Bab 42

Romance Completed 30624

Yazid hanya merenung Aina yang sedang lena tidur di sebelahnya. Aina dilihat masih janggal untuk menerima sepenuhnya diri dia sebagai suami semula. Dia menyalahkah dirinya 100% atas kekhilafan dirinya menolak cinta Aina setahun yang lalu.

Bila di imbau kembali, selepas kehilangan Aina, dirinya semakin tidak keruan. Hari demi hari dapat dia rasakan perasaannya sendiri bagai di seksa perlahan-lahan bila menyedari yang dirinya sangat perlukan Aina di sisi. Ego yang menggunung serta setia yang menebal pada Wahida memakan dirinya dalam diam.

"Maafkan aku, sebab dulu aku yang buta tak nampak cinta kau. sungguh aku menyesal... aku takkan biar kau pergi lagi".
Kata Yazid kepada Aina sambil wajah mulus itu di usapnya perlahan.

Ada bunyi rengekan daripada Aina yang di rasa lenanya sedikit terganggu. Yazid jadi tidak betah bila Aina terganggu dengan sentuhannya. Kemudian di kemaskan selimut itu sedikit dan dia juga mula membaringkan badannya menghadap Aina. Matanya kuyu dan dia juga di buai mimpi indah.

Aina melihat dari jendela kayu itu memerhati Yazid yang sibuk membuat sesuatu di luar rumah.

"Patutlah cari kat dalam tak ada. busy dengan kereta rupanya".

Memang dia mencari-cari Yazid untuk meminta izin keluar sebentar. Lalu dia turun ke halaman rumah dan mendekati Yazid yang terbongkok-bongkok mencuci bahagian dalam keretanya itu.

Tangan di panjangkan sedikit untuk mencuit belakang badan suaminya itu.

"Awak.."

Yazid yang di cuit itu terus melompat terkejut. Kepalanya terhantuk kepada bumbung kereta. Lalu di tegakkan badan menghadap Aina tadi. Namun ada sesuatu yang dia sembunyikan di belakang badannya.

Aina yang ternampak riaksi Yazid itu hairan.

"Apa yang kat tangan awak di belakang tu?".

Riak wajah Yazid jelas kelihatan panik.

"Arr.. takda apa la."

Aina memanjangkan kepalanya meninjau lagi ke arah belakang badan Yazid namun Yazid cepat melarikan sesuatu yang ada di belakangnya itu.

Aina terus merebut sesuatu di tangan Yazid bila dia tidak sempat melarikan lagi. Jelas kelihatan sampul yang berwarna coklat kini ada pada separuh di tangan Aina dan separuh lagi di tangan Yazid. Kini Aina menarik sampul surat itu untuk melihat. Yazid juga tidak mengalah dia tarik semula sampul itu. Kini mereka dalam keadaan berebut sesuatu seperti anak kecil yang berebut mainan.

"Eii lepas, bagi saya tengok". kata Aina.

"Ish, aku kata tak boleh!". kata Yazid pula.

"Bagi!". kata Aina.

"Tak boleh!". kata Yazid.

Mereka beradu tenaga lagi berebut sampul surat itu.

Tiba-tiba...

Buk !!!!!
Aina tidak dapat seimbangkan badannya akibat tertarik kuat sampul itu dan Yazid juga tidak dapat seimbangkan badannya, akhirnya mereka terjatuh ke tanah. Yazid yang kini berada di atas badan Aina dan Aina juga jatuh terbaring ke tanah sempat menahan badan Yazid dari terus menghempap badannya.

Mata mereka saling bertatapan.

lama ......

kring...kring !!!! bunyi loceng basikal di hadapan mereka menyentakkan lamunan kedua-duanya.
Kini Wardah pula yang tercengang melihat keadaan kedua-dua mereka seperti itu.

"Apoo laa kat luar gini nak bersweet-sweet bagai. deiii!! Masuk rumah la". Kata Wardah jujur.

