kan ?". Wahida bertanya.
Aina mengganguk laju.
"Awak terima la Abang Khalish ye?". Wahida masih erat menggenggaman tangan Aina.
Aina hairan akan soalan yang satu ini.
"kenapa awak cakap macam ni ? Mesti la saya akan terima dia macam mana saya terima saudara ipar bila dia dh masuk dalam keluarga kita nanti" Aina tersengih pelik.
Wahida ketawa kecil.. Aina ni laju sahaja dia membuat andaian.
"Bukan macam tu maksud saya. Saya nak awak yang gantikan tempat saya menjadi isteri Abang Khalish nanti." Wahida tenang menutur kata.
Aina spontan tertarik tangannya dari genggaman wahida itu. Dia terkejut.
" What ? Nonsense Ida. kenapa saya nak kena gantikan tempat awak sedangkan awak ada di sini, depan mata saya". Aina menghantar persoalan di benaknya.
"lagipun dia Yazid tu tunang awak, bukan tunang saya". Aina menyambung lagi.
"Saya dah tak lama Aina, awak tahu tu kan ?".
Aina terdiam, dia terlupa sekejap akan hakikat itu tadi.
"Tolong Aina, saya harapkan awak untuk menjadi pendamping hidup Abang Khalish dan sentiasa dekat dengan keluarga saya."
Aina terdiam lagi. Lidahnya ibarat kena gam. sangat sukar untuk berbicara.
"Saya tahu awak tetap akan rapat dengan family saya. Tapi tolonglah saya teringin juga nak tengok awak berkahwin." Pipi Aina di belai lembut.
Flashbacks 2 bulan lalu...
"Aina, nantikan... awak kalau nak kahwin buat dekat mana ye?".
Wahida berpaling kepada Aina di sebelahnya dalam keadaan baring di ruang tamu menonton filem seram bertajuk ' Insidious 3 ' itu.
"Erm... lambat lagi kot... itupun kalau saya kahwin laa hehe". Aina ketawa.
"Eii betul-betul laaa.. nak buat dekat mana ? Darul Izzah atau dekat rumah umi ni ?".
Aina membalas pandangan Wahida itu. Dahinya di kerutkan.
"kenapanya yang di tanya soalan itu cik Wahida?".
"Entahlah, saya ni kan nak sangat tengok awak sarung baju pengantin. Mesti cantik sangat. haih ...dan kalau boleh buat la dekat sini kenduri nanti. Kita jemput la keluarga Darul Izzah datang sini."
kata Wahida kembali menatap television di hadapan.
Flashbacks di bayangan mata Aina itu terhapus pergi. Air matanya tumpah mengenangkan saat itu serta permintaan Wahida ini.
Dia boleh berkahwin, tapi kenapa dengan Yazid. Itulah yang paling berat untuk dia. Macam mana dengan penerimaan lelaki itu. Tidak sayangkah dia pada Wahida? atau dia juga kena berkorban macam aku ni? Akhtar pula macam mana ? kini baru dia faham tindak tanduk kelakuan Akhtar pada petang tadi.
Dia merenung anak mata Wahida dengan perasaan yang hiba.
****
Sesiapa yang saat ini mendengar suara alunan bacaan Al-quran dari Akhtar itu pasti dapat merasakan getar di hati. Ada titik air mata yang jatuh di atas permukaan Al-quran itu.
Ustaz ini menangis? Ya, dia juga manusia biasa. Hatinya kini pilu, wanita dambaan bakal menjadi milik orang esok. Dia memang pasrah saat ini, tapi hatinya...hatinya mendung sekali.
Dia harus redha dengan ketentuan.
' Terkadang Allah datangkan seseorang itu dalam
hidup kita sebagai perkenalan atau pengajaran. Tetapi bukan untuk terus tinggal dalam kehidupan kita. '.
Dia harus kuat menerima, Allah adalah sebaik-baik perancang Takdir hidup manusia.
Ustazah Zainab yang berada di muka pintu mengintai sedikit pada luas yang sedikit terbuka pintu bilik Akhtar itu untuk melihat keadaan anak terunanya. Pilu hati seorang ibu melihat kesedihan anaknya yang satu ini. Pertama kali dia lihat Akhtar sesadis Ini. Dadanya yang berlapik telekung seusai menunaikan solat isyak tadi dia pegang. mengumpul kekuatan, rasa sebu di dada.
"Sabarlah nak..Allah nak uji keikhlasan kau".
Ustazah Zainab berlalu pergi. tak sanggup melihat lagi.
Share this novel