Kini, tibalah harinya untuk berangkat ke negara terbit matahari. Aina merenung suasana rumah itu dengan perasaan yang sangat berat untuk pergi. Rumah yang mengukir beribu kenangan bersama Yazid itu bermain-main di matanya. Air matanya jatuh. Dia harus pergi. Moga Tuhan tuntun hatinya dalam melayari kehidupannya dengan baik tanpa Yazid.
Pintu rumah di tutup dan di kunci. Aina berlalu masuk ke dalam kereta untuk berangkat ke KLIA.
Sesampainya di hadapan KLIA..
"Turun sini dulu, aku nak cari parking." Arah Syamin kepada rakannya yang lain.
"Okeh kitaorang tunggu kau dekat depan sana". Jari telunjuknya Tisya di arahkan pada Syamin.
"Okeh".
Ada masa lagi 2 jam setengah sebelum Aina berangkat meninggalkan Malaysia.
Dalam mereka berjalan mengiringi Aina ke tempat gate pelepasan...
"Kak Aina!!!".
Serentak semua yang mendengarkan suara yang menyeru memangil nama Aina memandang ke belakang.
Terlihat Wardah, Hajah Wati dan keluarga Ustaz Akhtar tidak lupa juga Fatimah dan Uyaina yang berjalan menuju ke arahnya.
Mereka datang? ada apa? di benaknya memikirkan perkara tidak baik. Adakah perihal Yazid?
Hajah Wati kini berdiri betul-betul di hadapan Aina. Dekat sekali. Terus dia melutut di hadapan Aina.
Aina terkejut. "Ya Allah umi!!...kenapa ni?". Aina turut membongkokkan badannya ke bawah.
"Maafkan umi nak... umi salah. Umi tuduh Aina yang bukan-bukan. Umi khilaf dan tenggelam dalam hasutan syaitan. Maafkan umi Aina!!".
Hajah Wati merintih menangis di hadapannya. Mengakui kekhilafan dirinya terhadap anak angkatnya itu.
"Umi, dah la. Aina memang rasa sedih bila umi buang Aina dulu. Tapi Aina sikit pun tak ada dendam dengan umi. Umi jangan la macam ni. Sedih Aina nak pergi".
Hanya Wati memegang wajah Aina.
"Umi tak buang Aina, tu semua umi cakap masa umi tengah marah. Umi tak maksudkan betul-betul pun!. Ya Allah teruknya umi".
Aina menahan tangan Hajah Wati dari menyakiti dirinya sendiri. Wardah di belakang itu hanya memerhati. Jatuh air matanya melihat keadaan pilu ketika itu.
"Tak apa umi, dah-dah.. jangan ingat dah perkara yang lepas. Kita buka buku baru ya Umi?. Aina sayang umi". Di peluknya Hajah Wati seeratnya kembali.
Hajah Wati masih menangis di dalam pelukan Aina. Dia tersedar dan kembali menatap wajah Aina.
"Aina, jangan pergi ya nak? umi tau Aina nak pergi ni sebab terasa hati dengan umi kan? jangan pergi ya?".
Jatuh air mata Aina. Sungguh berat hatinya hendak pergi. Apakan daya. Hatinya tidak kuat hari-hari mengenangkan Yazid.
Dalam sedih itu Aina cuba tertawa sedikit. Di kuatkan hatinya menatap mata Hajah Wati.
"tak boleh umi, Aina kena pergi. Aina ada kerja kat sana. Aina pergi tak lama. 2 tahun je umi. Lepastu kalau panjang umur Aina balik ye?."
Wardah terus memeluk Aina dan uminya.
"Kak Aina....janganlah pergi.. please". Rayu Wardah mengundang sebak semua yang ada di situ.
"Tak boleh sayang..Jaga umi ya? Nanti akak balik. Kerja rajin-rajin tau." Pesan Aina terakhir kali.
"Penerbangan Malaysia pesawat MH 780, MH 780 ke Osaka sekarang sedia untuk berlepas melalui pintu H8, pintu H8.. terima kasih".
Pengunguman panggilan penumpang yang bergema di KLIA itu kedengaran memangil penumpang bersedia masuk ke pesawat.
"Jaga diri baik-baik kat sana Aina. Saya doakan kejayaan awak dekat sana". Akhtar bersuara kali terakhir kepada Aina sebelum pergi.
"Terima kasih Ustaz, Oh ya... selamat pengantin baru". Ucap Aina dengan tersenyum manis.
Akhtar membalas senyuman itu dan menggangguk.
"Jaga diri baik-baik. Apa-apa call. Email pun boleh heheh". Azra berkata.
"All the best hidup kat negara orang. Kalau free kitaorang datang sana". Syamin menggosok bahu Aina sebelum melepaskan pelukan.
"Kitaorang akan rindu kau lepas ni. Bye Aina. Sayonara". Tisya meramas lembut kedua belah tangan Aina sebelum di lepaskan.