Serentak itu Yazid dan Aina terus kelam kabut berdiri. Jelas merona kemerahan wajah suami dan isteri itu. Sampul itu dengan pantas di ambil oleh Yazid dan dia berlalu masuk ke dalam rumah.

"Awak ! saya nak keluar sekejap ni ke rumah Umi dengan Wardah. Petang nanti saya balik tau". laung Aina menghentikan langkah Yazid di tangga rumah itu.

"Yelah hati-hati". Balas Yazid sambil mengangguk.

'apa isi dalam sampul tu ye?.'
Aina berteka teki sendiri melihat Yazid yang semakin hilang dari pandangan.
Aina yang melihatkan pandangan semacam dari Wardah itu tidak senang duduk.

"Err kejap eh akak ambil basikal kat belakang."
Aina berlalu sambil mencari basikal kepunyaan Yusma di bawah rumah.

Wardah tersenyum sendiri melihatkan keadaan gelabah kakaknya itu.

Yazid menghembuskan nafas lega setelah berada di dalam bilik. Nasib baik sampul itu tidak sempat berada pada tangan Aina. Selamat rahsia yang dia sembunyikan selama ini.

Namun tangannya Yazid masih memegang dadanya yang dari tadi tidak berhenti berdegup.

Amboi, selama ini bukankah dirinya yang terlebih berani dari Aina?

Nyaman rasa bila waktu pagi macam ni dah keluar hirup udara segar.

"Wada, apa laju sangat ni. Slow-slow la ish". laung Aina melajukan kayuhan basikal mengejar Wardah yang semakin jauh di hadapan.

"Sorry akak Wada tak tahan ni sakit perut !!. jumpa kat rumah tau". Wardah segera melajukan kayuhannya itu dan meninggalkan Aina di belakang.

sebelum membelok masuk ke simpang halaman rumah Hajah Wati, Aina berselisihan dengan seseorang yang dia sangat kenal sedang berjalan kaki dari arah yang bertentangan.

mereka saling berpandangan. Dilihat Fatimah yang menjeling ke arahnya. Aina yang melihatkan kelakuan wanita itu terus beriaksi dengan mengangkat kedua bahunya. Malas nak ambil pusing dengan sikapnya Fatimah itu.

Sesampainya di rumah Aina terus mencari Hajah Wati yang kini dilihat sedang melipat kain di ruang tamu sambil menonton tv. Terus di dakap ibu angkatnya itu.

"Umi.....dah masak ke?". Tanya Aina.

Hajah Wati menjongketkan keningnya. macam ada sesuatu.

"Belum..kenapa tu?". Balas Hajah Wati sambil merenung Aina yang memeluknya itu.

"Hehe..nak asam pedas ayam boleh?. Asam pedas umi the best in the world". Bodek Aina.

Hajah Wati ketawa perlahan lalu di tepuk lengan yang memeluknya itu.

"Amboi, datang-datang terus mintak asam pedas dah. Ngidam ke?". Tanya Hajah Wati.

"Ish, tak ada la. Aina rindu asam pedas umi je. apa ngidam-ngidam pulak. Pikir apa tu ha umi?". Balas Aina menjuihkan bibirnya.

"Mana la tau saja la tanya. hehe". tersipu-sipu Hajah Wati mengusik.

"Boleh laa umi..nak asam pedas........" rayu Aina lagi.

"Ha, iye lah....kejap lagi tolong umi masak". Hajah Wati rela di bodek oleh anak kesayangannya ini.

Wardah yang datang dari arah belakang itu juga datang memeluk dan turut membodek.
"Wah, umi.. Wada nak jugak. Nak nasi ambeng!"

Aina yang mendengarkan itu terus menolak Wardah ke belakang dan meleraikan pelukan dari adik angkatnya itu.

"Eii sibuk je dia. Nasi ambeng lain hari. Harini akak nak asam pedas".

Wardah yang terjauh sedikit akibat di tolak perlahan itu merajuk. "Ok fine!".

kalah dengan kakak kesayangannya yang menjelir lidah ke arahnya.

