"Abang Khalish, nah ada lauk lebih ni." Wahida menegur tunangnya yang sedang berbual dengan Umi sambil menghulurkan mangkuk tingkat.
mereka bertiga asyik berbual sehingga terganggu dengan bunyi bising di tepi rumah dalam bangsal kelihatan riuh sekumpulan gadis-gadis yang sedang seronok bergurau sambil mencuci perkakas kenduri. Rajin ye anak-anak dara ni.
Umi iaitu Hajah Wati tersenyum senang melihat gelagat mereka itu.
"haih seronok sakan nampaknya budak-budak bertuah tu gotong-royong mencuci." umi berkata
"seronok kan Umi lepas Aina datang sini, rumah ni macam tak sunyi dah". Wahida membalas.
Yazid hanya diam melihat gelagat gadis-gadis itu dari jauh. Wardah berlari-lari membaling buih sabun ke arah mereka. Habis bangsal Hajah Wati ni jadi port perang sabun nampak gayanya.
" Hati-hati .. licin tu Aina " laung Umi melihat aku yang berlari anak ke arah getah paip yang tercabut akibat di tarik kasar oleh kanak-kanak ribena yang tengah perang sabun ini. orang suruh cuci periuk, mereka ni main sabun!
" Okeh umi ! " lontar suaraku membalas kerisauan umi.
Umi seakan faham dan memberi ruang untuk Wahida dan tunangnya untuk bersembang itu lalu masuk ke dalam rumah.
"Abang Khalish sihat?". dilihat wajah pucat Yazid itu.
"Baru nak baik demam" tersenyum memandang wajah manis tunangnya.
" Abang ni, kalau rasa tak sihat tak payah la datang". Risau Wahida
"Kalau abang tak datang, lagi lambat sihat la"
"Hah, kenapa pulak macam tu? sepatutnya kena berehat je kat rumah. orang-orang kampung pun ada tolong ni".
"Ubat abang ada dekat sini. itu yang abang kena datang jugak. Rindu ni sakit bukan boleh tahan-tahan tau". Khalis menayang muka comel.
Wahida tergelak melihat telatah tunang kesayangannya itu.
"Abang Khalish ni suka prank, pastu buat pick up line". wahida menjeling manja.
"Itu baru sikit tau Ida, nanti kita dah kahwin.. pagi petang siang malam abang bagi pick up line kat Ida."
seronok Yazid menceritakan impian kecilnya itu kepada sang buah hati.
Aku lihat merpati dua sejoli itu seronok bersembang dari jauh. Bahagia melihat sahabatku itu bersama lelaki tersebut. Aku kurang pasti siapa lelaki itu. tidak pernah nampak di kampung ni sepanjang aku meluangkan masa disini.
"Wardah, akak nak tanya. laki tu siapa?"
aku memancing fokus wardah yang ralit mengikis kerak di periuk.
"Ouh, tu abg Yazid. Tunang Kak Wahida. Orang kampung ini jugak.
"ouh tak pernah nampak pun sebelum ni?"
"Aah, dia Abg Yazid tu kerja di KL"
Tunang dia rupanya. Untunglah.. aku ni bukan kata tunang, bayang-bayang jodoh pun tak nampak lagi.
Alarm yang berbunyi, membuatku terjaga. Tepat 6 pagi. terasa berat paha kanan aku seperti ditindih. Erm, kaki Tisya ni rupanya. memang ganas tidur dia ni. kami berenam tidur di ruang tamu. tidur ramai-ramai seronok.
Subuh itu kami berjemaah. pergh, pagi-pagi ni sejuk sangat kalau kat kampung rasa nak demam.
****
Pagi-pagi lagi Wardah dan Wahida mengajak untuk ke gerai nasi lemak dekat hujung kampung tu. Yang lain malas nak ikut jadi kami bertiga jelah yang pergi.
"nasi lemak biasa 7 bungkus eh mak teh"
Mak Teh mengangguk senyum. Wahida suka sangat nasi lemak Mak Teh. Hari-hari atas meja tu memang dah standby nasi lemak dia la yang selalu beli tu.
"Banyaknya, beli untuk siapa lagi ni? biasa kamu beli 3 bungkus je". tanya Mak Teh
"Tetamu ramai sikit kat rumah harini Mak Teh." terang Wahida.