Perut Aina di pegang Wardah untuk kali terakhir.
"Akak jaga diri tau. Jaga baby. Cakap dekat baby..Ibu chik sayang dia sangat".
Tersenyum Aina melihat gelagat Wardah itu.
"Aina, aku harap kau sentiasa sihat dan kuat masa dekat sana. Jaga kandungan kau. Besarkan dia agar menjadi orang yang bijak pandai".
Fatimah berkata sayu.
"Inshallah Fatimah. Kau jaga diri. Aku doakan kau bahagia dengan kehidupan kau". Aina melepaskan tangan Fatimah.
Beg bagasi di sorong perlahan..tiba saat Aina berangkat pergi. Tangannya melambai-lambai mereka yang ada di luar gate. Matanya berkaca dan meliar ke seluruh ruang KLIA itu. Hatinya masih berharap kemunculan Yazid.
Namun, tiada...
"Tak faham betul aku dengan Yazid tu. Mana dia hilang? Tergamak dia buat Aina macam itu".
Syamin meluah rasa kecewa memandang kelibat Aina yang makin menghilang di hadapan itu.
Pergilah kawan, cari ketenangan untuk kau. Rawat hati kau yang di tinggalkan parut duka.
Aina mencari nombor tempat duduk yang sama tertera pada tiketnya.
"Excuse me madam? let me help you". Tegur seorang pramugari kepada Aina.
"Ahh, sure. thank you".
Aina mengambil tempat duduknya di tepi tingkap. Ini adalah keputusan muktamad daripadanya. Dia harus tetap pendirian.
Perutnya di gosok perlahan.
"Sayang...kita start hidup baru kat sana ye? Ibu janji ibu akan bahagiakan afiq. Tak apa kalau ayah tak ada. Ibu akan jadi kedua-duanya."
Dia lah ibu dan dia lah ayah kepada anaknya. Moga anak itu menjadi kekuatan sebagai peneman hidupnya.
Seketika itu pesawat semakin lengkap di penuhi penumpang yang bakal berangkat ke destinasi yang sama.
Aina membetulkan kedudukannya bila ada penumpang lain yang datang untuk duduk di sebelahnya.
Alamak? lelaki? Apalah tak request tempat duduk yang sama jantina. Aina menyalahkan dirinya akibat terleka.
Lelaki yang berkaca mata hitam itu berdehem kerana tidak selesa di curi pandang oleh wanita di sebelahnya itu.
Aina termalu sendiri. Tapi....bau wangian yang dipakai oleh lelaki ini.....sama !
hidungnya tidak tersumbat kan? betul la bau itu sama macam ....
Yazid !!!
Di pandang semula lelaki itu secara hadapan dengan berani.
Cuak lelaki itu bila di terpa pandangan oleh wanita berkelakuan pelik di sebelahnya.
"Abang?". Tanya Aina.
Lelaki itu membuka kaca matanya melihat Aina.
"Sorry?". Tanya lelaki itu.
terkejut Aina melihat wajah lelaki itu.
Tetapi... hatinya kembali hampa. Bukan..dia bukan Yazid.
"Sorry. Saya salah orang". Aina kembali memandang tingkap. Mencari kekuatan untuk berhenti menangis.
"Excuse me sir. That's my seat.". Tegur suara seorang lelaki yang baru tiba itu.
lelaki di sebelah Aina membelek kembali tiketnya dan ... "Oh sorry..my mistake". Dia bangun dan bergerak mencari tempat duduk yang sebetulnya.
Aina memejam mata. Sakit kepala terasa. Mungkin semalam dan harini dia banyak menangis.
Tiba-tiba Aina tersentak. Terasa tangan kirinya di genggaman seseorang.
Dia berpusing ke sebelah dan .....
itu suami dia ! Yazid.
Mata Aina basah berjuraian air mata.
Yazid tersenyum. Mata lelakinya turut berkaca. Sumpah dia rindukan isterinya. Lantas di peluk Aina dengan erat.
Aina menangis di bahunya. Dadanya menahan sakit si pukul Aina.
"Kenapa abang buat saya macam ni?. Sampai hati abang".
Tangan yang memukul dadanya itu di tahan dan di genggam.
"Abang minta maaf sayang. Abang tinggalkan sayang malam tu. Abang, kecewa sangat. separuh dari hati abang percayakan sayang dan Separuh lagi abang keliru."
"Abang jahat". Aina cuba menarik tangannya dari genggaman Yazid.
"Sayang percayalah, abang tak pernah tinggalkan sayang pun. Abang ada ja perhatikan sayang setiap masa."
Aina terdiam. "Maksud abang?".
"Kak Juriah tu kawan abang. Abang yang suruh dia tengokkan sayang. Waktu sayang dekat kampung pun abang ada tidur dekat sebelah sayang. Waktu sebelum sayang jaga abang kena dah keluar dari bilik.".