Aina mengambil bingkai gambar yang terletak cantik di sudut almari pendek itu. Bingkai gambar itu dipeluk erat ke dada dan air matanya mula bergenang.

"Aku rindu kau Wahida". Kata Aina sendiri.

Katil itu juga di usap oleh tangannya yang membayangkan Wahida sedang lena di atas katil ini. Cadar yang di gunakan sekarang masih cadar yang sama pada kali terakhir insan itu tidur. Sungguh banyak memori yang terlakar di sini. Perlahan-lahan dia juga turut baring di atas katil itu.

Aina menuntun basikalnya secara berjalan dan bersembang dengan Wardah. Sengaja di tuntun basikal mereka itu untuk habiskan masa berbual sebelum sampai ke titi sungai tempat yang selalu mereka mengail ikan itu. Di situlah 'port lepak' yang tenang bagi mereka untuk habiskan masa bersama.

Seketika dari jauh terdengar bunyi hon motosikal daripada seseorang yang datang dari arah hadapan.

Aina dan Wardah serentak memandang ke arah seorang lelaki yang berhenti di hadapan mereka.

"Assalamualaikum, nak kemana ni?". Tanya Akhtar.

"Waalaikumsalam, kitaorang nak ke titi hujung sana tu". Sambil tangan Aina menunjukkan arah di hujung parit besar itu.

Akhtar tersenyum.

"Lama awak tak balik sini, sihat ke?". Tanya Akhtar.

"Alhamdulillah saya sihat je, haah, saya sibuk sikit dalam setahun ni. itu yang lama tak balik kr kampung ni. Ustaz mana sekarang dah ada berita baik ke?". Tanya Aina tersenyum manis.

"Alhamdulillah, saya macam ini la masih seperti dulu". Balas Akhtar.

"Ustaz dari mana?". Aina bertanya.

"Saya dari rumah kawan tadi. Ni nak balik la. Eh Yazid tak ikut awak berdua sekali ke?". Akhtar bertanya.

"Mana lah orang laki nak ikut kalau perempuan melepak. Apa lah Ustaz ni".
Balas Aina sambil menyembunyikan gugup di hati. Lama dia tidak bersua dengan lelaki yang pernah ada tempat di hatinya itu.

Akhtar terdiam sebentar dan kemudian tersenyum. "Bukan semua lelaki Aina. Tambahan pula kalau itu suaminya."

Aina dan Wardah saling berpandangan. Lain macam ye jawapan ustaz ni.

"Untung la kalau Wada dapat lelaki macam tu. Tak gitu Wada. Saya memang dah tak boleh.... hehe".
Balas Aina sambil menyiku lengan Wardah di sisi. Niatnya untuk meminta Wardah mengurangkan rasa aneh di antara mereka sekarang ini.

"Haah Ustaz, carikanlah untuk saya seorang. Mana tau ustaz ada kenal-kenal ke. Hihi". Galak Wardah mengusik Akhtar.

Mereka sama-sama ketawa di situ.

Dalam keseronokkan tawa mereka itu ada seorang insan yang dari jauh redup matanya memerhati.

Yazid yang sedang berkemas barang untuk pulang setelah selesai kerja di sawah itu dan dia melihat kemesraan mereka bertiga. Tambahan pula matanya yang tajam itu tepat pada sasarannya ke arah Aina dan Akhtar.

sungguh dia rasa tidak nyaman bila melihat Aina tersenyum di samping lelaki lain selain dirinya.
Yazid menanggalkan topi bulatnya lalu di kipas-kipas mukanya sekuat hati. Otaknya mula berserabut bila melihat cara pandangan Akhtar kepada isterinya itu.

"Haih, ada pulak lagi seorang". Gumam Yazid sendiri.

Sudah bertambah pula saingannya kali ini. Dulu Aizuddin, kini Ustaz Akhtar pulak. Naik pening kepalanya berfikir.

p/s : maafkan fifi... update slow sikit kerana novel IDB ni bakal berada di penghujung kisahnya. Teruskan sabar dalam menyokong. :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience