erghhh ... aku mengeliat sebentar untuk regangkan otot setelah berjam-jam meyiapkan tugasan harian yang banyak. Jam menunjukkan pukul 6 ptg. kelihatan aku seorang saja yang tinggal di pejabat ni.
handphone di atas meja bergetar dalam mood silent. Wahida si pemanggil.
wahida : " Assalamualaikum Na, saya kacau awak tak ni?"
aku: "Waalaikumsalam, eh taklah saya baru nak balik dari office. Ada apa ye Cik Wahida?" senyumku berseloroh panggilan Cik kepadanya.
Wahida: " Awak ni.. umi pesan minta awak balik rumah la jumaat ni. Umi ada buat kenduri arwah untuk Abi dan kak Wardina. Datang eh, bawak la sekali housemate awak semua tu ye?"
aku: "ouh ye boleh sangat. jumpa jumaat ni okeh?"
aku mematikan talian. Rakan-rakan serumahku sudah ku beritahu mengenai perkenalan serta hubungan baru dengan Wahida. Sudah satu bulan lebih rasanya aku, wahida dan keluarganya menjadi rapat. siapa sangka umur aku dah wahida sebaya!. Aku bahagia sangat. Umi sangat mengambil berat tentang aku ketika ada di sini. paling kurang seminggu sekali dia akan menelefon untuk bertanya khabar. Wardah adik angkatku yang mulanya ku fikir pendiam dan pemalu rupanya seorang penyanyang juga. kami selalu berbalas WhatsApp.
***
Aku mengambil cuti separuh hari dan balik ke segamat awal kerana mahu menolong apa yang patut untuk kenduri Arwah malam ni. Rakan-rakan yang lain akan datang lambat sedikit. Aku membebelek semua baju-baju kurung yang lama tidak dipakai itu satu persatu dalam almari. Bukan tidak berminat pakai, tapi lebih menjad keutamaanku untuk memakai seluar. aku memang la kasar. tapi tetap perempuan beb. naluri wanita sejati tu tetap ada, cewahhh!
Baju kurung berkain lace warna merah jambu ku pilih untuk di pakai malam ini. Maka aku akan bawa baju lebih untuk tidur di sana berapa hari memandangkan cuti hujung minggu nanti.
" Aina, awak pergilah bersiap mandi apa smua. dah masuk asar dah ni, nanti lepas magrib orang kampung nak datang dah." Wahida menyuruhku bersiap untuk kenduri malam ini.
Aku mengangguk lalu meminta diri ke bilik. Bilik Arwah Kak Wardina di jadikan bilikku. Aku bersiap ala kadar dengan memakai baju kurung lace warna pink tadi dipadankan dengan tudung bawal berwarna maroon.
"Uish! berbaju kurung member kita ni, lain macam". Kata Syamin yang baru masuk ke bilikku.
"weh, datang pun korang, kau apahal perli-perli aku? macam tak biasa tengok aku berbaju kurung." aku menempek soalan kepadanya.
"Bukan tak pernah, jarang teruk nak nampak kau ayu habis macam ni". Syamin ketawa lagi.
"lantak kau!". aku malas melayan Syamin.
Aku keluar untuk menolong apa yang patut, dilihat mereka yang lain turut sama bergotong-royong mencedok serta menyusun lauk pauk dia dalam talam bulat dan dibawa ke ruangan hadapan dan luar rumah untuk ketibaan tetamu malam nanti.
Orang kampung mula memenuhi ruang rumah Umi.
"Haih, sudah-sudah la tu. pergi duduk kat depan. Jemaah masjid dah datang tu. lepas tu makan."
Umi menghentikan kami semua yang ralit membuat kerja di dapur.
setibanya di talam bulat yang masih kosong, kami berenam duduk keliling talam itu. lalu terdengar perbualan beberapa orang makcik di situ.
" Eh mana satu ye anak angkat si Wati ni?."
Aku terkejut. Wahida memandang makcik itu dan mendengar perbualan mereka lantas menunjukkan isyarat sopan ibu jarinya terarah kepadaku. Eh apahal nak gosip-gosip pasal aku ni? nak buat menantu ke ? heheh.
"Ouh manis orangnya . Memang sama macam Arwah." kata makcik itu tadi kepada rakan-rakannya lain. Kelihatan mereka yang lain mengangguk setuju.
Manis????
aku tersipu malu. Rakan-rakan serumahku yang lain membuat muka menyampah melihat riak muka bangga aku ke mereka.
Lalu Tisya membisik perlahan yang hanya kami saja boleh dengar.
"aku rasa makcik-makcik ni dah tertipu".
Yang lain tahan ketawa. aku memutar bola mataku ke atas. Eleh jealous la tu !
**
Setelah doa selesai di bacakan aku mengaminkan doa menyapu muka dan baru sekerat tangan di muka turun aku terpandang hadapan ke arah jemaah masjid. aku terbeliak melihat.
Terpana sekejap melihat seorang pemuda di samping jemaah masjid yang lain. Dia berjubah hitam berkopiah putih dan serban dilipat panjang di sangkutkan ke bahu kanan. Sah, aku memang ingat muka itu.
Perilaku pelik aku di tangkap Wardah. dia mengesot sedikit untuk lebih rapat kedudukannya dengan aku.