Yazid menerangkan segalanya.
"Kenapa abang buat macam tu? abang tak kesian kat saya ke sakit rindukan abang?". Aina memarahi Yazid.
"Ye abang tau sayang sakit. Abang pun tersiksa rindukan sayang. Abang malu dengan diri abang, abang rasa marah sangat dengan diri sendiri bila abang tak sengaja tertengking sayang malam tu. Abang tak kuat bila ingat semua yang abang kata dekat sayang tu abang sakit hati bila tengok sayang menangis sebab Abang."
"Abang dah tau semua yang terjadi malam tu sayang. Mak dah ceritakan pada abang."
Aina memegang wajah Yazid. Ditatap penuh rindu wajah suaminya.
"Janji jangan tinggalkan saya lagi?".
Yazid memaut kepala Aina ke dalam dakapannya.
"Never again this time sayang. Sayang nyawa abang".
Aina tersenyum syukur. Eh sekejap !
"Abang, macam mana ni kita dah fly..saya rasa tak nak teruskan training di jepun tu. Umi dengan semua orang ada kat bawah sana. Nak jumpa dengan diorang tak nak pisah."
Yazid ketawa melihat Aina yang kegelisahan itu.
"It's okay sayang. Kita pergi je Japan okay. Kita honeymoon kat sana." Yazid membelai wajah Aina.
Aina jadi mati senyumannya. Yazid terkejut dengan riaksi Aina.
"Kenapa sayang tak suka ke?".
Aina menggeleng.
"Habis tu?". Yazid tidak senang duduk.
"Bukan honeymoon la abang tapi....babymoon".
Terkejut Yazid. "What?". Yazid tidak faham.
Aina tersenyum lalu mengambil tangan Yazid dan di tekapkan pada perutnya.
"Dalam ni ada anak abang".
Yazid tercengang. "Sayang.. Betul ke ni?".
Aina mengganguk.
"Ya Allah Alhamdulillah. Macam mana la abang tak sedar ni?. Mak tahu tak?". Yazid teruja.
"Of course la mak tahu." Aina menyengih suka.
"Amboi...mak pun berahsia dari abang ni". Yazid mengomel sendiri teringatkan Puan Hasmah.
"Adil okay bila mak pun rahsiakan dari Aina masa abang balik rumah mak tengah-tengah malam tu masuk bilik kita?". terangkat keningnya menduga Yazid.
"Yelah-yelah. Fair and squre". Hidung Aina di lagakan dengan hidungnya.
15 minit yang lalu :
Syafiq tergesa-gesa berlari ke arah pintu masuk pesawat.
"Wait..wait..jangan tutup!". Panggil Syafiq ke arah seorang Pramugara yang sedang ingin menutup pintu masuk pesawat itu.
"Eh, Encik sila balik ke tempat duduk. Pesawat ni dah nak berangkat."
"Ops, jangan-jangan saya tak jadi nak naik pesawat ni. Saya dah cancel plan saya". Alasan Syafiq membohongi Pramugara itu.
Tergaru-garu kepala peramugara itu dengan sikap aneh penumpangnya.
"Ini semua kepala otak Yazid punya hal. Tak pasal-pasal aku pun terlibat sama". Syafiq membebel dengan diri sendiri mengenangkan kerja tak bertamadun sahabatnya itu. Hampir-hampir dia terlepas ke Jepun sekali tanpa tiket dan passport jika lambat bertindak tadi.
"What? so yang tadi tu Syafiq la kawan abang?". Aina tidak menyangka rancangan gila Yazid itu.
"Kesian dia abang tak pasal-pasal burn tiket".
Yazid ketawa geli hati mengigati gelagat syafiq yang sememangnya membantah bila Yazid menyatakan kerja gila ni dan memerlukan khidmatnya.
"Tak burn la sayang. Tadi tu dia cuma pegang tiket abang. Kami dah kauntim dengan pegawai imigresen dekat gate tu untuk masuk berdua. Pegawai tu kawan abang".
"Ish abang ni". Peha suaminya di cubit.
Kisah cinta mereka masih ada peluang untuk bahagia. Selayaknya mereka mendapatkan kebahagiaan itu setelah berkorban banyak hal demi meneruskan pelayaran batera cinta dalam rumah tangga mereka itu.
Malik di khabarkan telah di tangkap oleh pihak polis dalam cubaan mencuri kambing peliharaan orang kampung. Sememangnya dia melakukan kerja-kerja jahat untuk meraih pendapatan.
Fatimah pula bakal berpindah ke Mesir untuk menyambung semula pengajiannya ke tahap lebih lajut dan bermuhasabahkan dirinya menjalani hidup yang lebih baik.
T A M A T
Share this novel
best sgt...akhirnya bahagia milik mereka..tahniah author.