"Ni siapa?, selalu nampak tapi tak kenal pun nama." Mak Teh memandangku.
"Aina" beritahuku
"Ni anak baru Umi Mak Teh." terang Wardah.
"Ha, bila Umi kamu kahwin lagi?" terkejut Mak Teh.
"Aduh " Wardah mengadu sakit dicubit aku.
"tak ada lah, Umi ambil anak angkat". ketawa Wahida memberitahu Mak Teh.
"Ha.. patutla kerap pun ada kat sini..eh rajin-rajin nanti singgah la rumah Mak Teh. boleh sembang-sembang. pastu kamu dah bawak ke Aina ni pusing-pusing kampung? kenal-kenal orang kampung ni nanti apa-apa senang. Tak gitu?".
Ramah Mak Teh mengajak. Seronok tengok gelagat orang-orang tua yang ramah ni.
Siap nasi lemak di bungkus.. Aku mageluarkan dompet....tiba-tiba ada tangan lain yang menghulur dahulu duit RM20 sebelum aku sempat berbuat apa-apa.
"Mak Teh, saya bayarkan sekali eh dengan diorang punya.. saya punya nak 5 bungkus tau."
Aku terpusing melihat suara itu di sebelahku. tidak terlalu dekat tapi cukup membuat aku meremang.
Ustaz ni jatuh dari mana? tiba-tiba ada kat sini.
Sejuk weh tangan aku. Sumpah tak tipu!
lelaki itu tersenyum manis. Aku rasa nak pitam sekarang ni. Indahnya ciptaanMu !!
"Eh la.. Ustaz Akhtar rupanya, susah-susah je bayarkan" Wahida cuba mengalihkan suasana kaku di situ.
"Apa pulak panggil Ustaz. dalam kampung je pun." Aktar merendah diri.
" Saja je nak menyakat Ustaz ni .. oopss" . Saja Wahida mengusik senior sekolahnya itu.
Akhtar dan Wahida lama mengenal satu sama lain dan satu sekolah dari sekolah rendah hingga Sekolah menengah. Satu kampung pulak tu memang akrab la kan.
***
Dalam perjalanan pulang, Wahida menolak bahuku dengan bahunya sambil tersengih. mula dah Wahida ni nak soal siasat aku la tu.
"Ustaz Akhtar tu baik kan?" tanya Wahida kepadaku.
Pandangan aku di halakan ke dusun yang ada sepanjang jalan itu.
"Baik" jawabku. masih berpura-pura rileks.
Wahida dah Wardah tersenyum sesama sendiri. Ingat aku tak nampak la tu!
"Awak suka dia?" Wahida masih mencucuk jarum.
"Eh kalau dah orang baik-baik mesti semua pun suka kan?".
jangan buat hal la tanya aku soalan pelik-pelik pulak diorang ni.
"Tapi kan, Wada tengok Ustaz tu macam suka je kat Akak!?" Wardah merangkul bahuku dari tepi dan tersenyum ada makna!
"Tak adanya, cuba korang fikir, takkan la Ustaz tu nak suka dengan orang yang biasa-biasa macam saya ni? mesti orang macam Ustaz tu akan cari yang sama level dengan dia. betul tak?"
Aku menafikan dan meluah apa yang terbuku di benakku sejak semalaman aku berfikir pasal Si Ustaz tu. Aku rasa sangat tak layak untuk digandingkan dengannya Ustaz Akhtar itu!
"Nope! awak salah. Tak semua orang macam tu berfikiran seperti yang awak cakapkan. Jodoh tu bersifat subjektif. Macam mana dia nak, tak semua dia boleh tentukan. Hatinya mesti terima seadanya!" Wahida kecewa dengar jawapan mengalah dariku.
"Jangan terasa rendah diri sangat okeh? doa-doa dia jodoh awak". wahida mengenyitkan mata.
"Cop..cop...beria eh korang pikir saya ni comfirm minat sangat kat Ustaz Akhtar tu kenapa eh?" aku menduga .
"kalau Kak Aina tak mengingau sebut nama Ustaz semalam... mustahil kitaorang tak yakin !!!"
mereka berlari masuk ke dalam meninggalkan aku bila sampai di halaman rumah.
"wait ... what ??!!"
Aku ngingau? shit, malu giler ..
Dahi ku tepuk .. careless Aina Musfira !!
Share this novel