"Akak, berkenan ke?."
aku terkejut dengan soalan tiba-tiba Wardah itu.
"Uish, tak adalah. Saja tengok kut lauk-lauk kat depan tu tak cukup." bohongku.
"Tu Ustaz Akhtar". Dia salah seorang Ustaz muda dekat kampung ni.
Wardah terus menekan tanpa menghirau alasan mengarut aku.
"Wardah ni, jangan la gitu. Takut orang dengar." gelisah aku berbisik kepadanya.
"Risau apa? Orangnya tu bujang lagi."
Wardah ketawa melihat riak mukaku yang makin membahang merah kerana malu di usik begitu.
Aku ni bersangka jauh sangat. Anak 8? orang tu bujang lagi kot. adakah telahanku tempoh hari memakan diri. aku jumpa Ustaz ni dekat sini pulak. Adoimakk !
Yang lain aku lihat mereka sangat seronok berbual dengan Wahida dan Wardah. Umi ada sekali kejap datang berbual dengan kelompok kami dan kemudian berbual dengan yang lain pula. Maklumlah tuan rumah busy.
Nampaknya aku masih selamat kerana budak bertiga tu masih tak nampak Ustaz Akhtar tu di ruang hadapan. Aku harap mereka ni lupa la. selamat aku dari kena bahan. Aku tersenyum sambil menguis nasi di dalam pinggan.
Seketika, aku cuba untuk curi-curi pandang ke arah ustaz muda itu. kelihatan segak berkulit hitam manis. ada lesung pipit di kedua-dua belah pipinya bila dia tersenyum bersama lelaki-lelaki yang lain di hadapan sana. aduhh aku cair ...
"Oi makcik hang!!". melatahku pinggang di cuit si Azra.
Aku kalau dah sampai melatah ni memang tahap terkejut sangat ni. Jarang-jarang berlaku.
"Makcik hang tak ada, member hang ada ni ha".
Azra memandang aku di sisi sambil menguakkan sikit kepalanya kehadapan dan dia akhirnya nampak apa yang aku nak sembunyikan dari mereka tadi.
Alamakk dia ni...
"Ahaaaa, aku kenal mamat tu.! " suara Azra membuat yang lagi 4 orang yang lain memerhati kami. Dan mereka juga melihat ke arah individu yang di maksudkan oleh Azra itu.
"weh, itu Ustaz yang kat Masjid haritukan?". Tisya bertanya untuk kepastian.
" betul, tidak syak lagi!" Syamin menyokong.
Aku sudah mula menggaru kepala di lapik tudung yang tidak gatal itu. Tak selamat aku kali ini.
"Amboi kau tadi terpandang-pandang si ustaz tu, kau kena ingat.. ustaz tu jangan kau buat hal. Ikhtiar tu kena jaga." Azra menasihati aku.
Yang lain tiba-tiba diam tak berkutik. Kami semua berpandangan sesama sendiri.
......
"Apa kau cakap tadi? Ikhtiar? apa tu? macam mana?."
aku inginkan kepastian dari Azra, rasanya telinga aku tak salah dengar kan?
"Yela Ikhtiar tu kan orang kata jaga batas-batas pergaulan, pandang-pandang gitu pun tak boleh tau kalau bukan mahram."
"Wah, hebat betul eh Ustazah Azra kita ni kalau berceramah". Aku menepuk-nepuk paha Azra dan menunjukkan ibu jari tanda bagus kepadanya.
"Mau tau la, kau pulak bila nak usyar Ustaz plak tu bukan calang-calang kau tau. Ikut la tips aku ni." Muka bangga Azra terserlah.
"Ouh macam tu, yang kau cakap apa itu jaga batas? tkleh pandang-pandang tu ... IKHTILAT ! bukan ikhtiar .. goblok !." aku membidas.
Pffttt ... hahahahah tersembur ketawa yang lain serentak. Rasanya dari tadi mereka menahan geli hati mendengar Azra silap sebut Ikhtilat menjadi ikhtiar.
"Aikk di gobloknya aku." Azra megambil pinggan kosong di tepi talam menekup mukanya menahan malu.
"wuish kau punya confidence level memang kritikal ek?" Syamin memerli Azra.
Wahida yang sedang makan itu menggit jarinya menahan ketawa hingga terpejam-pejam matanya dengan telatah kami. Wardah membuat isyarat perlahankan suara takut mereka terlalu busing pada majlis yang mesti dihormati itu. Manakan tidak, dia juga menekan-nekan perutnya menahan ketawa supaya dia juga tidak membuat bising.
Dari kejauhan di kerlingnya gadis bertudung Maroon yang sedang asyik begelak ketawa itu dari jauh. Akhtar masih ingat dengan wajah ayu gadis itu.
Aku penat sangat layan budak-budak ni punya perangai. baik aku sambung makan. Aku menyambung suapan semula. kemudian mengangkat kepala untuk mencari jag berisi air oren di hadapanku. Bila aku terpandang ke hadapan, mata aku bertembung dengan sepasang mata yang kini ku puja dalam diam.
cepat-cepat aku menunduk melarikan pandangan dari terpandang Ustaz Akhtar itu. I'm so nervous. . pipi aku mula memerah. ada bahang aku rasakan di wajah. Ya Allah dia ni, apahal boleh pandang sini pulak?!
Share this novel